Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

ISLAM
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK 2020

PROGRAM: PDPP PPC Nama Pelajar :


Kod : MPU2071 Sem / Tahun : 1 / 2020
Nama Kursus : Pengurusan Ambilan : Jun 2020
Kokurikulum Kumpulan : PDPP PPC 1.01 dan 1.02
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Kuiz 26/10/2020 26/10/2020
2. Pembentangan Kertas Kerja 6/10/2020 19/10/2020
Projek
3. Amali Projek 13/10/2020 26/10/2020

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) :

1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti


kokurikulum di sekolah. (C2, HP1)
2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil kira
semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum. (C2, HP1, A4, HP5, HP6, KIK5,
KDN2)
3. Melaksanakan projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian dengan
mempamerkan nilai dan etika profesionalisme
(C4, HP2, KKG4, A4, HP8, KAT12, HP9, KPK2, KPK5, HP10, KEP4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat :
1. Membentangkan perancangan pelaksanaan aktiviti projek berdasarkan kertas kerja yang
disediakan dengan jelas.
2. Melaksanakan satu aktiviti permainan kecil dengan mengambilkira aspek pengelolaan
dan penilaian yang dapat mempamerkan nilai dan etika profesionalisme.

Perancangan yang sistematik dan lengkap dapat membantu melaksanakan aktiviti


kokurikulum yang sempurna dan berkesan. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki
membentang perancangan pelaksanaan, mengelola dan menilai satu aktiviti permainan kecil
dengan mempamerkan nilai dan etika profesionalisme.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Kuiz (30%)


Kuiz ini merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:

1. Pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum.


2. Penubuhan Unit-unit kokurikulum
3. Peranan Guru Penasihat
4. Pengurusan dan pentadbiran kokurikulum
5. Pentadbiran Mesyuarat
6. Sistem fail dan surat menyurat
7. Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan
8. Majlis Rasmi-Protokol
9. Penilaian

Tugasan 2: Pembentangan Kertas Kerja Projek (30%)


- Secara berkumpulan (2-3 orang), anda dikehendaki merancang penganjuran satu
permainan kecil dengan melibatkan jawatankuasa yang sesuai dan membentangkan hasil
perancangan pelaksanaan projek berdasarkan kertas kerja yang disediakan dengan jelas.
Pembentangan kertas kerja projek hendaklah berfokuskan kepada perancangan dan
pengendalian aktiviti permainan kecil yang merangkumi;
- nama dan konsep aktiviti kecil
- penyediaan bahan/peralatan diperlukan
- tatacara pelaksanaan aktiviti permainan kecil
- Sistem pertandingan
- peraturan atau undang-undang aktiviti kecil
- SOP keselamatan
- Penilaian dan pelaporan

Tugasan 3: Amali Projek (40%)


Anda dikehendaki melaksanakan satu aktiviti permainan kecil yang menarik dan berkesan.
Penonjolan nilai dan etika profesionalisme dalam pengelolaan dan penilaian aktiviti
permainan kecil menjadi fokus utama penilaian. Hasil pelaksanaan hendaklah
dipersembahkan dalam bentuk Vlog.
Arahan Pelaksanaan Tugasan
1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (2-3 orang) dan tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
Muka hadapan hendaklah mengikut template yang ditentukan.
- Fon Arial
- Saiz huruf adalah 11
- Langkau 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Assosiation)
3. Sisipkan borang maklumbalas bersama tugasan anda.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan
kerja kursus.
5. Penulisan hasil kerja kursus menunjukkan keaslian hasil kerja.
6. Penulisan kerja kursus menunjukkan kefasihan bahasa, kesesuaian laras bahasa
dan kematangan dalam menyampaikan pernyataan atau hujah.
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
8. Tugasan ini membawa markah 100%.

Kriteria Pentafsiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh Disemak oleh

_______________________ _________________________
( KUMAR A/L RAMAN ) (MOKHTAR BIN ISHAK)
Pensyarah Pensyarah Pakar Rujuk Bidang (SME)
Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam

Disahkan oleh

____________________________
( WAN NAZROL BIN WAN NOH)
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai