Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG

BANTING 2019

Rasional

Pada 9 November 2018 SK Kampong Banting telah membuat latihan kebakaran dan mengosongkan
warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah
dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh
berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas
mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta
dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil
tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih
sekiranya berlaku kebakaran dan pandai mengguna alat pemadam api yang disediakan di sekolah.

Objektif

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul
sekiranyaberlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat
mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
Atur cara Program
9.30 pagi Loceng Kecemasan berbunyi
9.45 pagi Guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas masing-masing
10.00 pagi  Pegawai bomba memberi penerangan tentang latihan kawad kebakaran,
jenis2 pemadam api dan langkah menggunakan alat pemadam api
 Pegawai bomba membuat tunjuk cara/demonstrasi memadamkan api
menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (dry powder) dan
karbon dioksida (CO2).
 Latihan memadamkan kebakaran –
o Nur Sajidah (Tahun 6)
o Mohd Adli Najib (Tahun 6)
o En. Mohd Shukor Mohd Amin
10.20 pagi Majlis penyampai cenderamata dan sijil penghargaan kepada pegawai bomba.
Tahap 1 bergerak rehat di kantin manakala murid tahap 2 melihat pameran
jentera bomba
10.50 pagi Latihan selesai

Pelan Kebakaran

Lampiran
Murid Berkumpul di kawasan terbuka

Demonstrasi memadam kebakaran menggunakan pemadam api serbuk


Pameran jentera dan peralatan menyelamat

Disediakan oleh: Disahkan oleh;

...................................................... ......................................................
(En Mohd Norismainie Bin Ismail) (Tn. Haji Azman Bin Juahir)
Pengerusi Keselamatan Sekolah Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Banting Sekolah Kebangsaan Kampong Banting
Sabak Bernam Sabak Bernam

Anda mungkin juga menyukai