Anda di halaman 1dari 28

NO : 01.GPKOSPEN.

COVID-19

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN NORMA BAHARU


PELAKSANAAN AKTIVITI KOSPEN
OLEH SUKARELAWAN
DI LAPANGAN

Unit Intervensi NCD


Sektor CVD Diabetes Kanser Kospen
Bahagian Kawalan Penyakt
30 Jun 2020
KANDUNGAN
Halaman

1.0 PENDAHULUAN 5

2.0 OBJEKTIF GARIS PANDUAN 6

3.0 PRINSIP YANG DIGUNA PAKAI 6

4.0 PENERAPAN NORMA BAHARU DI LAPANGAN 6

4.1 Mengamalkan langkah-langkah kesihatan 7

4.2 Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi 7

4.3 Mengamalkan amalan-amalan pencegahan


7
jangkitan

4.4. Mengoptimakan penggunaan teknologi digital. 8

5.0 PELAKSANAAN AKTIVITI 8

5.1 Aktiviti di lokaliti KOSPEN 8

5.2 Penerangan dan pendidikan kesihatan oleh pasukan 8


iNCD Negeri

5.3 Masa aktiviti 9

5.4 Kapasiti sukarelawan 9

5.5 Peralatan yang digunakan oleh sukarelawan 9

5.5.1 Alat mengukur suhu badan 9

5.5.2 Peralatan perlindungan diri (PPE) 10

5.5.3 Cecair kebersihan diri 10

5.5.4 Cecair disinfeksi peralatan 10

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN 10

6.1 Mengisi borang pelepasan dan penepian liabiliti 10

6.2 Saringan gejala COVID-19 dan pemeriksaan suhu 10


badan sukarelawan

6.3 Saringan gejala COVID-19 dan pemeriksaan suhu 11


badan peserta

6.4 Pemakaian peralatan perlindungan diri 11

2
Halaman

6.5 Penyebaran maklumat kesihatan 11

6.6 Aktiviti advokasi KOSPEN 12

6.6.1 Tindakan oleh penganjur / urus setia / 12


penceramah advokasi KOSPEN

I Proses pendaftaran peserta advokasi 12


II Pendaftaran peserta advokasi 13
menggunakan applikasi MySejahtera
III Ruang majlis advokasi 13

6.6.2 Tindakan oleh peserta 14

I Proses pendaftaran peserta advokasi 14


II Pendaftaran peserta advokasi 14
penggunaan applikasi MySejahtera
III Ruang majlis advokasi 14

6.7 Aktiviti Saringan 15

6.7.1 Saringan secara pemeriksaan sendiri di


15
pusat komuniti

6.7.2. Tindakan oleh penganjur / urus setia 15


saringan secara pemeriksaan sendiri
KOSPEN

I Proses pendaftaran peserta saringan 15


secara pemeriksaan sendiri KOSPEN
II Pendaftaran peserta saringan secara 16
pemeriksaan sendiri menggunakan
applikasi MySejahtera
III Ruang saringan 16

6.7.3 Tindakan oleh peserta saringan secara 17


pemeriksaan sendiri

I Proses pendaftaran peserta saringan 17


secara pemeriksaan sendiri KOSPEN
II Pendaftaran peserta saringan secara 17
pemeriksaan sendiri menggunakan
applikasi MySejahtera
III Ruang saringan 17

6.8 Latihan KOSPEN 18

6.8.1 Tindakan oleh penganjur / urus setia / 18


penceramah latihan KOSPEN

3
Halaman

I Proses pendaftaran peserta latihan 18


II Pendaftaran peserta latihan 19
menggunakan applikasi MySejahtera
III Ruang majlis latihan 19

6.8.2 Tindakan oleh peserta latihan 19

I Proses pendaftaran peserta latihan 19


II Pendaftaran peserta latihan
20
menggunakan aplikasi MySejahtera
III Ruang majlis latihan 20

7.0 AKTIVITI LAIN DAN PROTOKOL SARINGAN KOSPEN 20

Jadual 1.0 Pelaksanaan norma baharu bagi setiap 21


aktiviti saringan

8.0 LAMPIRAN 20

Lampiran 1.0 Borang pelepasan dan penepian liabiliti 26

RUJUKAN 27

4
1.0 PENDAHULUAN

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


mulai 18 Mac 2020 dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
mengikut kawasan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 13
Mei 2020 bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19. Sejak
pelaksanaan perintah kawalan tersebut kadar jangkitan COVID-19 di negara kita
menunjukkan tren yang semakin menurun.

