Anda di halaman 1dari 68

SGWANG.

COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 1

SUNGAI WANG

Jadikan Wang Anda Bekerja

Jadikan wang anda bekerja

Oleh
Kamaruddin Haji Mamat

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 2

KANDUNGAN Muka

1. Wang & Sifatnya 3

2. Sumber Wang & Pergelutan Wang 4

3. Celik Kewangan Kiyosaki 7

4. Hukum Wang 9

5. Apa itu Aset & Liabiliti–aliran tunai 11

6. Pola Orang Miskin & Menengah vs Orang Kaya 13

7. Kuasa Berfikir 15

8. Rumah:Aset atau Liabiliti 18

9. Penyata Kewangan: ayah Miskin vs ayah Kaya 20

10. Kenapa orang Kaya makin kaya 21

11. Bekerja untuk Belajar, bukan untuk Wang 25

12. Belajar untuk Menjual: Bisnes 33

13. Cerita Bandingan Pipeline 37

14. Kita hidup dalam Dunia Angkut-Baldi 40

15. Daya Tuas Masa: Pipeline orangramai 45

16. Strategi Paling Berkuasa 54

17. Takaful & Insuran 56

18.. Urus Hutang 57

19.. Jadikan Duit Anda Bekerja 59

20. Saham Amanah 61

21. Anda Calon Jutawan 61

22. Pertanian 62

23. Berniaga 67

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 3

WANG

Apa itu Wang?


Ianya satu benda maya atau virtual. Ianya bukan zat yang bernilai pada
hakikatnya, tidak sebagaimana emas atau perak. Wang diikat kepada benda
yang memiliki nilai tertentu yang lebih nyata, misalnya emas atau perak. Di
zaman silam, dalam Islam tiada wang kertas maya ini. Yang ada hanya dinar
(emas) dan dirham (perak). Dinar dan dirham ini adalah nilai nyata atau hakikat.
Oleh itu ia sukar dimanipulasi. Tidak sebagaimana wang kertas hari ini yang
boleh diberi nilai yang berbeza dan cair pula. Jadi sesiapa yang kejar wang, maka
dia akan berdepan dengan bahaya yang besar kelak kerana ia boleh dikuasai dan
dimanipulasi.

Wang ada kuasanya. Ia bukan sahaja berkuasa ke atas orang lain yang
berkehendakkan wang itu, malah ia turut menguasai tuan punya wang. Wang
berkuasa ke atas semua jenis orang. Sesiapa yang pegang wang, dialah yang
memegang kuasa.

Apa itu Sifat Wang?


Wang memang berkuasa, tetapi anda boleh menguasainya jika tahu caranya.
Wang boleh berkembang dan menokok jika fahami sifatnya [Burke]. Wang akan
terbantut jika anda bakhil. Tetapi ia akan cepat berkembang jika anda murah
hati. Itu sebab, orang Terkaya Babylon dan Kiyosaki mendedahkan perlunya kita
berderma setiap hari walaupun sedikit agar wang kita mahu berkembang.

Sebagai muslim, Allah SWT sudah menjanjikan, setiap satu kebajikan yang kita
buat akan diganjari 10 hingga 700 kali ganda seperti satu biji benih yang tumbuh
menjadi pokok gandum. Malah ada yang tak terkira banyaknya! [al-Quran].

Jika anda abai kuasa wang atau jahil tentangnya, ia akan berkuasa ke atas anda
dan ia mampu menjadikan anda pekerjanya malah hambanya. Ia cukup
berkuasa menentukan apa yang patut kena buat dengan memenuhi nafsu anda.
Apabila anda sudah dikuasai wang, semua benda jadi buruk dan teruk, bukan
sahaja pada diri sendiri, malah masyarakat sekeliling anda. Kenalilah wang dan
kawal dirinya, jika tidak dia akan mengawal anda!

Wang memang satu bentuk kuasa. Tetapi suatu yang lebih berkuasa ialah
pendidikan kewangan. Wang boleh datang dan pergi, tetapi jika anda
mempunyai pendidikan tentang cara wang bekerja, anda mendapat kekuasaan
ke atasnya dan boleh mulai membangunkan kekayaan. Pemikiran positif sahaja
tidak cukup dan tidak mampu kerana kebanyakan orang hanya pergi ke sekolah
dan tidak pernah belajar cara wang bekerja, sehingga mereka menghabiskan
seumur hidup mereka untuk bekerja demi wang.

“Orang biasa bekerja untuk wang.


Orang kaya menjadikan wang mereka bekerja.”

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 4

Sumber wang adalah seperti berikut:


Anda bekerja makan gaji.
Aset anda bekerja untuk anda
Durian runtuh & dapat pesaka
Jumpa harta karun
Kahwin dengan orang kaya
Pampasan insurans
Menang peraduan, who want to be millionaire, jutaria

PERGELUTAN WANG

Apa itu pergelutan wang?


Duit anda telah memaksa anda bekerja lebih kuat supaya menghasilkan wang
yang lebih banyak. Anda sanggup lakukan apa saja demi wang. Misalnya kerja
ofis tak cukup wang, jadi kena buat kerja sampingan atau buat OT. Ajar tuisyen,
jual direct selling dsbnya semata-mata untuk tambah wang anda. Lebih teruk
lagi bila anda menjadi hamba wang, anda sanggup buat apa sahaja. Sehingga
melampaui batas agama seperti memakan riba, makan suap, merendahkan
kehormatan, sehingga menjual maruah diri bahkan lebih jauh lagi, jadi murtad
dan tukar agama semata-mata hidup terdesak dan perlukan wang. Ketika itu
anda tiada harga diri lagi, bahkan lebih teruk dari binatang, pasal akal anda
sudah tak berguna, berbanding binatang yang memang tiada akal. Inilah bahana
permainan wang akibat tak faham atau buta kewangan.

Lihatlah bagaimana negara paling maju di dunia AS pun terpaksa berlutut


dengan tekanan kapitalis (baca zionis) agar mencari wang baru, akibat
berhutang 7 trilion dolar dengan Central Bank (bukan Bank Negara seperti yang
disangka rakyatnya sendiri bahkan milik kapitalis zionis antarabangsa). Maka
dia buat propaganda serang Afghanistan dan Iraq, padahal mahukan minyak.
Penderitaan rakyat dan askar sudah tidak diambil kira. Beratus ribu terkorban
kerana wang. Wang adalah segala-galanya. Kerajaan pun ditipu oleh wang,
usahkan kita. Kerana kerajaan pun menganut satu doktrin yang sama dengan
orang awam tentang wang. Rakyat menghabiskan masa bertahun-tahun di alam
persekolahan tetapi tak belajar suatu apa pun tentang wang. Hasilnya manusia
belajar untuk bekerja demi wang, tetapi tak pernah belajar menjadikan wang
bekerja untuk mereka! Bacalah buku Kiyosaki untuk tahu lebih lanjut.

Bila ia bermula?
Ia bermula ketika anda mula bekerja. Ketika anda masih dalam jagaan ibu bapa
atau masih belajar di kolej anda biasanya tidak terlibat dengan pergelutan wang.
Pasal anda hanya tahu belajar dan belajar, wang akan datang juga. Bila bekerja
lain pula ceritanya; Anda dapat gaji pertama RM1500, anda terpaksa bayar sewa
bilik di bandar, beli motor dengan meminjam dari keluarga sedangkan anda tak
pernah diajar secara betul tentang wang, termasuk semasa di universiti.

[Universiti hanya mengajar anda menjadi seorang pekerja yang mahir. Bukan
ajar cara membuat wang dan menguruskan wang dengan sebetulnya. Sejak kecil
pun anda sudah diajar oleh ibu bapa tentang wang tetapi dengan set minda

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 5

orang miskin, walaupun sesetengahnya ada duit banyak. Mereka dahulu pun
mewarisi perkara yang sama dalam soal wang. Kita semua sebenarnya mewarisi
ilmu yang sama tentang wang, iaitu ilmu wang yang silap. Itu sebab, ayah kita
tetap bergelut dengan wang dan tidak mustahil anda pun demikian juga. Pi mai
pi mai tang tu jugak! Itulah permulaannya.] Jadi belajarlah dari orang yang
mahir dan tahu tentang wang iaitu orang kaya yang bijak.

Bagaimana ianya berlaku?


Setelah setahun dua bekerja, anda sudah punyai teman dan mahu mendirikan
rumahtangga. Anda berkahwin, pada anggapan anda tentulah gaji akan menjadi
lebih banyak kerana kedua-dua bekerja. Bila dah ada RM3000, rasa tak sesuai
lagi naik motor (takkan pegawai naik motor jer!). Jadi, berpakatlah anda suami-
isteri membeli kereta [buat pelaburan katakan, sebenar ikut-ikut kata orang
sahaja]. Bila dah setahun, anak yang ditunggu pun lahir. Rasa mahu beli rumah
pula, melabur lagi sebagai meletakkan tapak asas keturunan anda.

Oleh kerana rumah dianggap akar keturunan. Maka rumah mula dianggap satu
aset (walaupun sebenarnya tidak). Rumah adalah liabiliti, bukannya aset [rujuk
Kiyosaki]. Bila dah pegawai, tentulah ada kemudahan kad kredit. Anda ambil
satu, isteri ambil satu. Sedar tak sedar anda sudah dijerat oleh hutang dengan
hutang kereta RM770, rumah RM800 s, kad kredit RM400. Sekali anda
berhutang, bermakna anda menggali satu lubang besar untuk anda sekeluarga.
Lubang besar kini ada tiga yang perlu ditimbus setiap bulan sebanyak RM2000,
tak termasuk bayaran pengasuh, belanja anak (susu, lampin & ubatan), kos
petrol, kos makanan, bil telefon rumah, handset, bil elektrik, bil air dan hiburan
(Astro & internet), dll.

Jadi duit RM3000 rasa tak cukup, maka anda cari kerja sampingan, buat OT, buat
tuisyen, buat MLM dan sebagainya. Masa dahulu bekerja 8 jam sehari sudah jadi
12 jam. Hari minggu pun jarang balik kampung kerana terpaksa buat kerja
sampingan. Anda betul-betul dikerjakan oleh wang, anda sekeluarga ikut cakap
wang, “kerja mesti kuat dan aku akan bertambah”, maka akhirnya anda dah jadi
hamba wang. Memang benar RM3000, RM5000 bahkan RM10,000 tak akan
cukup. Tak caya tanyalah Erra. Bahkan gaji pilot dan kapten kapal yang berbelas
ribu dolar pun tak pernah cukup. Kenapa? Kerana toy mereka lebih besar. Sila
rujuk buku Rich Dad.

Cara mengatasinya.
Jika anda tersedar ketika anda sudah berumur 50 tahun, tak banyak yang boleh
anda buat kecuali “masuk Pak Man Telo”. Kalau nasib baik, anda untung. Kalau
tidak anda akan jatuh lagi, malah ditimpa tangga yang lebih besar pada usia
lanjut. Tentulah lebih parah. Itulah ramai yang dah jadi Man Telor atau Man
Sasau.

Tapi jika anda masih muda, berumur 20-an. Inilah masa yang sesuai untuk
merancang kewangan anda. Namun masa yang paling baik ialah merancang
semasa anda kecil lagi. [Yang merancang ketika itu sebenarnya ialah ibu bapa
anda jika mereka celik kewangan. Saya sendiri melabur untuk 3 orang anak sejak

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 6

mereka kecil dan dalam perut lagi. Ada pelbagai instrumen yang akan
diperkatakan nanti].

Apabila anda sudahpun membaca dan faham apa itu wang dan sifatnya. Anda
mesti ubah sikap anda. Jangan melakukan lagi kesalahan yang sama. Kita tidak
sepatutnya dipatuk ular pada lubang yang sama, dua kali. Baca dengan teliti dan
fahami sekali lagi apa itu wang, tipu dayanya dan fahami keupayaan wang.

Berbanding anda bekerja demi wang, jadikan wang anda bekerja untuk anda.
Dia lebih gigih daripada anda. Anda hanya pantau dengan akal budi. Misalnya
anda boleh melabur untuk akal dan wang anda sekaligus melalui laman web
saya ini. http://www.sgwang.com. beberapa kali, tapi jangan lupa gunakan
akal.

Akhirnya, sentiasa perbaharui ilmu wang mahupun ilmu agama. Melaburlah


untuk akal budi anda iaitu dengan membaca buku-buku, ebooks, majalah, kaset,
CD dan masuk seminar atau ambil sijil tentang kewangan mahupun agama,
walaupun kosnya agak mahal.

[Walaupun saya pernah belajar al-Quran dengan bapa saya dan beberapa guru
ketika kecil dulu, tapi itu masih jauh dari cukup. Rupanya ada 14 lagi cara
bacaan berlainan yang disebut ilmu qiraat 4, 7, 10 dan 14. Selama ini kita ambil
satu qiraat saja iaitu riwayat Hafs walaupun banyak bacaan kita yang silap. Kita
akan tahu betapa silapnya kita membaca al-Quran apabila kita tahu bacaan
qiraat lain, misalnya bacaan Riwayat Warsy. Kita main hentam sahaja baca al-
Quran. Kenapa? Pasal kita rasa dah betul hanya kerana belajar takat masa kecik
dulu.
Tak cukup! Memang tak cukup dan banyak silapnya kerana kita tak belajar
dengan sempurna. Maklumlah akal budak!] Begitu juga dalam soal wang, kita
sentiasa kena perbaharui atau asah ilmu itu setiap masa. Jadi, membuat
pelaburan dalam ilmu adalah paling utama. Kemudian barulah melabur dalam
instrumen lain.

Untuk mendapatkan bahan bacaan yang murah dan bernilai tinggi, sila ke laman
web ini. http://www.jimatduit.com.

Mari kita pelajari apa yang diperkatakan oleh Kiyosaki tentang wang dan
urusannya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 7

CELIK KEWANGAN -KIYOSAKI

Pada tahun 1994, saya bersara pada umur 47 tahun. Pencen bukan bermakna
tidak bekerja. Bagi saya dan isteri saya, ianya bermakna berehat, kecuali ada
perubahan besar yang tak terduga, kami boleh jadi bekerja atau tidak bekerja,
dan kekayaan kami tumbuh secara automatik, jauh di atas inflasi. Saya rasa ini
bermakna kebebasan. Aset yang ada cukup besar untuk mengembang dengan
sendiri. Ianya seperti menanam sebuah pohon. Anda menyiramnya bertahun-
tahun dan suatu hari ia tak perlukan anda menyiraminya lagi. Akarnya sudah
menjalar kukuh ke dalam bumi. Dan pohon itu memberi teduh untuk anda
nikmati.

Apabila saya bercakap dengan sekumpulan manusia, mereka selalunya bertanya


apa syor saya atau apa yang patut mereka buat? "Bagaimana mereka
memulakannya?" "Apakah buku yang bagus yang awak syorkan?" "Apa yang
patut mereka buat untuk mempersiapkan anak mereka?" "Apakah rahsia untuk
berjaya?" "Bagaimana saya boleh buat berjuta-juta dollar?" Saya sentiasa
mengingatkan artikel ini yang pernah diberikan pada saya. Ianya seperti berikut.

USAHAWAN TERKAYA

Pada 1932, sekumpulan pemimpin kami yang terhebat dan para usahawan
terkaya mengadakan satu pertemuan di Hotel Edgewater Beach di Chicago. Di
antara mereka yang hadir ialah Charles Schwab, ketua syarikat industri keluli
bebas; Samuel Insull, presiden industri utiliti terbesar di dunia; Howard Hopson,
ketua industri gas terbesar; Ivar Kreuger, presiden International Match Co., salah
satu syarikat terbesar di dunia pada waktu itu; Leon Frazier, presiden Bank of
International Settlements; Richard Whitney, presiden New York Stock Exchange;
Arthur Cotton dan Jesse Livermore, dua spekulator saham terbesar; dan Albert
Fall, anggota kabinet Presiden Harding. Dua puluh lima tahun kemudian,
sembilan dari mereka (yang tersenarai di atas) nasibnya berakhir seperti berikut.
Schwab meninggal tanpa wang sesen pun setelah hidup selama lima tahun
dengan wang pinjaman. Insull meninggal tanpa wang di negeri asing. Kreuger
dan Cotton juga meninggal tanpa wang. Hopson menjadi gila. Whitney dan
Albert Fall baru kelaur dari penjara. Fraser dan Livermore membunuh diri.

Saya ragu jika seseorang boleh mengatakan apa sebenarnya terjadi pada mereka.
Jika kita melihat tarikhnya, 1923, itu ialah tahun hampir sebelum terjadinya
kehancuran pasaran dan "Kemurungan Besar" pada tahun 1929, yang saya syak
sangat besar impak ke atas orang-orang itu dan kehidupan mereka. Pointnya
begini: Sekarang kita hidup dalam zaman perubahan yang lebih besar dan lebih
cepat daripada yang mereka alami. Saya menjangkakan akan ada banyak
ledakan pasaran dan kehancuran dalam masa 25 tahun lagi yang kira-kira selari
dengan kebangkitan dan keruntuhan yang dialami oleh mereka. Saya sangat
ambil berat mengenai ramai manusia sedang fokus ke atas wang mereka terlalu
lebih dan tidak ke atas kekayaan terbesar mereka, iaitu pendidikan mereka. Jika
manusia dipersiapkan untuk bersikap fleksibel, berfikiran terbuka, dan terus

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 8

belajar, mereka akan tumbuh semakin kaya melalui perubahan-perubahan itu.


Jika mereka mengira bahawa wang akan menyelesaikan masalah mereka, saya
khuatir orang-orang ini akan menjalani hidup yang keras. Kebijaksanaan
sentiasa menyelesaikan masalah dan menghasilkan wang. Wang tanpa disertai
kebijaksanaan kewangan ialah wang yang akan segera habis.

Kebanyakan orang gagal untuk menyedari bahawa yang penting dalam hidup
ini bukanlah berapa banyak wang yang boleh anda buat, tetapi berapa banyak
wang yang anda boleh simpan. Kita tentu pernah mendengar kisah-kisah
tentang orang miskin yang menang loteri. Secara tiba-tiba mereka menjadi kaya
raya, tapi tak lama kemudian jatuh miskin semula. Mereka menang loteri jutaan
dolar, tapi dalam masa singkat mereka kembali ke titik di mana mereka bermula.
Atau tentang kisah para ahli sukan profesional, yang pada umur semuda 24
tahun, memperolehi berjuta-juta dolar setahun dan berakhir dengan tidur di ba-
wah teduhan jambatan pada umur 34 tahun.

Dalam tahun 1997, saya kenal begitu banyak orang menjadi jutawan segera.
Ianya "Roaring '2Os" yang berlaku sekali lagi. Sungguhpun saya suka melihat
ramai orang menjadi semakin kaya, saya cuma ingin mengingatkan bahawa
untuk jangka panjang, bukanlah berapa banyak yang boleh anda buat, tetapi
berapa banyak yang boleh anda simpan, dan untuk berapa generasi anda boleh
menyimpannya.

Ketika orang-orang bertanya, “Di mana saya mesti mulakan?” atau “Beritahu
saya cara boleh menjadi kaya dengan cepat,” Mereka selalu sangat kecewa
dengan jawapan saya. Saya hanya katakan pada mereka apa yang dulu
dikatakan ayah kaya saya ketika saya masih budak. “Jika kamu ingin menjadi
kaya, kamu mesti ada literasi kewangan.”

Idea itu dicanangkan berulang-ulang dalam kepala saya setiap kali kami
bertemu. Seperti yang saya katakan, ayah saya yang berpendidikan menekankan
pentingnya membaca buku, sementara ayah kaya saya menekankan kemestian
untuk mahir mengenai literasi kewangan.

Jika anda hendak membangun Empire State Building, sebuah pencakar langit di
AS, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menggali lubang yang
sangat dalam dan membuat tapak asas yang kukuh.

*The Roaring ‘20s adalah tahun-tahun 1920-an selepas Perang Dunia I, di mana
ekonomi dianggap akan baik, pasaran optimis, indeks bursa saham naik terus,
orang merasa makmur dan boleh menjadi kaya dengan cepat. Tiba-tiba pada
Black Thursday 1929, bursa saham merudum, banyak syarikat bangkrap, ekonomi
AS pun mulai menjunam. Terjadilah the Great Depression tahun 1929.

Jika anda hendak membina sebuah rumah di pinggiran kota, apa yang anda
perlukan hanyalah campuran batu dan simen sedalam 6 inci untuk tapak asas.
Malangnya, kebanyakan manusia, kerana nafsu mereka yang begitu besar untuk
menjadi kaya cepat, berusaha membangun Empire State Building dengan tapak
asas yang cuma 6 inci.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 9

Sistem sekolah kita, yang dicipta pada Zaman Pertanian, masih percaya pada
rumah tanpa tapak asas. Lantai tanah masih digemari. Sebab itu budak-budak
lulus dari kolej secara mayanya tiada tapak asas kewangan. Suatu hari, kerana
tidak boleh tidur dan dikelilingi hutang, mereka termenung sambil membayang-
bayangkan American Dream di pinggiran kota dan memutuskan bahawa jawapan
terhadap masalah kewangan mereka adalah mencari satu jalan untuk kaya cepat.

Sekarang, subjek perakaunan mungkin merupakan subjek paling membosankan


di dunia. Mungkin juga yang paling membingungkan. Tetapi jika anda ingin
menjadi kaya, dalam jangka panjang, perakaunan merupakan subjek paling
penting. Persoalannya ialah bagaimana anda mengambil subjek yang paling
membosankan dan membingungkan untuk diajarkan kepada anak-anak?
Jawapannya ialah permudahkanlah. Pertamanya, ajarkanlah dalam bentuk
gambarajah.

Ayah kaya saya telah meletakkan tapak asas finansial yang kukuh pada Mike
dan saya. Kerana kami masih kecil, dia menciptakan satu cara yang sederhana
untuk mengajar kami. Selama bertahun-tahun dia hanya melukis gambar dan
menggunakan kata-kata. Mike dan saya memahami rajah yang sederhana,
jargon, pergerakan wang, dan beberapa tahun kemudian, ayah kaya mulai
menambah angka-angka.

Di mukasurat berikutnya, saya memberikan anda lakaran-lakaran bergaris


mudah seperti yang diciptakan ayah Mike untuk kami berdua. Sungguhpun
mudah, lakaran-lakaran ini membantu membimbing dua anak kecil dalam
membangun sejumlah besar kekayaan di atas tapak yang padu dan dalam.

Hukum Pertama. Anda mesti mengetahui perbezaan antara satu aset dan
liabiliti (bebanan) dan membeli aset. Jika anda ingin kaya, itulah yang perlu
anda ketahui. Itulah Hukum No. 1. Itulah satu-satunya peraturan.
Kedengarannya amat mudah, tetapi kebanyakan orang tidak tahu betapa
bernilainya hukum ini. Kebanyakan orang bergelut secara kewangan kerana
mereka tidak tahu perbezaan antara aset dan liabiliti.

“Orang kaya menambah aset. Orang miskin dan kelas menengah menambah
liabiliti, tetapi mereka mengira itu adalah aset.”

Ketika ayah kaya saya menjelaskan perkara ini pada Mike dan saya, kami
menganggap dia bergurau. Itulah kami, remaja belasan tahun yang menunggu
rahsia untuk menjadi kaya, dan inilah jawapannya. Begitu mudah sehingga kami
terpaksa berhenti cukup lama untuk memikirkan perkara itu.

“Apa itu aset?” tanya Mike.


“Jangan risau perkara itu sekarang,” katanya. “Biarkanlah idea ini meresap ke
dalam hati kamu. Jika kamu dapat memahami kesederhanaan, hidup kamu akan
mempunyai perancangan dan kewangan kamu menjadi mudah. Ianya begitu
mudah; sebab itu idea ini selalu tertinggal.”

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 10

“Maksud Pakcik, apa yang perlu kami ketahui hanyalah aset, mendapatkannya,
dan kami boleh jadi kaya?” tanya saya.

Ayah kaya menganggukkan kepalanya. “Ya, mudah sekali.”


“Jika begitu mudah, mengapa setiap orang tidak kaya-kaya?” tanya saya.

Ayah kaya tersenyum. “Kerana orang tidak tahu bezanya antara aset dan
liabiliti.”

Saya ingat pernah bertanya, “Bagaimana orang dewasa boleh jadi begitu bodoh?
Jika perkara ini mudah, dan jika perkara ini amat penting, mengapa setiap orang
tidak mahu mengetahuinya?”

Ayah kaya saya memerlukan beberapa minit untuk menjelaskan apa itu aset dan
liabiliti.

Sebagai orang dewasa, saya sukar untuk menerangkan perkara ini kepada orang
dewasa yang lain. Kenapa? Kerana orang dewasa lebih cerdik. Dalam banyak
kes, mudahnya idea ini sentiasa melupakan kebanyakan orang dewasa kerana
mereka telah dididik secara berbeza. Mereka telah dididik oleh para profesional
terdidik lainnya, seperti para banker, akauntan, agen hartanah, perancang
kewangan dan sebagainya. Kesukaran muncul ketika meminta orang dewasa
untuk belajar meninggalkan idea lama atau menjadi budak kembali. Seorang
dewasa yang sudah cerdik sentiasa terasa rendah kalau terpaksa menumpukan
pada definisi yang terlalu mudah.

Jadi apa yang menyebabkan kekeliruan? Atau bagaimana sesuatu yang begitu
mudah menjadi begitu susah? Mengapa orang masih mahu membeli aset yang
sebenarnya ialah liabiliti? Jawapannya ditemui di dalam asas pendidikan.

Kami memfokus pada kata “literasi” dan bukannya “literasi kewangan”. Yang
mendefinisikan sesuatu sebagai aset atau liabiliti bukanlah hanya perkataan itu.
Bahkan, jika anda benar-benar keliru, sila lihat perkataan “aset” dan “liabiliti”
dalam kamus. Saya tahu definisinya kedengaran bagus bagi seorang akauntan
terlatih, tetapi bagi orang ramai perkara itu tidak bererti apa-apa. Tapi kita orang
dewasa sering terlalu angkuh untuk mengakui sesuatu itu tidak bererti apa-apa.

Sebagai anak muda, ayah kaya saya mengatakan, “Apa yang mendefinisikan
aset bukanlah perkataan tetapi angka-angka. Dan jika kamu tidak boleh
membaca angka, tidak payah kamu bercakap tentang aset.”

"Dalam perakaunan" Ayah kaya akan mengatakan, “yang penting bukanlah


angka, tetapi apa yang angka-angka itu beritahu kamu. Ia hanya seperti
perkataan. Yang penting bukan perkataannya, tetapi cerita yang diberitahu oleh
perkataan itu pada kamu."

“Banyak orang membaca, tetapi ramai yang tidak faham. Ini disebut kefahaman
membaca. Dan kita semua mempunyai kebolehan berbeza bila berhadapan
dengan soal tersebut. Misalnya, baru-baru ini saya telah membeli sebuah VCR

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 11

baru. Alat ini disertai buku manual yang menjelaskan bagaimana memprogram
VCR. Yang saya inginkan hanyalah merakam acara TV kesukaan saya pada
Jumaat malamnya. Saya hampir bingung ketika cuba membaca dan memahami
buku manual itu. Tidak ada yang lebih rumit berbanding dengan mempelajari
cara memprogram VCR saya. Saya boleh membaca kata demi kata, tetapi saya
tidak faham apa-apa pun. Saya dapat nilai “A” untuk mengenali perkataan. Tapi
saya dapat “F” untuk kefahaman. Itulah yang terjadi ketika orang menghadapi
laporan-laporan kewangan.

“Jika kamu ingin kaya, kamu mesti membaca dan memahami angka-angka.”
Saya mendengar perkara ini ratusan kali daripada ayah kaya saya. Dan saya juga
selalu mendengar, “Orang kaya menambah aset, orang miskin dan kelas
menengah menambah liabiliti.”

Begitulah cara ayah kaya memberitahukan perbezaan antara aset dan liabiliti.
Kebanyakan akauntan dan ahli kewangan tidak menyetujui definisi, tetapi
gambar-gambar mudah berikut ini adalah permulaan tapak asas kewangan yang
kukuh bagi dua anak muda ini.

Untuk. mengajar budak yang belum berusia belasan tahun, ayah kaya membuat
segala sesuatunya dengan mudah, menggunakan gambarajah sebanyak
mungkin, perkataan sesedikit mungkin, dan tidak ada angka selama bertahun-
tahun.

"Ini ialah corak Aliran Tunai sebuah ASET"

Pendapatan

Belanja

Aset Liabiliti

Kekotak di atas ialah Penyata Pendapatan yang dipanggil Penyata Untung-Rugi.


Ia mengukur pendapatan dan belanja. Wang masuk atau wang keluar. Diagram
yang di bawah ialah Imbangan Duga (Balancesheet) - disebut begitu kerana
laporan ini dianggap menyeimbangkan aset terhadap liabiliti. Banyak orang
baru dalam bidang kewangan tidak mengetahui hubungan antara Penyata
Pendapatan dengan Imbangan Duga. Sedangkan hubungan itu tersangat penting
untuk difahami.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 12

Penyebab utama kesukaran kewangan ialah cuma tidak tahu membezakan


antara aset dan liabiliti. Penyebab kekeliruan dijumpai dalam definisi dua
perkataan.

Seperti kata saya dulu, ayah kaya saya dengan mudah memberitahu dua anak
muda ini bahawa "Aset memasukkan wang ke dalam poket." Elok, mudah dan
boleh diguna.

"Ini ialah corak Aliran Tunai LIABILITI"

Pendapatan

Belanja

Aset Liabiliti

Kini, aset dan liabiliti sudah didefinisikan melalui gambararajah, ianya mungkin
lebih mudah untuk memahami definisi saya dalam perkataan.

Aset ialah sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket saya.


Liabiliti ialah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket saya.

Inilah yang benar-benar anda perlu tahu. Jika anda ingin kaya, cuma habiskan
hidup anda dengan membeli aset. Jika anda ingin miskin atau menjadi kelas
menengah, habiskan hidup anda dengan membeli liabiliti. Tidak mengetahui
perbezaan kedua perkara itulah yang menyebabkan banyaknya pergelutan
kewangan di dunia ini.

Panah dalam diagram itu menunjukkan aliran tunai. Angka-angka semata-mata


mempunyai pengertian yang kecil, begitu juga jika perkataan sahaja. Yang lebih
bermakna memahami ceritanya. Dalam laporan kewangan, membaca angka
bermakna mencari plot atau ceritanya. Cerita tentang ke mana wang tunai
mengalir. Dalam 80 peratus keluarga, cerita kewangan adalah sebuah cerita kerja
keras dalam usaha untuk maju. Bukan kerana mereka tidak menghasilkan wang.
Tetapi kerana mereka menghabiskan hidup mereka untuk membeli liabiliti dan
bukannya aset.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 13

Sebagai contoh, inilah pola aliran tunai seorang miskin, atau orang biasa.

Kerja Pendapatan:
Gaji

Belanja:
Cukai

Makanan
Sewa
Aset Liabiliti
Pakaian

Kenderaan

Ini pula ialah pola aliran tunai seorang kelas menengah.

Kerja
Pendapatan

Belanja
Cukai
Pinjaman
rumah
Belanja
Tetap
Makanan
Aset Pakaian
Liabiliti
Hiburanrumah
Pinjaman
Kenderaan
Pinjaman
pengguna
Pinjaman kereta
Kad Kredit

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 14

Ini ialah pola aliran tunai orang kaya.

Pendapatan:
Dividen
Bunga
Hasil Sewa
Royalti

Belanja:

Aset: Liabiliti:

Saham-saham
Bond-bond
Sijil-sijil Bank
Hartanah
Harta Intelek

Semua diagram itu jelas telah dipermudahkan. Setiap orang menjalani hidup
dengan pelbagai belanja, sekurang-kurangnya keperluan makanan, tempat
tinggal dan pakaian.

Alasan saya memulakan cerita mengenai orang-orang terkaya di Amerika adalah


untuk menggambarkan ketempangan pemikiran begitu ramai orang.
Ketempangan itu ialah wang akan menyelesaikan segala masalah mereka. Itulah
sebabnya saya merasa terperosok bila saya mendengar orang bertanya pada saya
bagaimana menjadi kaya dengan lebih cepat. Atau di mana mereka mulakan?
Saya selalunya mendengar, “Saya banyak hutang, jadi saya mesti menghasilkan
wang lebih banyak.”

Tetapi wang lebih selalunya tidak menyelesaikan masalah; bahkan, ianya


mempercepatkan masalah. Wang selalunya memperjelas lagi ketempangan
manusia yang tragik. Wang selalunya menjelaskan lagi apa yang kita tidak tahu.
Oleh sebab itu ada perumpamaan, “Si dungu dan wangnya samalah seperti satu
pesta besar.”

Saya sudah mengatakan berulang kali bahawa kita pergi ke sekolah untuk
memperolehi kemahiran sarjana dan kemahiran profesional, kedua-duanya
memang penting. Kita belajar menghasilkan wang dengan kemahiran

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 15

profesional kita. Dalam tahun 1960-an, ketika saya masih di sekolah menengah,
jika seseorang mendapat keputusan yang baik di sekolah, secara automatik
masyarakat menganggap bahawa murid yang cemerlang ini akan melanjutkan
pelajarannya untuk menjadi seorang doktor. Selalunya tak seorang pun bertanya
pada kanak-kanak itu apakah dia memang ingin menjadi doktor. Itu diandaikan
begitu saja. Kerana doktor adalah kerjaya yang menjanjikan gaji yang besar.

Sekarang, doktor berhadapan dengan cabaran kewangan yang saya tidak pernah
berharap terkena pada musuh ketat saya sekalipun: syarikat insurans yang
menguasai urusan kesihatan, menguruskan rawatan kesihatan, campurtangan
kerajaan, salahlaku sesuka hati, dan sebagainya. Sekarang, anak-anak ingin
menjadi bintang bola basket, pemain golf seperti Tiger Woods, juara komputer,
artis, bintang rock, ratu cantik, atau peniaga saham di bursa saham. Alasannya
mudah, kerana di sana ada glamour, wang, dan prestij. Itu sebabnya sangatlah
sukar untuk memotivasi anak-anak bersekolah. Mereka tahu bahawa kejayaan
profesional tidak lagi hanya tergantung pada keputusan akademik seperti dulu.

Kerana murid-murid meninggalkan sekolah tanpa kemahiran kewangan,


berjuta-juta manusia terdidik mengejar kerjaya mereka secara cemerlang, tetapi
kemudian mendapati diri mereka berjuang setengah mati dalam soal kewangan.
Mereka bekerja lebih keras, tetapi tidak maju-maju juga. Apa yang hilang dari
pendidikan mereka bukanlah cara menghasilkan wang, tetapi bagaimana
menghabiskan wang— apa yang anda lakukan setelah mendapatkan wang. Ini
disebut literasi kewangan—apa yang anda lakukan dengan wang setelah anda
mendapatkannya, bagaimana menyimpannya agar tidak “diambil” orang,
berapa lama anda menyimpannya, dan berapa kuat wang itu bekerja untuk
anda. Kebanyakan orang tidak dapat menceritakan mengapa mereka bergelut
secara kewangan kerana mereka tidak memahami aliran tunai. Seseorang boleh
jadi berpendidikan tinggi, berjaya secara profesional, tetapi buta kewangan.
Mereka ini selalunya bekerja lebih keras daripada yang mereka perlukan kerana
mereka belajar bagaimana bekerja keras, tetapi tidak belajar bagaimana
membuat wang mereka bekerja untuk mereka.

KUASA BERFIKIR

Wang yang lebih banyak jarang menyelesaikan masalah wang yang dialami oleh
seseorang. Kebijaksanaanlah yang menyelesaikan masalah.

Ada pepatah yang diucapkan oleh seorang rakan saya berulang kali kepada
mereka yang berhutang.

“Jika kamu mendapati diri kamu berada dalam satu lubang... berhentilah
menggali.”

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 16

Orang miskin dan kelas menengah hampir selalu membiarkan kuasa wang
menguasai mereka. Hanya dengan bangun pagi dan bekerja lebih keras, tanpa
bertanyakan diri mereka apakah yang mereka lakukan itu boleh diterima atau
tidak, mereka sama seperti menembak kaki sendiri ketika mereka berangkat
setiap pagi. Dengan tidak memahami sepenuhnya wang, begitu banyak orang
membiarkan kehebatan kuasa wang menguasai diri mereka. Kuasa wang
digunakan untuk menentang diri mereka sendiri.

Gunalah kekuatan cermin, mereka akan mulai berfikir, “Apakah ini boleh
diterima?” Selalunya, daripada mempercayai kebijaksanaan batin mereka, atau
kepintaran diri mereka sendiri, kebanyakan orang masih terikut dengan
pendapat orang ramai. Mereka berbuat sesuatu kerana semua orang
melakukannya. Mereka akur lebih dari bertanya. Selalunya, tanpa berfikir
panjang mereka mengulangi apa yang diberitahu kepada mereka. Idea-idea
seperti "rumah kamu ialah sebuah aset”. “Rumah kamu adalah pelaburan kamu
terbesar.” "Cukai kamu akan dipotong jika kamu membuat lebih banyak hutang"
"Carilah pekerjaan selamat.” “Jangan membuat kesilapan.” “Jangan ambil
risiko.”

Dikatakan bahawa rasa takut berucap di khalayak ramai adalah lebih besar
daripada kematian bagi kebanyakan orang. Menurut psikiatris, ketakutan
berucap di khalayak ramai timbul kerana rasa takut dipulau, takut menonjol,
takut dikritik, takut ditertawakan, takut tersingkir. Takut menjadi berbeza
menghalang banyak orang untuk mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah
mereka.

Itu sebabnya ayah terpelajar saya mengatakan bahawa orang Jepun paling
menghargai kekuatan cermin, kerana hanya dengan kita sebagai manusia
memandang ke dalam cerminlah, kita benar-benar menemui kebenaran. Dan
alasan utama kebanyakan orang mengatakan "Buatlah secara selamat" adalah
kerana perasaan takut. Ianya berlaku dalam semua perkara, dalam sukan,
perhubungan, kerjaya dan wang.

Ketakutan yang sama, takut dipulau menyebabkan orang akur dan tidak
mempersoalkan pendapat umum atau trend yang popular. “Rumah kamu ada-
lah sebuah aset.” “Dapatkan pinjaman bill consolidation dan bebas dari hutang.”
“Bekerjalah lebih keras.” “Ini adalah kenaikan pangkat.” “Bila gaji saya naik,
saya akan membeli rumah yang lebih besar untuk keluarga kita.”

Banyak masalah besar kewangan disebabkan kita terikut pandangan umum dan
cuba duduk setaraf keluarga Datuk-datuk. Terkadang, kita semua perlu
bercermin dan bersikap jujur pada kebijaksanaan batin kita berbanding perasaan
takut kita.

Pada waktu Mike dan saya berumur 16 tahun, kami mulai bermasalah di
sekolah. Kami bukanlah budak nakal. Kami cuma mulai memisahkan diri dari
khalayak. Kami bekerja untuk ayah Mike selepas waktu sekolah dan pada
hujung minggu. Mike dan saya menghabiskan masa berjam-jam setelah bekerja
dengan duduk semeja dengan ayahnya ketika dia mengadakan mesyuarat

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 17

dengan para banker, peguam, akauntan, broker saham, pelabur, pengurus dan
pekerjanya. Beliau meninggalkan sekolah pada umur 13 tahun, dan sekarang
mentadbir, mengajar, mengarah, dan menanyakan soalan kepada orang-orang
terpelajar itu. Mereka selalu bersiap siaga, dan merasa terperosok ketika dia
tidak menyetujui pendapat mereka.

Dia jenis orang yang tidak terikut-ikut dengan pendapat umum. Dia ialah orang
yang membuat fikiran sendiri dan membenci perkataan, “Kita mesti
melakukannya dengan cara ini kerana inilah cara yang dilakukan oleh semua
orang.” Dia juga membenci kata-kata, “tidak boleh”. Jika anda mahukan dia
membuat sesuatu, cuba kata, “Saya kira tuan tidak dapat melakukannya.”

Mike dan saya belajar lebih banyak duduk di dalam mesyuaratnya daripada
yang kami pelajari selama bertahun-tahun di bangku sekolah, mahupun di kolej.
Ayah Mike tidak belajar di sekolah, tetapi dia terdidik secara kewangan dan
kejayaan adalah hasilnya. Dia memberitahu kami berulang kali. “Orang cerdik
menggajikan orang yang lebih cerdik daripada mereka” Oleh itu, Mike dan saya
beruntung menghabiskan waktu berjam-jam untuk mendengar dalam proses
pembelajaran dari orang cerdik.

Tetapi kerana perkara ini, Mike dan saya tidak dapat mengikuti dogma standard
yang diajarkan oleh para guru kami. Dan ianya menimbulkan masalah. Ketika
seorang guru berkata, “Jika kamu tidak mendapat gred yang baik, kamu tidak
akan bekerja dengan baik di dunia sebenar,” Mike dan saya cuma mengangkat
kening. Ketika kami diberitahu untuk mengikuti beberapa prosedur dan tidak
menyimpang dari peraturan, kami boleh melihat bagaimana proses
persekolahan ini sebenarnya tidak menggalakkan kreativiti. Kami mulai
memahami mengapa ayah kaya kami memberitahu bahawa sekolah dirancang
untuk menghasilkan pekerja yang baik, bukannya majikan yang baik.

Kadang-kadang Mike atau saya akan bertanyakan guru kami bagaimana sesuatu
yang kami pelajari di sekolah boleh diaplikasikan, atau kami bertanya kenapa
kami tidak pernah belajar wang dan cara ianya bekerja. Bagi soalan akhir itu,
kami selalu mendapat jawapan yang wang tidaklah penting, bahawa jika kami
cemerlang dalam pendidikan kami, wang pun akan datang.

Semakin kami mengetahui kekuatan wang, semakin jauh jarak antara kami dari
guru-guru dan rakan sekelas kami.

Suatu hari, ayah memberitahu saya mengapa rumah kami adalah pelaburannya
yang terbesar. Sebuah perbahasan yang kurang enak terjadi ketika saya
menunjukkan kepadanya kenapa saya fikir rumah bukanlah sebuah pelaburan
yang baik.

Diagram di bawah ini menggambarkan perbezaan persepsi antara ayah kaya


saya dan ayah miskin saya mengenai rumah mereka. Ayah yang satu berfikir
bahawa rumahnya adalah aset, dan ayah yang satu lagi berfikir bahawa
rumahnya adalah liabiliti.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 18

Ayah Kaya Ayah Miskin

Aset: Liabiliti: Aset: Liabiliti:


Rumah Rumah

Saya masih ingat ketika saya melukis diagram berikut ini untuk menunjukkan
arah aliran tunai kepada ayah saya. Saya juga menunjukkan kepadanya
perbelanjaan tambahan akibat memiliki rumah. Semakin besar sesebuah rumah
bermakna pengeluaran yang lebih besar, dan aliran tunai terus keluar melalui
kolum belanja.

Pendapatan:

Belanja
Pinjaman
rumah
Cukai hartanah
Insurans
Selenggara
Utiliti
Aset: Liabiliti:
Pinjaman
rumah

Sekarangpun, saya masih dicabar tentang idea yang rumah bukanlah sebuah
aset. Saya tahu bagi banyak orang, rumah adalah impian mereka dan sekaligus
pelaburan mereka yang terbesar. Dan memiliki rumah anda sendiri memang
lebih baik daripada tidak memiliki apa pun. Saya hanya memberi satu cara
alternatif untuk melihat dogma yang popular ini. Jika saya dan isteri saya
gemarkan rumah lebih besar dan mewah, itupun lebih untuk "berlagak" sahaja,
namun kami tetap berpegang rumah bukanlah aset; ianya adalah liabiliti kerana
ia mengeluarkan wang dari poket kita.

Maka, inilah perbahasan yang saya kemukakan. Saya memang tidak berharap
bahawa banyak orang akan bersetuju kerana rumah yang indah adalah soal

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 19

emosi. Dan jika soal wang, emosi yang tinggi lebih cenderung mengurangkan
celik kewangan.

Saya tahu dari pengalaman peribadi bahawa wang mempunyai satu cara untuk
membuat setiap keputusan bersifat emosional.

1. Bila berkaitan soal rumah, saya menunjukkan bahawa kebanyakan orang


bekerja sepanjang hayat mereka untuk membayar rumah yang tidak pernah
mereka miIiki. Dengan kata lain, kebanyakan orang membeli sebuah rumah baru
setiap sekian tahun, dan setiapnya menimbulkan pinjaman baru selama 30 tahun
untuk membayar rumah sebelumnya.

2. Walaupun orang menerima potongan cukai untuk bunga pinjaman


rumah, namun mereka tetap membayar semua belanja lain dengan wang
lepasan-cukai mereka. Bahkan selepas mereka membayar pinjaman mereka.

3. Cukai hartanah. Orangtua isteri saya terkejut ketika cukai hartanah ke


atas rumah mereka mencapai US$1,000 sebulan. Ini terjadi setelah mereka
bersara, maka kenaikan ini membebankan belanja persaraan mereka, dan mereka
merasa dipaksa untuk berpindah.

4. Harga rumah tidak selalu naik. Dalam tahun 1997, saya masih memiliki
rakan-rakan yang berhutang satu juta dolar untuk membeli rumah, yang kalau
dijual sekarang hanya bernilai US$700,000.

5. Kerugian terbesar dari semua itu adalah hilangnya peluang. Jika semua
wang anda diikat ke dalam rumah, anda mungkin dipaksa untuk bekerja lebih
keras kerana wang anda terus mengalir keluar dari kolum belanja, bukannya
menambah kolum aset - ini pola aliran tunai kelas menengah yang klasik. Jika
awal-awal lagi satu pasangan muda mahu memuatkan lebih banyak wang ke
dalam kolum aset mereka, maka tahun-tahun kemudian mereka akan hidup
lebih mudah, terutama ketika mereka hendak menyekolahkan anak mereka ke
kolej. Aset mereka akan meningkat dan tersedia untuk membantu menutup
perbelanjaan.

Saya tidak kata jangan beli rumah. Saya kata, fahamilah perbezaan antara aset
dan liabiliti. Bila saya mahu rumah lebih besar, saya terlebih dahulu membeli
aset yang akan menjanakan aliran tunai yang digunakan untuk membayar harga
rumah.

Laporan kewangan peribadi ayah miskin saya menggambarkan dengan sangat


baik kehidupan seseorang yang berada dalam perlumbaan tikus. Pendapatannya
diikuti oleh perbelanjaan, dia tidak pernah boleh melabur dalam aset. Akibatnya,
liabilitinya, seperti hutang perumahan dan hutang-hutang kad kreditnya lebih
besar daripada asetnya. Gambar berikut ini bernilai seribu kata:

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 20

Penyata Kewangan
Ayah Miskin (Profesor)
Pendapatan:

Belanja:

Aset Liabiliti

Penyata peribadi kewangan ayah kaya saya, sebaliknya adalah terhasil daripada
keputusan hidup yang dedikasi untuk melabur dan meminimumkan liabiliti

Penyata Kewangan
Ayah Kaya (Usahawan)
Pendapatan:

Belanja:

Aset Liabiliti

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 21

Tinjauan ke atas penyata kewangan Ayah Kaya saya merupakan sebab mengapa
orang kaya semakin kaya. Kolum aset menjanakan lebih dari sekadar
pendapatan yang cukup untuk menutup perbelanjaan, dengan keseimbangan
yang dilabur semula ke dalam kolum aset. Kolum aset terus meningkat dan,
kerana itu, pendapatan yang dihasilkannya juga turut meningkat bersamanya.
Keputusannya: Orang kaya semakin kaya!

Kenapa orang kaya


Semakin kaya.

Pendapatan:

Belanja:

Aset Liabiliti

Kelas menengah mendapati dirinya berterusan bergelut dengan masalah


kewangan. Pendapatan utama mereka adalah melalui gaji, dan ketika gaji
mereka naik, maka cukai mereka juga naik. Perbelanjaan mereka cenderung
naik dengan kenaikan yang sama seperti naiknya gaji mereka; begitulah
ungkapan “perlumbaan tikus”. Mereka menjadikan rumah mereka sebagai aset
utama mereka, bukannya melabur dalam aset yang menghasilkan pendapatan.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 22

Kenapa Kelas Menengah Bergelut?

Pendapatan:

Belanja:

Aset Liabiliti

Pola yang menjadikan rumah anda sebagai sebuah pelaburan dan falsafah
bahawa kenaikan gaji bermakna anda boleh membeli rumah yang lebih besar
atau membelanjakan wang lebih banyak merupakan tapak asas masyarakat
zaman ini yang dibelenggu hutang. Proses kenaikan perbelanjaan ini
menjerumuskan banyak keluarga ke dalam hutang yang lebih besar dan ke
dalam ketidaktentuan kewangan yang lebih besar pula, walaupun mereka
mungkin terkedepan dalam pekerjaan mereka dan menerima kenaikan gaji
secara tetap. Kehidupan yang berisiko tinggi ini disebabkan oleh lemahnya
pendidikan kewangan.

Seperti yang telah saya katakan pada awal bahagian ini, peraturan yang paling
penting adalah mengetahui perbezaan antara aset dan liabiliti. Setelah anda
memahami perbezaan itu, pusatkanlah segala usaha anda hanya untuk membeli
aset yang menjanakan pendapatan. Itulah cara terbaik untuk memulakan
perjalanan menjadi kaya. Teruslah melakukan perkara itu, dan kolum aset anda
akan meningkat. Fokuslah untuk menjaga liabiliti maka perbelanjaan akan
turun. Cara ini akan mendatangkan lebih banyak wang yang terus-menerus
mengisi kolum aset. Kemudian aset asas anda akan mengakar jauh ke dalam,
sehingga anda mampu melihat pelaburan lain yang lebih spekulatif. Pelaburan
yang boleh memberikan untung 100 peratus hingga infiniti. Pelaburan yang
US$5,000 serta-merta bertukar menjadi US$1 juta atau lebih. Pelaburan yang
orang kelas menengah sebut “terlalu berisiko”. Pelaburan tidaklah berbahaya.
Kekurangan kepintaran kewangan, bermula dari celik kewangan, itulah yang
menyebabkan individu merasa perkara itu “terlalu berisiko”.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 23

Jika anda melakukan apa yang orang ramai buat, anda mendapat gambaran
berikut:

Pendapatan:
Bekerja utk
majikan

Belanja:
Bekerja utk
kerajaan

Aset Liabiliti:

Tiada Bekerja utk


bank

Sebagai seorang pekerja yang juga seorang pemilik rumah, usaha kerja anda
biasanya adalah seperti berikut:

1. Anda bekerja untuk orang lain. Kebanyakan orang, yang bekerja untuk
gaji, sedang menjadikan majikan atau pemegang saham itu kaya-raya. Usaha
dan kejayaan anda akan membantu memberikan kejayaan dan pencen kepada
majikan.

2. Anda bekerja untuk kerajaan. Kerajaan mengambil bahagiannya dari gaji


anda, bahkan sebelum anda melihatnya lagi- melalui Potongan Cukai Berjadual
(PCB). Dengan bekerja lebih kuat, anda hanya akan menaikkan jumlah cukai
yang diambil oleh kerajaan- kalau dihitung, orang bekerja dari Januari hingga
Mei hanya untuk kerajaan.

3. Anda bekerja untuk bank. Setelah cukai, perbelanjaan terbesar anda


berikutnya biasanya ialah hutang pinjaman rumah atau kad kredit anda.

Yang jadi masalah dengan bekerja lebih keras semata-mata ialah setiap peringkat
dari ketiga-tiga aras itu mengambil bahagian yang lebih besar daripada
peningkatan usaha anda sendiri. Anda perlu belajar cara peningkatan usaha
anda itu yang secara langsung menguntungkan diri dan keluarga anda.

Setelah anda memutuskan untuk menumpukan menguruskan bisnes anda


sendiri, bagaimana pula anda menetapkan matlamat anda? Bagi kebanyakan
orang, mereka mesti menjaga kerjaya mereka dan bergantung penuh pada gaji
mereka untuk membiayai perolehan aset mereka.

Berharta diukur pada aliran tunai di kolum aset bukannya pada kolum belanja.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 24

Mari gunakan contoh. Misalkan saya mempunyai aliran tunai di kolum aset saya
US$1,000 sebulan. Dan saya mempunyai belanja bulanan US$2,000. Banyak
mana berharta saya?
Mari kita guna definisi Buckminster Fuller. Dengan menggunakan definisinya,
saya dapat bertahan berapa hari? Kita andaikan satu bulan itu 30 hari. Dengan
definisi itu, saya mempunyai cukup aliran tunai untuk separuh bulan (15 hari).

Bila saya mencapai US$2,000 sebulan aliran tunai dari aset saya, maka saya
sudah berharta (wealthy).

Jadi, saya belum kaya, tetapi saya berharta. Kini saya mempunyai lebih banyak
pendapatan yang dijanakan dari aset setiap bulan yang menampung
sepenuhnya belanja bulanan saya cukup-cukup. Jika saya mahu meningkat
belanja saya, saya mestilah terlebih dahulu meningkatkan aliran tunai di kolum
aset untuk mempertahankan paras berharta saya.

Perhatikanlah bahawa pada titik inilah saya tidak lagi bergantung pada gaji
saya. Saya telah membuat fokus dan berjaya membina kolum aset yang
menjadikan saya bebas kewangan. Jika saya berhenti kerja hari ini, saya akan
mampu menampung semua belanja bulanan saya dengan aliran tunai dari aset
saya.

Matlamat saya berikutnya adalah melabur semula lebihan aliran tunai dari aset
saya masuk ke kolum aset balik. Semakin banyak wang yang masuk ke kolum
aset saya, semakin meningkatlah kolum aset saya. Semakin aset saya meningkat,
semakin besar pula aliran tunai saya. Dan selagi saya terus menjadikan belanja
saya lebih kecil dari aliran tunai daripada aset itu, saya akan meningkat lebih
kaya, dengan pendapatan yang semakin banyak dari sumber-sumber selain kerja
fizikal saya.

Ketika proses pelaburan semula ini berterusan, saya benar-benar sedang berada
di atas jalan untuk kaya. Definisi kaya yang sebenar ada di mata orang yang
melihatnya.

Ingatlah ungkapan mudah ini:

Orang kaya membeli aset.


Orang miskin hanya mempunyai belanja.
Kelas menengah membeli liabiliti yang dianggap aset.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 25

Bekerja untuk Belajar



Jangan Bekerja Untuk Wang

Pada tahun 1995, saya ditemuramah oleh sebuah akhbar di Singapura.


Wartawan wanita yang masih muda datang tepat pada waktunya, dan wa-
wancara itu berlaku begitu saja. Kami duduk di lobi hotel yang mewah,
menghirup kopi, dan berbincang tujuan kunjungan saya ke Singapura. Saya
berkongsi platfom dengan Zig Ziglar. Dia berbicara pasal motivasi, dan saya
berbicara pasal “Rahsia Orang Kaya”.

“Suatu hari nanti, saya ingin menjadi penulis terlaris seperti anda,” katanya.
Saya sudah melihat beberapa artikel yang dia tulis untuk akhbar, dan saya
kagum. Dia punya gaya penulisan yang kuat, tajam, dan jelas. Artikelnya
menawan minat pembaca.
“Anda mempunyai gaya yang hebat,” kata saya membalasnya. “Apa yang
menghalang anda untuk mencapai impian anda?”

“Pekerjaan saya kelihatannya tidak ke akan mana,” katanya dengan perlahan.


“Orang mengatakan novel saya luar biasa, tetapi tidak ada pun yang terjadi. Jadi
saya tetap bekerja di akhbar. Setidak-tidaknya ini boleh membayar bil-bil saya.
Apakah anda mempunyai syor?”

“Ya,” kata saya tegas. “Kawan saya di sini, di Singapura, menjalankan sebuah
sekolah yang melatih orang-orang untuk menjual. Dia menjalankan kursus
latihan penjualan bagi banyak syarikat terkemuka di Singapura, dan saya rasa
menghadiri salah satu kursusnya sangat meningkatkan kerjaya anda.”

Dia kelihatan berfikir mendalam. “Apakah anda mengatakan saya mesti pergi ke
sekolah untuk belajar menjual?”

Saya mengangguk.
“Anda tidak serius, bukan?”
Saya mengangguk kembali. “Apakah itu salah?” Saya bertanya semula. Dia
kelihatannya tersinggung, dan kini saya harap saya tidak mengatakan sesuatu
pun. Dalam usaha membantu, saya mendapati diri saya menjadi pembela syor
saya pula.

“Saya mempunyai ijazah master dalam Sastera Inggeris. Mengapa saya mesti
pergi ke sekolah untuk belajar menjadi seorang penjual? Saya seorang
profesional. Saya pergi ke sekolah untuk dilatih dalam kerjaya sehingga saya
tidak perlu menjadi seorang penjual. Saya benci para penjual. Mengapa? Kerana
yang mereka inginkan hanyalah wang. Jadi katakan pada saya mengapa saya
harus belajar menjual?” Dia pun mengemaskan beg bimbitnya dengan kasar.
Wawancara itu pun berakhir begitu saja.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 26

Di meja tamu itu tergeletak buku terlaris saya sebelum ini, iaitu "If You Want To
Be Rich and Happy, Don’t Go to School?" Saya mengambilnya dan juga catatan
yang dia buat di notanya. “Saudari lihat ini?” kata saya sambil menunjuk ke
catatan-catatannya.

Dia menatap catatannya. “Apa?” sahutnya, keliru.


Dengan sengaja, saya pun menunjuk catatannya lagi. Di notanya dia menulis
“Robert Kiyosaki, best-selling author.”
“Yang tertulis adalah ‘best-selling author’ (penulis terlaris), bukannya best ‘writing’
author (penulis ‘tulisan’ terbaik).”

Dia terus menjenggilkan matanya.

“Saya penulis yang teruk. Anda penulis yang hebat. Saya pergi ke sekolah
jualan. Anda mempunyai ijazah master. Gabungkan dan anda akan menjadi best-
selling author sekaligus best writing author.”

Api kemarahan menyala di matanya. “Saya tidak akan merendahkan diri saya
sebegitu rupa untuk belajar cara menjual. Orang seperti awak tidak tahu urusan
tulis-menulis. Saya seorang penulis yang terlatih secara profesional dan awak
seorang penjual. Itu perbandingan yang tidak adil.”

Baki catatannya dibuang, dan dia bergegas keluar melalui pintu kaca yang besar
menembusi udara pagi Singapura yang lembap.

Setidak-tidaknya dia memberi saya artikel yang adil dan bagus keesokan
paginya.

Dunia penuh dengan orang yang pandai, berbakat, berpendidikan, dan


dianugerahi Tuhan. Kita menemui mereka setiap hari. Mereka ada di sekeliling
kita.

Beberapa hari yang lalu, kereta saya agak buat hal. Saya menariknya ke dalam
garaj, dan seorang mekanik muda membetulkannya dalam beberapa minit. Dia
tahu apa yang tidak kena hanya dengan mendengar bunyi enjin. Saya sungguh
kagum pada dia. Kenyataan yang menyedihkan ialah bakat besar saja tidaklah
mencukupi.

Saya selalu terkejut melihat betapa kecilnya pendapatan yang diperolehi oleh
orang-orang berbakat itu. Pada hari lain saya mendengar kurang dari 5 persen
orang Amerika mendapat pendapatan lebih dari US$100,000 setahun. Saya juga
bertemu dengan golongan cerdik-pandai dan berpendidikan tinggi yang
memperolehi pendapatan kurang dari US$20,000 setahun. Seorang perunding
bisnes yang pakar dalam perdagangan perubatan memberitahu saya betapa
ramai doktor, doktor gigi, dan doktor pakar lainnya bergelut dalam kewangan.
Selama ini, saya menyangka sebaik saja mereka lulus, wang pun akan mengalir
ke poket mereka. Perunding bisnes inilah yang memberi saya frasa, “Mereka
masih tertinggal satu skil dari kekayaan yang melimpah-ruah.”

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 27

Erti frasa ini ialah kebanyakan orang hanya perlu belajar dan menguasai satu
skil lagi, maka pendapatan mereka pun akan melonjak berkali ganda. Telah saya
katakan bahawa kecerdikan kewangan adalah sinergi perakaunan, pelaburan,
pemasaran dan undang-undang. Menggabungkan keempat-empat skil teknikal
itu dan menghasilkan wang melalui wang adalah lebih mudah. Bila
memperkatakan soal wang, satu-satunya skil yang paling diketahui oleh ramai
orang ialah bekerja keras.

Contoh klasik sinergi skil-skil itu ialah si penulis muda akhbar tadi. Jika dia rajin
mempelajari skil penjualan dan pemasaran, pendapatannya akan melonjak
secara dramatik. Seandainya saya menjadi dia, saya akan mengambil beberapa
kursus penulisan iklan atau copywriting dan juga penjualan. Kemudian,
berbanding bekerja di akhbar, saya akan mencari pekerjaan di agensi periklanan.
Sekalipun gajinya mungkin lebih kecil, dia akan belajar cara berkomunikasi
dengan “jalan pintas” yang digunakan dalam periklanan yang berjaya. Dia juga
akan meluangkan masa untuk belajar public relations (PR), suatu skil yang
penting. Dia akan belajar cara memperolehi wang berjuta-juta dengan publisiti
percuma. Kemudian, pada malam hari dan hujung minggu, dia dapat menulis
novelnya yang hebat. Ketika itu selesai, dia lebih mampu untuk menjual
bukunya. Kemudian, dalam waktu singkat, dia boleh menjadi “penulis terlaris”.

Ketika saya pertama kali datang dengan buku saya If You Want To Be Rich and
Happy, Don’t Go to School?, seorang penerbit menyarankan agar saya mengubah
judulnya menjadi The Economics of Education. Saya memberitahu penerbit itu
bahawa dengan judul seperti itu, saya cuma boleh menjual dua biji buku: satu
kepada keluarga saya, dan satu kepada kawan baik saya. Masalahnya, mereka
berharap saya memberikannya secara percuma. Judul pelik If You Want To Be
Rich and Happy, Don’t Go to School? dipilih kerana kami tahu ianya akan
mendapat timbunan publisiti. Saya pro-pendidikan dan percaya pada reformasi
pendidikan. Kalau tidak, mengapa saya terus mendesak untuk mengubah sistem
pendidikan kita yang lapuk? Maka saya memilih sebuah judul yang akan
membuatkan saya muncul di banyak siaran TV dan radio, hanya kerana saya
mahu menjadi kontroversi. Banyak orang berfikir saya ini "kacang", tetapi buku
itu terjual dan terus terjual.

Ketika saya lulus dari U.S. Merchant Marine Academy pada 1969 ayah saya yang
berpendidikan gembira sekali. Standard Oil di California menggajikan saya
untuk armada kapal tangki minyaknya. Saya adalah kelasi kelas tiga, dan
gajinya rendah jika dibandingkan dengan kawan sekelas saya.

Tetapi tidak mengapa untuk kerjaya pertama selepas lulus kolej. Gaji pertama
saya ialah US$42,000 setahun termasuk kerja lebih masa, dan saya hanya perlu
bekerja selama tujuh bulan. Maka saya ada lima bulan lagi untuk cuti. Jika saya
mahu, saya boleh mengikuti kapal kedua yang belayar ke Vietnam dan dengan
mudah saya memperolehi gaji sekali ganda lagi, berbanding dengan cuti lima
bulan tadi.

Saya mempunyai kerjaya yang lumayan untuk masa depan saya. Namun saya
meletak jawatan setelah enam bulan bersama syarikat itu dan bekerja pula

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 28

dengan Marine Corps. untuk belajar terbang. Ayah terpelajar saya sangat
kecewa. Ayah kaya saya mengucap tahniah kepada saya.

Di sekolah dan di tempat kerja, pendapat popular ialah idea "pengkhususan".


Iaitu, untuk membuat lebih wang dan dinaikkan pangkat, anda perlukan
pengkhususan atau specialization. Itu sebabnya, doktor perubatan biasanya akan
melanjutkan pengajian dalam bidang yang khusus seperti ortopedik atau
pediatrik. Perkara yang sama juga berlaku pada akauntan, arkitek, peguam, pilot
dan lain-lain.

Ayah terpelajar saya percaya pada dogma yang sama. Itu sebabnya dia sangat
bersemangat ketika dia mencapai ijazah kedoktorannya. Dia sering mengakui
bahawa sekolah akan memberi anugerah kepada seseorang yang belajar lebih
mendalam atau mengkhusus.

Ayah kaya mendorong saya untuk melakukan perkara yang sebaliknya.


Saranannya ialah "Kamu mesti tahu serba sedikit mengenai semua perkara”. Itu
sebabnya selama bertahun-tahun saya bekerja di dalam syarikatnya dalam
bidang-bidang yang berbeza. Untuk seketika saya bertugas di bahagian akaun.
Walaupun saya tidak pernah terlibat sebagai akauntan, ia mahu saya belajar
melalui apa yang dikatakan proses penyerapan "osmosis". Ayah kaya tahu saya
akan mengutip jargon atau istilah khusus berkenaan akauntan dan memahami
apa yang penting dan apa yang tidak penting.

Saya juga bekerja sebagai kelindan bas dan buruh binaan, begitu juga dalam
bidang jualan, tempahan dan pemasaran. Dia sedang mempersiapkan Mike dan
saya untuk menjadi "orang kaya". Itu sebabnya dia memaksa kami duduk
bersamanya dalam mesyuarat dengan para banker, peguam, akauntan dan
brokernya. Dia ingin kami tahu serba sedikit tentang setiap aspek empayarnya.

Ketika saya berhenti dari pekerjaan saya yang bergaji tinggi di Standard Oil,
ayah saya yang berpendidikan berbincang dari hati ke hati dengan saya. Dia
keliru. Dia tidak dapat memahami keputusan saya untuk berundur dari sebuah
kerjaya yang menawarkan gaji tinggi, faedah besar, banyak waktu cuti, dan
peluang kenaikan pangkat. Ketika dia bertanyakan saya di suatu petang,
“Mengapa kamu berhenti?” Saya tidak dapat menjelaskannya kepadanya,
setakat yang termampu. Logik saya tidak selari dengan logiknya. Masalah
utamanya ialah logik saya merupakan logik ayah kaya saya.

Jaminan kerja merupakan segala-galanya bagi ayah saya yang berpendidikan.


Belajar merupakan segala-galanya bagi ayah kaya saya.

Ayah yang berpendidikan fikir saya pergi ke sekolah untuk belajar menjadi
pegawai kapal. Ayah kaya tahu bahawa saya pergi ke sekolah untuk
mempelajari perdagangan antarabangsa. Jadi sebagai murid, saya membuatkan
kargo berjalan, mengemudikan kapal barang yang besar, kapal tangki minyak,
dan kapal penumpang ke Timur Jauh dan Pasifik Selatan. Ayah kaya
menekankan agar saya tinggal di Pasifik berbanding membawa kapal ke Eropah
kerana dia tahu bahawa “bangsa yang sedang bangkit” ada di Asia, bukan di

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 29

Eropah. Sementara kebanyakan rakan sekelas saya, termasuk Mike, berpesta di


rumah sanak saudara mereka, saya sedang belajar perdagangan, manusia, gaya
bisnes dan budaya di Jepun, Taiwan, Thailand, Singapura, Hong Kong, Vietnam,
Korea, Tahiti, Samoa, dan Filipina. Saya juga berpesta, tetapi tidak di rumah
saudara mara. Saya menjadi matang dengan cepat.

Ayah yang berpendidikan tidak dapat memahami mengapa saya memutuskan


untuk berhenti dan menyertai Marine Corps. Saya memberitahu dia saya ingin
belajar terbang, tetapi sebenarnya saya ingin belajar memimpin pasukan. Ayah
kaya menjelaskan pada saya bahawa bahagian terberat untuk menjalankan
syarikat ialah menguruskan manusia. Dia menghabiskan waktu tiga tahun
dalam angkatan tentera; ayah saya yang berpendidikan bebas dari kerahan.
Ayah kaya memberitahu saya tentang nilai belajar memimpin orang dalam
situasi-situasi berbahaya. “Kepemimpinan adalah apa yang mesti kamu pelajari
seterusnya,” katanya. “Jika kamu bukan pemimpin yang baik, kamu akan
tertembak dari belakang, sama seperti yang mereka lakukan dalam bisnes.”

Kembali dari Vietnam pada 1973, saya meletakkan jawatan saya, meskipun saya
suka terbang. Saya mendapat pekerjaan di Xerox Corp. Saya menyertai Xerox
kerana satu alasan, dan itu bukan kerana manfaat. Saya seorang pemalu, dan
idea untuk menjual adalah perkara yang paling menakutkan di dunia. Xerox
mempunyai satu program latihan-jualan terbaik di Amerika.

Ayah kaya bangga terhadap saya. Ayah saya yang berpendidikan pula merasa
malu. Kerana sebagai seorang intelektual, dia berfikir bahawa golongan penjual
berada di bawah taraf dia. Saya bekerja dengan Xerox selama empat tahun
sehingga saya mengatasi ketakutan saya untuk mengetuk pintu dan tak
diterima. Setelah saya dapat secara tetap berada di senarai lima-terbaik dalam
jualan, saya berundur lagi dan pindah, meninggalkan satu lagi kerjaya besar di
sebuah syarikat yang luar biasa.

Pada tahun 1977, saya membentuk syarikat saya yang pertama. Ayah kaya
sudah mempersiapkan Mike dan saya untuk mengambil-alih syarikat. Jadi kini
saya mesti belajar untuk membentuk syarikat dan menyatukannya. Produk saya
yang pertama, dompet nilon dan velcro, dibuat di Timur Jauh dan dihantar
dengan kapal ke gudang di New York, di dekat sekolah saya. Pendidikan formal
saya selesai, dan inilah masanya untuk menguji sayap saya. Jika saya gagal, saya
akan bangkrap. Ayah kaya mengajar bahawa yang terbaik adalah bangkrap
sebelum berumur 30 tahun. “Dengan begitu, kamu masih ada waktu untuk
bangkit semula” adalah nasihatnya. Pada malam ulang tahun saya yang ke-30,
perkapalan pertama saya meninggalkan Korea menuju ke New York.

Sekarang, saya masih berbisnes secara internasional. Dan seperti yang di-
galakkan oleh ayah kaya saya, saya terus mencari bangsa-bangsa yang sedang
muncul. Sekarang, syarikat pelaburan saya melabur di Amerika Selatan, Asia,
Norway, dan Rusia.

Ada pepatah lama yang berbunyi, “Job adalah singkatan dari Just Over Broke."
Malangnya, saya akan mengatakan bahawa pepatah itu berlaku bagi jutaan

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 30

orang. Ini adalah kerana sekolah tidak menganggap kecerdikan kewangan


sebagai kecerdikan, kebanyakan pekerja “hidup sekitar kemampuan mereka”.
Ertinya mereka bekerja dan membayar bil.

Ada teori pengurusan teruk yang lain mengatakan, “Para pekerja bekerja keras
cukup agar tidak dipecat, dan pemilik membayar gaji sekira-kira cukup agar
pekerja tidak berhenti.” Dan jika anda melihat skala pembayaran kebanyakan
syarikat, sekali lagi saya akan mengatakan bahawa pernyataan itu ada benarnya.

Akibatnya kebanyakan pekerja tidak akan maju. Mereka melakukan apa yang
diajarkan untuk mereka lakukan: “Dapatkan pekerjaan yang terjamin.”
Kebanyakan pekerja menumpukan pada bekerja untuk upah dan manfaat yang
memberi ganjaran dalam jangka pendek, tapi selalunya merupakan mala petaka
dalam jangka panjang.

Sebaliknya saya menyarankan pada orang-orang muda untuk berusaha bekerja


demi apa yang mereka akan belajar, melebihi apa yang mereka perolehi. Lihatlah
skil apa yang mereka ingin perolehi sebelum memilih satu kerjaya spesifik dan
terperangkap dalam “Perlumbaan Tikus”.

Sekali manusia terperangkap dalam proses pembayaran bil seumur hidup,


mereka menjadi seperti tikus belanda yang berlari-lari dalam sangkar yang
berputar. Kaki-kaki kecil berbulu mereka berputar mati-matian, sangkar pun
berputar ligat, tetapi bila pagi esok menjelang, ia masih tetap berada dalam
sangkar yang sama: pekerjaan yang hebat.

Mari Berfikir Sejenak

Dalam filem Jerry Maguire, yang dibintangi Tom Cruise, ada banyak kata-kata
hebat. Barangkali yang paling diingati ialah “Tunjukkan wang pada saya.”
Tetapi ada satu kata yang saya fikir paling jujur. Ia muncul ketika Tom Cruise
meninggalkan firma. Dia baru saja dipecat, dan dia bertanya pada seluruh
syarikat, “Siapa yang mahu mengikuti saya?” Dan seluruh tempat itu menjadi
diam dan beku. Hanya seorang wanita yang bersuara, “Saya mahu tetapi saya
akan dinaikkan pangkat tiga bulan lagi.”

Barangkali itu adalah pernyataan yang paling jujur dalam seluruh filem itu.
Inilah jenis pernyataan yang digunakan orang untuk membuat diri mereka
sentiasa sibuk bekerja untuk membayar bil-bil.

Saya tahu ayah terpelajar saya mengharapkan gajinya naik setiap tahun, dan
setiap tahun juga dia kecewa. Jadi dia kembali melanjutkan pelajaran untuk
mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi supaya dia boleh mendapatkan
kenaikan gaji, tetapi dia kecewa lagi.

Pertanyaan yang selalu saya ajukan pada orang ialah, “Ke mana aktiviti harian
ini membawa anda?”. Sama seperti tikus belanda itu, saya ragu-ragu apakah
manusia melihat ke mana kerja keras mereka membawa mereka. Apakah yang
ada di masa hadapan?

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 31

Cyril Brickfield, bekas pengarah eksekutif The American Association of Retired


People, melaporkan bahawa “Pencen swasta sedang dalam keadaan huru-hara.
Pertama-tamanya, 50 peratus tenaga kerja sekarang ini tidak mempunyai dana
pencen. Itu saja semestinya menjadi kebimbangan besar. Dan 75 hingga 80
peratus dari 50 peratus yang baki itu, mempunyai dana pencen tidak efektif
yang membayar US$55 atau US$150 atau US$300 sebulan.”

Dalam bukunya The Retirement Myth, Craig S. Karpel menulis:


“Saya mengunjungi ibupejabat sebuah firma perunding dana pencen nasional
yang utama dan bertemu dengan seorang pengarah urusan yang pakar dalam
merekabentuk pelan pencen yang subur bagi pengurus atasan. Ketika saya tanya
padanya apa yang dapat diharapkan oleh orang-orang yang tidak mempunyai
pejabat dalam masalah pendapatan pencen, dia mengatakan dengan senyum pe-
nuh keyakinan: "The Silver Bullet" (Peluru Maut).

“Apa itu "The Silver Bullet"?’ tanya saya.

“Dia mengangkat bahu. Jika bayi-bayi yang baru lahir mendapati diri mereka
tidak mempunyai cukup wang untuk hidup ketika mereka tua, mereka akan
mahu meletupkan kepala mereka.”

Karpel terus menjelaskan perbezaan antara pelan pencen Defined Benefit lama
dengan pelan 401K baru yang lebih berisiko. Ini bukanlah gambaran yang baik
untuk kebanyakan orang bekerja sekarang. Dan itu hanya untuk pencen. Apabila
yuran perubatan dan perawatan jagaan-di-rumah jangka panjang ditambahkan
pada gambaran itu, gambaran itu sangat mengerikan. Dalam bukunya tahun
1995, dia menunjukkan bahawa yuran rawatan-di-rumah berkisar antara
US$30,000 hingga US$125,000 setahun. Kemudian dia pergi ke sebuah rawatan-
di-rumah yang bersih tanpa tambahan apa pun di daerahnya dan mendapati
bahawa yurannya ialah US$88,000 setahun pada tahun 1995.

Banyak hospital di negara-negara dengan socialized medicine terpaksa membuat


keputusan sukar seperti, “Siapa yang patut hidup dan siapa yang patut mati?”
Mereka membuat keputusan itu semata-mata berdasarkan berapa banyak wang
yang mereka ada dan berapa usia pesakit. Jika pesakit sudah tua, mereka
selalunya lebih cenderung memberikan rawatan perubatan itu pada orang yang
lebih muda. Pesakit malang yang lebih tua diletakkan di barisan belakang. Jadi
sama seperti kenyataan bahawa orang kaya dapat menikmati pendidikan yang
lebih baik, orang kaya akan dapat membuat diri mereka tetap hidup, sementara
mereka yang miskin akan mati.

Jadi, saya tertanya-tanya, apakah para pekerja melihat masa depan atau hanya
menunggu sehingga menerima cek gaji mereka berikutnya, tidak pernah
bertanya ke mana mereka pergi?

Ketika saya berbicara dengan orang-orang dewasa yang ingin memperolehi


banyak wang, saya selalu menyarankan perkara yang sama. Saya menyarankan
untuk mengambil pandangan yang jauh tentang hidup mereka. Jika dibanding

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 32

bekerja untuk wang dan jaminan, yang saya akui penting, saya menyarankan
mereka untuk mengambil pekerjaan kedua (tambahan) yang akan mengajarkan
pada mereka skil kedua. Selalunya saya menyarankan untuk menyertai syarikat
pemasaran network, yang sering disebut multilevel marketing (MLM), jika mereka
ingin belajar skil menjual. Beberapa syarikat itu mempunyai program latihan
yang sangat bagus untuk membantu orang mengatasi rasa takut akan kegagalan
dan penolakan, yang merupakan alasan utama mengapa orang tidak berjaya.
Pendidikan lebih berharga daripada wang, dalam jangka panjang.

Ketika saya memberikan nasihat ini, saya selalu mendengar jawapan, “Oh,
perkara itu terlalu susah,” atau “Saya hanya ingin melakukan apa yang menarik
bagi saya.”

Terhadap pernyataan “Ianya terlalu susah,” saya akan bertanya, “Jadi anda lebih
suka memilih bekerja sepanjang hidup dengan memberikan 50 peratus
pendapatan anda kepada kerajaan?” Terhadap pernyataan lain—”Saya hanya
ingin melakukan apa yang menarik bagi saya”—saya akan mengatakan, “Saya
tidak tertarik pergi ke jimnasium, tetapi saya pergi ke sana kerana saya ingin
merasa sihat dan hidup lebih lama.”

Sayangnya, ada suatu kebenaran pepatah lama “Anda tidak mungkin mengajar
teknik baru pada anjing tua.” Manusia amat sukar untuk berubah, kecuali dia
sendiri mahu berubah.

Tetapi bagi anda yang mungkin belum membuat keputusan ketika adanya idea
tentang bekerja untuk pelajari sesuatu yang baru, saya memberikan kata
perangsang ini: Kehidupan adalah sama seperti pergi ke jimnasium. Perkara
yang paling perit adalah memutuskan untuk pergi. Selepas anda melepasinya, ia
menjadi mudah pula. Saya selalunya merasa liat untuk pergi ke jimnasium dan
mula mencipta banyak alasan, tetapi setelah saya berada di situ dan melakukan
pergerakan, rasa seronok pula. Selepas latihan tamat, saya selalunya bangga
kerana berjaya memujuk diri sendiri.

Sebaliknya, jika anda tidak ingin bekerja untuk belajar perkara baru dan bertegas
mahu menjadi benar-benar spesialis dalam bidang anda, pastikanlah bahawa
syarikat tempat anda bekerja ada kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja dibentuk
untuk melindungi spesialis.

Ayah saya yang berpendidikan, setelah tidak menyukai gabenor lagi, menjadi
ketua persatuan guru di Hawaii. Dia mengatakan pada saya bahawa itu adalah
pekerjaan paling sukar yang pernah dia pegang. Di lain pihak, ayah kaya saya
menghabiskan hidupnya melakukan yang terbaik untuk menjaga syarikatnya
agar tidak memiliki kesatuan sekerja. Dia berjaya. Sekalipun kesatuan itu nyaris
terbentuk, ayah kaya sentiasa mampu menghalangnya.

Secara peribadi, saya tidak berpihak mana-mana kerana saya dapat melihat
keperluannya dan manfaatnya pada kedua-dua belah pihak. Jika anda
melakukan apa yang disarankan oleh sekolah, menjadi benar-benar spesialis,
maka carilah perlindungan kesatuan. Sebagai contoh, saya meneruskan kerjaya

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 33

terbang saya, saya akan mencari sebuah syarikat yang mempunyai kesatuan
pilot yang kuat. Mengapa? Kerana hidup saya akan diabdikan untuk belajar satu
skil yang berharga dalam satu industri saja. Jika saya dipaksa keluar dari
industri itu, skil saya tidak akan setinggi itu harganya pada industri lain.
Seorang pilot senior yang dipecat- dengan 10,000 jam terbang, dengan
pendapatan US$150,000 setahun- sangat sukar untuk memperolehi pekerjaan
dengan gaji yang sepadan dengan mengajar di sekolah. Skil tidak harus
berpindah dari satu industri ke satu industri, kerana skil yang menjadikan pilot
itu dibayar dalam industri penerbangan tidaklah sepenting itu jika ia berada
dalam sistem sekolah.

Perkara yang sama juga benar untuk para doktor masa kini. Dengan segala
perubahan dalam ilmu kedoktoran, banyak pakar perubatan perlu
menyesuaikan diri dengan organisasi perubatan seperti HMO. Para guru sekolah
juga perlu menjadi anggota kesatuan guru. Di Amerika sekarang ini, kesatuan
guru merupakan kesatuan sekerja yang paling besar dan paling kaya dari semua
kesatuan yang ada. National Education Association (NEA) mempunyai
pengaruh politik yang luar biasa besarnya. Para guru memerlukan perlindungan
kesatuan mereka kerana skil mereka juga terhad nilainya terhadap industri di
luar pendidikan. Secara mudahnya, “Semakin orang mengkhusus, semakin
mereka perlukan kesatuan sekerja.” Ini adalah perkara yang bijak untuk
dilakukan.

Belajar Untuk Menjual: Bisnes

Ketika saya bertanya pada pelajar saya, “Berapa ramai di kalangan kamu dapat
memasak hamburger yang lebih sedap dari McDonald’s?” hampir semua murid
mengangkat tangan mereka. Kemudian saya bertanya pula, “Jadi jika
kebanyakan kamu dapat memasak hamburger yang lebih sedap, kenapa
McDonald’s boleh menghasilkan wang lebih banyak dari kamu?”

Jawapannya jelas: McDonald’s sangat hebat dalam sistem bisnes. Alasan kenapa
begitu banyak orang berbakat itu miskin adalah kerana mereka memfokuskan
diri untuk membuat hamburger yang lebih sedap dan hanya tahu sedikit atau
tidak tahu langsung tentang sistem bisnes.

Seorang rakan saya di Hawaii merupakan seorang artis hebat. Dia menghasilkan
sejumlah wang yang besar. Suatu hari peguam ibunya menelefon untuk
memberitahu dia bahawa ibunya telah meninggalkan wang US$35,000
untuknya. Itulah yang baki dari tanah miliknya setelah peguam dan kerajaan
mengambil bahagian mereka. Tiba-tiba, dia melihat peluang untuk
meningkatkan bisnesnya dengan menggunakan wang tersebut untuk beriklan.
Dua bulan kemudian, iklan pertamanya yang empat warna dan satu muka
penuh muncul di sebuah majalah mahal yang menyasarkan orang-orang yang
sangat kaya. Iklan berjalan selama tiga bulan. Dia tidak menerima respon dari
iklan itu, dan semua pesakanya habis. Kini dia ingin menyaman majalah tersebut
kerana iklan yang mengelirukan.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 34

Ini adalah satu kes umum yang dialami seseorang yang dapat membuat
hamburger yang sedap, tetapi hanya tahu sedikit tentang bisnes. Ketika saya
bertanya padanya apa yang dia pelajari, jawapannya hanyalah “Orang-orang
periklanan itu memang putar alam.” Kemudian saya bertanya apakah dia
bersedia untuk mengambil kursus menjual dan pemasaran langsung (direct
marketing). Jawapannya, “Saya tidak ada masa, dan saya tidak mahu bazirkan
wang saya.”

Dunia ini penuh dengan orang berbakat yang miskin. Terlalu kerap, mereka
yang miskin atau bergelut secara kewangan atau memperolehi pendapatan
kurang dari yang mereka mampu, bukan kerana apa yang mereka tahu tetapi
kerana apa yang mereka tidak tahu. Mereka berfokus pada menyempurnakan
skil mereka untuk membuat hamburger yang lebih sedap berbanding skil
menjual dan menghantar hamburger. Mungkin McDonald’s tidak membuat
hamburger yang terbaik, tetapi mereka adalah terbaik dalam menjual dan
menghantar burger.

Ayah miskin mahukan saya menjadi spesialis. Itulah pandangannya agar


dibayar gaji lebih tinggi. Bahkan setelah diberitahu oleh kerajaan Hawaii bahawa
dia tidak dapat bekerja lebih lanjut sebagai pegawai negeri, ayah saya yang
berpendidikan masih terus mendorong saya untuk mengkhususi bidang
tertentu. Ayah yang berpendidikan kemudian mengambil iktibar dari kesatuan
guru, berkempen untuk perlindungan dan faedah lanjutan bagi para profesional
yang berskil tinggi dan terpelajar itu. Kami sering berbahas, tapi saya tahu dia
tidak pernah bersetuju yang spesialisasi sempit adalah penyebab perlunya
perlindungan kesatuan. Dia tidak pernah faham bahawa semakin anda
mengkhususi, semakin anda terperangkap dan bergantung pada keahlian
spesialisasi itu.

Ayah kaya menasihati agar Mike dan saya “mempersiapkan” diri kami sendiri.
Banyak syarikat melakukan perkara yang sama. Mereka merekrut graduan
muda yang cemerlang lulusan bisnes dan mulai “mempersiapkan” mereka agar
suatu hari nanti mengambil alih syarikat tersebut. Maka pekerja muda yang
cemerlang ini tidak hanya mengkhususi dalam satu jabatan; mereka dipindah
dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mempelajari semua perkara
berkaitan dengan sistem bisnes itu dijalankan. Orang kaya selalu
“mempersiapkan” anak-anak mereka atau anak orang lain. Dengan berbuat
demikian, anak-anak mereka memperolehi pengetahuan menyeluruh tentang
operasi bisnes dan bagaimana jabatan yang berbeza-beza itu saling berkait.

Bagi generasi Perang Dunia Kedua, amalan melompat dari satu syarikat ke
syarikat lain adalah satu sikap yang buruk. Sekarang, perkara itu dianggap bijak.
Kerana orang cenderung melompat dari syarikat ke syarikat, berbanding
mencari pengkhususan yang lebih tinggi, oleh itu mengapa tidak berusaha
untuk lebih banyak belajar berbanding mengira tangga gaji. Dalam jangka
pendek, pendapatan anda mungkin sedikit. Dalam jangka panjang, itu akan
memberi pulangan dividen yang besar.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 35

Skil mengurus utama yang diperlukan untuk berjaya ialah:

1. Pengurusan aliran tunai.


2. Pengurusan sistem (termasuk diri anda dan waktu bersama keluarga).
3. Pengurusan sumber manusia.

Skil khusus yang paling penting ialah menjual dan memahami pemasaran. Ianya
adalah kemampuan untuk menjual, oleh itu, berkomunikasi dengan orang lain,
menjadikannya pelanggan, pekerja, bos, pasangan suami-isteri, atau anak -
merupakan skil asas kejayaan peribadi. Skil komunikasi seperti menulis,
bercakap dan berunding itulah yang penting
untuk kehidupan yang berjaya. Itulah skil yang saya lakukan secara konsisten,
menghadiri kursus-kursus atau membeli kaset-kaset pelajaran untuk
meningkatkan pengetahuan saya.

Seperti telah saya sebutkan, ayah saya yang berpendidikan bekerja semakin
keras dan dia menjadi semakin mahir. Dia juga menjadi semakin terperangkap
ketika dia menjadi semakin pakar. Sekalipun gajinya naik, pilihannya semakin
kurang. Setelah dia dikeluarkan dari kerja kerajaan, dia mendapati betapa dia
sebenarnya terancam secara profesional. Ianya seperti seorang atlet profesional
yang tiba-tiba dicederakan atau terlalu tua untuk bermain. Sekali posisi mereka
yang bergaji tinggi itu hilang, mereka hanya mempunyai skil terhad untuk
dijadikan sandaran. Saya kira itu sebabnya ayah saya yang berpendidikan sangat
berpihak pada kesatuan sekerja setelah kes itu. Dia menyedari betapa banyak
kesatuan sekerja akan memberi faedah kepadanya.

Ayah kaya menggalakkan Mike dan saya untuk belajar semua perkara walau
sedikit-sedikit. Dia menggalakkan kami untuk bekerja dengan orang-orang yang
lebih bijak dari kami dan menyatukan orang-orang pandai itu untuk bekerja
sebagai satu pasukan. Hari ini perkara itu disebut sebagai sinergi spesialiti
profesional.

Hari ini, saya bertemu bekas guru-guru sekolah yang menghasilkan ratusan ribu
dolar setahun. Mereka memperolehi begitu banyak kerana mereka mempunyai
skil yang khusus dalam bidang mereka dan juga bidang lain. Mereka dapat
mengajar dan sekaligus mampu menjual serta memasarkan. Saya tahu tidak ada
skil lain yang lebih penting dari menjual dan juga pemasaran.

