Anda di halaman 1dari 13

 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan

kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.Peristiwa 13 Mei


sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau peristiwa
yang telah berlaku sebelumnya.Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei.Selain itu kesan
peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa
tersebut.Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi
hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei,banyak
meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan
bumiputera amnya.Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas
kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dasar rekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu
usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara
kaum di Malaysia.[1]
Punca-punca yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.Pertama,Layanan Berat sebelah
oleh Tentera Jepun.Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Seterusnya
dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi
masyarakat Malaysia.Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani
atau nelayan kecil.Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang.Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri.Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza
telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Latar belakang
pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan
yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut
kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran
menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Manakala
kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari
Negeri China dan India.Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yang telah sedia wujud.Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Dalam pilihan raya
1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan
raya .Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan
Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan
menyertai pilihan raya itu.Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak
calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan
bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,maka PAP yang gagal
untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu.Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini .Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan
Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak
orang Malaysia "(Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan . PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak
puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan.Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka
telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”,isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.Berikutan perisytiharan kemerdekaan
Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
negara.Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan
hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi, untuk mencapai tujuan
itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.Antara kempen
yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan
Bahasa Kebangsaan.Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh
semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara bangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi
nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.Namun,peristiwa ini juga merupakan pencetus kepada politik
perkauman yang diamalkan oleh parti poltik di Malaysia dimana terdapat parti-parti yang
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing walaupun agenda parti tersebut
memperjuangkan bersifat nasionalisme.[2]

Politik Perkauman berkembang kepada fahaman politik


baharu
Orang Melayu secara umumnya merujuk kepada sejarah merupakan manusia yang berada
di bawah sistem politik dan tidak banyak mempunyai peluang mengalaminya secara realiti,
asam garam politik rakyat itu sendiri.Apa yang wujud pada masa itu adalah politik
tradisional berpaksikan istana kerana sultanlah yang menjadi ketua kepada semua rakyat
jelata.Hanya pada era pra-Kemerdekaan, politik itu datang kepada orang Melayu dan politik
itu sendiri sedikit demi sedikit menghablurkan kengkangan politik dari sistem lama melalui
sistem baharu, yang didatangkan modelnya daripada Barat.Ditimbulkan pertanyaan
bagaimana dengan pejuang sepeti Dato’ Maharajalela, Tok Janggut dan Dato’ Bahaman dan
sebagainya.Kita boleh berpandangan pada masa itu pejuang kemerdekaan ini belum
melihat perjuangan mereka itu adalah bersifat politik.Memang wujud semacam bayangan
tindakan daripada kerangka politik itu sendiri, iaitu pembebasan penjajahan dan anti-
penjajahan serta tidak mahu bangsa asing mengambilalih pentadbiran.Pejuang-pejuang ini
tidak mahu cukai, pengurusan pentadbiran negeri dan kuasa raja-raja dimonopoli penjajah
tetapi hakikatnya, di sini politik itu tidak terserlah lebih jauh, kerana semangat melawan
penjajah itu yang jauh mengungguli perjuangan para pejuang kemerdekaan pada masa itu.
Pada masa itu, belum ada pemikiran mahu menguasai ilmu politik dan kuasa politik itu
sendiri untuk membolehkan mereka menjadi tuan kepada tanahair ini. Sebab itu orang
Melayu berada dalam penjajahan lebih daripada lima ratus tahun, disebabkan orang
Melayu tidak mempunyai kehendak politik yang nekad seperti mana yang dimiliki oleh
bangsa asing yang tekad menjajah,kerana fundamental imprealisme itu berlaku bertolak
daripada wujudnya idea dan kehendak politik dalam pemikiran mereka.Justeru, orang
Melayu pada awal abad-19, pemikiran politik tradisi yang ada pada mereka berupa satu
kerencatan kepada pembaharuan dan pembangunan orang Melayu lantaran terdapat
pembentukan sangkar minda politik yang dibina secara psikologi dan sosial dengan
kehadiran penjajah.Ini mungkin berlaku di India, Indonesia dan negara-negara lain yang
terjajah. Orang Barat pula pada masa itu sudah bersedia lebih daripada sepatutnya
pengetahuan berkaitan politik dan antaranya yang paling berjaya dilaksanakan ialah apa
yang boleh disebut sebagai politik imprealisme.Barangkali ketika bangsa Barat berfikir
tentang penjajahan melalui politik, orang Melayu baharu mengenal belahan dunia yang ada
di luar. Orang Melayu baru mengerti tentang ekonomi ‘moden’ walaupun dari segi
kebudayaan dan etika orang Melayu Nusantara cukup kaya dan mewah dengan hasil
persuratan ilmu, pelayaran dan pemikiran sastera yang sehingga ke hari ini belum habis
dikaji.Malah melalui pendidikan ketika zaman penjajahan, orang Melayu tidak berpeluang
untuk menimba sesuatu yang besar dan melansungkan ‘sifat berdikari’ bagi diri atau bangsa
mereka.Skala ruang dan peluang itu dikecilkan kerana status sebagai bangsa yang berada
dalam kelas penjajahan.
Idea dan pengalaman politik orang Melayu hanya berlaku dan berkesan apabila wujudnya
fahaman pemikiran dari Timur Tengah yang memulakan penentangan terhadap Barat dan
penjajahan melalui cara yang formal, walaupun belum ada sistem politiknya yang mandiri.
Sudah ada pada masa itu pengarang-pengarang, pemikir-pemikir dan orang agama
menceburkan diri dalam masyarakat dan memasyarakatkan politik dengan cara yang
pelbagai.Penerbitan suratkhabar seperti Al-Imam misalnya, satu daripada pemulaan untuk
membangkitkan peribumi bagi menentang penjajah yang melanda di negara-negara Timur
Tengah sampai ke Nusantara.Seruan memperbetulkan pemikiran dan sikap, merupakan
salah satu daripada pendidikan politik yang berlaku secara tidak lansung, dan memberikan
keyakinan kepada bangsa peribumi untuk melawan penjajahan dengan secara menolak
ideologi penjajahan yang hanya mahu memonapoli kekayaan di bumi dan menyekat
kebangkitan bangsa daripada menjadi pemerintah.
Tetapi episod sejarah ini bergerak lamban, hanya selepas daripada tertubuhnya pelbagai
pertubuhan antara PKMM, API, AWAS dan lain-lain yang dikatakan daripada gerakan
politik kiri, (selepas mendapat pengaruh daripada perjuangan Kemerdekaan di Indonesia)
barulah orang Melayu didedahkan dengan politik yang lebih jelas. Apabila UMNO
ditubuhkan dengan usaha Dato Onn Jaafar, yang mana menjadi parti politik yang paling
ramai dipersetujui pada ketika itu bagi menentang Malayan Union, orang Melayu semakin
disedarkan dengan perkataan politik, dan kengkangan yang wujud sebelum ini mulai
hilang.UMNO dipercayai sebagai penerus kepada kesedaran politik menentang imprealisme
kepada kewujudan instituisi pentadbiran di bawah peribumi selepas daripada
Kemerdekaan.
Pelajaran politik orang Melayu pada masa itu cukup besar kerana dengan politik,kuasa
memerintah negara boleh beralihtangan kepada anak peribumi, yang mungkin sebelum
abad ke-19 dan ke-20, untuk memerintah negara sendiri adalah mustahil dan hanya mimpi
sahaja.Pengaruh politik dalam kehidupan orang Melayu makin meluas nyata.Peluang
berpolitik semakin rencam dan menampakkan demokrasi. Orang Melayu tidak segan-silu
dengan penglibatannya dalam politik sama ada UMNO atau bukan kerajaan.Malah
sebelumnya, dengan adanya istilah ‘gerakan kiri’ orang Melayu lebih menghayati maksud
perjuangan politik yang tulus sifatnya.Sungguhpun gerakan kiri ini tidak berjaya
mendapatkan Kemerdekaan bagai Tanah Melayu seperti yang dilakukan oleh UMNO
daripada penjajah British, tetapi perjuangan itu disambung bagi membela nasib rakyat di
akar umbi.UMNO tidak semestinya baik dalam semua perkara. Maka dengan adanya parti-
parti politik Melayu lain, ia akan menambahkan viarasi suara dan pandangan dalam
pemerintahan sendiri di awal sejarah Kemerdekaan.Kuasa politik di tangan orang Melayu
lebih besar dan berpengaruh.Tetapi untuk mencari pengaruh yang lebih akrab, UMNO
bersama dengan parti bukan Melayu seperi MIC dan MCA.Kesedaran tentang politik
majmuk ini setakat tidak begitu nyata, hanya bersama dalam Perikatan kerana sikap atau
aliran politik perkauman masih pekat seperti yang dapat dilihat daripada pembentukan
parti-parti politik berasaskan senstiviti perkauman.Maka dalam peristiwa 13 Mei misalnya
merupakan manifestasi daripada situasi ketaksamaan dalam kemajmukan atau perbezaan
yang ketara dari pelbagai segi, menyebabkan tragedi itu terjadi dan meninggalkan kesan
yang amat dalam dalam sejarah.Sehingga parti-parti politik umumnya dibentuk daripada
kaum-kaum sebangsa.
Cuma dalam pengamatan untuk politik mutakhir,sudah berlakunya perubahan pemikiran
tentang stigma politik perkauman ini. Sudah ada tanda-tanda penerimaan sesuatu kaum
terhadap kaum yang lain,seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri pilihanraya yang
baru-baru ini.Sokongan terhadap kaum sudah semakin kurang, malah ada petunjuk rakyat
yang bukan Melayu mengundi pemimpin Melayu dan begitulah sebaliknya.Walaupun masih
‘baharu’ sifatnya, tetapi ini petunjuk kepada positif yang mana rakyat semakin akur dengan
wacana atau idea perpaduan khususnya dalam politik.Tidak ada perbezaan perkauman
dalam menentukan sesebuah keputusan politik, kerana setiap yang berhak sepatutnya boleh
mendapatkan haknya.Tidak ada lagi perbezaan kaum dan bangsa dalam menilai antara
maksud politik dan pilihan rakyat.
Mungkin ramai tidak menyedari, apakah signifikannya Pas yang dahulunya hanya disertai
oleh orang Melayu sahaja, tetapi hari ini telah memiliki Kelab Penyokong Pas terdiri
daripada kaum India dan Cina.Hal ini tidak mudah dibaca secara munasabah dari
pengalaman politik lama yang barangkali juga kesan daripada pelbagai faktor sosio budaya,
pendidikan dan lain-lain. Tetapi hal ini sudah menunjukkan suatu petanda yang nyata
tentang penerimaan kaum terhadap kaum yang lain dalam arena politik,tanpa mengira
batasan streotaip lagi. Justeru, slogan Satu Malaysia yang diwar-warkan itu, berupa satu
daripada kesan perubahan sikap atau norma politik yang boleh dikatakan semakin berkesan
dan meluas di kalangan rakyat daan pernah dahulu dikata parti KeadiLan, tidak akan lama
umurnya disebabkan penubuhannya bersabit sebab tertentu, tetapi pada kala ini mendapat
liputan dan penerimaan daripada pelbagai kaum yang boleh dikatakan
memberansangkan.Umum mengetahui parti tersebut yang juga komponen dalam Pakatan
Rakyat DAP-PAS, terdiri daripada pelbagai kaum dan pemimpinnya juga daripada pelbagai
kaum.Ini satu petunjuk bahawa politik perkauman semakin lama, dianggap satu idea politik
yang karat dan tidak lagi relevan. Malah sudah ada senario yang menunjukkan penerima
pelbagai kaum itu lebih baik sehingga mengabsahkan Satu Malaysia pada masa kini sebagai
formula daripada pihak UMNO kepada semua rakyat, dengan, menyakinkan agenda baharu
untuk seluruh rakyat di negara ini.
Realiti Politik di Malaysia