Sebagai persediaan untuk menghadapi Pasca PKP, Kementerian Kesihatan


Malaysia telah mengarahkan agar semua aktiviti yang dijalankan diselaraskan
dengan norma baharu sejajar dengan keperluan menghadapi dan menangani
wabak COVID-19 serta kemungkinan sebarang kejadian wabak pandemik akan
datang. Walaupun PKP COVID-19 telah dilonggarkan secara berperingkat namun
kawalan infeksi terhadap COVID-19 masih perlu diteruskan bagi membendung
penularan semula. Secara umumnya aktiviti KOSPEN oleh sukarelawan di lokaliti
KOSPEN di Zon Hijau akan diaktifkan semula berdasarkan Standard Operating
Procedure (SOP), garis panduan dan arahan terkini oleh kerajaan, manakala
semua aktiviti KOSPEN di Zon Kuning dan Zon Merah perlu ditangguhkan.

Statistik semasa menunjukkan 80% kes COVID-19 adalah asimptomatik, warga


emas serta pesakit kronik merupakan golongan berisiko untuk mendapat gejala
pernafasan teruk dan kematian akibat jangkitan COVID-19. Virus COVID-19 sangat
mudah menular melalui titisan hidung atau mulut, individu yang ada jangkitan sama
ada secara bersin, batuk atau sentuhan individu lain ke atas objek yang terkena
titisan ini yang kemudiannya pula menyentuh mata, hidung atau mulut individu
terbabit.

Oleh yang demikian, usaha menangani penyakit tidak berjangkit di negara ini amat
penting memandangkan status penyakit tidak berjangkit masih tinggi. Bagi tahun
2019, 18.3% dewasa mengidap diabetis di mana 50% darinya tidak pernah dikesan
(undiagnosed). Prevalens secara keseluruhan adalah 18.3%, ini adalah
peningkatan dari tahun 2011 (11.2%) dan 2015 (13.4%). Bagi penyakit hipertensi,
pada tahun 2019 (30%) dewasa dikesan mempunyai penyakit tersebut di mana
50% daripada mereka tidak pernah dikesan menghidap hipertensi. Prevalens
keseluruhan pada tahun 2011 adalah 32.6% dan 30.3% pada tahun 2015.
5
Dari segi faktor risiko pula, pada tahun 2019 didapati 51.3% dewasa mengalami
samada berlebihan berat badan atau obes berbanding 47.7% pada tahun 2015.
Selain daripada itu, 21.3% dewasa adalah merupakan perokok semasa manakala
11.8% pengambil minuman alkohol. Peratus peminum alkohol secara mudarat di
kalangan pengambil alkohol adalah 45.8%.

2.0 OBJEKTIF GARIS PANDUAN

Garis panduan ini berfungsi sebagai rujukan penerapan Norma Baharu dalam
pelaksanaan aktiviti KOSPEN oleh sukarelawan selaras dengan usaha
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang dan mengawal wabak COVID-
19 di negara.

3.0 PRINSIP YANG DIGUNA PAKAI

Garis panduan ini dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip 3C dan 3W iaitu :

i. Mengelakkan 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded places),


elakkan kawasan yang sempit (Confined place) dan elak sembang atau
bertutur dengan jarak yang dekat (Closed conversation).

ii. Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
sangat digalakkan memakai (Wear) pelitup muka (mask) di tempat awam atau
jika bergejala dan (Warn) iaitu amaran yang berkonsepkan peringatan seperti
elak bersalaman/bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, lakukan aktiviti
disinfeksi di tempat yang kerap disentuh, lakukan pemeriksaan suhu badan
dan dapatkan rawatan segera sekiranya bergejala.

4.0 PENERAPAN AMALAN NORMA BAHARU DI LAPANGAN

Aktiviti KOSPEN di lapangan perlu menerapkan amalan norma baharu yang


merangkumi perkara-perkara berikut :

6
4.1 Mengamalkan Langkah-Langkah Kesihatan

i. Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter,


dalam semua keadaan.
ii. Memakai face-mask; digalakkan dipakai pada setiap masa.
iii. Pengendalian peserta untuk aktiviti saringan secara bersemuka
contohnya seperti saringan secara pemeriksaan sendiri oleh peserta
perlu mematuhi had masa 15 minit dan jika melibatkan ramai peserta
perlu diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 2 jam.

4.2 Menggalakkan Amalan Kebersihan Yang Tinggi

i. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer.


ii. Memastikan pembersihan disinfeksi peralatan dibuat pada kadar yang
kerap dan konsisten, setiap kali selepas penggunaan.
iii. Melakukan pembersihan fasiliti kegunaan awam seperti dewan atau
bilik ceramah / latihan setiap kali selepas sesi aktiviti (rujuk tatacara
pembersihan dan disinfeksi di tempat awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia).

4.3 Mengamalkan Amalan-Amalan Pencegahan Jangkitan

i. Memastikan terdapat kaedah pemantauan penyakit dan pencegahan


serta kawalan penularan jangkitan.
ii. Sukarelawan KOSPEN akan melakukan saringan gejala COVID-19 dan
pemeriksaan suhu badan sebelum menjalankan aktiviti KOSPEN.
iii. Sukarelawan KOSPEN akan memakai dan menggunakan peralatan
perlindungan diri (PPE) seperti di para 5.5.2 yang bersesuaian dengan
aktiviti yang dijalankan.
iv. Melaporkan kepada pasukan iNCD (intervensi Non Communicable
Disease) Daerah sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan
COVID-19 semasa melaksanakan aktiviti KOSPEN.

7
4.4 Mengoptimakan Penggunaan Teknologi Digital

i. Menggunakan secara optimum medium Sosial Media yang ada bagi


menyampaikan maklumat kesihatan berkaitan KOSPEN kepada klien.
ii. Semua sukarelawan dikehendaki mewujudkan kumpulan
WhatsApp/Telegram/Facebook/Instagram bagi lokaliti masing masing.
iii. Pasukan iNCD Daerah digalakkan mewujudkan contohnya borang
saringan KOSPEN, borang saringan gejala COVID-19 secara atas
talian melalui Google Forms, QR Code atau lain-lain untuk kegunaan
sukarelawan KOSPEN.
iv. Memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi setiap
aktiviti KOSPEN bagi membantu pengawasan penularan wabak
COVID-19 dan melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

5.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

5.1 Aktiviti Di Lokaliti KOSPEN

Aktiviti-aktiviti KOSPEN berikut boleh dilaksanakan di semua lokaliti


KOSPEN di ZON HIJAU sahaja kecuali di kawasan yang diisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

i. Penyebaran maklumat kesihatan.


ii. Aktiviti advokasi KOSPEN.
iii. Aktiviti Saringan.
iv. Latihan KOSPEN.

5.2 Penerangan Dan Pendidikan Kesihatan Oleh Pasukan iNCD Negeri

Semua sukarelawan KOSPEN perlu diberi penerangan dan pendidikan


kesihatan oleh pasukan iNCD Negeri berkenaan :
i. Penyakit COVID-19 (gejala serta cara penularannya, pencegahan dan
kawalan serta pematuhan terhadap garis panduan dan SOP semasa).
Penggunaan Non Contact Thermometer, untuk mengambil bacaan
suhu badan.

8
ii. Kebersihan tangan menggunakan sabun dan cecair pensanitasi tangan
(hand sanitizer).
iii. Kaedah disinfeksi peralatan saringan (sebelum serta selepas membuat
saringan mengikut garis panduan standard sedia ada).
iv. Pemakaian PPE (sebelum serta selepas membuat saringan mengikut
garis panduan standard sedia ada).
v. Kaedah melaporkan kepada pasukan iNCD Daerah (sekiranya terdapat
maklumat mengenai jangkitan COVID-19 semasa melaksanakan aktiviti
KOSPEN).
vi. Kaedah melupuskan penutup mulut dan mask.
vii. Borang pelepasan dan penepian liabiliti.

5.3 Masa Aktiviti

Sukarelawan boleh menjalankan aktiviti KOSPEN pada bila-bila masa yang


bersesuaian dan para 4.0 adalah dibaca bersama.

5.4 Kapasiti Sukarelawan

Kapasiti sukarelawan yang bergerak menjalankan aktiviti KOSPEN pada


satu-satu masa di setiap lokaliti adalah 2 orang satu pasukan. Tidak
digalakkan penglibatan sukarelawan yang ramai bagi mengelakkan risiko
pendedahan kepada jangkitan COVID-19 [kecuali aktiviti yang melibatkan
ramai peserta (melebihi 10 orang)].

5.5 Peralatan Yang Digunakan Oleh Sukarelawan

Pihak iNCD Daerah hendaklah membekalkan peralatan, pakaian


perlindungan diri atau apa jua perlindungan tambahan yang bersesuaian
kepada setiap sukarelawan KOSPEN. Ianya hendaklah sentiasa dipastikan
digunakan dan dipakai (mengikut keperluan) oleh sukarelawan sepanjang
masa menjalankan aktiviti KOSPEN.

5.5.1 Alat Mengukur Suhu Badan

i. Non Contact Thermometer.


9
5.5.2 Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

i. Pelitup muka (facemask).


ii. Sarung tangan (gloves).
iii. Long sleeved plastic apron.

5.5.3 Cecair Kebersihan Diri

i. Cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer).


ii. Sabun

5.5.4 Cecair Disinfeksi Peralatan

i. Sodium Hypochlorite / Wipes (beralkohol atau anti bacterial)

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sukarelawan WAJIB melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum dibenarkan


untuk bergerak menjalankan aktiviti seperti di para 5.1.

6.1. Mengisi Borang Pelepasan Dan Penepian Liabiliti

Sukarelawan wajib mengisi borang pelepasan dan penepian liabiliti seperti


di Lampiran 1 selepas diberikan penerangan dan pendidikan kesihatan oleh
pasukan iNCD Negeri.

