Anda di halaman 1dari 20

USAHA-USAHA INDIVIDU MEMUPUK AMALAN MEMBACA

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan
ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti melepak, membuli dan vandalisme.
Persoalannya,mengapakah remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada
mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh
mereka lakukan khususnya membaca? Hal ini demikian kerana, membaca akan menghubungkan antara manusia
dengan segala ilmu pengetahuan seantero dunia.Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara kata
“yang buruk dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan muafakat” untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar
membaca. Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk
menjadikan amalan membaca itu amalan hidup.

Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah dengan rajin pergi ke perpustakaan.
Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan malah di negara ini terdapat pelbagai jenis
perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak. Di perpustakaan
yang dikunjungi, kita dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Kita semua juga umum mengetahui bahawa perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan yang
terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca sebuah buku seminggu,ianya
sudah cukup kerana ilmu yang diperoleh dengan pembacaan sebuah buku sahaja amat besar nilainya. Ternyata
pasti, dengan bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan membaca
sebagai amalan hidup.

Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, amat bersesuaian untuk saya
jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca. Kata-kata hikmat  di atas akan diperjelaskan serta
dibahaskan dari perspektif menyediakan sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa
perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan membaca sebagai
amalan dalam kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa ,kita perlu menyediakan sudut bacaan atau
perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua ahli keluarga. Situasi ini akan menggalakkan serta mendorong
seluruh ahli keluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda
setiap anggota keluarga.  Neville Black, seorang ahli falsafah Barat, berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah
aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman globalisasi ini. Atas
kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan,ianya boleh menjadikan kita seorang modal insan yang berminda kelas
pertama. Berdasarkan perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri
sekali gus menjadi suri teladan kepada orang sekeliling saya.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini
kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program
ini, pelajar perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan
dalam buku NILAM. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada
gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca.
Rakan Pembaca berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka. Kesannya
pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu keperluan dalam hidup mereka. Apa
yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan yang dibaca perlu lahir daripada diri saya
tanpa wujud paksaan daripada pihak lain. Dalam ayat al-Quran juga ada menyatakan bahawa Allah tidak akan
mengubah nasib seseorang, sekiranya seseorang itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

Sementara itu, pelajar juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini kerana, kita akan
mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku
dengan harga yang murah dan berpatutan dan membaca buku secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di
pameran tersebut. Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di sudut maklumat di pameran atau ekspo
tersebut mengenai sinopsisi buku-buku yang dijual. Dengan ini, saya dapat membaca secara ringkas tentang buku-
buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk membelinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara
percuma, malah dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau
kedai buku, saya akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Peribahasa jauh
perjalanan luas pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan situasi yang saya bincangkan di atas.

Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan dengan
menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk
meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Sebagai anak
muda juga,kita berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat
membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau media
elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara
untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita digalakkan menyertai aktiviti
seperti menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan, kita juga boleh
mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen ”Amalan Membaca Nadi Ilmu
Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana
dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.

Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah
pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara kerana bertepatan dengan kata-kata  pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah dibiarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara yang sia-sia.
Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu
berpegang teguh dan jitu dengan slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ seperti
yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Generasi berpengetahuan
merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 yang telah kita tempuhi hari ini bagi menjadikan Malaysia
sebuah negara maju persis negara maju yang lain.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara
bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak sera yang membawa maksud seia sekata.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar
bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram
yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen
dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana
semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangat kejiranan sebenarnya dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat .
Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan .
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau
kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan
pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat
diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok
tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya
membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai,
balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan
yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan
penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam
yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika
masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar
kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan
anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan
kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh,
mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai
perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan
rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur
Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan
mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai
produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong
terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah
Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita
yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti
Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam
kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat
berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia
yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia.
Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di
negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu
berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Karangan peribahasa " Gengam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang".

Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-
sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh
seorang guru bernama Cikgu Nazihah. Beliau telah dilahirkan di Kampung Semantan,jalan selamat,Maran. pada
tahun 2000. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh
ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup
yang terpaksa dipikul selaku anak sulung. Beliau bersama adik lelakinya mengerjakan kebun peninggalan arwah
ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah
kewangan yang ditanggung oleh keluarganya.

Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50
sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia
19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arriz. Mereka telah
dikumiakan seramai lima orang anak, tiga orang lelaki, dan dua orang perempuan. Apabila mengenangkan nasibnya
yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk
memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan
keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga.

Suaminya cikgu Arriz ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buah dan
sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Temerloh,Pahang. Selain itu, beliau sering
membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela
ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan. Kehidupannya yang susah
menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang
sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah amanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah
menyempurnakan kehidupan anak-anak.

Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang
yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar,
masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu
tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang
yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan
tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan
anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai
mencederakan’.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan.
Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya
menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya
banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya
sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada
masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Bahagia,Maran. Setelah mengharungi cabaran
dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam
pelbagai bidang.

Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan
selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar
negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sama ada di sektor awarn
mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 36 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang
melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan
pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Tiga orang lagi anak lelakinya juga sedang melanjutkan
pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar
yang didiami kini adalah hasil titik peluhnya dan suami serta serba sedikit sumbangan daripada anak-anak.

Semua anaknya berperibadi mulia dan tahu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu
lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Arriz sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalam mendidik
anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan,
pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu
bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya
‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak
mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu,
kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Karangan pendapat tentang peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan
bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan
bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat
dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan
untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan
keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang
bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-
apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak
dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat.
Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka
kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya ibu bapa bertanggungjawab
memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu baoa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam
kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan
meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan perkara baik dengan perkara yang
buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan
sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaain mereka tidak berminat untuk
belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan
mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan
dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah " beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis."

Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang
cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan
tuntutan pepatah yang menyatakan " melentur buluh biarlah daripada rebungnya." Seruan ini memang betul kerana
lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti
kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk
mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan
mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral
yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka
memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang
sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang
dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih
penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak
mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di
dalam hati mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka
dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi
dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu
bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-
anak terjebak dalam masalah sosial, keadaan akan menajdi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. jika ibu
bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai
kejayaan. Oleh itu, ibu bapa bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak,
khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada
bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah
diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan
Gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan bahasa Malaysia
dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua
jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar
memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan
syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit
kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-
pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng
berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan
darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan
nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini
mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di
negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara
kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat rencaman golongan, DBP
harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti
seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan
dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang
berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil
DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan terhadap bahasa
Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan
pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan
berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak
harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan Undang-undang bagi
menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu,

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan bahasa
ibunda.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai
bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita
menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya
menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang
kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita
berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas'.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain,
ponteng bagaikan satu kayu pengukur yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang
diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan
sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan
kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. Hal ini berlaku
kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar
keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak
bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi
pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi
kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak perahu boleh diundur,
terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang
mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi
dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan
sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya,
mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan
kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar
memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap
wanita dalam iklan-iklan, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk
terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud
adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-
ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi menangani
polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri.
Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor
harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus
kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng
sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang
berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan.
Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak
kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang
sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan
dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang
dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem
pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang
lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan
kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
. “Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”.
Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas.

Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya
mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Walau
bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya.
Ungkapan ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu,
ibu bapa haruslah memikul tanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin
masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-
anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian
yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang
kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka
mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang mampu
mencongteng arang di muka ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak.
Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada
kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara
gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah
mementingkan pelajaran anak-anak mereka.

Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal
ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di
hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak
mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana datang daripada keluarga
yang baik dan yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup. Oleh
sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai
contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu
bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba
ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi
tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.

Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan
memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana
batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah
kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam
masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang
betul kepada anak-anak.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Saya yakin bahawa tiada
seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab
itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan
tanggungjawab ibu bapa mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka.
Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam
kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan
mencorakkannya.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
“Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit”.
Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa tersebut.

Peribahasa Melayu memang indah dan istimewa. Peribahasa biasanya memainkan peranan sebagai
pendorong dan penyedar kepada kita tentang hakikat yang berlaku di dunia ini. Peribahasa “seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya terpalit” membawa maksud kesalahanyang dilakukan oleh seorang menyebabkan
seluruh kumpulan yang tidak terbabit dihukum atau dipersalahkan. Peribahasa ini dapat memberikan peringatan
kepada anggota masyarakat tentang kepentingan berfikir dengan dalam-dalam sebelum membuat sesuatu yang
akan menyusahkan orang lain. Oleh hal yang demikian, peribahasa ini mestilah dijadikan panduan dalam kehidupan
kita.

Zhengyu merupakan seorang remaja yang nakal. Hal ini dikatakan demikian kerana dia tidak mendengar
nasihat orang lain. Dia suka mengusik kawan-kawan di dalam kelas dan mengejek orang lain. Oleh sebab itu, dia
tidak disukai oleh kawan-kawan sekelasnya. Walau bagaimanapun, Zhengyu merupakan seorang pelajar yang mahir
dalam subjek Matematik. Hal ini menyebabkan kawan-kawan sekelasnya menjadikan Zhengyu sebagai rujukan
mereka.

Pada suatu hari, Zhengyu membawa mercun ke sekolah. Dia meletakkan mercun itu ke dalam beg sekolahnya
supaya tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab Tahun Baharu Cina semakin menjelang, Zhengyu ingin bermain
mercun di dalam kelas. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya amat berbahaya dan akan membawa kemudaratan
dan masalah kepada rakan sekelasnya. Dia mula mengeluarkan mercun dan menyalanya.