Skil menjual dan memasarkan itu sukar bagi kebanyakan orang terutama kerana
mereka takut ditolak. Semakin baik anda dalam berkomunikasi, berunding, dan
menangani ketakutan ditolak anda, semakin mudah hidup ini. Seperti saya
menasihati penulis surat khabar yang ingin menjadi “penulis terlaris”, sekarang
saya menasihatkan perkara yang sama ini kepada semua orang. Menjadi pakar
secara teknik mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Saya mempunyai ramai
kawan yang genius, tetapi mereka tidak dapat berkomunikasi secara efektif
dengan orang lain dan kesannya, pendapatan mereka sangat menyedihkan. Saya
menasihati mereka untuk menghabiskan masa setahun untuk belajar menjual.
Sekalipun mereka tidak dapat pendapatan apa pun, skil komunikasi mereka
akan diperbaiki. Dan itu tak ternilai harganya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 36

Tambah lagi, untuk menjadi pelajar, penjual, dan pemasar yang baik, kita perlu
menjadi guru dan murid yang baik sekaligus. Untuk menjadi benar-benar kaya,
kita mesti mampu untuk memberi dan menerima sekaligus. Dalam kes
pergelutan kewangan atau profesional, selalu berlakunya kurang memberi dan
menerima. Saya mengenal banyak orang yang miskin kerana mereka bukan
murid yang baik dan juga bukan guru yang baik.

Kedua-dua ayah saya bersifat murah hati. Keduanya mudah memberi. Mengajar
adalah satu cara mereka untuk memberi. Semakin banyak mereka memberi,
semakin banyak yang mereka terima. Satu perbezaan yang ketara adalah dalam
perkara memberi wang. Ayah kaya memberikan banyak wang begitu saja. Dia
memberi pada gerejanya, badan kebajikannya dan yayasannya. Dia tahu bahawa
untuk menerima wang, anda mesti memberi wang. Memberi wang adalah rahsia
bagi kebanyakan keluarga yang sangat kaya. Itu sebabnya ada organisasi seperti
Yayasan Rockefeller dan Yayasan Ford. Organisasi-organisasi itu dirancang
untuk mengambil kekayaan mereka dan meningkatkannya, dan juga
memberikannya untuk selama-lamanya.

Ayah saya yang berpendidikan selalu mengatakan, “Bila saya mempunyai wang
lebih, saya akan memberikannya.” Masalahnya ialah dia tidak pernah ada wang
lebih. Maka dia bekerja semakin kuat untuk menarik lebih banyak wang
daripada memfokuskan diri pada hukum wang yang paling penting: “Berilah
dan anda akan menerima.’ Sebaliknya, dia percaya pada “Terimalah dan
kemudian anda beri."

Kesimpulannya, saya menjadi kedua-dua ayah saya itu. Satu bahagian diri saya
adalah kapitalis sejati yang gemarkan permainan wang yang menghasilkan
wang. Dan bahagian lain, diri saya adalah guru yang bertanggung jawab secara
sosial yang sangat prihatin dengan jurang yang meluas antara yang kaya dan
miskin. Secara peribadi saya berpegang pada sistem pendidikan kuno yang
bertanggung jawab utama ke atas jurang yang sentiasa melebar ini.

Untuk selanjutnya, mari kita ikuti cara Burke Hedges membincangkan prasarana
untuk menjadikan wang anda bekerja cara termoden.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 37

PENGENALAN

Cerita Bandingan Pipeline

Pada zaman dahulu kala dua orang sepupu yang bercita-cita tinggi
bernama Parlo dan Bruto tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang
kecil di Itali.
Mereka berdua berkawan baik.
Dan bercita-cita tinggi.
Mereka akan berbual-bual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti
mereka akan menjadi orang terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan
rajin. Apa yang mereka perlukan adalah peluang yang baik.

Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu
bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai
yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah bandar tersebut. Kerja tersebut
diserahkan kepada Parlo dan Bruto.

Mereka terus mencapai baldi lalu menuju ke sungai. Tatkala petang, mereka
telah berjaya memenuhi tangki air. Ketua kampung membayar satu sen untuk
setiap baldi.

"Impian kita telah jadi kenyataan" jerit Bruto kegirangan.


"Saya tidak percaya nasib kita begitu baik" kata Parlo tidak begitu pasti..
Belakangnya sakit dan tangannya melecur akibat daripada membawa baldi yang
berat. Dia takut untuk bangun dan pergi bekerja keesokannya. Dia bersumpah
untuk memikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan air dari sungai ke
kampung itu.

Parlo, Si Tukang Paip

"Bruto, aku ada satu cadangan," Parlo berkata pada keesokan paginya ketika
mereka berdua mencapai baldi dan menuju ke sungai. "Daripada kita
mengangkut baldi ke hulu ke hilir hanya untuk beberapa sen sehari, apa kata
kalau kita bina satu saluran paip dari sungai ke kampung".
Bruto berhenti melangkah.
"Saluran paip! Tak pernah dicakap dek orang?" Beliau menjerit. "Kita ada
pekerjaan yang bagus, Parlo. Aku boleh mengangkut 100 baldi sehari. Satu sen
untuk satu baldi adalah satu dolar sehari. Aku kaya. Di hujung minggu aku
boleh beli sepasang kasut baru. Di penghujung bulan seekor lembu. Di
penghujung enam bulan aku boleh bina sebuah rumah baru. Kita mempunyai
pekerjaan yang terbaik di bandar ini. Kita mempunyai cuti di hujung minggu
dan dua minggu cuti bergaji tiap-tiap tahun. Kita telah ada pekerjaan yang tetap
seumur hidup. Lupakan saja pasal paip kamu tu!"

Tetapi Parlo tidak patah semangat. Beliau dengan sabar menerangkan rancangan
saluran paip kepada kawan baiknya itu. Parlo bekerja separuh hari memunggah
baldi air dan separuh hari lagi serta hujung minggunya membina pipelinenya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 38

Dia tahu ianya kerja yang sukar menggali lubang di dalam tanah yang berbatu.
Memandangkan beliau dibayar mengikut jumlah baldi, dia sedar
pendapatannya akan berkurangan pada peringkat awal. Dia juga sedar ianya
akan mengambil masa setahun, mungkin dua, sebelum paipnya memulangkan
hasil yang banyak. Tetapi Parlo percaya kepada cita-citanya dan terus berkerja.

Pipeline Sedang Berkembang

Bruto dan para penduduk kampung mula mengejek Parlo, memanggilnya "Parlo
Si Tukang Paip". Bruto yang mendapat upah hampir dua kali ganda dengan
pendapatan Parlo menayang-nayangkan pembeliannya. Dia membeli seekor
keldai lengkap dengan pelana kulit yang baru dan menambatnya di luar rumah
dua tingkat yang baru dibelinya. Dia juga membeli pakaian yang mahal-mahal
dan makanan yang sedap-sedap di kedai. Penduduk kampung memanggilnya
Tuan Bruto, dan mereka bersorak apabila Bruto belanja mereka minum di kedai
arak serta ketawa kuat mendengar lawaknya.

Tindakan yang sedikit bersamaan dengan Hasil yang banyak

Ketika Bruto berbaring di dalam buaian di waktu petang serta hujung minggu,
Parlo terus menggali pipelinenya. Pada awal beberapa bulan yang pertama hasil
usahanya tidak dapat dilihat. Kerjanya sukar – malah lebih teruk daripada Bruto
kerana Parlo bekerja ketika petang dan juga hujung minggu.

Tetapi Parlo sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa impian hari esok
dibina diatas pengorbanan hari ini . Hari demi hari dia mengali , satu inchi pada
setiap masa.
"Sikit-sikit (satu inci) lama-lama jadi bukit" dia menyanyi-nyanyi sambil
menghayun beliung kedalam tanah yang berbatu. Inci bertukar menjadi satu
kaki …kemudian 10 kaki kemudian 20 kaki … 100 kaki…..

"Sakit jangka pendek sama dengan untung jangka panjang," dia


mengingatkan diri sendiri ketika kakinya hampir tersandung memasuki rumah
buruknya, kepenatan dek kerja berat sehari suntuk. Dia mengukur kejayaannya
dengan menentukan matlamat hariannya dan memenuhi matlamat itu kerana
beliau tahu lambat laun keputusannya jauh melebihi usaha penat lelahnya itu.

"Tumpukan perhatian kepada ganjaran" dia terus mengulanginya sambil


terlena ditemani oleh bunyi gelak ketawa dari kedai arak di kampung itu.
"Tumpukan perhatian kepada ganjaran…"

Roda Sering Berputar

Hari bertukar bulan. Suatu hari Parlo menyedari pipelinenya hampir siap, ianya
bermakna dia hanya perlu berjalan dekat untuk memenuhkan baldi airnya. Parlo
menggunakan masa lebih untuk menyiapkan pipelinenya. Saatnya semakin
hampir.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 39

Ketika masa rehat Parlo memerhatikan kawan lamanya Bruto menyeret baldi.
Bahu Bruto lebih membongkok daripada biasa. Dia membongkok dalam
kesakitan, langkahnya semakin perlahan disebabkan kerja beratnya itu. Dia
menjadi marah dan bermuka masam, memarahi dan menyesali akan nasib
malangnya menjadi pengangkut baldi air seumur hidup.

Beliau semakin kurang menghabiskan masanya di dalam buaian tidur


sebaliknya banyak masa dihabiskan di kedai arak. Apabila pelanggan-pelanggan
tetap kedai itu nampak Bruto datang, meraka akan berbisik "Tengok tu, Bruto Si
Pengangkut Baldi telah datang," dan mereka akan ketawa mengekek apabila si
mabuk mengajuk keadaan Bruto yang membongkok dan menyeret kaki.. Bruto
tidak lagi belanja minum ataupun berjenaka sebaliknya lebih suka menyendiri di
suatu sudut gelap dikelilingi oleh botol-botol arak yang kosong.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Parlo pun tiba – pipelinenya sudah siap!
Orang ramai mengerumuni apabila air memancut keluar dari pipeline ke dalam
tangki air! Sekarang kampung itu mempunyai bekalan air segar yang
mencukupi, penduduk dari sekitar kawasan itu berpindah masuk ke kampung
itu dan ianya semakin berkembang dan makmur.

Apabila pipeline telah siap, Parlo tidak perlu lagi mengangkut baldi air. Air
mengalir samada dia bekerja atau tidak. Ia mengalir ketika dia makan. Ia
mengalir ketika dia tidur. Ia mengalir di hujung minggu ketika dia bermain.
Semakin banyak air mengalir ke dalam kampung, semakin banyak duit mengalir
ke dalam poket Parlo!

Parlo Si Tukang Paip dikenali ramai sebagai Parlo Si Tukang Ajaib. Ahli-ahli
politik memuji pandangan dan wawasannya dan meminta beliau bertanding
jawatan Datuk Bandar. Tetapi Parlo faham bahawa apa yang dicapainya itu
bukannya sesuatu yang ajaib. Ianya hanya permulaan pertama sebuah cita-cita
yang besar. Sebenarnya Parlo mempunyai rancangan yang menjangkaui
kampungnya.

Parlo merancang untuk membina pipelines di seluruh dunia!

Merekrut Kawannya untuk Membantu

Pipeline telah menyebabkan Bruto Si Pengangkut Baldi kehilangan pekerjaan


dan Parlo merasa sedih melihat kawan lamanya terpaksa merayu untuk minum
percuma di kedai arak. Jadi, beliau mengaturkan pertemuan dengan Bruto.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 40

Kita Hidup Dalam Dunia Angkut-Baldi

"Kita sudah ada kerja yang hebat, Parlo. Aku mengangkut 100 baldi sehari. Dengan satu
sen satu baldi, itu bermakna satu dolar sehari. Aku kaya! Di penghujung minggu, aku
boleh beli sepasang kasut baru. Masuk satu bulan, seekor lembu. Masuk enam bulan, aku
boleh beli sebuah pondok. Kita dah ada kerja terbaik di tempat ini. Kita ada cuti hujung
minggu dan percutian percuma dua minggu setiap tahun. Kita memang dah cukup
untuk hidup! Lupakan saja dengan pipeline engkau tu."

-Daripada the Parable of the Pipeline

Seorang doktor yang memandu anak perempuannya yang berusia empat tahun
ke pusat jagaan telah meninggalkan stetoskopnya di atas kerusi kereta. Anak itu
mencapainya dan mula bermain dengannya.

"Anak aku mahu mengikut jejak langkahku," fikir doktor itu pada dirinya.
"Inilah saat yang paling dibangga dalam hidupku."

Anak itu meletakkan stetoskop di lehernya dan memegang pengesan itu di


depannya seperti mikrofon.

"Selamat datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan?"

Kisah indah ini menggambarkan pada kita mengapa kita memandang penting
kerja angkut-baldi – ia juga disebut "Monkeys see , monkeys do." Anak kecil itu
kerap pergi ke McDonald di mana dia tersalah letak stestoskop sebagai headset
dan mengajuk cara pekerja-pekerja itu bercakap dengan pelanggan-pelanggan.

Seperti anak kecil itu, kebanyakan orang tersalah anggap pengangkut baldi
sebagai pembina pipeline. Kita memerhatikan bahawa 99% manusia adalah
mengangkut baldi. Jadi kita secara biasa mengandaikan bahawa mengangkut
baldi merupakan satu-satunya cara untuk mendapat apa yang kita mahu dalam
hidup ini.

Itu sebabnya kenapa Bruto menghadapi masa yang sukar untuk memahami
kuasa pipeline – Parlo satu-satu pembina pipeline yang dia pernah diketahui!
Bruto menolak pipeline kerana mereka adalah berbeza. Bagi Bruto, pipeline
adalah tidak terbukti. Bagi Bruto pipeline adalah radikal dan berisiko tinggi.

Majoriti besar manusia berfikir macam Bruto. Kita membesar dikelilingi oleh
pengangkut baldi yang muflis, jadi kita menganggap itulah hakikat dunia ini. Ia
mengingatkan saya sekeping pelekat bumper yang saya lihat sebelum ini:
100,000 lemmings can't be wrong!
100,000 itik nila tidak akan tersilap!

Manusia berfikiran sama tentang mengangkut baldi – 100 juta pengangkut baldi
tidak akan tersilap! Ya, sebenarnya mereka boleh tersilap.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 41

Mentaliti Tikus Lemming


Terpedaya dengan Angkut-Baldi

Pada hakikatnya – memang terdapat banyak pengangkut baldi di dunia ini


berbanding dengan pembina pipeline.

Kenapa?

Kerana mengangkut baldi adalah teladan yang ibu bapa kita turut dan itu yang
mereka ajarkan pada kita untuk diikuti. Model mengangkut baldi memberitahu
anda bahawa dalam dunia mengangkut baldi, beginilah yang patut anda buat
untuk terus maju:

Pergi ke sekolah dan belajar bagaimana untuk mengangkut baldi. Bekerja keras.
Mendapat upah yang betul untuk mengangkut baldi yang lebih besar. Berhenti
daripada Syarikat Baldi A untuk bekerja di Syarikat Baldi B, yang memberi anda
mengangkut baldi yang lebih besar. Bekerja lebih masa supaya anda boleh
mengangkut baldi lebih banyak. Memasukkan anak-anak ke kolej yang
mengangkut baldi. Menukar kerjaya mengangkut baldi besi… kepada
mengangkut baldi plastik … ataupun kepada mengangkut baldi digital.
Mengimpikan persaraan daripada mengangkut baldi. Sehingga itu dia terus
mengangkut baldi. Dan terus mengangkut baldi…

Apa yang semua pengangkut baldi dapat di atas usaha mereka itu?
Amatlah sedikit.
Berdasarkan tinjauan majalah tahunan Parade "What People Earn", purata
pekerja di Amerika memperolehi $28,500 setahun ditolak hampir 20 % cukai dan
tinggal $22,500 untuk perbelanjaan. Itulah kenyataannya - $22,500 wang dibawa
pulang. Tidak cukup untuk memenuhi keperluan asas bagi sebuah keluarga
empat orang. Ini bermakna majoriti besar orang didesak untuk memiliki lebih
banyak wang.

Perarakan Baldi-Baldi

Jadi apa yang pengangkut baldi lakukan apabila mereka memerlukan lebih
banyak wang. Disebabkan mereka mempunyai mentaliti pengangkut baldi,
mereka mempunyai idea penyelesaian cara pengangkut baldi – sekiranya anda
perlukan lebih wang, anda perlu mengangkut lebih banyak baldi!
"Saya akan mendapatkan kerja pengangkut baldi yang kedua di sebelah petang
atau malam dan di hujung minggu," kata Bapa Pengangkut Baldi.
"Saya akan kembali ke kerja mengangkut baldi yang saya buat sebelum anak-
anak saya lahir," kata Ibu Pengangkut Baldi.
"Anak-anak boleh mendapat kerja mengangkut baldi selepas sekolah dan ketika
cuti musim panas," umum ibubapa pengangkut baldi.
Dan itulah yang mereka lakukan. Hasilnya?
Hari ini penduduk Amerika Utara bekerja lebih panjang masanya di dunia
bahkan lebih daripada pekerja Jepun yang taksub bekerja. Adakah pekerja baldi
yang mencari duit lebih ini merancang pekerjaan mereka?

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 42

Tidak.
Ini adalah fakta yang pahit.

Hutang pengguna berada di paras yang tinggi. Hutang isi rumah di AS lebih
daripada empat kali ganda sepanjang 17 tahun terakhir. Purata isi rumah hari ini
mempunyai 95 sen hutang bagi setiap sedolar pendapatan pakai-buang.
Nisbah wanita bekerja untuk menyara keluarga mereka melebihi dua kali ganda
sejak 20 tahun lalu, daripada 19% dalam tahun 1980 hingga 46% hari ini.
Semakin bertambah ramai orang mengambil pinjaman perumahan kedua atau
ketiga ke atas aset tunggal terbesar mereka – rumah mereka – untuk membayar
hutang.
Kemuflisan peribadi bertambah setiap tahunnya hingga 1.4 juta dalam tahun
2000 – walaupun ekonomi dalam keadaan meletup!
Helo-o-o-o! Apa dah jadi dengan gambaran ini?

Kepalsuan Pengangkut Baldi Lebih Besar

Alasan pengangkut-pengangkut baldi bahawa lebih besar baldi bermakna lebih


besar upah. Jadi pengangkut baldi memberitahu diri sendiri bahawa segala-
galanya akan berjalan baik jika mereka hanya boleh dapatkan kerja mengangkut
baldi yang lebih besar.

Pengangkut- pengangkut baldi selamanya berasa takjub dengan berapa banyak


yang pengangkut baldi lain perolehi. Statistik Biro Buruh AS merekodkan kadar
upah perjam terhadap beratus-ratus pekerjaan yang berbeza. Bagaimana kadar
upah perjam kerja anda berbanding dengan pekerjaan lain?

Kadar Upah Perjam (daripada Statistik Biro Buruh AS)

Pekerjaan Kadar Upah Perjam ($)

Tukang masak makanan-segera 6.29


Atendan pam minyak 7.34
Penjaga pintu 8.44
Jurujual runcit 9.12
Setiausaha 11.86
Tukang atap 13.63
Mekanik kereta 13.97
Pemandu lori 14.08
Ahli bomba 15.63
Pengangkut surat 16.39
Pegawai pinjaman 20.05
Pengaturcara komputer 25.67
Jurutera kimia 29.44
Ahli fizik 33.23
Peguam 36.49
Doktor gigi 44.40
Doktor pakar, doktor bedah 49.05

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 43

Dengan andaian kebanyakan orang memperolehi upah bagi 40 jam seminggu


(walaupun mereka mungkin bekerja sekurang-kurangnya 50 jam seminggu…
atau lebih) dan mendapat dua minggu percutian percuma setia tahun, di sini
ialah pendapatan tahunan untuk lima pekerjaan di atas:

PENDAPATAN TAHUNAN

1. Tukang masak $ 13,083


2. Jurujual runcit $ 18,970
3. Pengangkut surat $ 34,091
4. Peguam $ 75,899
5. Doktor $102,024

Sekarang, sekiranya anda seorang tukang masak… atau jurujual runcit… atau
pengangkut surat, anda mungkin lihat pada pendapatan tahunan peguam atau
doktor dan berfikir, "Wah, jika saya boleh buat duit sebanyak itu setiap tahun,
saya akan bebas kewangan! Tak ada lagi terjaga dari tidur kerana bimbangkan
hutang-piutang yang perlu dibayar!"

Pendapatan Pengangkut Baldi

Benar, baldi doktor jauh lebih besar daripada baldi tukang masak – kira-kira 10
kali lebih besar! Tetapi itu tidak bermakna doktor bebas kewangan. Dia hanya
bergantung kepada kerja mengangkut baldi sebagaimana tukang masak atau
penghantar surat.

Kenapa? Mudah – para profesional mempunyai pendapatan lebih daripada


pekerja biasa. Tetapi mereka berbelanja lebih! Sebenarnya, doktor atau peguam
memperolehi gaji enam angka setahun membelanjakan kebanyakan pendapatan
mereka untuk menampung gaya hidup mewah mereka.

Cuma bandingkan perbelanjaan pekerja biasa dengan para profesional:

Pekerja biasa memandu kereta terpakai $5,000.


Doktor atau peguam memandu kereta Lexus $45,000.

Pekerja biasa menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kerajaan


percuma.
Doktor atau peguam membayar untuk sekolah swasta.

Pekerja biasa memiliki rumah $75,000.


Doktor atau peguam memiliki rumah $350,000.

Pekerja biasa makan di Pizza Hut sekali seminggu.


Doktor atau peguam makan dua kali seminggu di restoran mewah.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 44

Pekerja biasa tidak mampu mengambil percutian.


Doktor atau peguam membawa keluarga bermain ski di Vail setiap tahun.

Pekerja biasa bermain golf di tempat awam.


Doktor atau peguam memiliki satu keahlian kelab golf mewah… atau dua.

Anda boleh gambarkan.

Orang mencemburui doktor dan peguam dan akauntan kerana mereka


mengangkut baldi besar. Benar, baldi doktor mungkin 10 kali lebih besar
daripada tukang masak. Tetapi doktor membelanjakan 10 kali ganda, jadi kedua-
dua mereka berakhir dengan kesusahan yang sama – hidup dalam slip gaji ke
slipgaji.

Baldi Akhirnya Akan Kering

Thomas J. Stanley dan William D. Danko, para pengarang buku terlaris The
Millionaire Next Door, mencerapkan bahawa mengangkut baldi besar tidaklah
sama dengan mencipta kekayaan. Para pengarang itu memperolehi keputusan
ini dengan meninjau orang yang hidup dalam kawasan perumahan mewah,
dengan andaian mereka iaitu orang yang memandu kereta mewah dan tinggal
dalam rumah yang mahal adalah kaya.

