Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS ANUGERAH PENDIDIKAN TERBILANG


JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 2011
TARIKH: 19 NOVEMBER 2011
TEMPAT: SJKC SIN HUA, JALAN TOK UNGKU, SEREMBAN

BIL MASA CUE ANN CATATAN


1 8.30 PG PENDAFTARAN
JEMPUTAN DAN
PENERIMA ANUGERAH
2 MAKLUMAN UMUM Pengumuman:
1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang
Berhormat Senator Dato’ Muhammed Najeeb bin
Abdullah diumumkan masuk.
2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon En MZ
bimbit / mod getar
3. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum berakhir / KPPM meninggalkan
dewan.
3 8.50 PG KETIBAAN TUAN
PENGARAH PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN
4 9.00 PG PENGUMUMAN Tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin yang dihormati:
KETIBAAN YG BHG Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator En MZ
DATO’ KPPM Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah
LAGU NEGARA KU Mohon hadirin berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA
KU

Setelah selesai Nyanyian Mohon Yang Berhormat Dato’, dif-dif jemputan serta
Lagu Negaraku hadirin sekalian mengambil tempat. En MZ

1
BIL MASA CUE ANN CATATAN

Senarai Protokol 1. Yg. Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin


Abdullah
RADZ

2. Yg. Bhg Puan Rosnani binti Mohd Ali


(Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia)

3. Yg. Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak:


(Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan Darul Khusus)

4. Yg. Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf,


(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri, NSDK)

5. Yg Berusaha Puan Hajjah Ipon binti Shamsudin;


(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah merangkap
Pengerusi JK Kerja Majlis Anugerah Pendidikan
Terbilang JPNS 2011)

6. Yg. Berusaha Ketua-Ketua Sektor JPN, NSDK.

7. Yg. Berusaha Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,


JPNSDK.

8. Pegawai-Pegawai JPN dan PPD, BTPN dan PKG


seluruh Negeri Sembilan.

9. Dato-dato dan Datin-Datin;

10. Semua Pengetua, Guru Besar, Para Graduan


Cemerlang dan seterusnya para hadirin sekelian.

Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan selamat datang


ke Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang, Jabatan Pelajaran
Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 2011

2
BIL MASA CUE ANN CATATAN

BACAAN DOA Memulakan acara pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz RADZ
Tn Hj Zainal Ariffin bin Masurom dari Sektor
Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk


menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas
kehadiran tetamu kehormat:
RADZ
Yg. Berhormat Senator Dato’ Muhammed Najeeb bin
Abdullah, dif-dif jemputan, hadirin dan hadirat ke majlis
Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang JPN 2011 pada
pagi yang bahagia ini. Yang Berhormat dan hadirin
sekalian:

Dari Kedah pergi ke Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu terimalah persembahan medley tarian


(portugis, jingkling nona, asmaradana dan Tarian 1
Malaysia) oleh Prasekolah dan murid-murid dari SK
Puteri Seremban. Dengan sukacitanya dipersilakan.

SETELAH SELESAI Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk


PERSEMBAHAN TARIAN makluman hadirin sekalian, persembahan medley tarian
itu tadi adalah dibawah bimbingan Pn Ruziah, Pn
Yuhaiza dan Cik Hazlina. RADZ

3
BIL MASA CUE ANN CATATAN

UCAPAN YG BHG TUAN Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput : En MZ


PENGARAH JABATAN
PELAJARAN NSDK Yang Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak,
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah Tuan Pengarah Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En MZ
JPNS selesai Tuan Pengarah Pelajaran NSDK atas ucapan yang telah
menyampaikan ucapan disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN Sidang Hadirin yang dihormati sekelian.


OLEH YG Berhormat
Senator DAN Sampailah saat yang dinanti. Majlis dengan segala
PENYAMPAIAN hormatnya mempersilakan :
ANUGERAH RADZ
Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Najeeb
bin Abdullah :

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan


Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus 2011dan
seterusnya dipohon Yang Berhormat Dato’ Senator
untuk terus berada di atas pentas bagi acara
penyampaian anugerah kecemerlangan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

4
BIL MASA CUE ANN CATATAN

PENYAMPAIAN Yang Berhormat Dato’ serta hadirin yang dihormati :


ANUGERAH
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara EN MZ
penyampaian hadiah bagi anugerah-anugerah
kecemerlangan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah
Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus naik pe pentas
untuk mengiringi Yang Berhormat Senator Dato’
Muhammed Najeeb bin Abdullah untuk
menyampaikan anugerah. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

Anugerah .............................:

Dijemput :

PENUTUP Hadirin dan hadirat yang di hormati,


PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas kesudian
KEPADA YB Senator RADZ
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


Yg.Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah
Pelajaran Negeri Sembilan DK untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang berhormat Senator Dato’
Muhammed Najeeb bin Abdullah.

Dijemput Yang Berhormat Dato’ untuk menerima


cenderamata. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

5
Untuk makluman hadirin sekalian, penyampaian anugerah itu EN MZ
tadi telah diiringi oleh Kumpulan Caklempong dari Sekolah
Kebangsaan Dato’ Akhir Zaman, Rantau.

Yang Berhormat Dato’ serta hadirin sekalian :

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan itu maka berakhirlah Majlis Anugerah Pendidikan


Terbilang JPN NSDK Tahun 2011. Majlis mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada
Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammed Najeeb serta
semua dif-dif jemputan yang turut hadir dalam majlis ini.
Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan semasa mengacarakan majlis.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator


Dato’ Muhammed Najeeb diringi oleh Yang Berusaha Tuan
Pengarah Pejaran Negeri Sembilan, Dif-Dif Jemputan dan
hadirin sekelian untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai