Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT

BATERI UJIAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

1. UJIAN SERVIS (SERVICE)

1.1 Definisi : Servis adalah satu aksi memukul bola dari kawasan
servis ke arah pihak lawan menggunakan sebelah
tangan.
1.2 Rasional : Keupayaan melakukan servis yang baik dapat
memastikan pasukan itu memenangi perlawanan.
1.3 Objektif : Untuk menilai/menguji keupayaan melakukan kemahiran
servis.
1.4 Peralatan:
15 biji bola tampar , 2 buah troli, 1 pita pengukur, pita penanda,
tali, kad skor dan pensil.
1.5 Persediaan:
a) Stesyen ujian untuk ujian servis disediakan seperti dalam rajah 1.
Nilai-nilai mata ditandakan pada lantai .
b) Seorang pencatat diperlukan untuk mencatat skor pada kad skor.
1.6 Prosedur
a) Peserta berdiri bersedia untuk melakukan servis di kawasan
servis.
b) Peserta melakukan servis sebanyak 10 kali (servis underhand
atau overhand)
c) Bola yang menyentuh antena atau jatuh di luar kawasan diberi
skor kosong. Bola yang jatuh di atas garisan diberi skor yang nilai
matanya lebih tinggi.
1.7 Pemarkahan
Skor adalah jumlah mata dari 10 cubaan servis. Skor sempurna adalah
50 mata.
RAJAH 1

1.5m 5 mata

3.3m 2.4m 3.3m

3 mata 2 mata 3 mata

4.5m

Garisan Serangan

3m 3 mata

Jaring

Garisan Serangan

Kawasan Servis
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT

BATERI UJIAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR


2. UJIAN HANTARAN (PASSING)

2.1 Definisi : Hantaran adalah satu aksi menghantar bola ke sasaran


menggunakan satu atau dua tangan yang dirapatkan.
2.2 Rasional : Hantaran bola yang baik dan terkawal kepada setter
dapat membantu setter mengatur serangan ke pihak
lawan.
2.3 Objektif : Untuk menguji / menilai keupayaan peserta melakukan
kemahiran hantaran ke sasaran.
2.4 Peralatan:
15 biji bola tampar , 2 buah troli, 1 pita pengukur, pita penanda,
tali, kad skor, pensil dan 2 batang tiang 3.6m tinggi.
2.5 Persediaan:
a) Stesyen ujian untuk ujian hantaran disediakan seperti dalam rajah 2.
Nilai-nilai mata ditandakan pada lantai gelanggang.
b) Seutas tali diletakkan 2.4m di atas Garisan Serangan.
c) Seorang pencatat diperlukan untuk mencatat skor pada kad skor.
d) Tempat pelambung dan tempat peserta melakukan hantaran
ditanda di atas lantai
2.6 Prosedur
a) Peserta berdiri di salah satu daripada dua posisi hantaran, 3m dari
garisan tepi dan 1.5m dari garisan belakang.
b) Seorang pelambung (tosser) yang berada di seberang jaring akan
melambung bola menggunakan dua belah tangan ke arah peserta .
c) Peserta akan menghantar bola tersebut melepasi tali 2.4m tinggi ke
kawasan sasaran.
d) Lambungan yang kurang baik boleh diulang.
e) Mata tidak diberikan pada bola yang dihantar melalui bawah tali, bola
yang menyentuh tali dan bola yang menyentuh atau melepasi jaring.
f) Bola yang jatuh di atas garisan akan diberi skor yang nilai matanya
lebih tinggi.
g) Peserta dibenarkan membuat 10 percubaan, 5 dari posisi kanan dan
5 dari posisi kiri.

2.7 Pemarkahan
Skor adalah jumlah mata dari 10 cubaan hantaran. Skor sempurna
Adalah 50 mata.
RA
JAH 2

4m PELAMBUNG 4m
X

Jaring

1 4 3 4 5 3 1

2.7m 0.9m 0.9m 0.9m 1.8m 0.9m 0.9m

Tali tinggi 2.4m


di Garisan Serangan

PESERTA PESERTA
3m X X 3m

1.5m 1.5m
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT

BATERI UJIAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR


3. UJIAN UMPANAN (SETTING)

3.1 Definisi : Umpanan adalah satu aksi menghantar bola kepada


perejam / setter / pihak lawan dengan menggunakan
jari.
3.2 Rasional : Umpanan yang baik akan dapat membantu perejam
melakukan serangan ke pihak lawan dengan lebih
berkesan.
3.3 Objektif : Untuk menguji / menilai keupayaan peserta melakukan
kemahiran mengumpan.
3.4 .Peralatan:
15 biji bola tampar , 2 buah troli, 1 pita pengukur, pita penanda,
tali, kad skor, pensil dan 2 batang tiang 3.6m tinggi
3.5 Persediaan:
a) Stesyen ujian untuk ujian umpanan disediakan seperti dalam rajah 3.
Nilai-nilai mata ditandakan pada lantai .
b) Seorang pencatat diperlukan untuk mencatat skor pada kad skor.
c) Seutas tali 3m di atas lantai diletakkan selari dan berjarak 3.3m kaki
dari garisan tepi.
d) Tempat pelambung dan tempat peserta melakukan umpanan
ditanda di atas lantai.
3.6 Prosedur
a) Peserta berdiri di tempat permulaan 1.8m dari garisan tepi dan 1.5m
dari jaring.
b) Seorang pelambung yang berada di tengah gelanggang dan 3m
dari garisan belakang akan melambung bola menggunakan 2 belah
tangan ke arah peserta.
c) Peserta akan mengumpan bola tersebut melepasi tali 3m tinggi
ke kawasan sasaran.
d) Lambungan yang kurang baik boleh diulang.
e) Mata tidak diberi pada sentuhan tak sah, bola yang melalui bawah
tali, bola yang tersentuh tali atau jaring dan bola yang melepasi
jaring.
f) Bola yang jatuh di atas garisan akan diberi skor yang nilai matanya
lebih tinggi.
g) 10 percubaan umpanan dibenarkan

3.7 Pemarkahan
Skor adalah jumlah mata dari 10 cubaan umpanan. Skor sempurna
adalah 50 mata.
RAJAH 3

Jaring
Ο
0.6m
0.9m 0.6m 0.6m 0.6m 0.6m 1.5m
PESERTA X
1.8m
5 4 3 2 1

Ο
3.3m Tali tinggi 3m

PELAMBUNG
X
4m 4m

3m
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT

BATERI UJIAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR


4. UJIAN REJAMAN

4.1 Definisi : Rejaman adalah satu aksi memukul bola dengan


sebelah tangan ke gelanggang pihak lawan .
4.2 Rasional : Rejaman yang kuat dan tajam serta mengelirukan dapat
membantu pasukan memenangi perlawanan.
4.3 Objektif : Untuk menguji / menilai keupayaan peserta melakukan
kemahiran rejaman.
4.4 .Peralatan:
15 biji bola tampar , 2 buah troli, 1 pita pengukur, pita penanda,
tali, kad skor dan pensil.
4.5 Persediaan:
a) Stesyen ujian untuk ujian rejaman disediakan seperti dalam rajah 4.
Nilai-nilai mata ditandakan pada lantai .
b) Seorang pencatat diperlukan untuk mencatat skor pada kad skor.
c) Tempat pelambung ditandakan 4m dari garisan tepi dan
1.5m dari jaring. Tempat peserta ditandakan 3m dari jaring dan
15cm dari garisan tepi.
d) Tinggi jaring adalah 2 meter.
4.6 Prosedur
a) Peserta akan merejam lurus 5 kali ke kawasan sasaran dan
5 kali melintang ke kawasan sasaran
b) Lambungan yang kurang sempurna boleh diulang.
c) Mata tidak diberikan pada bola yang tersentuh antena atau jaring.
d) Bola yang jatuh di atas garisan akan diberi skor yang nilai matanya
lebih tinggi.
e) 5 percubaan rejaman lurus dan 5 percubaan rejaman melintang
dibenarkan.
4.7 Pemarkahan
Skor adalah jumlah mata dari 10 cubaan rejaman. Skor sempurna
adalah 50 mata.
RAJAH 4

3 meter 3 meter

1.5 m 3 mata 3 mata

1.5 m 2 mata 2 mata

1.5 m 3 mata 3 mata

1.5 m 4 mata 4 mata

Garisan Serangan

3m
5 mata 5 mata

Jaring
1.5m

X
PELAMBUNG 4m
PESERTA
X
15cm Garisan Serangan

RUJUKAN:

NCSU Volleyball Skills Test Battery


(Bartlett, Smith, Davis, & Peel, 1991)