Anda di halaman 1dari 3

CABARAN INTEGRASI DARI SEGI POLITIK

Mengikut kamus dewan edisi ke empat, politik di definisikan sebagai ilmu pengetahuan

berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah atau ilmu

kenegaraan. Politik sangat penting bagi sesebuah Negara kerana kestabilan, kemakmuran dan

keamanan sesebuah Negara bergantung kepada keadaan politik semasa Negara tersebut. Jika

keadaan politiknya stabil, maka Negara itu juga dikatakan stabil dari segi ekonomi, sosial dan

pentadbiran.

Politik dikatakan menjadi salah satu cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia adalah

kerana Malaysia mempunyai pelbagai parti politik yang mewakili kaum masing-masing.

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian agama dan budaya dan dimiliki oleh rakyatnya. Oleh itu,

untuk menjamin hak kaum masing-masing agar terjaga dan terpelihara, maka wujudlah politik

perkauman.

Politik perkauman bermaksud sebuah parti politik yang hanya memperjuangkan

kepentingan suatu etnik atau suatu kaum sahaja tanpa mempertimbangkan tentang kaum lain.

Politik perkauman adalah bersifat ‘racist’ kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini

terlalu melebihkan sesuatu kaum daripada kaum lain. Politik perkauman juga tidak disenangi

oleh rakyat keranaterdapat segelintir pemimpin sesebuuah kaum sukar menerima pendapat dan

pandangan dari kaum yang lain.

Akibat daripada sikap segelintir pemimpin yang kurang matang itu, maka politik

perkauman dapat mencetuskan peristiwa hitam dalam sesebuah Negara. Salah satu contoh

peristiwa hitam yang berpunca daripada politik perkauman yang wujud di Malaysia ialah

Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Faktor utama

tercetusnya peristiwa berdarah ini adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah British. Dasar

pecah dan perintah British telah berjaya mewujudkan jurang antara kaum baik dari segi ekonomi

dan sosial. Sebagai contoh, orang Cina tinggal di bandar dan menjalankan perniagaan atau pun

mereka tinggal di lombong dan bekerja sebagai pelombong. Manakala orang Melayu pula tinggal

di kampong dan bekerja ebagai petani atau nelayan kecil.

Bukan itu sahaja, pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, layanan yang

diberikan kepada rakyat di Tanah Melayu berbeza-beza mengikut kaum. Memandangkan Jepun

pernah berperang dengan Cina, maka layanan yang diberikan kepada orang-orang Cina di Tanah

Melayu sangat teruk berbanding layanan yang di berikan kepada orang Melayu. Hal ini telah

menyebabkan berlaku permusuhan antara orang Cina dan orang Melayu yang berpunca daripada

layanan yang berat sebelah itu.

Faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei juga adalah berpunca daripada terdapatnya jurang

pendidikan dan ekonomi antara kaum. Sistem pendidikan di Tanah Melayu pada zaman

pemerintahan Jepun mempunyai empat aliran iaitu aliran Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Aliran-aliran ini mempunyai subjek terasnya yang tersendiri. Jurang pendidikan yang wujud

telah menghalang interaksi antara kaum di Tanah Melayu.

Selain itu, perjalanan kempen pilihanraya yang menimbulkan kontroversi juga turut

menyumbang kepada tercetusnya Peristiwa 13 Mei ini. Perjalanan kempen pilihanraya yang

dianjurkan oleh pemimpin parti politik kaum masing-masing telah menyebabkan tercetusnya

kontreversi kerana ianya menyetuh isu-isu sensitif seperti hak keistimewaan orang Melayu,

bahasa kebangsaan dan lain-lain.


Terdapat beberapa iktibar yang boleh diambil daripada Peristiwa 13 Mei 1969 ini.

Peristiwa ini telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan melibatkan kehilangan

ramai nyawa-nyawa yang tidak bersalah. Seramai 196 orang telah meninggal dunia dan lebih

kurang 493 orang yang telah cedera kesan daripada tercetusnya peristiwa ini. Selain itu,

peristiwa ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam dan kos untuk

memulihkan semula adalah sangat tinggi. Peristiwa ini juga telah membawa kepada perintah

berkurung dan pengisytiharan darurat. Perintah berkurung dan pengisytiharan darurat telah

menyekat pergerakan dan kebebasan rakyat untuk berinteraksi, berniaga dan menjalankan

urusan.

Anda mungkin juga menyukai