6.2 Saringan Gejala COVID-19 Dan Pemeriksaan Suhu Badan Sukarelawan

Sukarelawan perlu diambil suhu badan dan merekodkannya sebelum aktiviti


KOSPEN boleh dilaksanakan di lokaliti komuniti. Sekiranya bacaan suhu
badan sukarelawan melebihi 37.5º Celsius (bacaan normal suhu badan 36.0º
- 37.5º) atau didapati mempunyai gejala yang berkaitan COVID-19 seperti
deman, batuk dan selesema, sukarelawan tidak dibenarkan untuk
menjalankan aktiviti KOSPEN. Sila ke klinik / hospital berhampiran bagi
pemeriksaan lanjut.

10
6.3 Saringan Gejala COVID-19 Dan Pemeriksaan Suhu Badan Peserta

Sukarelawan perlu mengambil suhu badan peserta dan merekodkannya


sebelum menjalankan aktiviti KOSPEN. Sekiranya bacaan suhu badan
peserta saringan melebihi 37.5º Celsius (bacaan normal suhu badan 36.0º -
37.5º) atau didapati mempunyai gejala yang berkaitan COVID-19 seperti
demam, batuk dan selsema, sukarelawan tidak dibenarkan untuk
menjalankan aktiviti KOSPEN terhadap peserta. Sila nasihatkan ke
klinik/hospital berhampiran bagi pemeriksaan lanjut. (Sekiranya peserta
bergejala ada sejarah kontak dengan kes postif COVID-19 atau pernah
terlibat dengan mana-mana kluster Covid19, laporkan segera ke pasukan
iNCD).

6.4 Pemakaian Peralatan Perlindungan Diri

Sukarelawan perlu memakai peralatan perlindungan diri mengikut seperti


penerangan dan pendidikan kesihatan yang telah diberikan oleh pasukan
iNCD Negeri.

6.5 Penyebaran Maklumat Kesihatan

Maklumat kesihatan berbentuk interaktif atau reminders menggunakan


media sosial perlu diperluaskan kepada komuniti bagi meningkatkan
kemahuan mereka untuk mengambil tahu isu terkini, seterusnya
menggalakkan gaya hidup sihat. Sukarelawan adalah digalakkan untuk lebih
aktif menggunakan media sosial dengan mewujudkan platform media sosial
seperti di bawah atau lain-lain yang berkaitan sebagai medium utama untuk
menyebarkan maklumat kesihatan khususnya berkaitan dengan aktiviti
KOSPEN.

i. WhatsApp
ii. Telegram
iii. Facebook
iv. Instagram

11
Pasukan iNCD hendaklah membekalkan kepada sukarelawan dengan
bahan pendidikan kesihatan berkaitan bagi membolehkan sukarelawan
memuat naik ke dalam applikasi media sosial yang diwujudkan sebagai
hebahan kepada komuniti.

6.6 Aktiviti Advokasi KOSPEN

Sukarelawan yang akan menjalankan aktiviti advokasi KOSPEN secara


berkumpulan digalakkan menggunakan fasiliti kerajaan (contohnya Pusat
Komuniti) dan perlu mengambil langkah berikut ;

i. Mengenalpasti lokasi/fasiliti dan kapasiti pusat komuniti.


ii. Menggunakan sistem temujanji berperingkat atau dalam talian sosial
media dengan kumpulan peserta saringan yang berkaitan.
iii. Diadakan bagi kumpulan yang kecil tidak melebihi 20 orang.
iv. Mematuhi panduan kebersihan diri dan pemakaian PPE serta
kebersihan fasiliti berkenaan mengikut seperti penerangan dan
pendidikan oleh pasukan iNCD Negeri.

6.6.1 Tindakan Oleh Penganjur / Urus Setia / Penceramah Advokasi


KOSPEN

I. Proses Pendaftaran Peserta Advokasi

i. Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu


masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat
pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak,
selsema dan sesak nafas. (Peserta dengan suhu badan
melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan
masuk).
ii. Penganjur, urusetia dan penceramah advokasi juga perlu
menjalani saringan kesihatan.
iii. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu
memastikan para peserta membersihkan tangan (hand
sanitizer) dan merekod kehadiran peserta.

12
iv. Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan
dengan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti
dipatuhi.
v. Jawatankuasa penganjur, urusetia, penceramah dan peserta
digalakkan memakai pelitup muka (face mask).
vi. Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk
ke dalam ruang persidangan.

II. Pendaftaran Peserta Advokasi Menggunakan Aplikasi


MySejahtera

i. Semua PENGANJUR mesti mendaftarkan peserta


menggunakan imbasan QR Code melalui aplikasi
MySejahtera selain daripada pendaftaran bagi rekod
penganjur.
ii. Peserta yang tidak mempunyai telefon pintar direkodkan
secara manual.

III. Ruang Majlis Advokasi

i. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya


termasuk tandas dan semua ruang sebelum dan selepas
penganjuran program serta disinfeksi sebelum dan selepas.
ii. Memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai
pengudaraan yang baik.
iii. Menyusun dan menanda kedudukan peserta di dalam ruang
persidangan dengan penjarakan sosial 1 meter antara
susunan tempat duduk.
iv. Sebarang penyediaan atau pemberian makanan adalah
secara pack-food dan makan dalam kedudukan penjarakan
serta tidak berkumpul semasa makan.
v. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik
tandas yang ada pada satu-satu masa.

