Anda di halaman 1dari 1

Slogan Menyebarkan Tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah

      muslihat  mereka untuk  menjajah Asia Tenggara


         
Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda.
Kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka
berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas
Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab untuk
mentamadunkan orang Timur.
            Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur.
Slogan tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi
menjayakan kepentingan mereka.
          Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa
Barat bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki
tanah jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan
kekayaan. Contohnya kuasa British berjaya menguasai Tanah
Melayu.                                                                              
          Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat
untuk memenuhi perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka
menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah Dengan penjajahan
ini dapat menjamin bekalan bahan mentah secara konsisten. Mereka juga
menjajah Asia Tenggara untuk dapat meluaskan pasaran hasil
perkilang  pasaran ke India dan China.                                                 
Kesannya Asia Tenggara berjaya dikuasai dengan mudah oleh
imperialis barat hasil daripada tipu muslihat yang telah direncanakan. 

Anda mungkin juga menyukai