Anda di halaman 1dari 9

AMALI 3: Laporan Secara Analitik Laporan Amali “Multi Stage Run”

1.0 Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar


darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan
kumuhan dari otot. Fenomena ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara
berterusan. Kita boleh meningkatkan keberkesanan sistem ini dengan melakukan
aktiviti fizikal. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung yang boleh mengepam
darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik, paru-paru dapat
membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah
serta rangkaian arteri iaitu membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala
vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung. Keupayaan jantung dan
sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan
kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya tahan kardiovaskular adalah komponen
yang terpenting dalam profil fisiologi manusia dan ianya melibatkan daya tahan
aerobik dan anaerobik. Oleh itu, saya menguji diri sendiri dengan membuat
‘Multistage Fitness Test’ atau dikenali sebagai ‘Bleep Test’.

2.0 UJIAN MULTISTAGE RUN

Tujuan ujian MULTISTAGE RUN dijalankan bertujuan untuk mengukur kecergasan


daya tahan kardiovaskular/aerobik seseorang.

Prosedur Ujian

Topik : Multistage Run

Objektif : Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular

Kemudahan / Alatan : Kawasan lapang dan rata, jam randik, borang catatan,

pembantu / pencatat, pita audio,isyarat bunyi, radio kaset,

kon/penanda, pita pengukur (20m)

Arahan / Penerangan :
a) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Setiap peserta
mempunyai pembantu untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui.
b) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20meter mengikut isyarat ‘bleep’ yang
akan dibunyikan dari pita audio.
c) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat ‘bleep’ berbunyi,
peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat
berbunyi.
d) Masa antara isyarat ‘bleep’ akan berkurangan setiap minit, dengan itu kelajuan
larian hendaklah ditingkatkan.
e) Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta. Peserta perlu
berlari sehingga ke tahap kelesuan.
f) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-
dua hujung dua kali berturut-turut.
g) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil
sebagai tahap peserta tersebut.

3.0 Kadar nadi sebelum menjalani ‘Multi Stage Run’

Pengiraan Kadar Nadi Masimum= 220-umur

Pengiraan Kadar Nadi Latihan=KNR + Intensiti (KNM-KNR)

Nadi sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan= 74 denyutan seminit

Nadi selepas memanaskan badan= 122 denyutan seminit


3.1 Kadar Nadi Latihan

Umur 20 tahun

Kadar Nadi Rehat (KNR)= 60 denyutan seminit

Kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220-20

=200 denyutan seminit

Kadar Nadi Latihan pada kadar intensiti = 70%

KNL = KNR + I (KNM – KNR)

= 60 + 70% (200-60)

= 60 + 70% (140)

= 60 + 98

= 158 denyutan seminit

3.2 Kadar denyutan nadi selepas menjalani aktiviti ‘Multi Stage Run’

Minit Kadar nadi selepas latihan (seminit)

Pertama 140

Kedua 128

Ketiga 116

Keempat 98

Kelima 86
3.3 Graf kadar nadi selepas latihan (seminit)

kadar nadi selepas latihan (seminit)


160

140

120

100

80

60

40

Minit
20

0
0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 5.5

Graf tersebut menunjukkan kadar nadi saya selepas melakukan larian ‘Multi Stage
Run’. Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, kadar nadi saya ialah 74
denyutan seminit. Selepas itu, kadar nadi saya meningkat kepada 124 denyutan
seminit selepas melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas melakukan larian,
kadar nadi saya meningkat kepada 140 denyutan seminit. Selepas berehat seminit,
kadar nadi saya menurun kepada 128 denyutan seminit. Pada minit ke 3 kadar nadi
saya menurun kepada 116 dan 98 pada minit keempat serta 86 pada minit ke 5. Hal
ini menunjukkan kadar nadi saya menunjukkan penurunan selepas larian dan
kembali kepada kadar normal dan bersedia melakukan aktiviti yang seterusnya.
RUJUKAN

Izwan Cikgu. (2012). Ujian Bleep. Dicapai pada 25 September 2012 daripada:
https://prezi.com/1s3gkn1_ghax/ujian-bleep/

Ujian dan Penilaian Kecergasan. Dicapai pada 29 Januari 2015 daripada:

http://sainssukanmaar.blogspot.com/2015/01/ujian-dan-penilaian-kecergasan.ht

ml

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan. Dicapai pada 1 Oktober 2012 daripada:

http://sayacikgusukan.blogspot.com/2012/10/kecergasan-fizikal-berlandaskan.ht

ml

Prosedur Pelaksanaan Tes Kondisi Fisik dan Keterampilan Bermain Bola Sepak.
Diperoleh daripada:http://eprints.uny.ac.id/8879/9/Lampiran%203%2C%204%

2C%205.pdf
LAMPIRAN

PENGIRAAN KADAR NADI SEBELUM DAN SELEPAS:

Kadar Nadi Maksimum (KNM) - Umur = 220-20

= 200 dsm

Kadar Nadi Rehat (KNR) = 60 dsm

KNL = KNR + I (KNM – KNR)

NAMA: SITI AZIEMAH BINTI SHAMSUDIN


UMUR: 20 TAHUN
BIL. KADAR NADI LATIHAN KNL= 70% KADAR NADI LATIHAN KNL= 70%
INTENSITI (SEBELUM) INTENSITI (SELEPAS)
1 60 140
2 60 128
3 60 116
4 60 98
5 60 86

BORANG SKOR DAN PERMARKAHAN


SITI AZIEMAH BINTI SHAMSUDIN PEREMPUAN

Anda mungkin juga menyukai