Anda di halaman 1dari 1

LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

KULIAH ASAL: 03/09/2020; 8.00 - 10.00 am

POP KUIZ 1

Huraikan komponen biosfera serta fungsinya.

Komponen biosfera dihuni oleh hidupan termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan,


dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan
manusia seperti kangkung, bayam, sawi, ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain.
Tumbuhan yang terdapat dalam komponen ini juga membekalkan pelbagai sumber hutan
kepada manusia khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok kayu keras yang terdapat
dalam sistem ekologi ini ialah cengal, jati, meranti, balau, merbau, dan sebagainya.

Disamping itu juga, tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam sistem ekologi ini juga
penting bagi membekalkan gas oksigen yang amat penting untuk semua hidupan meneruskan
kelansungan hidup. Tumbuh-timbuhan membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
Semasa proses fotosintesis dijalankan, tumbuh-tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke
udara dan menyerap gas karbon dioksida dalam udara. Melalui proses ini, kandungan gas
karbon dioksida salam udara dapat dikurangkan di samping menyerdahanakan suhu bumi agar
bumi tidak berada dalam keadaan panas melampau.

Selain itu,komponen biosfera ini juga penting sebagai tempat simpanan air atau
kawasan tadahan. Hal ini kerana dalam sistem ekologi.ini terdapat pelbagai jenis hutan yang
membekalkan pelbagai jenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pencengkam tanah. Di kawasan
hutan khatuistiwa seperti Malaysia contohnya,tumbuhan yang terdapat di hutan Negara ini amat
penting dalam menyediakan kawasan tadahan air.

Anda mungkin juga menyukai