13
6.6.2 Tindakan Oleh Peserta

I. Proses Pendaftaran Peserta Advokasi


i. Mengikut arahan penganjur di kaunter saringan kesihatan di
pintu masuk bagi membuat pemeriksaan suhu badan dan
saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas.
(Peserta dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau
bergejala tidak dibenarkan masuk).
ii. Para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer).
iii. Semasa menunggu giliran di kaunter saringan, para peserta
mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh
penganjur.
iv. Peserta digalakkan memakai pelitup muka (face mask).

II. Pendaftaran Peserta Advokasi Menggunakan Aplikasi


Mysejahtera

i. Semua PESERTA mesti mendaftarkan dengan mengimbas


QR Code melalui aplikasi MySejahtera selain pendaftaran
yang ditetapkan oleh penganjur.

III. Ruang Majlis Advokasi

i. Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau


ditetapkan oleh penganjur.
ii. Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan
penjarakan serta tidak berkumpul semasa makan.
iii. Tidak bersesak di dalam tandas atau mana-mana ruang di
tempat majlis.
iv. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis
sebelum atau selepas selesai program.

14
6.7 Aktiviti Saringan

Aktiviti saringan TIDAK BENARKAN dibuat secara individu di rumah


tetapi sukarelawan DIGALAKAN untuk mengatur dan menganjurkan aktiviti
saringan secara pemeriksaan sendiri oleh peserta. Aktiviti pemeriksaan
sendiri oleh peserta ini akan di kawal selia oleh sukarelawan KOSPEN
sepanjang pemeriksaan sendiri itu dibuat.

6.7.1 Saringan Secara Pemeriksaan Sendiri di Pusat Komuniti

Sukarelawan yang mengatur dan menganjurkan aktiviti KOSPEN


secara pemeriksaan sendiri adalah digalakkan menggunakan fasiliti
kerajaan (contohnya Pusat Komuniti) dan hendaklah melaksanakan
perkara berikut :

i. Mengenalpasti kapasiti pusat komuniti.


ii. Menggunakan sistem temujanji berperingkat atau dalam talian
sosial media dengan kumpulan peserta saringan yang berkaitan.
iii. Diadakan bagi kumpulan yang kecil tidak melebihi 20 orang.
iv. Mematuhi panduan kebersihan diri dan pemakaian PPE mengikut
seperti penerangan serta pendidikan kesihatan oleh pasukan
iNCD Negeri.

6.7.2 Tindakan oleh Penganjur / Urus Setia Saringan Secara


Pemeriksaan Sendiri

I. Proses Pendaftaran Peserta Saringan Secara Pemeriksaan


Sendiri

i. Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu


masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat
pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak,
selsema dan sesak nafas. (Peserta dengan suhu badan
melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan
masuk).

15
ii. Penganjur dan urusetia juga perlu menjalani saringan
kesihatan.
iii. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu
memastikan para peserta membersihkan tangan (hand
sanitizer) dan merekod kehadiran peserta.
iv. Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan
dengan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti
dipatuhi.
v. Jawatankuasa penganjur, urusetia dan peserta digalakkan
memakai pelitup muka (face mask).
vi. Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk
ke dalam ruang persidangan.

II. Pendaftaran Peserta Saringan Secara Pemeriksaan Sendiri


Menggunakan Aplikasi MySejahtera

i. PENGANJUR saringan secara pemeriksaan sendiri mesti


mendaftarkan semua peserta menggunakan imbasan QR
Code melalui aplikasi MySejahtera selain daripada
pendaftaran bagi rekod penganjur.
ii. Peserta yang tidak mempunyai telefon pintar direkodkan
secara manual.

III. Ruang Saringan

i. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya


termasuk tandas dan semua ruang sebelum dan selepas
penganjuran program serta disinfeksi sebelum dan selepas.
ii. Memastikan tempat penganjuran aktiviti saringan
mempunyai pengudaraan yang baik.
iii. Menyusun dan menanda kedudukan peserta di dalam ruang
persidangan dengan penjarakan sosial 1 meter antara
susunan tempat duduk.

16
6.7.3 Tindakan oleh Peserta Saringan Secara Pemeriksaan Sendiri

I. Proses Pendaftaran Peserta Saringan Secara Pemeriksaan


Sendiri
i. Mengikut arahan penganjur di kaunter saringan kesihatan di
pintu masuk bagi membuat pemeriksaan suhu badan dan
saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas.
Peserta dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau
bergejala tidak dibenarkan masuk.
ii. Para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer).
iii. Semasa menunggu giliran di kaunter saringan, para peserta
mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh
penganjur.
iv. Peserta digalakkan memakai pelitup muka (face mask).