“Pang! Pang! Pang!” Bunyi mercun yang meletop menyebabkan seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Hal ini
dikatakan demikian kerana ujian bulanan sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan guru disiplin dan tuan pengetua
berasa amat marah. Selepas waktu rehat, tuan pengetua mengarahkan para pengawas membuat pemeriksaan
secara mengecut ke setiap kelas untuk mencari mercun yang dibawa oleh pelajar yang nakal itu. Para pengawas pun
bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Sampai di kelas mereka, pengawas bertugas berjaya menemukan serpihan mercun yang dibuang ke dalam
tong sampah. Selain itu, mereka juga berjaya menemukan beberapa papan mercun di dalam beg Zhengyu. Hal ini
menyebabkan guru kelas 3 Doritis berasa amat malu atas perbuatan anak muridnya. Tuan pengetua pula memasuki
kelas. Beliau menyalahkan ketua tingkatan kerana tidak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak sekolah.
Akibatnya, tuan pengetua menghukum semua murid yang belajar di dalam kelas 3 Doritis.

Perbuatan Zhengyu yang membawa mercun ke sekolah telah menyebabkan rakan sekelasnya menjadi mangsa
hukuman pengetua sekolah. Hal ini disebabkan oleh rakan sekelasnya dituduh bersubahat dengan tindakan Zhengyu
yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, semua murid 3 Doritis diwajibkan menulis ayat “Saya tidak akan
melanggar peraturan sekolah lagi” sebanyak 1000 ayat. Selain itu, mereka juga diarahkan menyapu lantai dan
mengelop lantai tangga di seluruh kawasan sekolah yang bertangga.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Kesimpulannya, tindakan Zhengyu yang membuat kesalahan telah menyebabkan rakan-rakan sekelasnya
menerima padah. Keadaan ini sama dengan maksud peribahasa “seekor lembu membawa lumpur, semuanya
terpalit”. Oleh hal yang demikian, kita haruslah mematuhi peraturan sekolah dan berfikir secara masak-masak
sebelum membuat sesuatu tindakan bagai mengelakkan rakan-rakan kita juga dihukum. Peribahasa ini amat sesuai
untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar peraturan sekolah sesuka
hati.Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar
peraturan sekolah sesuka hati.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Karangan persediaan pelajar menempuh alam pekerjaan.

Zaman modenisasi memberi pelbagai cabaran kepada setiap individu untuk merebut peluang dalam pasaran kerjaya
yang terbentang luas. Sudah pasti sesuatu kerjaya yang ditawarkan menjadi rebutan dan mendapat persaingan yang
sengit. Oleh itu, setiap individu perlu melengkapkan diri masing-masing seawal usia remaja membuat persediaan
untuk menempuh alam kerjaya pada masa hadapan. Persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh
setiap individu? Saya akan menghuraikan secara terperinci persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap individu
dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Persediaan yang utama untuk menempuh alam kerjaya adalah setiap individu perlu mendapatkan kelayakan
akademik yang tertinggi. Antara kelayakan akademik yang perlu diperolehi sekurang-kurangnya Kelulusan diploma
hingga ke peringkat master dalam bidang yang diminati selaras dengan kajian dan kehendak pasaran kerjaya semasa.
Hal ini disebabkan, memiliki pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang memberi keyakinan diri. Kelayakan yang
tinggi membolehkan seseorang individu dapat menggunakan ilmunya memberi idea, cadangan, pandangan yang
bernas dan menyelesaikan masalah berkaitan kerjaya yang akan disandang. Jelaslah, mendapatkan kelayakan
akademik yang tinggi disertai dengan pengetahuan kajian pasaran kerjaya menjadi input utama untuk menempuh
alam kerjaya.

Selanjutnya, setiap individu yang telah mempunyai kelayakan akademik perlu mendapatkan pengalaman kerjaya
sebanyak yang mungkin. Antara pengalaman kerjaya yang boleh disertai pada awal usia remaja termasuklah
pengalaman dalam perhubungan dengan pelanggan, pengurusan dan pentadbiran perniagaan, bidang pemasaran,
pengurusan kewangan dan bidang logistik dalam mana-mana syarikat. Pengalaman dalam bidang kerjaya yang tiada
kaitan dengan kerjaya yang bakal disandang akan menjadi nilai tambah kepada kelayakan akademik yang dimiliki.
Selain itu, pengalaman yang dimiliki dapat mengurang kos pengurusan untuk melatih pelatih baru yang diambil
untuk bekerja. Sesungguhnya, pelatih yang memiliki pengalaman kerjaya dan kelayakan akademik yang tinggi
mengatasi tawaran skala gaji yang lebih tinggi dari pelatih yang hanya bersandarkan kepada kelayakan akademik.

Seterusnya, setiap individu juga perlu membuat persiapan mengasah kemahiran berkomunikasi. Antara kemahiran
berkomunikasi yang perlu dimiliki termasuklah mempelajari kemahiran berucap, kemahiran mendengar, kemahiran
mempengaruhi orang lain, kemahiran menulis secara verbal dan bahasa tubuh melalui kelas-kelas yang dianjurkan
pelbagai pihak. Kemahiran komunikasi membolehkan setiap Individu mempunyai keupayaan untuk petah berbicara,
mampu mempengaruhi orang lain, menjadi seorang pendengar yang baik, mampu melontarkan idea, berani dan
berkeyakinan menghadapi kerenah masyarakat. Memiliki pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi, sudah
pasti dapat memberi sinergi kepada produktiviti, tarikan dan sokongan dari semua arah dan menceriakan organisasi.
Tuntasnya, kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap
individu ke alam kerjaya.

Disamping itu, setiap individu perlu mempunyai ketahanan fizikal dan mental. Antara eleman ketahanan fizikal dan
mental termasuklah setiap individu mampu berdikari, berdisiplin dalam melaksanakan tugasan, bijak membuat
keputusan dan seorang yang proaktif yang boleh dipelajari melalui kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh sekolah
atau pihak kolej. Kelebihan semangat berdikari mendorong setiap individu betah dan sentiasa memiliki keyakinan
diri yang tinggi dalam menyelesaikan segala cabaran yang mendatang. Berdisiplin dalam menjalankan tugas pula
dapat memastikan seseorang melaksanakan proses tugasan yang diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab.
Manakala bijak membuat keputusan menjadikan individu seorang pemikir yang matang, pintar dan berkeyakinan.
Jelaslah, mempunyai ketahanan fizikal dan mental adalah satu aset menuju ke alam kerjaya bagi setiap individu.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Setiap individu juga perlu menguasai pelbagai bahasa utama dunia. Antara bahasa utama yang perlu dikuasai
termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Jepun dan bahasa Jerman. Hal ini disebabkan, bahasa Inggeris menjadi bahasa
perhubungan yang digunakan di seluruh dunia. Manakala bahasa Jepun dan bahasa Jerman adalah bahasa yang
digunakan dalam bidang teknologi. Menguasai pelbagai bahasa membolehkan kita menambah pelbagai input ilmu
melalui pengajian dan bacaan buku-buku ilmiah berkaitan kerjaya pilihan kita. Selain itu, keupayaan bertutur dalam
pelbagai bahasa juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan membuka peluang yang lebih luas kepada setiap
individu untuk merebut peluang kerjaya yang disediakan diseluruh dunia. Selanjutnya, individu turut dapat
mengeratkan hubungan dan berkomunikasi yang baik dalam organisasi yang dimiliki oleh penutur jati bahasa
tertentu. Jelaslah, menguasai pelbagai bahasa memberi impak yang besar kepada seseorang individu ke alam
kerjaya.

Kesimpulannya, untuk melorongkan diri ke alam kerjaya yang menjadi idaman, setiap individu perlu melakukan
pelbagai persediaan yang lengkap dari segi mental, fizikal dan kelayakan yang ditetapkan sesuatu tawaran kerjaya.
Segala persediaan boleh diperolehi melalui pengalaman, pengajian secara formal atau tidak formal.#

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat terutama internet sangat penting. Walau bagaimanapun, penggunaan
internet turut memberikan keburukan kepada masyarakat dan negara.

Bincangkan.

Penggunaan internet kini sudah menjadi satu perkara biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan internet
dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat remaja,
orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu
mudah. Namun, ada keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan
masyarakat tanpa disedari.

Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang terdapat di dalam internet itu
terutama bahan-bahan pronografi. Pendedahan yang sebegini boleh meruntuhkan moral seseorang terutama
golongan remaja yang belum mampu untuk memikirkan kesan pendedahan keterlaluan mereka terhadap bahan
sebegitu. Remaja akan menganggap bahan-bahan sebegini sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula. Internet telah
menyebabkan moral masyarakat yang suatu masa dahulu dipandang tinggi semakin dipinggirkan pula.

Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita. Sudah ada
banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk
memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang
ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini
dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan
kepada masyarakat.

Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan
dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan
secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu
mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu
sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan
berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini.

Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat
sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya
menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak
pula untuk melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah
pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

Malahan, pengguna internet juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka
menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat
dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat
mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak
pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang
mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka itu. Semua
maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang
KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI
tindakan susulan pula. Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan mengawasi masa dan halaman web yang dilayari
oleh anak mereka. Jika boleh ibu bapa turut sama melayari web bersama-sama anak supaya proses pembelajaran
berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya tetapi manusialah yang
menentukannya bak kata pepatah ”tepuk dada tanya selera”.

KARANGAN BAHASA MELAYU PELBAGAI TEMA NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI

Anda mungkin juga menyukai