EH EH! – andaian yang salah! Stanley dan Danko mendapati kesimpulan yang
mengejutkan mengenai penciptaan kekayaan:

"Kebanyakan orang mempunyai fikiran yang salah tentang kekayaan di


Amerika. Kekayaan tidaklah sama dengan pendapatan. Sekiranya anda
membuat pendapatan yang baik setiap tahun dan membelanjakannya semua
sekali, anda tidak menjadi lebih kaya. Anda hanya hidup cara atasan. Kekayaan
ialah apa yang anda kumpulkan, bukan apa yang anda belanjakan."

"Bagaimana anda menjadi kaya? Di sini, juga, kebanyakan orang adalah salah.
Jarang-jarang adalah kerana tuah atau warisan atau ijazah lanjutan atau bahkan
kepintaran yang membolehkan orang untuk mengumpulkan nasib. Kekayaan
adalah lebih kepada hasil gaya hidup kerja kuat, pemeliharaan, perancangan,
dan yang paling penting disiplin-diri."

Dengan kata lain, baldi-baldi, tak kira berapa besar ia, akan akhirnya menjadi
kering. Pipeline, sebaliknya, adalah tahan-diri. Tetapi pipeline perlukan
pengorbanan. Pipeline tidak terbina sendiri. Anda terpaksa ambil masa dan
berusaha untuk membinanya.

Akhirnya Semua Baldi Menjadi Kering

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 45

Baldi Lebih Besar Tidak Menyelesaikan Masalah

Setiap orang akan sangat suka menambahkan saiz baldi mereka. Tidak ada
seorangpun akan mengurangkan kenaikan tahunan atau kerja lenih baik dengan
upah yang lebih. Sekiranya mengangkut baldi ialah satu-satunya sumber
pendapatan, maka saya katakan angkutlah bakul yang paling besar yang anda
larat bawa. Itulah yang paling mudah.

Tetapi fakta menunjukkan bahawa mengangkut baldi tidak akan menjadikan


anda bebas kewangan. Mengangkut baldi tidak pernah menjadikan keluarga
anda selamat dan terjamin – tak kira besar mana baldi anda!
Kenapa?
Kerana selama mana anda mengangkut baldi, anda terpaksa mendedahkan dan
melakukan kerja agar mendapat upah. Pada hari anda berhenti mengangkut
baldi, itulah hari yang wang anda akan berhenti masuk!

Ramai pengangkut baldi telah bertukar menjadi "millionaire next door" kepada
"bankruptcy guy next door" kerana abai membina pipeline ketika mereka
mengangkut baldi. Apabila baldinya kering, begitu juga gaya hidup mereka.

"Pipeline adalah lifeline atau tali keselamatan anda," ayah saya pernah berkata.
Adakah anda mula mahu melihat kenapa?

Daya Tuas Masa:


Saluran Paip Orang ramai

Ketika Bruto membaring di atas buaiannya pada suatu petang di hujung minggu., Parlo
terus menggali saluran paipnya. Untuk beberapa bulan pertama, Parlo tidak mempunyai
banyak kesan untuk dilihat pada usahanya. Kerjanya sangat berat – bahkan lebih berat
daripada Bruto kerana Parlo terpaksa bekerja juga pada sebelah petang dan hujung
minggu.

Tetapi Parlo sentiasa ingatkan dirinya bahawa impian-impian esok dibina pada
pengorbanan hari ini. Hari demi hari dia menggali, satu inci satu masa.
-daripada The Parable of the Pipeline

Terdapat ungkapan Appalachian kuno yang mengulas perbezaan antara daya


tuas wang dan daya tuas masa. Ia menjadi seperti ini:

Terdapat dua cara untuk berada di puncak pohon oak gergasi. Anda boleh
duduk di atas acorn dan tunggu. Atau anda boleh memanjatnya.

Apabila orang menuas wang mereka selama berdekad-dekad untuk membina


saluran paip, mereka sebenarnya memilih untuk duduk di atas acorn dan
tunggu. Saya panggil ini sebagai "Pelan Saluran Paip 50-Tahun." Inilah apa yang

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 46

dikatakan kompaun – tunggu dengan sabar sementara wang anda mengganda


lagi dan lagi selama bertahun-tahun.

Tidak ada persoalan tentang berjayanya Pelan Saluran Paip 50-Tahun. Masih
ingat bagaimana saluran paip Margaret O'Donnell menukarkan dia daripada
seorang guru yang bergaji rendah kepada multi-jutawan?!!

Sama seperti Margaret O'Donnell, saya juga sangat percayakan pembinaan


saluran paip jangka-panjang. Selama bertahun-tahun, saya telah menuaskan
sebahagian pendapatan saya untuk membina "Saluran Paip Palm Beach" ke
dalam segalanya daripada dana pencen…ke akaun pasaran saham…ke IRA…ke
real estate. Ia dipanggil kepelbagaian. Ia juga dipanggil membina lifeline.

Pelan Saluran Paip 50-Tahun

CD & Bil-T Sekuriti Sosial


Dana Pencen 401(k)
Saham & Bond IRA
Rumah Anda Real Estate

Tetapi saya juga amat mempercayai memanjat pohon aok!


Saya panggil memanjat pohon oak sebagai "Pelan Saluran Paip 5-Tahun". Ia
menghasilkan matlamat yang sama seperti Pelan Saluran Paip 50-Tahun –
kekebabasan dan jaminan kewangan. Namun ia cuma perlukan masa 10%!

Itu sebabnya saya telah menghabiskan masa, wang dan usaha dalam membina
beberapa bisnes yang cepat-tumbuh. Daripada terpaksa menunggu 50 tahun
untuk berada di puncak pohon, saya boleh membina satu bisnes yang membawa
saya ke sana dalam dua atau lima tahun.

Pelan Saluran Paip 5-Tahun

Masa Meratakan Padang

Indahnya daya tuas masa ialah bahawa kita dianugerahkan jumlah masa yang
sama. Ianya bermakna masa menyamakan padang permainan antara orang kaya
dengan orang berpendapatan biasa. Samada anda adalah Donald Trump (The
Apprentice)…atau Donald pemandu dump truck…setiap orang telah
dianugerahkan jumlah masa yang sama setiap hari.

Itu pasal saya memanggil daya tuas masa adalah "Saluran Paip Orangramai".
Masa boleh didapati dalam jumlah yang sama pada setiap orang, samada
mereka itu orang kaya atau miskin…lelaki atau wanita…orang hitam atau
putih…orang berkelulusan kolej atau kena buang kolej…muda atau tua. Anda
tidak boleh berkata begitu pada wang, sekarang bolehkah anda?

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 47

Fikirkanlah begini. Alangkah seronoknya jika anda dan semua orang boleh
memulakan hari dengan $1,440 setiap hari ke dalam akaun bank anda? Wang itu
menjadi milik anda dan hanya anda dan tidak ada orang yang mengarahkan
anda untuk melakukan itu-ini dengannya. Anda boleh membelanjakannya
…melaburkannya… menghamburkannya… berjoli dengannya… memberi saja…
menuaskannya… atau membazirkannya, kerana anda tahu yang keesokan
paginya anda bangun dengan wang baru $1,440 di dalam akaun anda. Jika setiap
orang memulakan harinya dengan $1,440, alangkah baiknya, dunia yang lebih
adil, bukankah begitu?

Seperti yang kita sedar, itu bukan halnya. Apabila berkaitan dengan soal wang,
hidup sentiasa tidak adil. Setengah orang dilahirkan makan dengan sudu perak.
Setengah orang dengan susu plastik. Setengah orang tidak ada apa-apa kecuali
menghisap ibu jarinya sahaja. Adilkah? Mungkin tidak. Tetapi seperti lagu yang
mengatakan "That's Life".

Kita semua tidak memulakan setiap hari dengan $1,440 dalam akaun bank kita –
itulah yang pastinya. Berbeza pula dengan masa. Kita semua memulakan hidup
kita setiap hari dengan modal yang sama iaitu 1,440 minit dalam akaun kita (24
jam x 60 minit).

Oleh kerana kita mempunyai jumlah masa yang sama, perbezaan antara orang
yang hidup bergantung kepada slip gaji ke slip gaji dan orang yang bebas
kewangan ialah bagaimana mereka menggunakan pembahagian harian mereka
yang berjumlah 1,440 minit itu.

Akaun Masa Peribadi

Anda Memiliki Lebih Masa Berbanding Yang Anda Fikir

Setengah orang meninggalkan membina saluran paip mereka kerana "sekarang


ini adalah masa yang tidak baik bagi saya". Cuba teka – masa sekarang ialah
masa yang tidak baik pada setiap orang! Kita semua tertekan. Kita semua sibuk.
Kita semua dalam kesusahan dan berhadapan dengan kecemasan yang tak
dijangka. Ada ungkapan untuk semua masa tidak baik ini.

Itulah rencah kehidupan!

Setengah orang membazirkan hidup mereka dengan menanti "masa sempurna"


untuk melakukan x, y, atau z. Ya, mereka semua sudah mati kerana menunggu,
kerana masa sempurna itu tidak pernah ada. Jika ada seseorang memberitahu
anda dia akan memberi anda $1 juta jika anda duduk di suatu penjuru dan
mengait selama dua jam setiap hari selama setahun, anda pasti akan mencari
masa tersebut untuk mengait, bukankah begitu?

Tidak kira samada anak anda patah lengan di taman permainan atau kereta
tidak hidup selepas kerja. Daripada kehilangan $1 juta, anda pasti akan mencari
masa dua jam untuk mengait, samada ada masa sempurna atau tidak ada masa

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 48

sempurna. Humoris Art Buchwald mengatakan begini: "Samada ini adalah masa
terbaik atau masa terburuk, cuma inilah masa yang kita ada".

Malangnya, kebanyakan orang mengambil mudah soal masa, terutamanya masa


yang sedikit. Kita telah dilazimi untuk menyukat masa dalam unit hari dan
minggu dan tahun, berbanding dalam unit minit atau jam. Kita bekerja 9 hingga
5, Isnin ke Jumaat. Kita merancang kehidupan kita berdasarkan kalendar
bulanan. Kita meraikan hari jadi dan ulangtahun kita setahun sekali.

Tetapi perkara yang menakjubkan berkenaan masa ialah bagaimana beberapa


minit di sini dan di sana setiap hari boleh dijumlahkan menjadi sepotong masa
yang besar! Misalnya, adakah anda tahu berapa lama jumlah masa orang biasa
menghabiskan masa makan sepanjang hidupnya? Adakah anda agak setahun?
Dua tahun? Jawapannya ialah enam tahun! Tidakkah menakjubkan? Di sini ada
beberapa tugasan harian lain yang dijumlahkan menjadi blok masa yang besar:

Jumlah Masa Yang Kita Habiskan ke Atas Kerja Kecil Semasa Hidup Kita

6 tahun makan
5 tahun menunggu dalam barisan
4 tahun membersih rumah
3 tahun menyediakan hidangan
2 tahun cuba memanggil balik telefon
1 tahun mencari barang salah letak
8 bulan membuka surat sampah
6 bulan berdiri di lampu merah

dengan kiraan saya, ia hampir 22 tahun daripada hidup anda! Ia telah


membuktikan bahawa 15 minit di sini…setengah jam di sana…dua jam di sana…
boleh dijumlah menjadi satu blok masa yang besar!

Beberapa Jam Boleh Ditukar Menjadi Beberapa Bulan

Cuba fikirkan sebentar apa yang boleh kita selesaikan dalam kehidupan kita jika
kita menggunakan beberapa jam setiap petang dan di hujung minggu untuk
melakukan sesuatu yang bermanfaat, seperti membina saluran paip. Jika anda
mengetepikan dua jam setiap hari kerja – katakan satu di sebelah pagi sebelum
kerja dan satu di sebelah petang – dan tiga jam lagi pada masing-masing Sabtu
dan Ahad, anda boleh menjumlahkan 16 jam ke atas masa produktif seminggu
dalam jadual anda!

Enam belas jam seminggu selama 50 minggu setahun menjadi 800 jam lebihan
setahun… yang dikira hingga 100 hari 8-jam … atau tiga bulan 10 hari lebihan
hari kerja 8-jam setiap tahun. Dan semua itu yang perlu dibuat ialah
mengetepikan beberapa jam sehari untuk mendapat lebihan bulan bagi masa
produktif setiap tahun. Menakjubkan, bukan?

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 49

Masa Percuma Produktif

Masa itu Wang

Sekarang, saya akan menjemput anda memasuki ke satu rahsia kecil –


menggunakan masa kosong secara produktif adalah satu daripada kunci kepada
kenapa orang yang berjaya mempunyai lebih, melakukan lebih dan mendapat
lebih dalam hidup mereka! Adakah anda fikir Bill gates pulang ke rumah pada
pukul 5:00 petang setiap hari dan menonton TV tujuh jam sehari sebagaimana
purata orang lelaki Amerika lakukan?

Saya tak fikir begitu…


Satu artikel lepas dalam Wall Street Journal menyatakan bahawa 10% orang
yang berpendapatan teratas di Amerika Utara bekerja secara purata 52 jam
seminggu, manakala 10% orang yang berpendapatan terkebawah bekerja hanya
45 jam seminggu.

10% orang berpendapatan teratas bukan sahaja bekerja lebih panjang – mereka
bekerja lebih bijak! Dengan kata lain, mereka tidak berdagang masa mereka
untuk wang. Anda tidak bersiar-siar ke pasaraya dan terlihat Micheal Jordan
berada di balik kaunter penjual kupon loteri pelanggan dan bergelen-gelen bir.
Orang yang berjaya dalam setiap baris kerja menilai masa mereka, dan mereka
mencari setiap peluang untuk menuas masa mereka!

Tidak Membazir, Tidak Mahu!

Orang selalunya bertanyakan saya kenapa mereka perlu mengambil masa dan
usaha untuk membina saluran paip apabila semua perkara adalah baik buat
masa sekarang. Mereka kata mereka patut berehat selepas bekerja keras
sepanjang hari di pejabat. Mereka mengganjari diri mereka dengan bersandar
dalam penyandar La-Z-Boy dan menonton TV sehingga waktu tidur.

"Hidup memang senang", mereka memberitahu saya. "Mendapat kerja bagus.


Dapat beberapa dolar dalam bank. Anak-anak pun baik di sekolah. Tak perlu
buat onar."

Itulah yang terjadi bila saya beritahu mereka bahawa tidak ada masa lebih baik
untuk membina saluran paip berbanding bila semua perkara adalah senang.
Kenapa? Kerana apabila gelombang melanda, ianya sudah terlambat!

Kemudian saya ceritakan mereka jenaka lapuk ini: Seorang lelaki berada di
tingkat ke-30 di atas hotel nan indah Central park di Manhattan. Dia menarik
bidai dan menolak jendela untuk menikmati pemandangan. Tatkala dia
menyondongkan jendela, dia terkejut melihat seorang lelaki terjatuh melintasi
biliknya.

"Bagaimana awak sekarang?" dia bertanyakan lelaki terjatuh itu.


"Baik - setakat ni," balasnya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 50

Maksudnya ialah bahawa terdapat banyak pengangkut baldi di dunia ini yang
merasai senang – setakat ini. Tetapi mereka tidak terbang-bebas selama-lamanya.
Selama orang berdagang masa demi wang, tidak ada jaring keselamatan dalam
hidup mereka. Kenapa? Kerana mereka tidak boleh melakukan kerja setiap masa
disebabkan sakit… atau cedera… atau diberhentikan kerja, slip gaji mereka akan
berhenti.

Bagi pengangkut baldi, tak ada slip gaji bermakna tiada jaminan!

Jaminan Kewangan

Tiada slip gaji = Tiada Jaminan

Cerita Dongeng Semut dan Belalang

Semasa saya menulis ini, keyakinan pengguna adalah tinggi. Pengangangguran


adalah rendah. Pendapatan meningkat. Jualan rumah adalah tinggi dalam rekod.
Jualan kereta juga melonjak. Ramai orang adalah bagus – setakat ini.

Tetapi kita tidak boleh terjatuh ke dalam perangkap kesilapan "setakat ini"
untuk "selama-lamanya." Semua orang tahu bahawa hidup ini bergerak dalam
putaran. Begitu juga dalam ekonomi. Sekarang ini, putaran bisnes hampir berada
di titik puncaknya. Putaran hidup peribadi anda mungkin juga sentiasa tinggi di
atas.

Tetapi apa yang naik pasti akan turun. Dan apabila orang mula menurun,
kebanyakan mereka mengalami realiti kesukaran hidup. Pemberhentian kerja.
Pertukaran kerjaya. Hutang kad kredit. Kecemasan perubatan. Perawatan di
rumah bagi ibu bapa yang tua.

Orang yang bijak memahami bahawa masa yang paling baik untuk membuat
sarang mereka ialah ketika bisnes sedang melonjak. Orang bijak menaikkan
jaring keselamatan sebelum penurunan bermula, bukannya semasa ia turun! Itu
sebabnya saya beritahu orang bahawa hari ini adalah masa terbaik untuk
membina pipeline mereka, bukan bila ekonomi terkena gelinciran.

Ia seperti cerita dongeng semut dan belalang. Semut ialah pembina pipeline. Dia
menghabiskan sebahagian hari musim panasnya menyimpan butiran untuk
musim sejuk akan datang. Dia juga menikmati musim panas. Tetapi dia
mempunyai kebijaksanaan untuk menghabiskan kebanyakan masanya membina
pipeline beliau.

Belalang, sebaliknya, adalah pengangkut baldi. Dia menghabiskan semua


wangnya sebaik sahaja dia mendapatnya dan membazirkan semua masanya
bermain di bawah sinaran matahari. Dia mengabaikan musim sejuk yang
mendatang. Bila musim sejuk tiba, dia tidak ada pipeline di tempatnya. Dan dia
mati kebuluran.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 51

Bayar saya sekarang… atau bayar saya terkemudian!

Adakah anda pernah ingat satu moto iklan yang terkenal, "Pay me now… or pay
me later?" perkara yang sama terjadi untuk membina pipeline. Anda boleh
"bayar sedikit sekarang" dengan melabur beberapa masa dan wang anda untuk
membina pipelie anda sekarang… atau anda boleh "bayar banyak kemudian"
dengan bergelut untuk hidup di atas slip Jaminan Sosial yang kecil apabila anda
berada dalam usia 60-an dan 70-an.

Hanya fikir – jika pipeline anda berada di tempatnya, daripada terpaksa


membayar kemudian… anda akan mendapat bayaran kemudian!
Konsep apa ni?

Ingat – masa adalah padang yang samarata!

Kita semua tidak mempunyai jumlah wang yang sama untuk menuas.
Tetapi kita semua mempunyai jumlah masa yang sama!
Dengan menuas beberapa masa lapang anda dengan bijak, anda boleh membina
pipeline yang akan berterusan membayarkan anda selama berahun-tahun.

Kita bertuah kerana hidup dalam zaman di mana secara mayanya, setiap orang
boleh menuas masa mereka untuk membina pipeline.Ia sentiasa tidak menjadi
hal.

Pada penghujung abad ke-20, hanya orang sangat kaya yang boleh menuas masa
mereka. Dalam tahun1890, majoriti besarorang bekerja 10 jam sehari sebagai
buruh. Mereka terlalu sibuk cuba untuk hidup berfikir mengenai daya tuas.

Tetapi hari ini lebih ramai orang memiliki masa luang sebelum sejarah. Dan
masa adalah penyamaan yang hebat! Masa membolehkan budak lelaki kecil
untuk berlawan dengan budak besar. Orang kaya tidak memperolehi 48 jam
sehari ketika orang miskin mendapat 12. Mereka keduanya memperolehi jumlah
masa – 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.

Alat Penuas Masa terhebat dalam Sejarah

Hari ini, pipeline tidak lagi wilayah orang-orang kaya. Sesiapa pun dengan
sedikit wang…dan dengan pemandu yang banyak… boleh menuas masa mereka
untuk membina "pipeline orang ramai" dalam dua atau lima tahun yang akan
mengalir bertahun-tahun – malahan berdekad-dekad!

Bahkan, kita mempunyai hak di hujung jari kita yang merupakan alat menuas-
masa dalam sejarah dunia! Alat penuas-masa ini telah mencipta lebih jutawan
dalam masa yang kurang berbanding dengan sebarang satu penemuan baru
dalam sejarah.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 52

Saya memanggil alatan hebat ini "e-pipeline" dan ianya peralatan mutakhir
untuk daya tuas masa. Anda mungkin tahu e-pipeline dengan nama lain – satu
nama yang memancar melintasi tajuk utama akhbar dan skrin TV 24 jam sehari.

Apa namanya?
Internet?
Ya! Alat Penuas Masa yang terhebat dalam sejarah.
[untuk mengetahui bagaimana salah satu cara internet bekerja menuaskan masa
silalah mengunjungi laman web ini http://www.sgwang.com.

Meletakkan jawatan dari kerjanya


Akhirnya, hari penting bagi Perl pun tiba – bayaran cek e-pipeline bulanannya
telah mencecah sama dengan gaji bulanan di Cistern! Isterinya membuat salinan
fotostat warna ke atas cek dari Cistern dan cek dari e-bisnes barunya, kemudian
meletakkan kedua-duanya ke dalam bingkai gambar sebelah-menyebelah.
Rakan-rakan kongsi pipeline barunya bertepuk tangan sambil bersorak ketika
dia memegang cek-cek berbingkai itu. Kamera-kamera memancarkan kilat. Dan
mata Perl berkilau dengan riang.

Satu hari di masa depan

Perl hanyalah seorang pekerja di Cistern yang tidak pernah digertak oleh
bosnya. Disebabkan oleh Pipeline Mutakhirnya, Perl kini bebas! Pengetahuannya
itu menjadikan diri Perl keyakinan. Perl mengendalikan sikap panas baran
bosnya dengan tenang. Perl menegakkan bahunya dan tengok tepat pada butir
mata bosnya ketika dia terjerit-jerit kemarahan.

"Tak perlu terjerit-jerit macam tu," Perl berkata dengan tenang. "Saya ada berdiri
kat sini, di depan tuan. Tidakkah tuan setuju bahawa lebih berkesan jika kita
berbincang perkara ini dengan tenang?"

Rakan sekerja Perl mula memanggilnya "Penjinak Singa" kerana cara dia
mengendalikan bosnya. Tetapi Perl faham bahawa dia bukan menjinakkan
bosnya. Perl hanya boleh menentangnya kerana dia tidak lagi mempunyai kuasa
untuk mengawal hidup Perl.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 53

Satu petang Perl duduk di pejabat-rumah dan menulis surat berikut:

Mr. Bos:

Saya menulis surat ini untuk memberitahu bahawa berkuat kuasa hari ini, saya
meletakkan jawatan di Cistern International.

