Anda di halaman 1dari 5

DOA

Bismillahirrahmanirrahim…..
Alhamdulillahi robbil ‘alamin
Wassola tu wassalam ‘ala asyrofil anbiya iwal mursalin
Wa’ala alihi wasohbihi ajmain

Ya Allah, ya Tuhan kami, Ampunilah dosa-dosa kami,


Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami,
Ampunilah dosa guru-guru sekolah kami,

Ya Allah, ya Tuhan kami,


Jadikanlah kami insan yang berguna,
Pada agama, bangsa dan negara,
Jadikanlah kami insan yang berjaya,
Di dunia dan akhirat.

Robbana aatina fiddun ya hasanah,


Wafil akhiroti hasanah,
Waqina ‘aza bannar.

Walham dulillahi robbil ‘alamin…

IKRAR MURID
Up

Bahawasanya,

Kami murid-murid,

Sekolah Kebangsaan FELDA Kota Gelanggi Dua,

Berikrar dan berjanji,

Akan…

Berusaha bersungguh-sungguh,

Demi meningkatkan prestasi,

Dalam kurikulum dan kokurikulum,

Patuh kepada Tuhan,

Menghormati ibu bapa dan guru,

Mematuhi peraturan,

Yang ditetapkan,

Berakhlak mulia,

Jujur dan amanah,

Bertanggung jawab menjaga kebersihan,

Dan harta benda sekolah.

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS


Luruskan barisan.

Yang berusaha, Tuan Guru Besar Encik Jamalludin bin Baharun,


Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Satu Encik Zahari bin Hassan,
Guru Penolong Kanan HEM Encik Anuar bin Rahman,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Haris Fadilah bin Ahmad, Guru-guru dan murid-
murid Sekolah Kebangsaan FELDA Kota Gelanggi 2 yang dikasihi dan dirahmati Allah
sekalian.

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh dan selamat pagi.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul dan
berhimpun pada pagi ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Adam Naufal untuk bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Kita teruskan dengan nyanyian 3 rangkaian lagu iaitu


Lagu Negeri Pahang, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah.

Majlis diteruskan dengan menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas tampil ke atas
pentas bagi menyampaikan laporan mingguan. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Terima kasih Cikgu …………………………………………………untuk laporan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput guru yang bertugas pada minggu ini untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Cikgu ………………………………………… untuk ucapan sebentar


tadi.

Majlis memberi ruang kepada mana-mana guru yang ingin menyampaikan ucapan atau
pesanan. Dipersilakan.

Kita teruskan majlis mingguan kita dengan menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar,
Encik Jamalludin bin Baharun tampil ke atas pentas bagi menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.

Kita teruskan majlis ini dengan mempersilakan


…………………………………………………………………………… untuk mengetuai bacaan
Ikrar Murid dan Ikrar Rukun Negara.

IKRAR RUKUN NEGARA

Maka kami

Rakyat Malaysia
Berikrar

Akan menumpukan

Seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut

Berdasarkan

Prinsip-prinsip berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

Anda mungkin juga menyukai