Anda di halaman 1dari 4

CABARAN DALAM ASPEK EKONOMI

Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita

lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapaikemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Antara cabaran-

cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi di Negara kita ialah perbezaan dari segi pekerjaan dan

wujudnya dominasi kaum dalam satu bidang-bidang tertentu,

Perbezaan dari segi pekerjaan ini sebenarnya wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan

oleh kerajaanBritish semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British telahmemisahkan kaum-

kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggalmereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya

tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi

buruh diestet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagaipelombong dan

peniaga. Ini telah mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara

kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana

sektor perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang Indiamasih lagi tinggal di

ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat

meluangkan banyak masa diditempatkerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja

terdiri darikaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungankaum yang sama. Ini

menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnyahubungan semakin menebal.

Selain itu, wujudnya dominasi kaum dalam satu-satu bidang tertentu merupakan cabarn lain dalam

memupuk integrasi yang menyebabkan kaum lain tidak dapat menyelit masuk ke dalam bidang tersebut

kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Sebagai

contoh, seperti yang kita tahu, bidang perniagaan telah di dominasi oleh kaum cina sejak dahulu lagi. Dan

sehingga sekarang, masyarakat cina masih lagi mendominasi sektor tersebut walaupun mereka digalakkan

untuk menceburkan bidang lain seperti polis dan perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada
mereka dalam sektor penjawat awam namun tidak begitu mendapat sambutan.Mereka yang terlalu bangga

dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikaridengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang

menjadi darah dagingmereka.

Menurut statistik dibawah, kita dapat melihat di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3

peratus daripada jumlahpertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan

kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputeraadalah lebih rendah iaitu 17.4

peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagipertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina

adalah jauh lebih tinggi.Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2peratus daripada jumlah

pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8

peratus.

Daripada statistik ini, kita dapat melihat kaum melayu pula kekal dengan sektor

pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan penjawat awam. Keadaan ini

telah menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan dan wujudnya jurang ekonomi yang besar dalam

kalangan kaum yang berbilang. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar, DEB danRMK, kerajaan

hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannyamenghapuskannya.ini menyukarkan pembentukan

hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang

berlainan taraf memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing.Golongan yang berpendapatan

lebih tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari golongan

yang lain.Disamping wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan secara

maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam

mengejar kekukuhan tapakdalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri.
Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain.

Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old

Town white coffe untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah

pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya

unsur mementingkan kaum sendiri dalammembuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam member peluang

pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja.Ini bukan sahaja

menghalang pembentukan dinamika ekonomi bahkan merencatkan perpaduan dalam Negara.

DALAM ASPEK SOSIAL

Dari segi social juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik menjadi

pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampura ndan interaksi sosial antara kaum. Apabila perkara ini

berlaku, tidak akan timbulrasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik. Apabila tiada

kepercayaan maka satu hubungan yang baik tidal mungkin dapat dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada

beberapa pemisahan yang berlaku.

Pertamanya pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik.

Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan

pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan

ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja disana sedangkan

orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar

ini,British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk sistem pendidikan ditempat yang diasingkan ini.

Akibat pemisahan ini, bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi

etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum.


Seterusnya, pemisahan dari segi pendidikan.Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british

memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam

menjalankan pembelajaran di sekolah. Terdapat 3 jenis sekolah vernakulaar iaitu mengikut kaum, Melayu,

Cina dan Tamil.Sekolah Tamil ditubuhkan di kawasan estet memandangkan kaum India mendiami kawasan

estet. Setiap kaum lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah kaum etnik masing-masing yang mana

menyebabkan perpaduan melalui pendidikan tidak dapat dijalankan. Ini akan melahirkan generasi yang tiada

semangat perpaduan yang utuh. Ini kerana mereka hanya berinteraksi dalam kalangan mereka ketika

disekolah. Kekurangan interaksi ini akan meghalang mereka mengenali bangsa-bangsa lain dan membina

kepercayaan terhadap kaum lain.

Di samping itu,pemisahan dari segi agama dan budaya.Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat

dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap

kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka.Mereka hanya

ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika

terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identity bangsamereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.

Disampingitu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan

budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang

menjadi penghalang dalam kalangan bangsa lain. Masalah bahasa ini juga menunjukkan akan kurangnya

interaksi dimana pelajar tidak banyak bergaul dengan bangsa lain.

Anda mungkin juga menyukai