Realiti politik di Malaysia pula sememangnya amat sukar untuk elak daripada isu dan
politik perkauman.Barisan Nasional semakin hilang populariti bukan kerana ideologi
mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat tetapi hakikatnya idelogi mereka telah
dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi dan prinsip asal politik perkauman adalah
perkongsian kuasa yang adil dan seimbang.Namun begitu,apabila masyarakat sendiri
melihat perkongsian ini sudah tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum
tertentu yang jauh lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas
mereka sudah dicacatkan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah
satu politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi terkini dan
tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak zaman nenek
moyang mereka.Apa yang mereka lihat pada hari ini politik perkauman adalah bersifat
racist kerana parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu
kaum daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang
sudah lama tidak dipraktikkan.

Politik berasakan kaum di Malaysia


Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu iaitu
parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan
kepentingan dan kebajikan kaum tersebut.Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga
kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air
atau negara.Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan
bumiputera lain.MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina di negara
ini.Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India.Parti-parti ini bukan sahaja
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masingTerdapat juga parti-parti yang
membuka keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan mereka masih tertumpu
kepada kaum mana yang mendominasi parti politik tersebut. Kita lihat sungguhpun DAP
terbuka keahlian kepada semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu
kepada kepentingan orang Cina/Demikian juga Pas yang terbuka kepada semua orang
Islam tetapi ia masih berasaskan politik Melayu.
            Gerakan juga sungguhpun parti multi racial tetapi masih bersikap parti orang
Cina.Politik berasaskan kaum lebih merupakan politik tolak ansur antara kaum yang
dipraktikkan dalam negara berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia.Politik ini
berjaya mengelakkan pertumpahan darah dan konflik antara kaum yang berlaku di banyak
negara-negara pelbagai kaum lain seperti di negara-negara balkan suatu ketika
dahulu.Politik berasaskan kaum tidak menindas mana-mana kaum atau mengambil hak
mana-mana kaum mahu pun mengenakan sebarang tindakan mendiskriminasi mana-mana
kaum.Misalnya hak-hak istimewa melayu, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan
raja-raja Melayu merupakan sebahagian tolak ansur dan power bargain kemerdekaan yang
turut memberikan hak kerakyatan, hak mengundi, hak mengamalkan adat istiadat dan
budaya serta pendidikan berasaskan bahasa-bahasa kaum lain. Justeru ia tidak boleh dilihat
sebagai tindakan satu kaum menindas kaum lain.DEB juga bukan satu polisi perkauman
tetapi merupakan polisi berasaskan kaum demi kepentingan sosial.Contoh,peruntukan 30%
ekuiti bumiputera, biasisiwa dan kuota universiti untuk bumiputera tidak merampas hak
kaum lain.Ini kerana jumlah yang diperuntukan lebih kecil atau setara daripada jumlah
penduduk bumiputera di negara ini.DEB juga tidak pernah melakukan perampasan harta
bukan Melayu untuk dijadikan harta kaum Melayu.
Politik berasaskan kaum ini tidak pernah menindas mana-mana kaum bukan peribumi dari
mencapai kedudukan,kuasa mahu pun penguasaan ekonomi. Bahkan politik berasaskan
kaum seperti di Malaysia ini telah melahirkan ramai jutawan dari kaum cina dan india.Ini
jelas berbeza dengan politik perkauman yang melakukan tekanan,dan diskriminasisecara
sistematik bagi menaikkan bangsanya dengan memusnahkan bangsa lain.Tiada apa yang
perlu digundah gulanakan apabila kita dilabelkan pejuang bangsa.Yang kita khuatir ialah
jika perjuangan bangsa digunakan untuk memusnahkan bangsa lain.Ini kerana politik
menjaga kepentingan kaum tertentu ini diikuti oleh tolak ansur dan persefahaman yang
akhirnya menghasilkan situasi menang-menang kepada semua kaum.Memang secara
idealnya politik yang tidak berasaskan kaum merupakan satu hujah akademik. Namun
realitinya ia tidak seindah digambarkan.Ia akhirnya akan menjadi keadaan di mana kaum
yang kuat dan gagah dari segi ekonomi membolot segala kekayaan dan keselesaan manakala
yang lemah dan kurang kekuatan akan terus ketinggalan.