II. Pendaftaran Peserta Saringan Secara Pemeriksaan Sendiri


Menggunakan Aplikasi MySejahtera

i. Semua PESERTA mesti mendaftarkan dengan mengimbas


QR Code melalui aplikasi MySejahtera selain pendaftaran
yang ditetapkan oleh penganjur.

III. Ruang Saringan

i. Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau


ditetapkan oleh penganjur.
iii. Tidak bersesak di dalam tandas atau mana-mana ruang di
tempat majlis.
iv. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar bilik saringan
sebelum atau selepas selesai program.

17
6.8 Latihan KOSPEN

Latihan-latihan KOSPEN digalakkan dilaksanakan di mana-mana fasiliti


awam (contohnya di Pusat Komuniti) atau mana-mana fasiliti swasta dan
perlu mengambil langkah berikut ;

6.8.1 Tindakan oleh Penganjur / Urus Setia / Penceramah Latihan

I. Proses Pendaftaran Peserta Latihan

i. Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu


masuk bertujuan memastikan bilangan kehadiran, membuat
pemeriksaan suhu badan, saringan gejala batuk, sakit tekak,
selsema dan sesak nafas. (Peserta dengan suhu badan
melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan
masuk).
ii. Penganjur, urusetia dan penceramah latihan juga perlu
menjalani saringan kesihatan.
iii. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu
memastikan para peserta membersihkan tangan (hand
sanitizer) dan merekod kehadiran peserta.
iv. Semasa para peserta menunggu giliran di kaunter saringan
dengan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter mesti
dipatuhi.
v. Jawatankuasa penganjur, urusetia, penceramah latihan dan
peserta digalakkan memakai pelitup muka (face mask).
vi. Mengawal pintu masuk dan kehadiran peserta yang masuk
ke dalam ruang persidangan.
vii. Kehadiran peserta hendaklah tidak melebihi 250 orang atau
kurang tertakluk, kepada saiz keluasan ruang.

18
II. Pendaftaran Peserta Latihan Menggunakan Aplikasi
MySejahtera

i. Semua PENGANJUR mesti mendaftarkan peserta


menggunakan imbasan QR Code melalui aplikasi
MySejahtera selain daripada pendaftaran bagi rekod
penganjur.
ii. Peserta yang tidak mempunyai telefon pintar direkodkan
secara manual.

III. Ruang Majlis Latihan

i. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya


termasuk tandas dan semua ruang sebelum dan selepas
penganjuran program serta disinfeksi sebelum dan selepas.
ii. Memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai
pengudaraan yang baik.
iii. Menyusun dan menanda kedudukan peserta di dalam ruang
persidangan dengan penjarakan sosial 1 meter antara
susunan tempat duduk.
iv. Sebarang penyediaan atau pemberian makanan adalah
secara pack-food dan makan dalam kedudukan penjarakan
sosial serta tidak berkumpul semasa makan.
v. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik
tandas yang ada pada satu-satu masa.

6.8.2 Tindakan oleh Peserta Latihan

I. Proses Pendaftaran Peserta Latihan

i. Mengikut arahan penganjur di kaunter saringan kesihatan di


pintu masuk bagi membuat pemeriksaan suhu badan dan
saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas.
Peserta dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau
bergejala tidak dibenarkan masuk.
ii. Para peserta membersihkan tangan (hand sanitizer).
19
iii. Semasa menunggu giliran di kaunter saringan, para peserta
mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh
penganjur.
iv. Peserta digalakkan memakai pelitup muka (face mask).
v. Kehadiran peserta hendaklah tidak melebihi 250 orang atau
kurang tertakluk kepada saiz keluasan ruang.

II. Pendaftaran Peserta Latihan Menggunakan Aplikasi


MySejahtera

i. Semua PESERTA mesti mendaftarkan dengan mengimbas


QR Code melalui aplikasi MySejahtera selain pendaftaran
yang ditetapkan oleh penganjur.

III. Ruang Majlis Latihan

i. Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau


ditetapkan oleh penganjur.
ii. Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan
penjarakan sosial serta tidak berkumpul semasa makan.
iii. Tidak bersesak di dalam tandas atau mana-mana ruang di
tempat majlis.
iv. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis
sebelum atau selepas selesai program.

7.0 AKTIVITI LAIN DAN PROTOKOL SARINGAN KOSPEN

Pelaksanaan norma baharu bagi setiap aktiviti saringan KOSPEN di Jadual 1.0.

8.0 LAMPIRAN

Borang pelepasan dan penepian liabiliti di Lampiran 1.0.