Saya sudah menikmati masa saya di Cistern, tetapi saya saya sedih untuk memberitahu
tuan bahawa syarikat tidak perlukan lagi khidmat saya.

Yang Bebas,
"Perl Pipeline"

Perl merasai satu terpaan kebebasan ketika dia melipatkan surat peletakan
jawatannya dan memasukkannya ke dalam sampul. Dia melihat ke arah depan
dengan harapan dan optimis. Perl faham bahawa dia tercapai impian dengan
pipeline internet hanyalah peringkat pertama bagi suatu impian yang lebih
besar.

Bahkan, Perl telah merancang untuk mencapai jauh melebihi dinding Industri
Cistern.

Perl merancang untuk membina pipeline internet ke seluruh Amerika Utara –


akhirnya, ke seluruh dunia.

==============

Selanjutnya ikutilah bagaimana saranan Azizi dan Clason dalam cara


menguruskan wang mereka secara umumnya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 54

STRATEGI PALING BERKUASA

1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu (saving/simpan)


Salah satu ajaran orang kaya Babylon (The Richest Man in Babylon) karya
George Clason ialah Pay Yourself First. Tidak ada orang yang paling berhak
memiliki wang hasil titik peluh anda, melainkan diri anda sendiri. Bukan untuk
bank, bukan telekom, bukan TNB, bukan kerajaan (cukai), bukan kawan, bukan
saudara, bukan ibu bapa dan bukan untuk belanja harian.

Jadi ambillah untuk diri anda sendiri terlebih dulu, dengan menyimpannya di
tempat lebih selamat dan terjamin misalnya bank kerajaan (akaun Wadiah BSN)
atau Tabung haji. [Simpan di dalam bank bukan untuk bayar balik pinjaman,
tetapi sebagai saving pada diri sendiri]

2. Berapa banyak?
10% dari jumlah gaji anda. Sekiranya gaji anda RM1500, jadi simpan (saving) di
dalam bank sebanyak RM150 sebulan- wajib. Selebihnya untuk belanja lain.
Berapa lama? Sehingga umur anda pencen ataupun sehingga duit anda mampu
bekerja untuk anda samada anda pergi bekerja atau tidak [akan dibincang
kemudian].

3. Bagaimana cara paling berkesan?


Buat potongan (10%) ini sebelum wang gaji masuk tangan atau sebelum anda
pegang atau sebelum masuk poket anda. Jika tidak, wang itu tidak akan sempat
disimpan atau diselamatkan lagi, kecuali anda sangat tegas dan berdisiplin
terhadap nafsu anda. [Tapi berapa ramai yang boleh kawal nafsu? Tentu tak
lebih dari 1%]. Oleh itu, buat potongan tadi secara automatik.

Wang ini seumpama kapalterbang [Azizi], ia datang dan transit pada anda,
kemudian dia akan pergi ke destinasi lain pula. Jadi sebelum anda menjadi
tempat transit wang. Lebih baik anda terlebih dahulu memberi arahan supaya
10% tadi agar jangan transit pada anda. Biarlah dia duduk dalam tempat saving
diam-diam.

Langkah-langkah;
Langkah pertama, buat arahan bank gaji supaya memindahkan ke tempat
simpanan yang selamat dan dijamin oleh kerajaan, misalnya Tabung Haji atau
BSN Wadiah. Pasal ia lebih sukar untuk ditunai, anda terpaksa bawa buku
akaun, cop cari, bawa IC dan banyak prosedur lagi. Kedua-dua tempat ini tiada
kad ATM. Jadi kebarangkalian untuk menunai segera adalah sedikit. Lagipun
kedua-dua tempat dijamin oleh kerajaan, berbanding dengan bank swasta. Sekali
lagi 10% ini bukan untuk melabur, ia semata-mata wang saving. Inilah hak anda
yang sebenar – Pay Yourself First. Ingat! 10%.

Langkah kedua, apabila jumlah saving ini jadi setara dengan 3 atau 6 bulan gaji
misalnya, RM6000 atau RM10,000 [sila semak tempat saving selepas 3 tahun].
Jumlah wang dalam akaun saving ialah RM150x40 bulan= RM6000.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 55

Maka pecahkan dua kategori. Satu dipanggil wang rezab dan satu lagi dipanggil
wang baki rezab.

Wang Rezab & Wang Baki Rezab


Wang rezab “wajib” dikekalkan RM6000 sampai ke mati. Jangan diusik-usik
lagi- Ini wang REZAB. Guna hanya masa kecemasan atau darurat. Misalnya
untuk baiki kereta, baiki atap bocor, peti sejuk rosak, rawatan kemalangan atau
bencana. Kod: kecemasan dan segera! Bukan untuk bayar hutang, bayar
pinjaman, beri hutang, bayar yuran anak, renovate rumah, modify kereta dan
seumpamanya. Kemudian ganti balik segera selepas digunakan, melalui wang
baki rezab [rujuk baki rezab].

Baki Rezab:
Lebihan wang rezab atau wang baki rezab.
Oleh kerana anda saving 10% setiap bulan, jadi saving akan bertambah bulan
demi bulan. Bila baki rezab dah cukup RM2000 atau lebih [maksudnya ada pada
saving RM8000], ia [RM2000 atau lebih tadi] bolehlah digunakan untuk melabur
ke dalam instrumen pelaburan [akan dibincang kelak] dan keperluan lain yang
terdesak. Bukan untuk belanja harian, bukan utk bayar hutang, beri hutang
[kalau terpaksa mesti minta cagaran; cincin ke, rantai ke!]. Simpan…simpan…
simpan 10% sampai pencen atau sehingga wang yang bekerja mengeluarkan
hasil.

4. Derma 10%: Perkara ini sangat dititik-beratkan oleh semua orang kaya raya
yang benar, malah Kiyosaki dan ayah kayanya, Clason (Richest Man in Babylon),
Anthony Robbins dll. Bagi mereka, wang datang dari masyarakat, maka kita
kena pulangkan kepada mereka juga. Inilah pandangan orang bukan Islam
tentang kehebatan wang. Sebenarnya kita orang Islam sudah diajar awal-awal
lagi tentang zakat wajib dan derma. Tak rugi anda menderma walaupun anda
bergaji sekecil RM350.00 sebulan. Keberkatan hasil murah hati dan mahu
berkongsi rahmat, maka rahmat yang lebih besar akan turun. Orang putih sangat
mempercayai blessing. Kenapa kita orang Islam hilang perkataan ini dalam
kamus kita. Sepatutnya kitalah yang pertama-tama sekali beramal dengannya.

4. Bila nak mula?


Sekarang. Jika sudah petang, besok pagi pergilah ke bank gaji anda awal-awal.
Jika tidak, anda akan bertangguh-tangguh. Kerja bertangguh semuanya tak jadi.
Pasal ketika berkobar-kobar inilah semangat anda mampu melakukannya. Jika
dah besok atau lusa. Semangat akan pudar, dan akhirnya tak jadi. Hari berganti
hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Sehinggalah anda baca ebook
ini semula. Baru timbul balik semangat itu. Oleh itu, lakukan hari ini juga.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 56

RINGKASAN WANG GAJI

ITEM MASUK KELUAR SIFAT ALIRAN


(RM) (RM)
Tetap masuk setiap bulan.
GAJI 1500.00 Boleh jadi habis atau
simpan
10% -saving Tetap masuk & menokok
(pay yourself first) 150.00 setiap bulan. [jadikan rezab
& baki rezab]
10% derma 150.00 Tetap keluar tapi masuk
berkat & rahmat setiap
bulan.
80% (termasuk sewa, Tetap keluar & habis setiap
hutang bank, bil, duit 1200.00 bulan.
dapur, pengasuh, belanja
sendiri, keluarga, derma,
ibu bapa, misc)

Jadi buatlah simpanan walaupun gaji anda hanya RM500 sebulan. Percayalah
simpanan anda 10% iaitu RM50 adalah suatu yang besar kelak. Sila baca lagi
saranan seterusnya dalam instrumen pelaburan.

INSURAN & TAKAFUL.

Apa itu insuran?


Apabila masuk insuran bukan bermakna mahukan bencana tapi beringat untuk
mengurangkan risiko. Pihak Insuran selalunya membayar pampasan, tapi
sebaliknya pencarum yang biasanya tak bayar caruman.

Hukum penting insuran;

1. Jadikan insuran hanya sebagai alat untuk lindungi perkara buruk / risiko agar
kita dapat tumpukan yang selebihnya untuk membina kehidupan.
2. Lindungi bisnes besar. Ia digunakan untuk melindungi risiko kerugian besar
yang mungkin terjadi misalnya kereta, rumah, gudang dan sebagainya.
3. Ia bukan instrumen pelaburan/ simpanan/ buat wang.
Caruman insuran biasanya dibahagi dua; satu untuk tabung sendiri dan satu lagi
untuk tabung pampasan. Komposisi caruman berbeza mengikut tahun. Tahun 1
hingga 3 mungkin bahagian tabungan anda kecil, manakala dana pampasan
banyak. Oleh itu, simpanan dalam insuran anda jadi kecil sahaja pada tahun-
tahun awal. Jadi jumlah simpanan anda adalah sangat sedikit, maka bonus
tahunan yang diberi juga sedikit. Jika anda berhenti pada tahun ke-3, anda
hanya dibayar balik sekitar 30% sahaja daripada jumlah caruman anda yang
selama 3 tahun itu. 70% lagi sudah jadi dana pampasan. Oleh kerana anda tak
pernah terkena bencana, maka tiada tuntutan dibuat. Oleh 70% wang caruman
anda sudah hangus. Kalau anda carum RM200 sebulan, maka RM200x36 bulan =

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 57

RM7,200. 70% ialah hangus, maka tabungan tinggal 30% iaitu RM2160 daripada
RM7200. Ianya memang teruk sebagai instrumen pelaburan.

Jadi anda tak perlu labur banyak wang dalam insuran atau takaful. Bayar yang
paling minimum, jika RM25 sebulan, maka bayar RM25, jika ada yang RM10, sila
bayar insuran RM10 sebulan. Ingat! Bayar paling minimun. Anda tak akan
dapat wang pulangan yang banyak dengan melabur dalam insurans. Bonus
sekitar 3-4% sahaja. Cari instrumen lain untuk melabur.

Jumlah pampasan diberi ikut jadual pula sama, samada anda mencarum RM10
atau RM150, tiada bezanya. Jika pampasan RM40,000, maka kedua-dua jenis
pencarum, samada anda carum RM10 atau RM150, akan memperolehi wang
pampasan yang sama. Jadi buat apa caruman lebih-lebih? Carumlah paling
minimum. Wang RM10 sebulan amat besar nilainya untuk anda melabur ke
tempat yang memberi bonus yang lebih besar, misalnya 47% dalam saham
amanah berbanding 3% sahaja dalam insurans. Amat jauh bezanya, langit
dengan bumi, jika anda kenal kuasa kompaun [rujuk jadual saham amanah].

4. Jangan bayar lebih RM50 untuk insuran peribadi atau takaful. Oleh kerana
insurans bukan instrumen yang baik untuk melabur, maka adalah sangat
malang jika anda membayar lebih RM50 sebulan untuk satu-satu insurans atau
takaful.

Jika anda sudah terbayar RM100 sebulan untuk satu insurans, isikan semula
borang untuk mengubah jumlah caruman bulanan. RM25 sebulan sudah cukup
besar untuk insurans. Jadi bakinya RM75, anda boleh buat banyak projek
pelaburan lain [guna instrumen pelaburan].

URUS HUTANG

Hutang itu jerat yang melilit anda. Sekali anda berhutang satu belenggu akan
melilit batang tengkuk anda. Dua kali anda berhutang, dua belenggu akan
melilit batang tengkuk anda. Jika anda sudah berhutang 5 tempat, sebenarnya
anda sudah semput nafas kerana belitan semakin kukuh dan ketat. Akhirnya
anda akan diheret oleh wang. Anda akan ikut kata wang. Dia kata pada anda
“Buat kerja!” Anda pun buat. Dia kata “Tambah masa kerja! Duit tak cukup”.
Anda pun buat overtime. “Ambil duit suap”, anda kata apa salahnya, sekali jer.
“Buat hutang lagi”, anda tambah hutang. “Pergi melacur, aku bagi RM50”,
manusia pun sanggup, 10 minit tamatlah. “Pergi bunuh orang, aku bagi
RM2000”, gangster sanggup, pasal tak cukup duit. Pendakyah kata, “Tukar
agama, kami bagi RM5000!”, maka si muslim yang daif pun sanggup tukar
agama. Itulah kesudahannya dan akibat dijerut oleh hutang dan dipermainkan
oleh wang.

Sungguhpun begitu, malah semua orang tahu akibat itu. Tapi hampir 95% orang
tetap akan berhutang, 80% pula gemar berhutang terutama bila berkenan
sesuatu barang, tak kira samada bujet cukup atau tidak. Dan 70% akan
mengulangi hutang.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 58

Manusia seolah-olah tidak boleh mengelak dari berhutang lagi, samada yang
miskin mahupun yang kaya. Oleh itu, di sini diturunkan cara untuk
menguruskan hutang. Maknanya anda boleh berhutang tapi mesti celik
kewangan.

Had hutang

Jika anda terpaksa berhutang, maka berhutanglah tapi mesti ada hadnya. Tak
kira berapa gaji anda, had maksimum hutang adalah 20% sahaja daripada
jumlah gaji anda. Ini bermakna jika gaji anda RM1500 sebulan. Had maksimum
hutang ialah RM300 sebulan. Ini juga bermakna anda tak boleh membuat
pinjaman untuk beli kereta baru, Wira RM660 sebulan, Kancil RM330 sebulan.
Jadi pakailah motor dulu. Jangan ikut orang ramai, kerana pendapat majoriti
adalah silap dalam soal wang. Jangan terburu-buru, orang yang celik kewangan
mesti ada disiplin kewangan. RM600 sebulan untuk bayar pinjaman adalah besar
bagi anda yang bergaji RM1500.
Jadi kalau macam tu, tak pakai keretalah saya!

Nanti dulu. Buka minda sikit. Celiklah wang! Dalam ilmu kewangan, untuk
membeli barangan mahal seperti kereta atau rumah. Anda perlu pelan yang
bijak juga. Misalnya, anda kena tahu buat duit [guna instrumen pelaburan].
Gunakan keuntungan pelaburan untuk membeli kereta atau rumah. Untuk
membeli kereta, saya syorkan guna instrumen yang berjangka pendek, misalnya
tanaman herba boleh dituai dalam masa yang singkat antara 6 bulan hingga 4
tahun. Untuk beli rumah, cari instrumen jangka panjang. Insya-Allah dalam
masa 10 tahun anda mampu beli rumah besar tanpa pinjaman bank.

Jika yang dah rasa terjerut oleh hutang kerana terpaksa bayar RM770 + RM880
=RM1650 sebulan untuk bayaran balik bank. Maka anda kena tahu instrumen
pelaburan yang sesuai untuk melunaskan hutang bank anda dengan segera atau
sekurang-kurangnya dapat mengecilkan jumlah bayaran bulanan. Samada
menggunakan instrumen jangka pendek atau jangka panjang.

Terdapat beberapa cara untuk bayar balik hutang rumah dan kereta:
1.Bayar lebih sedikit dari kadar.
Ini banyak diamalkan oleh orang-orang yang celik kewangan misalnya, Azizi.
Bank akan mengkategorikan wang bayaran kepada dua saluran, iaitu bayar
pokok dan bayar bunga. Pada tahun-tahun awal. Wang anda banyak disalurkan
ke saluran bunga. Ini bermakna sebahagian besar wang yang anda bayar pada 3
tahun pertama ialah untuk membayar bunga dahulu, sedikit sahaja untuk
saluran pokok. Jadi setiap bulan anda boleh dikatakan membayar “bunga
semata-mata”. Maka saluran pokok macam tak bergerak. Jadi untuk
membanyakkan bayaran pokok, maka disyorkan bayarlah lebih sikit dari kadar
bulanan biasa.

Misalnya, bayaran bulanan anda ialah RM450 maka bayarlah RM500, kerana
RM50 yang lebih itu, disalurkan ke bayaran pokok. Maka pokok anda lebih cepat
penuh dan akhirnya pokok hutang anda mudah jadi sedikit. Maka interest ke
atas pokok jadi semakin kecil.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 59

2. Bayar setiap minggu, bukan bulanan kerana ada 56 minggu dalam setahun. 12
x 400=4800, tapi 56x100= 5600. jadi anda “terlebih bayar” RM800. Bukan terlebih
tapi itulah bayaran pokok hutang. Jadi bayaran pokok mudah cepat habis, maka
interest juga kecil. Maka akhirnya jumlah pinjaman anda yang kena bayar balik
menjadi kecil. Anda juga akan jimat berbelas-belas ribu.
3. Bayar lump sum. Jika ada wang lain yang datang sekaligus, misalnya dapat
untung besar dalam pelaburan, anda boleh bayar lump sum. Ini lagi
menjimatkan. Tak payah tunggu lama dan tunggakan hutang cepat habis.
Bayaran Interest anda jadi semakin kecil. Tapi ini jarang-jarang boleh berlaku,
tapi tak mustahil. Jika anda celik kewangan dan dapat untung besar dalam
instrumen pelaburan nanti.
4. Kombinasi 123- Inilah cara paling baik. Dan ia memang diamalkan oleh
kebayakan orang yang celik kewangan. Wang bayaran balik lebih jimat dan
hutang anda lebih cepat selesai. Anda tak perlu risau tentang hutang lagi.

JADIKAN DUIT ANDA BEKERJA: PELABURAN [Kamaruddin]

Satu-satunya cara yang diketahui untuk memperolehi wang ialah dengan


bekerja. Betulkah begitu? 99% akan jawab ya. Tapi orang kaya yang pintar
menjawab “Tak semestinya bahkan kami tidak perlu bekerjapun tapi
menghasilkan wang berjuta-juta. Kami tak guna tenaga fizikal, kami guna kuasa
akal”. Akal dicipta oleh Allah lebih mulia dan lebih berkesan dari anggota
fizikal. Manusia tanpa akal tentulah gila. “Kamu guna 1% potensi akal, kami
guna lebih 10% potensi akal. Itu pasal kami lebih kaya dari kamu. Oleh itu,
buatlah pelaburan pertamanya ke atas akal kamu. Perbaharui ilmu setiap masa,
baca buku dan masuk seminar atau kuliah jarak jauh walaupun harga beribu-
ribu.”

Apa pula ruginya sekiranya anda mewarisi fahaman orang kelas menengah atau
orang miskin? Anda akan terus miskin dan bergelut dengan wang walaupun gaji
RM10,000 sebulan. Anda akan sentiasa dipermainkan oleh wang. Suatu masa
terdekat lagi anda akan diperdaya oleh wang. Anda akan jadi hamba wang. Jika
anda tak dapat bekerja atau dibuang kerja anda akan takut kehilangan sumber
pendapatan. Jadi anda akan bertungkus lumus bekerja sekira-kira cukup dengan
keperluan anda. Tapi malangnya wang tak pernah cukup, walaupun anda gaji
RM10,000 sebulan. Percayalah. Inilah yang berlaku kepada hampir semua
eksekutif syarikat mahupun seorang kapten kapalterbang. Cukup bulan wang
mereka pun turut habis. Tiada simpanan. Ini semua gara-gara dipermainkan
oleh wang. Mereka tetap akan jadi hamba wang tanpa disedari. Nikmat hidup di
dunia anda akan hilang. Hidup akan sempit dan sanggup berbuat apa sahaja
demi wang. Walaupun dengan cara yang haram seperti makan riba, makan
rasuah, tukar agama, tinggal solat, melayan jurutender bahkan melacur.
(Melacur pun kena pergi kerja tau!) Selain meningkatkan kecelikan anda dalam
kewangan. Buatlah pelaburan.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 60

Hukum pelaburan:

1. Jangan ambil duit belanja- duit belanja adalah bahagian 90% gaji anda.
Jangan ikat perut semata-mata nak buat pelaburan. Ini kerja orang kurang akal.
Jika tidak, anda nahas. Ini kerana sifat pelaburan ialah risiko. Tidak ada seorang
pemain golf walau sehandal manapun yang tidak pernah kehilangan bolanya.
Begitu juga dalam pemainan saham atau berniaga. Kesemua pemain saham di
mana-mana bursa pernah kehilangan wang lebih dari 50% tempat pelaburannya
(Kiyosaki). Satu-satunya orang yang tak pernah hilang wang saham ialah orang
tidak pernah melabur di bursa saham. Oleh itu jangan sekali-kali menggunakan
wang belanja untuk melabur- CARI NAHAS!
2. Jangan ambil duit rizab- Duit rezab ialah 10% wang gaji tadi yang anda
simpan dalam tabung sehingga setara dengan jumlah 3-6 bulan gaji anda.
Misalnya gaji anda RM2000 sebulan, Duit rizab ialah 3xRM2000 iaitu RM6000.
Yang baki dari RM6000 ini, baru boleh diguna untuk melabur. Jadikan duit anda
bekerja. Ambil duit “baki rezab”.
3. Jangan berhutang- Satu dari kebijakan orang dungu ialah berhutang untuk
melabur. Mereka sudahlah jatuh, kemudian ditimpa tangga malah terpetat tahi
ayam. Maka, 3 kali mereka menjadi malang. Sudahlah duit modal saham hilang,
untung tak dapat, malah terpaksa bayar balik hutang setiap bulan pada bank
atau ceti yang sudah tentu bukannya sedikit. Kalau hutang RM5000, bayaran
bulanan ialah RM230 selama 2 tahun. Kalau tak bayar kena pukul atau dibunuh
atau dimufliskan. Ini betul-betul memikul biawak hidup. Saya sendiri pernah
berpengalaman dengan keluarga orang berhutang. Dia berhutang untuk modal
pusingan niaga atau buat projek. Bila projek siap orang tak bayar, dia terpaksa
menangis mintak simpati pasal kena ugut dek ceti. Memang dahsyat. Beribu-
ribu, mana mau cari?
4. Melabur ikut tahap celik kewangan. Ikut membuta tuli adalah satu formula
untuk rugi besar dalam apa sahaja kerja. Jika sembahyang ikut-ikut orang atau
takat belajar masa kecil-kecil dulu, memang sah tak betul. Anda kena belajar
semula terutama bila umur dah masuk 20-an ini. Sekarang ini baru boleh fahami
betul-betul apa yang diajar. Ilmu mesti diperbaharui setiap masa, begitu juga
dalam soal kewangan. Orang terpaksa belajar hingga ke PhD untuk memahami
selok-belok kewangan yang lebih canggih.

