Anda di halaman 1dari 7

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

1 Aina dan Zakira sangat mesra __________ walaupun mereka baru sahaja saling
mengenali.

seperti aur dengan tebing


seperti langit dengan bumi
seperti kunyit dengan kapur
seperti cincin dengan permata

2 Hati Jasmin remuk __________ kerana permintaannya untuk mencari kerja di Kuala
Lumpur ditentang oleh ayahnya.

seperti kaca jatuh ke batu


seperti cincin dengan permata
seperti si kudung mendapat cincin
seperti langit dengan bumi

3 Alimi berlari __________ kerana dikejar oleh seorang pemuda yang tidak siuman.

angkat bendera putih


putih tapak kaki
putih tulang
berputih mata

4 Tingkah laku anak Makcik Fatimah itu telah menjadi ______________ masyarakat di
Kampung Tualang Hijau.

perang mulut
mulut murai
buah mulut
mulut tempayan

5 Ben Musa merupakan __________ bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

tali barut
tebal telinga
muka tembok
tulang belakang

6 Badan Puan Aini menjadi kurus kerana telah lama __________ dengan sikap suaminya
yang tidak bertanggungjawab itu.

besar hati
ada hati
hati batu
makan hati

7 Pemuda yang memakai pakaian compang-camping dan bercakap sendirian itu


__________.

gelap mata
gila bahasa
kepala batu
kepala angin

8 Pemuda yang nampak baik itu sebenarnya __________ kerana telah diberkas oleh
penduduk kampung.

murah hati
muka tebal
alim kucing
mulut tempayan

9 Kita janganlah bersikap _________ tanpa menyelidik terlebih dahulu, nanti buruk
akibatnya.

tidur mati
angkat kaki
paling tadah
serkap jarang

10 Kak Ani menjadi __________ untuk memilih kain-kain yang dijual di gedung pakaian itu.

mata hati
putih mata
sakit mata
rambang mata
11 Pemuda kampung itu __________ hendak berkahwin dengan penyanyi terkenal.

ada hati
ada jalan
ada bakat
ada angin

12 Berita tentang kemunculan orang minyak di kampung itu hanya __________ sahaja.

A naik angin
B atas angin
C bawah angin
D khabar angin wait
(ID:1111512945990)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

13 Encik Zuhaimi berasa __________ atas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian yang
diperolehnya dalam majlis itu.

A cakap besar
B besar hati
C makan besar
D besar kepala wait

(ID:1478501496168/KLON/UPSR/2016/8)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14 Amir yang kelihatan seperti __________ itu sebenarnya pintar menyelesaikan masalah
Matematik yang sukar.
A bodoh sepat
B panjang akal
C mulut murai
D memerah otak wait
(ID:1132156400570/KLON/UPSR/2005/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15 "Kita tidak boleh membuat tuduhan secara __________ sehingga terbukti seseorang itu
bersalah," kata ayah pada Shamsul.

A bidan terjun
B serkap jarang
C separuh tiang
D hentam keromo wait

(ID:1130050746345/KLON/UPSR/2005/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16 Pada hari sukan baru-baru ini, Omar telah menjadi __________ kerana menggantikan
tempat Aidil yang terseliuh kaki.

A buah pena
B daki dunia
C bidan terjun
D cahaya hidup wait
(ID:1111511804420)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
17 Janganlah membuat sesuatu pekerjaan itu __________ sahaja kerana setiap pekerjaan
mestilah diselesaikan dengan sempurna.

A setengah hati
B hempas pulas
C berpeluk tubuh
D bermandi peluh wait
(ID:1128019131466/KLON/UPSR/2005/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

18 Naim segera __________ setelah menyedari kehadiran Sukiman yang selalu


membulinya.

A angkat diri
B angkat bakul
C angkat kaki
D angkat muka wait

(ID:1318749170058/KLON/UPSR/2011/29)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

19 Barisan pemohon yang menunggu giliran untuk mendapatkan borang perumahan di


hadapan kaunter itu bengkang-bengkok __________.

A seperti embun di hujung rumput


B seperti aur ditarik songsang
C seperti ular kena palu
D seperti lipas kudung wait
(ID:1321172212958/KLON/UPSR/2011/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

20 Puan Aini membesarkan anak bongsunya, Jalil dengan penuh kasih sayang
__________.

A seperti telur sesangkak, pecah satu pecah semua


B bagai sirih pulang ke gagang
C bagai belut diregang
D seperti menatang minyak yang penuh wait
(ID:1258304950562/KLON/UPSR/2009/19)

[Atas]

Anda mungkin juga menyukai