 Parti-Parti Politik Dominan Berasaskan Kaum


United Malays National Organization(UMNO)

            Umno pada mulanya ditubuhkan adalah bertujuan untuk menentang Kesatuan


Malaya atau lebih dikenali dengan nama Malayan Union.Umno pada masa itu merupakan
satu-satunya parti yang cuba mempertahankan hak-hak orang melayu dan kedudukan raja
Melayu.Sekiranya Malayan Union Berjaya dibentuk maka kedudukan orang-orang Melayu
dan Raja-raja melayu terancam disebabkan oleh dasar-dasar Malayan Union yang ingin
mensamaratakan semua penduduk di Tanah Melayu pada masa itu.
Walaupun Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan
kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam
pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara
ini.Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.Bagi
membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi
Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun
UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang
dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan
kepada “Merdeka”.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum
meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan
“dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang
ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung
dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.
Matlamat Perjuangan UMNO jelas pada masa ini memperjuangkan nasib dan agenda
perjuangan Melayu.Demi memerdekan Tanah Melayu pada masa itu UMNO telah
bergabung dengan parti-parti seperti MCA dan MIC untuk menubuhkan parti
perikatan.Parti perikatan ini ditubuhkan bagi menamatkan keadaan darurat,
memperjuangkan kemerdekaanTanah Melayu dan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.
Melihat Konteks peranan UMNO pada masa kini agenda perjuangan untuk membela nasib
Melayu masih terus diperjuangkan sehingga telah menimbulkan rasa ketidakpuashatian
parti-parti komponen Barisan Nasional.Sebagai contoh semasa Konvensyen Barisan
Nasional 2010,pemimpin daripada MCA iaitu Chua soi lek telah lantang menyuarakan
pelbagai pandangan yang banyak mengguris hati pihak UMNO.Antara kelantangan yang
diperkatakan adalah Chua Soi Lek telah mempersoalkan hak kesemarataan dalam Barisan
Nasional,menuntut hak sama rata antara semua kaum dan juga mempersoalkan “ketuanan
melayu” .Pelbagai Pandangan dan reaksi timbul mengenai kenyataaan yang dikeluarkan
oleh Chua Soi Lek ini.Adakah parti bersasaskan kaum tidak releven pada masa ini? Ini lah
sebenarnya persoalan yang timbul.Perjuangan UMNO dilihat oleh parti-parti komponennya
sebagai sebuah parti yang mengutamakan orang melayu dan timbul persaan tidak puas hati
oleh parti kompenen yang lain dalam barisan nasional.
Politik perkauman Parti Tindakan Demokratik (DAP) Malayan Chinese Association(MCA)
Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963
dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang
berideologi sosialis.Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman
seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian
besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di
negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan
fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.DAP dilihat sebagai parti
yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai
sosialis.Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi
Parlimen.Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan
kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11
kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.
DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga
membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008
dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang
tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).Walaupun DAP di dalam pakatan
pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas,sementara itu, MCA
atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.
Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan
Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta
mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju,
tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.Berbeza dengan
DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan
dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi
ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.
Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi
semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh
pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya
manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kebelakang.Pakatan pembangkang yang
meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia
kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya
mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan
selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang
dititikberatkan dikalangan generasi muda.Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala
republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah
negara ini yang berpaksikan kemajmukan.Jelaslah disini agenda pari DAP lebih memihak
kepada kaum cina sahaja,walaupun pada dasar parti ini yang menuntut hak kesamarataan
antara kaum.
Sentimen perkauman masih kuat di Malaysia
Selagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menjalani kehidupan secara berasingan
mengikut kaum masing-masing, selagi itulah sukar untuk kita melihat satu parti politik
yang tidak berasaskan kaum wujud di negara ini.Sekalipun DAP mendakwa partinya
bukanlah parti yang mewakili kaum tertentu tetapi semua orang tahu parti itu adalah
seperti parti kepunyaan orang Cina.Begitu jugalah dengan Parti Keadilan Rakyat masih
tidak dapat mencerminkan sebuah parti yang mewakili rakyat Malaysia yang
sebenar.Sebuah parti politik itu hanya boleh dikatakan sebagai mewakili rakyat Malaysia
dan tidak berasaskan kaum jika ahli-ahlinya mencerminkan komposisi kaum di negara ini
Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang
bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka
sukar bagi mereka untuk bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa
rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti
politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka
sahaja.Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan
rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang
betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia. Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita
dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.
Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di
sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan
bangsa pada masa depan. Kita juga hairan bagaimana DAP yang mendakwa parti yang tidak
berasaskan kaum telah menentang sekolah wawasan yang dianjurkan oleh kerajaan bagi
membantu merapatkan jurang perkauman di negara ini.Sepatutnya DAP lah yang lebih ke
depan dalam hal ini kerana ia selalu mendakwa partinya tidak menggalakkan wujudnya
perkauman. Kalau DAP sendiri ingin melihat partinya benar-benar mewakili komposisi
kaum negara ini seharusnya dari sekarang ia kena mengambil langkah untuk merapatkan
jurang perkauman di negara ini, kalau tidak DAP hanyalah bermimpi di siang hari
sahaja.Perkara ini jelas menunjukan parti politik di Malaysia masih mengamalkan politik
perkauman dengan berpihak kepada sesuatu kaum.
Transformasi Politik di Malaysia
            Transformasi politik bermaksud mengubah sesuatu perkara kepada yang lebih
baik.Melihat kepada konsep Transformasi politik di Malaysia pada hari ini,transformasi
politik ini merupakan perkara yang penting untuk mengekalkan negara demokrasi yang
diamalkan oleh Malaysia.Tranformasi politik ini dilakukan disebabkan oleh beberapa faktor
yang berkemungkinan disebabkan oleh kesedaran pihak pemerintah atau golongan elit ini
untuk mengubah sesuatu perkara yang dianggap sudah tidak sesuai atau releven pada masa
kini.Seterusnya,desakan oleh masyarakat sivil yang mendesak golongan pemerintah atau
golongan elit ini untuk mengubah perkara yang dianggap perlu diubah untuk kepentingan
masyarakat.Ini bertepatan dengan konsep masyarakat sivil,
”...adalah agen perubahan sosial yang penting,sama ada sebelum atau selepas proses
pendemokrasian,dalam mempengaharui perkembangan dan perubahan sesebuah sistem
politik”(Hall 1995,20).
Desakan daripada pihak luar juga dapat mendorong golongan pemerintah ini untuk
melakukan transformasi politk disebabkan tekanan-tekanan yang diterima.Transformasi
merupakan agenda penting yang ingin dijayakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib
Tun Razak.Ada empat tonggak perubahan utama yang diperkenalkan beliau iaitu Gagasan1
Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi iaitu
Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Keempat-empat
tonggak perubahan itu bertujuan memastikan negara dapat mencapai hasrat Wawasan
2020, iaitu menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju menjelang 2020 mengikut
acuan sendiri.Namun,penumpuan kepada esei ini ialah transformasi politik yang dilakukan
oleh pihak kerajaan.
Pada masa ini, wacana politik Malaysia diwarnai beberapa pola pemikiran baru.Pola
pertama ialah pertumbuhan wacana politik yang diasaskan pada arus pemodenan.
Kemunculan pelbagai pertubuhan sivil dan perikatan politik menuntut amalan ketelusan
dan keterbukaan dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat adalah contoh terdekat
memahami realiti pola moden dalam wacana politik baru.Arus ini menuntut pengamalan
sistem demokrasi yang menyeluruh membabitkan kepentingan satu amalan kesaksamaan
dalam penggunaan sumber media dan kebebasan berhimpun dan bersuara.Kegiatan politik
yang didorong arus ini ialah amalan yang disertai semua peringkat masyarakat.Arus ini juga
menuntut penghormatan tinggi terhadap hak asasi manusia serta memperjuangkan
kesaksamaan kewarganegaraan tanpa dibatasi halangan kaum dan agama.