Semakin tinggi anda faham ilmu, semakin besarlah anda dapat untung. Begitu
juga dalam ibadat. Tak sama seorang abid beribadat dengan seorang alim. 1000
rakaat seorang abid masih tak sama dengan 2 rakaat seorang alim. Sementelah
anda tak pernah belajar langsung, sudah tentu anda akan buta kedua-duanya,
baik dalam agama mahupun kewangan.

Kalau tak tahu melabur sendiri, serahkan kepada pengurus dana untuk melabur.
Lakukanlah pelaburan berisiko rendah dulu, misalnya saham amanah. Mengikut
majalah kewangan, pelaburan di saham amanah terutama berasaskan syariah
memberi pulangan antara 27%-93% setahun. Secara puratanya sekitar 45%
setahun dengan rekod 5 tahun. Untuk lebih lanjut ikut bab seterusnya.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 61

INSTRUMEN PELABURAN:

SAHAM AMANAH (UNIT TRUST)

Ia adalah instrumen yang paling sesuai untuk kebanyakan orang. Ini adalah
kerana kebanyakan orang awam tidak memiliki kemahiran kewangan.
Walaupun mereka sudah celik kewangan, tapi pengetahuan yang sedikit belum
lagi mampu bagi mereka untuk masuk gelanggang besar. Oleh itu, berbanding
anda sendiri masuk bursa saham, adalah lebih baik dan lebih bijak jika anda
upah orang yang mahir atau profesional menguruskan wang anda untuk
melabur. Ia dikenali sebagai dana mutual atau saham amanah. Pilihlah yang
sudah mempamerkan rekod yang baik dan konsisten sekurang-kurang 5 tahun.
Ingat, bukan semua pengurus dana cekap. Macam pemain bola juga. Ianya
berkaitan dengan ilmu dan skil yang sangat berkait rapat pula dengan
pengalaman.

Untuk daftar + pelaburan, paling murah ialah sekitar RM500. Tapi


kebanyakannya ialah RM1000. Cubalah yang pendaftarannya RM500, biasanya
pulangan tidak kurang dari 25% setahun. Sekali bank-in, mesti sekurang-
kurangnya RM100. Jadi kumpullah atau saving sebulan RM10, bila dekat akhir
tahun, masukkan RM120 ke bank unit trust berkenaan. Atau jika RM50 sebulan,
masukkan 2 bulan sekali. Pasal ada saham amanah disemak sekali setahun dan
ada yang dua kali setahun.

ANDA CALON JUTAWAN!

Melalui instrumen saham amanah ini, anda mampu menjadi seorang jutawan
suatu hari nanti. Hanya masa yang menentukan. Sila lihat jadual bayaran di
bawah:

Bulanan (RM) peratus Tempoh (tahun) Pulangan (RM)


10 30 30 1.3 juta
10 50 30 69 juta
50 30 30 6.8 juta
50 50 30 345 juta

Lihat jika anda terus simpan di kwsp, saham ASB, ASN. ASG atau Tabung Haji.
10 9 30 17,829
50 9 30 89,145
100 9 30 178,290
500 9 30 891,451

Jika anda simpan di bank, duit tak berkembang mana, lagi teruk jika simpan di
insurans kerana dana tabungan anda tak penuh dari awal lagi!
100 4 30 69,994
500 4 30 349,970

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 62

Lihatlah betapa beruntungnya anda jika disimpan di dalam saham amanah


berbanding dengan bank. Anda dapat berjuta-juta, walaupun simpan RM10 atau
RM50 sebulan. Berbanding dengan bank, walaupun terpaksa mengikat perut
simpan RM500, tapi masih jauh untuk dapat sejuta. Lagipun setelah 15 tahun
melabur, anda tak perlu lagi menambah RM10 sebulan itu. Pasal masa tu,
samada anda tambah atau tidak pelaburan. Wang anda tetap bekerja tanpa tidur
dan tanpa rehat walaupun anda sedang tidur, ia tidak tidur. Ia bekerja untuk
anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Inilah yang dikatakan
benda keajaiban ke-8. Kuasa bunga gandaan majmuk atau compounding.

Tempat melabur saham amanah sila rujuk jadual atau agen unit trust di bank
masing-masing. Tempat unit amanah syariah yang disyorkan ialah RHB, SBB,
Abrar, HwangDBS, dan banyak lagi yang semuanya berasaskan syariah. Sila
rujuk laporan akhbar ruangan BSKL Unit Amanah atau beli majalah kewangan
di kedai buku.

INGAT, simpanan di bank sebagai duit REZAB ialah RM6000 sahaja dan jangan
usik. Biarkan ia terus bertapa dalam bank seumur hidup anda.
Guna hanya bila KOD: KECEMASAN & SEGERA dan ganti balik segera.

Wang “Baki Rezab” [rujuk istilah] itu, buatlah pelaburan pada instrumen
yang dikatakan tadi.

PERTANIAN

Malaysia kita memang sangat subur dalam bidang pertanian.

Pertama, mesti ada tempat, biasanya tanah. Tanah sendiri, tanah pesaka, tanah
terbiar, tanah sewa, tanah free, tanah teroka bahkan tanah haram. Boleh
dikatakan semua orang melayu ada tanah. Jadi jangan biarkan terbiar. Orang
Cina sudah lama ambil peluang ini, walaupun di atas tanah “haram”.

Kedua, mesti ada modal. Ambil dari baki wang rezab [fahami betul-betul istilah
ini]. Bukan wang rezab! Jangan buat pinjaman, jangan ambil duit 80% gaji.
Hanya wang baki rezab.

Ketiga, mesti ada tenaga kerja dan penyelenggaraan. Upah sanak-saudara atau
orang kampung untuk tanam, baja dan tuai. Upah mereka biasanya tidak lebih
RM350 sebulan atau upah harian RM20. Mereka hanya mahu kerja dan dapat
upah, berapa nak bayar mereka tak berkira sangat. Jadi tenaga kerja lebih mudah
diurus.

Keempat, jenis tanaman.


Saya cadangkan buat tiga kategori, satu jangka panjang, jangka pendek dan
sederhana. Jangka panjang (10 hingga 20 tahun) seperti pohon balak jati emas,
sentang, gaharu, cendana, durian.
Jangka sederhana (4 tahun) seperti limau madu, belimbing madu, pohon kari,
kayu manis, herba.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 63

Jangka pendek (6 –18 bulan) seperti pisang, sayur, lada, batang serai, serai
wangi, herba dsb.

JATI EMAS

Mengikut maklumat jabatan perhutanan, jati emas digunakan untuk tanaman


semula balak yang diambil. Maka timbul idea untuk menanam balak ini di
tempat biasa. Di kebun-kebun dan tanah teroka hutan. Tapi awas, untuk
menebang dan menjual balak perlukan tanah yang bergeran atau lesen. Kecuali
anda nak buat secara koboi. Risiko kena tanggung sendiri.

Harga pasaran sekarang untuk yang berumur 15 tahun, sekitar RM7000. kalau
nak buat pengajian anak, elok tanam masa dia baru lahir. Bila dah umur 18 atau
20 boleh tebang. Mungkin harga RM8,000 sebatang. Kalau seorang perlukan
RM80,000 untuk belanja pengajian, tanam 10 pohon atau lebih. Kalau 3 orang, 30
atau 40 pohon.

Harga sepohon jika ikut iklan ialah RM330 termasuk upah selenggara selama 15
tahun. Kosnya RM330x40 pohon =RM13,200. Jika anda sanggup, boleh melabur,
tapi ada juga risiko - nanti tak tertunai atau kontraktor lari.

Untuk itu, saya cadangkan anda tanam sendiri. Harga anak butir ialah 80 sen
sepohon. Anak tunas 40 sen sepohon. Elok tanam anak butir kerana ada akar
tunjang. Ia lebih tahan apabila disepak angin kuat.

Kosnya ialah 0.8 sen x 40 pohon=RM 36.00 sahaja.


Tak ada siapa yang tak mampu. Ya! Ini satu lagi benda keajaipan dunia. Modal
80 sen boleh jadi RM8000 dalam masa 18 tahun. Nak dapat SEJUTA RM,
tanamlah lebih 120 pohon. Ruang tanah kecil sahaja, iaitu tanam rapat-rapat
kira-kira jarak 10 kaki. 1/4 ekar dah muat 120 pohon. Risiko pun hampir tiada.
Silalah tanam awal ketika anak masih setahun, buat tempahan benih kat nurseri
pokok. Atau pergi ke Jabatan Perhutanan Negeri masing. Kalau di Kelantan,
boleh tempah kat nurseri di Rantau Panjang dan Tumpat.

DURIAN

Tempoh mula berbuah kira-kira 12 tahun. Lebat ketika 20 tahun. Kos modal
RM12 sepohon. Atau percuma jika tanam sendiri. Pilih jenis komersial dan
bermutu. Ini kena tanya FAMA dan MARDI, 20 tahun lagi durian jenis apa yang
harga tinggi di pasaran?

Saya cadangkan jenis Beserah. Harganya lebih RM25 sebiji. Isinya kuning, lunak
dan sangat lazat. Sukar benihnya, kalau adapun mahal. Tapi tak mengapa beli
buahnya, tanam benih sendiri.

Satu musim mungkin boleh mencecah puluhan ribu RM jika ada 30 pohon.
Bandingkan gaji anda setahun pun sekitar RM20,000 sahaja.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 64

PISANG- Tak banyak cerewet, harga makin naik!


Anak pohon pisang berharga sekitar 50 sen sepohon.
Satu tandan, boleh dijual RM10,
kalau 200 pohon, RM2000 sekali tuai. Tahun pertama.

Tapi ianya beranak 3 hingga 5 pohon.


Maka 3x200 = 600 pohon.
600x RM10= RM6000, tahun kedua.

kemudian membiak lagi 3x600=1800 pohon.


1800 pohon x RM10= RM18,000. tahun ketiga.

Pisang boleh dituai dalam masa 12 bulan.


2 ekar sudah cukup untuk 1000 pohon,
cukup untuk RM10,000 setahun.
Dah boleh bayar deposit 2 buah kereta!
Kalau pisang “jelai berangan” harganya 2 kali ganda. RM20,000 setahun!

Saya yang mula-mula tanam kecil-kecilan 30 pohon, dapat untung lebih RM600.
Sekarang ia semakin membiak!
Perhatikan, musuhnya ialah babi dan lembu. Dan juga orang!

BATANG SERAI, DAUN KARI & LADA MERAH- untung sikit, tapi boleh buat
duit.
Jika tanah terbiar, usahakanlah. Jangan biarkan ia terbiar, membazir!
Tanam serai batang banyak-banyak! Seekar atau 2 ekar.
Biar dapat tuai satu atau dua lori.
Ia mudah diurus dan tanya pegawai pertanian selalu untuk lebih sihat.

Kemudian tawarkan kepada Adabi Industries, Allagappa, Ajinomoto, Brahim’s


atau jual terus borong di pasar borong. Lagi untung dan tak kurang 5 ribu
ringgit sekali tuai. Sikit tak apa! Asalkan masuk aliran tunai ke aset.
Ini kalau beli anak lembu, dah dapat 8 ekor. Bela setahun boleh untung lagi.

Kalau anda tinggal kat kampung, belalah lembu, jika kesuntukan wang nak
hantar anak masuk asrama, jual seekor dah selesai masalah. Inilah yang saya
katakan tadi kita mesti celik kewangan.

Jangan amal berhutang! Nak beli sesuatu barang mesti jadikan duit anda bekerja
terlebih dahulu. Kemudian, untung wang bekerja barulah digunakan untuk
membeli sesuatu barang. Jangan anda pula yang bekerja keras. Nanti anda terus-
menerus jadi hamba wang.

LIMAU NIPIS atau DAUN LIMAU PURUT-pasaran tak pernah cukup!

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 65

Hampir semua industri makanan harian perlukan limau nipis. Ada jenis buah
besar dan kecil. Buah besar lebih murah tapi lebih berat timbangan. Kurang kaw!
Buah kecil lebih kuat bau sarinya, itu pasal ia lebih mahal.

Tanah seluas dua ekar.


Harga benih RM3 sepohon
Dapatkan 600 pohon
Modal anak RM1800.
Upah tanam RM600
Mungkin 70% hidup= 420 pohon
Tempoh mula tuai komersial = umur 5 tahun.

Hasil:
Sepohon lebih kurang RM10, dituai 2 atau 3 kali setahun
Sepohon berhasil RM25 setahun.
420x RM25 = RM10,500 setahun.

Kurang risiko dan senang diurus.

HERBA:

Industri herba semakin berkembang. Malaysia mengekspot hasil herba lebih


RM12 juta setahun. Mengikut kenyataan akhbar, Ladang Nasoha Johor.
Syarikatnya mengekspot herba mentah lebih RM2 juta setahun. Satu syarikat di
Kelantan mampu menjual air minuman berherba 300,000 botol sebulan dan akan
berkembang ke Eropah dan Amerika Syarikat. Dan yang terdekat di Brunei,
Sabah dan Sarawak. Dan anda boleh lihat sendiri bagaimana pesatnya
perkembangan kopi tongkat ali dalam pasaran sekarang.

Tanaman herba ada yang berjangka pendek, ada yang sederhana. Mas Cotek,
Ubi Jaga, Misai Kucing, Aji Samad, Kerbau Mengamuk, Kacip Fatimah dan
Tongkat Ali. Paling masyhur Tongkat Ali.

TONGKAT ALI

Tanah seluas 2 ekar.


Boleh ditanam 2000 pohon.
Sepohon harga RM3. maka RM3x2000= RM6000.
Upah tanam RM1, maka 1x2000= RM2000,
Anggaran 70% hidup = 1400 pohon
Upah cabut RM3x1400 = RM4,200.
Kos selenggara sekitar = RM2000.
Rencam = RM1800
Modal lebih kurang = RM16,000.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 66

Hasil:
harga sekilo sekitar RM30 atau RM40 harga basah.
Pohon berusia 3 tahun mencapai berat lebih 5 kilo.
Jadi sepohon mungkin dapat sekitar RM150 dalam masa 3 tahun.
maka RM150x1400= RM210,000.
ditolak modal RM16,000
RM210,000-RM16,000= RM194,000.
Sangat lumayan,
dalam masa 3 tahun anda dapat RM193,000.
Kalau gaji anda, hampir 18 tahun bekerja.

Risiko kecil dan senang diurus tapi untung teramat besar.


Musuh utama masa kecil ialah ulat daun.

Pasaran:
Satu tinjauan sendiri dan rakan-rakan mendapati, kebanyakan kilang di
Selangor, Kedah, Penang, Perak, Johor dan Kelantan sangat berminat dengan
sebarang tanaman herba, yang paling popular Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.
Di Kelantan sahaja ada lebih 5 kilang herba yang besar seperti Linang Best, MH
UMMI, Episode Lagenda, ZH Homeopathy dan kilang kecil lebih banyak lagi.

Saya sendiri pernah ditawar untuk membekalkan 2 tan sebulan setiap satu jenis
herba yang disenaraikan tadi. Saya kata tak mampu, jadi saya tolak. Masa tu nak
ikat kontrak tak berani pasal bahan sangat kurang di pasaran. Jadi jika ramai
yang menanam tongkat ali atau lain-lain. Mungkin saya atau anda sanggup ikat
kontrak. Yelah! Kalau dah sign, tentulah ada syaratnya. Kalau tidak tertunai, kita
sendiri nanti kena saman dek kilang.

Bayangkan 2 tan ialah 2000kg berat kering sebulan untuk setiap satu jenis. Harga
herba berat kering ialah 3 kali ganda berat basah. Biasanya harga kering sekitar
RM90-120 satu kg. Dan setahun ada 12 bulan. Dah berapa? Kira sendiri. Ini satu
lagi benda keajaipan Dunia yang Einstein tak sempat tahu!

Lain-lain herba, kena tanya nurseri untuk anak benih atau MARDI untuk
penyelidikan dan FAMA untuk pemasaran.

ROYALTI & PATEN

Salah satu produk yang boleh menjadi sungai wang ialah hasil royalti. Sekali
anda bekerja, dia akan sentiasa mengeluarkan wang, dalam bentuk royalti.
Walaupun ia tidak popular di Malaysia, tetapi di negara maju, para penulis
novel seram, cinta, penyiasatan dan sebagainya berpendapatan lebih USD1 juta
setahun. Seperti Sidney Seldon, Stephen King, Jackie Collins, Charles Dicken,
Mark Twain dsbnya. Begitu juga kartunis seperti Charles Shulz-Peanuts, Jim
Davis-Garfiled, Walts Disney sendiri, pencipta watak kartun Hello Kittie, The
Simpson, Superman, Ultraman, Ninja Turtle dan banyak lagi.

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 67

Mengikut satu penerbit PTS di Malaysia, terdapat juga novelis cinta mampu
meraih pendapatan royalti lebih RM120,000.00. Ada juga buku yang terjual lebih
80,000 naskhah. Pernah saya diberitahu satu penerbit buku seni kahwin,
penulisnya mendapat lebih RM120,000 untuk satu judul buku. Tak termasuk
karyanya yang diciplak yang sudah tentu dua kali ganda banyaknya. Ala! Yang
fotostat pun kena beli RM10 kat kedai fotostat apek! Dia dah dapat jual beratus
entah beribu naskhah tanpa royalti. Jika tidak tentu si penulis tu dapat lebih
RM300,000.00.

Ada yang jual paten rekabentuk untuk kilang. Bagi mereka yang mahir dan seni,
paten-paten produk yang dicipta dipatenkan di US dan dijual terus atau sebagai
royalti. Misalnya paten bentuk kerusi, perabot, barang kemas, alat elektronik,
kodsumber dan sebagainya. Pernah seorang pensyarah UKM menjual hak paten
wafer litar USD100,000. pada sebuah kilang di US. Seorang programmer UTM
masih tawar-menawar harga satu paten kodsumber yang direkabentuk olehnya
sendiri untuk multimedia authoring tool dengan harga RM1 juta dengan
MIMOS. Dua orang pelajar sarjana UKM juga masih tawar-menawar harga paten
kodsumber untuk CAD dengan harga RM1 juta. Jika produk atau hasil kerja
anda ada nilai harta intelektual (IP), silalah berbincang dengan penilai IP di
Teknologi Park atau akauntan yang specialis IP. Mungkin anda akan kaya-raya
selepas ini. Mana tahu, urusan rezeki semuanya di dalam kekuasaan Allah.

HARTANAH: akan dihuraikan dalam versi seterusnya.

BERNIAGA:
Sebelum anda buat untung lagi anda dan kena celik kewangan. Banyak perkara
yang kena terlibat sebelum anda kira untung! Anda kena buka lesen perniagaan
ROC dan lesen perbandaran, misalnya DBKL, MPKB, MPI atau Majlis
Perbandaran lain. Jenis syarikat pula ada yang enterprise, sdn bhd dan berhad.
Jadi, anda kena tentukan dari awal jenis mana yang sesuai dengan anda setelah
mengambil kira semua faktor.

Salah satu perkara yang perlu ditekan ialah struktur cukai syarikat. Pasal dalam
bisnes, cukai adalah wang keluar yang tidak sedikit. Cukai individu pun dah tak
terbayar, itu baru sekitar 5-10 %. (RM900 setahun). Inikan pula cukai syarikat
yang tentunya lebih besar peratusnya iaitu antara 30% dan ke atas.

Oleh itu, pilihlah jenis syarikat yang mampu meminimumkan cukai. Jika
pendapatan tahunan syarikat anda kecil, bawah RM30,000 setahun, tak mengapa
jika anda masih berada dalam jenis enterprise atau trading. Kerana ia dikira jenis
cukai individu dengan kiraan cukai ke atas perbelanjaan urus syarikat.

Kalau nilai urusniaga syarikat anda beratus ribu atau juta-juta setahun. Lebih
baik guna syarikat jenis sdn bhd dan berhad. Kerana perbelanjaan syarikat akan
ditolak awal dalam akaun, maka hanya keuntungan kasar sahaja yang dicukai.
Perbelanjaan mengurus tidak dikenakan cukai. Oleh sebab itu, firma besar
berbelanja iklan besar-besaran, bayar pengarah mahal, bayar entertainment
besar-besaran, bayar perubatan di hospital mewah, kerana semua belanja itu tak

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat


SGWANG.COM- Jadikan Wang Anda Bekerja 68

dikira cukai. Ia dikira belanja urus syarikat. Jadi belanjalah banyak manapun,
akhir tahun, hanya pendapatan kasar sahaja yang dicukai. Itu pasal anda tengok,
ada syarikat beli gudang, beli rumah, kereta, van, lori, membership kelab golf,
dan sebagainya guna duit syarikat tak dikena cukai.

Yang lain akan dihurai kemudian dalam versi seterusnya.

PENUTUP

Semua yang saya beritahu anda adalah cara wang bekerja dan anda bekerja
dalam pilihan. Tak perlu anda letak jawatan, kecuali kerja anda memang teruk
dan memenatkan. Asalkan anda enjoy dengan kerja, baik teruskan.

Berbanding dengan sebelum ini, akibat anda sedikit celik kewangan, sekarang
anda sudah ada pilihan. Samada anda berhenti kerja atau masih bekerja, wang
tetap masuk ke dalam aset anda. Ini benar-benar abad kewangan yang ditunggu-
tunggu. Oleh itu, jadilah anda seorang yang celik kewangan terus menerus.
Sentiasa perbaharui sebarang ilmu dari semasa ke semasa. Baik ilmu kewangan
mahupun ilmu agama.

Insya-Allah, walaupun anda kaya, anda masih diberkati oleh Allah SWT.

Satu lagi pesanan ialah amalkan segera apa yang anda baca. Kerana betapa
ramai orang di dunia ini yang tak tahu kerana tak membaca, dan berapa yang
membaca tapi tak faham, dan berapa ramai yang faham dan tahu tapi tak
beramal! Jika begitu sia-sialah buku ini!

Sekiranya anda mahu ilmu yang lebih terperinci, anda mesti melabur pada akal
budi anda sendiri. Beli dan bacalah buku-buku yang bermutu tinggi. Untuk
pelaburan yang murah boleh dapatkan dalam bentuk ebooks di laman ini
http://www.jimatduit.com. Dan untuk pelaburan yang mahal, belilah buku-
buku di pustaka atau masuklah seminar tentang pengurusan kewangan
peribadi.

Sila kunjungi laman http://sitekreator.com/sgwang1/ ini selalu untuk


kemaskini ebook ini dan lain-lain.

Selamat Maju Jaya!

Copyright 2005® Kamaruddin Mamat

Anda mungkin juga menyukai