Anda di halaman 1dari 4

Prasyarat UMUM

1. Penyertaan adalah PERCUMA.


2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
3. Penyertaan terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah dalam Negeri Sembilan sahaja
dalam lingkungan umur 7 - 10 tahun . Penyertaan dari sekolah swasta DITERIMA dengan
syarat berdaftar dengan KPM dan telah membayar yuran MSSM .

RALLY CHALLENGE
1. PENYERTAAN
1) Pertandingan terbahagi kepada DUA(2) kategori iaitu :
a) Kategori A: Lelaki bawah 10 tahun (Tahun 1 hingga Tahun 4)
b) Kategori B : Perempuan bawah 10 tahun (Tahun 1 hingga Tahun 4)

2. KONSEP PERTANDINGAN
1) Di dalam video, peserta perlu menunjukkan teknik ‘RALLY’ ke arah dinding . Peserta
tidak DIBENARKAN sama sekali menggunakan teknik ‘VOLLEY’ .
2) Peserta perlu pastikan bola melantun terlebih dahulu di permukaan gelanggang/lantai
sebelum memukul semula ke arah dinding .
3) Peserta perlu melakukan sebanyak mungkin pukulan ‘RALLY’ secara berterusan dalam
masa SATU(1) MINIT sahaja . Pukulan bola dan lantunan bola mestilah sentiasa berada di
dalam gelanggang sepanjang SATU(1) MINIT .

3. GELANGGANG
1) Ukuran gelanggang mestilah menepati spesifikasi seperti di Lampiran A .
2) Peserta boleh menggunakan ruangan yang bersesuaian dalam kawasan sekolah atau
kediaman murid atau di gelanggang tenis (berdinding)

4. RAKAMAN VIDEO
1) Kriteria video mestilah mengikut spesikasi seperti di bawah :
Pada awal setiap video hendaklah ada pengenalan diri peserta yang merangkumi
maklumat seperti :
i. Nama penuh peserta
ii. Nama sekolah
iii. Umur
iv. Daerah
v. Langkah pengukuran gelanggang (WAJIB-lihat lampiran)
2) Video tidak boleh disunting (single-shot) kecuali di bahagian awal video (Pengenalan
Peserta) seperti di Peraturan 2.
3) Aspek-aspek penilaian yang diambilkira ialah:
a) Etika pakaian
b) Bilangan stroke dalam 2 minit
c) Teknik pukulan
d) Variasi pukulan (forehand dan backhand)
4) Peserta perlu memastikan video adalah jelas dan menampakkan keseluruhan
gelanggang dan peserta .
5) Panjang keseluruhan video tidak boleh lebih dari 4 minit .
6) Rakaman video WAJIB dirakam dalam bentuk ‘landscape’ dan HD serta boleh
dirakamkan secara statik atau dengan pergerakan yang minima
7) Bagi sekolah yang menghantar lebih dari SATU(1) penyertaan DAN menggunakan
gelanggang yang sama, langkah pengukuran gelanggang TIDAK PERLU DIULANG . Peserta
seterusnya hanya perlu menunjukkan ukuran gelanggang yang ditanda sahaja .
8) Sebarang maklumat tambahan, rujuk video yang dimuatnaik di laman facebook :
TENIS MSSNS
5. KRITERIA PEMARKAHAN
1) Kategori A dan B
1.1 Etika Pakaian - 15 markah
1.2 Ketepatan masa - 15 markah
1.3 Bilangan ‘stroke’ dalam 1 minit - 30 markah
1.4 Teknik pukulan - 20 markah
1.5 Variasi pukulan - 20 markah
(forehand dan backhand)

6. PENGHAKIMAN
1) Hakim-hakim dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, JPNS
2) Sebarang keputusan hakim yang dilantik oleh penganjur adalah MUKTAMAD .
RALLY CHALLENGE

RUBRIK PEMARKAHAN :

ASPEK YANG DINILAI TAHAP PEMARKAHAN


Cemerlang Sederhana Lemah
Etika pakaian Bersesuaian dan sopan Bersesuaian Kurang sesuai

Ketepatan Tepat 1 minit 30 saat – 45 saat Kurang dari 30 saat


masa(1minit)

Bilangan ‘stroke’ dalam Lebih 30 ‘stroke’ 15 – 29 ‘stroke’ 10– 14 ‘stroke’


1 minit

Teknik pukulan Baik Sederhana Lemah

Variasi pukulan Pukulan ada variasi Pukulan ada variasi Pukulan kurang variasi
(forehand dan dan mempunyai tahap tetapi kemahiran di tetapi kemahiran di
backhand) kawalan bola yang baik tahap sederhana tahap biasa
LAMPIRAN A

0.8 meter

5 meter

3 meter

Anda mungkin juga menyukai