Pola kedua pemikiran politik yang mewarnai wacana politik Malaysia ialah arus berteraskan
agama.Pengaruh pemikiran politik berasaskan Islam semakin mengakar dalam kehidupan
masyarakat.Pola ini sering juga dirujuk di dalam wacana akademik sebagai ‘Islam politik’
atau political Islam.Pola pemikiran ini juga akan terus tumbuh dan berkembang kerana
persoalan politik adalah sebahagian perbahasan penting ajaran agama.Malah,dari
perspektif ajaran Islam, agama ialah sumber utama pembangunan pemikiran dan amalan
politik.Kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.Ini kerana antara
seruan agama terpenting ialah menuntut penganutnya memperjuangkan sistem kehidupan
yang saksama, makmur dan adil untuk seluruh warga penduduknya.Semua seruan ini
adalah persoalan asas dalam wacana pemikiran politik.
Transformasi politik di Malaysia yang ketara pada hari ini ialah pemansuhan Akta ISA
1960.Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut
tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara
atau mana-mana bahagian daripadanya.Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh
ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.Pada tahun 1989,
kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah
dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya
boleh melihat semula perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di
bawah ISA.ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan
mempertahankan hak asasi manusia.Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia
amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi
sebarang penentangan dan debat terbuka.Oleh sebab itu,ramai pihak yang menentang Akta
ISA 1960 ini.
Pelbagai respon yang diterima mengenai pemansuhan Akta ISA 1960 ini.Pemerhati politik
melihat perubahan yang besar dan berani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu
transformasi politik yang berani kerana Akta ini dilihat tidak releven digunakan pada masa
ini.Ini kerana Akta ISA ini dilihat mengekang kebebasan individu dan hak asasi manusia
yang mana individu-individu yang cuba mencetuskan hura-hara akan dimasukkan ke dalam
tahanan tanpa dibicarakan sebab-sebab mereka di tahan.Sesetengah pihak berpendapat
Akta ini tidak sesuai digunakan untuk orang awam seperti wartawan dan ahli politik,kerana
hak asasi mereka tercabar dengan Akta ISA ini.
Namun,disebalik pemansuhan Akta ini,pihak pemerintah atau kerajaan akan menggubal
undang-undang baru yang akan menggantikan Akta ini.Menurut sumber,kerajaan akan
menggubal dua rang undang-undang bagi mengantikan Akta ISA ini.Rang undang-undang
yang akan digubal ini lebih menenkankan hak asasi individu,kebebasan sivil dan menjaga
keamanan awam.Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,akta yang digubal
ini membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan
dihormati negara lain.
Transformasi politik yang seterusnya dapat kita lihat hasil daripada kesedaran pihak
pemerintah untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Auku
merupakan Akta yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar di Universiti atau mana-mana
institut pengajian tinggi.Baru-baru ini terdapat kes Empat bekas pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat kejutan apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya
meluluskan permohonan mereka mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
dan memutuskan  akta itu yang melarang penuntut universiti menyertai politik
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.Menurut mereka Akta ini bertentangan
dengan artikel 10 perlembagaan persekutuan.
Menurut Akta ini “pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar  bersekutu
dengan persatuan, dsb. Perkara 15 (1) Seseor ang pel ajar  Universi ti  boleh menjadi   ahli
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia
ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di
luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain:
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang,
sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang  yang telah ditetapkan oleh
Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai
tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.[3]
AUKU dilihat menghalang perkembangan sihat minda kritikal dan pemikiran asal pelajar
yang bukan sahaja tidak produktif ,malah mengongkong,kerana Universiti sepatutnya
menjadi institusi yang melahirkan para pemikir serta pembaharuan bukan pelajar yang
dilatih untuk mengikut apa sahaja yang telah dtetapkan.Pemansuhan AUKU dapat
memberikan pelajar untuk bebas menyuarakan pandangan mereka tanpa disekat oleh
mana-mana undang-undang.Kebebasan bersuara ini tidak bermakna pelajar Universiti
boleh melakukan apa-apa perkara sesuka hati,kerajaan harus meneliti garis-garis panduan
yang dapat digunkan oleh pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka.Ini bertujuan
untuk mengelakan perkara-perkara yang dapat merosakkan imej negara.

Anda mungkin juga menyukai