20
Jadual 1.0 Aktiviti saringan secara pemeriksaan sendiri KOSPEN dan tindakan
AKTIVITI
SARINGAN TINDAKAN
KOSPEN
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala – peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
2. Memakai PPE – Memastikan PPE dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
BMI 3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter.
4. Kebersihan tangan – Peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer selepas membuat ukuran tinggi dan berat badan
sendiri.
5. Kebersihan peralatan saringan – Sukarelawan disinfeksi peralatan yang telah digunakan setiap kali selepas saringan
sendiri oleh peserta.
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
Tekanan Darah 2. Memakai PPE – Memastikan PPE dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
3. Kebersihan tangan – Peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer selepas membuat saringan tekanan darah sendiri.
4. Kebersihan peralatan saringan – Sukarelawan disinfeksi peralatan tekanan darah BP Cuff yang telah digunakan setiap
kali selepas saringan sendiri oleh peserta.
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
RBS mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.

21
Jadual 1.0 Aktiviti saringan secara pemeriksaan sendiri KOSPEN dan tindakan
AKTIVITI
SARINGAN TINDAKAN
KOSPEN
2. Memakai PPE – Memastikan PPE dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
3. Kebersihan tangan - Peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer selepas membuat saringan RBS sendiri.
4. Kebersihan peralatan saringan – Sukarelawan disinfeksi peralatan peralatan glukometer yang telah digunakan setiap
kali selepas saringan sendiri oleh peserta.
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
2. Memakai PPE – Memastikan PPE dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
Rokok
3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter.
4. Kebersihan tangan – Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.
5. Dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan berhenti merokok.
MINDA SIHAT
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
Minda Sihat
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
(stress)
mendapat rawatan.
(keresahan)
2. Memakai PPE – Memastikan PPE bersesuian dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
(kemurungan)
3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter.

22
Jadual 1.0 Aktiviti saringan secara pemeriksaan sendiri KOSPEN dan tindakan
AKTIVITI
SARINGAN TINDAKAN
KOSPEN
4. Kebersihan tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.
5. Sukarelawan menggunakan borang saringan DASS dan digalakkan menggunakan borang secara atas talian.
KEMUDARATAN ALKOHOL
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
Kemudaratan 2. Memakai PPE – Memastikan PPE bersesuaian dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
Alkohol 3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter.
4. Kebersihan tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.
5. Menggunakan borang soal selidik AUDIT-C (Alcohol Use Disorder Identification Test-Consumption).
PERSEKITARAN SIHAT
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
Persekitaran mendapat rawatan.
Bebas Rokok 2. Memakai PPE – Memastikan PPE bersesuaian dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter dan meletakkan tanda “X”
sebagai panduan jarak sosial.

23
Jadual 1.0 Aktiviti saringan secara pemeriksaan sendiri KOSPEN dan tindakan
AKTIVITI
SARINGAN TINDAKAN
KOSPEN
4. Kebersihan tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.

1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
Menu Sihat
2. Memakai PPE – Memastikan PPE bersesuaian dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
Semasa Majlis
3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter dan meletakkan tanda “X”
Rasmi
sebagai panduan jarak sosial.
4. Kebersihan Tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap
PEMAKANAN SIHAT
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
Aktiviti Advokasi 2. Memakai PPE – Memastikan PPE bersesuaian dipakai seperti latihan yang telah diberikan dan mengikut garis panduan.
dan Promosi 3. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter dan meletakkan tanda “X”
sebagai panduan jarak sosial.
4. Kebersihan tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.

24
Jadual 1.0 Aktiviti saringan secara pemeriksaan sendiri KOSPEN dan tindakan
AKTIVITI
SARINGAN TINDAKAN
KOSPEN
5. 20 orang maksimum.

AKTIVITI FIZIKAL
1. Mengambil dan merekod suhu badan serta melakukan saringan gejala - peserta dengan suhu badan > 37.5°C atau
mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak boleh dibuat saringan dan dirujuk untuk
mendapat rawatan.
2. Penjarakan sosial - Memastikan penjarakan antara sukarelawan dan peserta adalah 1 meter.
Trek 10,000 3. Kebersihan Tangan - Sukarelawan dan peserta menggunakan sabun atau hand sanitizer untuk mencuci tangan dan
Langkah memastikan tangan dibersihkan dengan kerap.
[Individu - Aktiviti sukan / rekreasi yang dilakukan secara individu dan boleh dilakukan secara berlawanan @ bertentangan antara individu
tersebut dengan penjarakan sosial (aktiviti statik 1-3 m dan aktiviti dinamik 3-5 meter)].
[Berkumpulan - Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara berkumpulan dengan penjarakan sosial (aktiviti statik 1-3 m dan aktiviti
dinamik 3-5 meter)].

25
Lampiran 1.0

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Borang Pelepasan dan Penepian Liabiliti

Saya, [(NAMA
PENUH SUKARELAWAN SEBAGAIMANA YANG TERTERA DI KAD
PENGENALAN) & (NO KAD PENGENALAN)]
bersetuju dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) sebagai sukarelawan
KOSPEN untuk membantu KKM dalam meningkatkan kesedaran individu dan komuniti
tentang penyakit tidak berjangkit serta faktor risiko berkaitan.

Saya bersetuju saya akan melaksanakan tanggungjawab saya secara sukarela dan tanpa
sebarang caj sebagai sukarelawan KOSPEN. Saya sedar terhadap risiko dijangkiti
penyakit, termasuk wabak COVID- 19, sekiranya saya tidak mematuhi standard operating
procedure, langkah-langkah keselamatan dan garis panduan yang diperkenankan oleh
KKM.

Kewajipan dan aku janji KKM :

1. Penerangan dan pendidikan kesihatan yang wajar dan perlu, supaya para
sukarelawan memahami peranan dan tugas-tugas yang diberikan kepada para
sukarelawan;
2. Penyediaan persekitaran yang selamat untuk penjalanan tugas-tugas sukarelawan
3. Perlantikan pasukan iNCD daerah untuk menyelia dan memberi maklum balas
terhadap sebarang soalan yang dikemukakan oleh sukarelawan;
4. Penyediaan rawatan pertolongan cemas dan rawatan perubatan untuk kecemasan,
kecederaan atau kesakitan; dan
5. Menghormati keperibadian sukarelawan, termasuk memastikan kesulitan maklumat
peribadi sukarelawan.

Kewajipan dan aku janji sukarelawan :

1. Menyertai semua sesi penerangan dan pendidikan kesihatan;


2. Memahami peranan dan tugas-tugas yang diberi dan hanya mengusahakan tugas-
tugas yang telah diberikan dan sentiasa beroperasi atas arahan dan penyeliaan
penyelia tempatan; dan
3. Mematuhi peraturan dan tatacara KKM dalam memelihara kesihatan dan
keselamatan dan kerahsiaan.

Saya memahami kewajipan saya dan saya mengaku janji bahawa saya tidak akan
memulakan sebarang tindakan undang-undang atau sebarang tuntutan terhadap Kerajaan
Malaysia sekiranya saya dijangkiti penyakit, termasuk wabak COVID-19, dalam
perlaksanaan tugas saya sebagai seorang sukarelawan KOSPEN.

_____________________ _______________
Tandatangan Sukarelawan Tarikh

_____________________ _______________
26
Tandatangan Saksi Tarikh
RUJUKAN

Feizul Idzawan,2020. Fact Sheet, Prevalence Of Selected NCD And NCD Risk Factors In
Malaysia (1996-2016).

Kementerian Kesihatan Malaysia,Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,2020.


Garis Panduan Operasi Fasiliti Kesihatan Primer Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. Donning & Removing Of Personal Protective


Equipments (PPEs).
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Info%20kesihatan/EBOLA/garis%20panduan%2
0pengurusan%20EVD/Annex_4_Donning_Removing_Of_Personal_Protective_Equipme
nts_(PPEs).docx.pdf.

Kementerian Kesihatan Malaysia,Garis Panduan Prelimenari Perkhidmatan Hospital


Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : Versi 1.0 2020, Pejabat Timbalan Ketuan
Pengarah Kesihatan (Perubatan).

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. Kaedah Melupuskan Penutup Mulut Dan Mask.


http://covid-19.moh.gov.my/infografik.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. Lembaran Fakta Tinjauan Kebangsaan Kesihatan


dan Morbiditi 2019, Penyakit Tidak Berjangkit, Permintaan Jagaan Kesihatan Dan Literasi
Kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. COVID-19: Management Guidelines For


Workplaces.
http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/Annex 25 COVID guide for
workplaces 22032020.pdf.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. Panduan Disinfeksi Atau Nyah Kuman.


http://covid-19.moh.gov.my/infografik.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. COVID-19: Social Distancing Guidelines For


Workplace, Homes And Individuals.
http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/Annex 26 COVID guide for
Social Distancing 24032020.pdf.

Kementerian Kesihatan Malaysia,2020. Tatacara Pembersihan Dan Disinfeksi Di Tempat


Awam.
https://www.moh.gov.my/moh/resources/penerbitan/garis%20panduan/covid19/annex36_
Garis_Panduan_Pembersihan_Dan_Disinfeksi_Di_Tempat_Awam_03.04_.2020_.Pdf.

Majlis Keselamatan Negara,2020. SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan Dan Swasta


https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/2.-SOP-Majlis-Rasmi-
Kerajaan-dan-Swasta_-Dikemaskini-pada-24-jun-2020.pdf.

Majlis Keselamatan Negara,2020. SOP Kebiasaan Baharu.


https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/SOP-Norma-Baharu-
Bagi-Individu-14-Jun-2020.pdf.

27
Majlis Keselamatan Negara,2020. SOP Senarai Aktiviti Yang Dilarang.
https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/1-Senarai-Aktiviti-
yang-Dilarang-MKN -10-Jun-2020.pdf.

Majlis Keselamatan Negara,2020. SOP Sektor Sukan Dan Rekreasi.


https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/4-Sukan-Rekreasi-
KBS-10-Jun-2020.pdf.

Perdana Menteri Malaysia,Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)


7 Jun 2020. Teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin.

28

Anda mungkin juga menyukai