Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami :
Tarikh :17 SEPTEMBER 2020

Pengetua,
SMK Puteri
Jalan Labu Lama
70200 Seremban
Negeri Sembilan.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN


AKADEMIK BIOLOGI (SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM KERTAS
2)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah berhasrat menjemput Pn. Sudani binti
Dato’ Hj Sudin ke SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson untuk menjadi penceramah
bagi program di atas.

3. Butiran Program :
Tarikh : 26/09/2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah Lestari, SMK Datuk Haji Abdul Samad
Tajuk : Seminar Teknik Menjawab Biologi kertas 2 SPM

3. Besarlah harapan kami agar puan dapat mengizinkan guru berkenaan hadir ke sekolah
kami bagi tujuan tersebut.

4. Kerjasama di pihak puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menjalankan Amanah,
…………………………………………….
(NOR SAIDI BIN JAAFAR)
Pengetua
SMK Datuk Haji Abdul Samad

Anda mungkin juga menyukai