Anda di halaman 1dari 1

THURSDAY, AUGUST 6, 2020 SIGN IN / JOIN 

BERITA  EKONOMI  RENCANA  TEKNOLOGI  GALERI IKLAN    

Home  Rencana  Pendapat  Mengubah cara ber kir saat menghadapi dugaan getir

Rencana Pendapat

Mengubah cara ber kir saat menghadapi


dugaan getir
By Editor - May 24, 2020  73  0

Suka 0

  

LIKE US


Malakat Tribune
28,571 likes

Like Page Watch Video

1 friend likes this

WAKTU SOLAT

Kehadiran anggota polis dan tentera untuk membolehkan rakyat mematuhi arahan kerajaan dalam mengekang wabak
Covid-19 daripada terus merebak. Subuh 6:01 AM

Zohor 1:22 PM
Dugaan yang dihadapi masyarakat manusia akibat arus deras penyebaran virus Covid-19
Asar 4:42 PM
yang sedang melanda dunia hari ini sememangnya luar biasa.
Maghrib 7:29 PM

Walaupun dari segi jumlah, virus ini masih belum menyamai penyakit Spanish Influenza Isyak 8:41 PM
seabad lalu yang menjangkiti hampir 500 juta orang, dan dari segi bahaya ia tidak seganas
virus e-bola yang merenggut nyawa 40 peratus dari mereka yang dijangkiti, namun
sekiranya kita melihat dari segi kepantasan virus Covid-19 ini merebak dan keluasannya
berkembang, ternyata ia mengatasi kedua-dua penyakit di atas.

Akibatnya tiada negara di dunia ini yang terlepas dari serangannya, sementara epicentre
atau pusat serangan jangkitannya juga boleh berubah dari satu negara ke satu negara lain
dengan pantas. Tanpa simpati, jumlahnya terus berkembang pantas setiap hari.

Virus baharu ini juga telah melumpuhkan ekonomi banyak negara, menjadikan usahawan
dan saudagar jatuh bangkrap dan meragut nyawa hatta pemimpin, ahli sukan dan selebriti
dunia.

Yang juga bahaya, penyebaran virus ini bakal memberi kesan kepada tahap kesihatan jiwa
manusia yang sememangnya telah tergugat dengan pelbagai faktor kerumitan hidup.

Hari ini, apabila hampir keseluruhan penduduk dunia dipaksa untuk tinggal di rumah,
dibatas pergerakan, dijarakkan hubungan dan dinafikan kebebasan yang selama ini
menjadi sebahagian dari fitrah kehidupan, pastinya akan menambah tekanan kepada
ketenteraman jiwa manusia.

Sekiranya mereka yang tinggal di rumahpun kadangkala ada yang menunjukkan maklum
balas yang menggambarkan tekanan perasaan, bayangkan apa yang dilalui oleh pesakit
Covid-19 sendiri dan juga petugas perubatan dan barisan hadapan (frontliners) yang
terpaksa diasingkan dengan segala peralatan yang mencengkam dan menyesakkan jiwa
dan raga.

Tidak hairanlah kajian di Wuhan, China misalnya menunjukkan bahawa terdapat


penambahan kes tekanan mental yang tinggi selepas bermulanya penyebaran virus Covid-
19.

Begitu juga berita seorang state minister sebuah negara Eropah membunuh diri akibat
tertekan dengan kesan wabak ini terhadap negaranya beberapa minggu yang lalu juga
membuktikan suasana ini.

Bagi mengatasi persoalan tekanan jiwa ini mungkin kita memerlukan sedikit game changer
atau perubahan dari segi berfikir bagi menghadapi cabaran di tahap ini. Sekurang-
kurangnya ada tiga bentuk perubahan cara berfikir yang boleh diambil saat kita
LATEST POSTS
menghadapi saat getir ini.

Allo Technology sumbang


Pertama, dengan mengubah sudut pandang kita dalam menanggapi keseluruhan cabaran RM10,000 kepada Projek
serangan virus ini dengan melihatnya sebagai salah satu babak kecil dalam rantaian Zero Hunger
May 20, 2020
kehidupan panjang insan yang Tuhan jadikan keseluruhannya dengan hikmah “untuk
menguji siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.” (al-Mulk, ayat 2). Ayat ini
Manfaat yang diterima oleh
menjelaskan bahawa hakikat keseluruhan kehidupan ini Allah jadikan sebagai ujian kepada Madam Lee boleh bantu
manusia. rancakkan perniagaan
selepas PKP
Apr 6, 2020
Sama seperti keadaan apabila kita sedang mengambil ujian atau peperiksaan ketika berada
di sekolah atau universiti, pasti ada soalan-soalan peperiksaan yang lebih sukar berbanding New York jangka kes Covid-
yang lain. 19 akan memuncak
beberapa minggu lagi
Mar 31, 2020
Maka anggaplah dugaan Covid-19 ini sebagai sebahagian dari soalan-soalan yang sukar
dalam ‘peperiksaan’ yang kita sedang lalui. Insya-Allah, sekiranya kita benar-benar Rasulullah larang pertikai
berikhtiyar mengelakkannya, sabar, tenang dan tawakkal dalam menghadapi dugaan
kebaikan orang
Apr 23, 2020
covid-19 ini, maka kita sebenarnya telah berjaya menyelesaikan soalan sukar dalam
peperiksaan dengan jayanya.
Lelaki maut tertembak diri
sendiri
Perubahan kedua yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah perhatian kita kepada Jul 27, 2020

perkara yang lebih kekal dalam kehidupan. Dugaan penyakit, sebagaimana dugaan-dugaan
lain dalam kehidupan, adalah sebahagian dari perkara-perkara yang mendatang dalam
kehidupan.
NEWSLETTER

Ia datang dalam tempoh tertentu, ia juga akan meninggalkan kita apabila sampai tempoh
Newsletter. Let's stay updated!
tertentu. Mungkin ia mengambil sedikit masa, akan tetapi masih lagi bersifat sementara.
Phone Number
Namun sebagai yang diajar oleh akidah Islam ada perkara-perkara yang lebih kekal dan
mutlak dalam kehidupan yang sememangnya kita perlu tumpukan sentiasa tanpa kecuali
seperti Ketuhanan dan Hari Kemudian. Email address:
Your email address

Dengan kembali menumpukan perhatian kepada perkara yang kekal, perkara sementara
yang mendatang tidak akan menguasai dan menekan perasaan kita. Lebih-lebih lagi Sign up
apabila kita yakin bahawa perkara yang berubah itu sendiri berada dalam kekuasaan Yang
Maha Kekal tersebut.

Justeru, ingatan kita yang berterusan kepada Tuhan Yang Maha Kekal dan keyakinan
bahawa Dialah yang Maha Berkuasa menyelamatkan kita dari segala penyakit bakal
menjadikan jiwa lebih tenang, sebagaimana yang diingatkan oleh al-Qur’an,
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah akan menenangkan jiwa.” (al-Ra’d, ayat 28).

Perubahan pemikiran ketiga ialah dengan mengubah tumpuan kita kepada pendalaman
ilmu-ilmu yang dapat menyakinkan jiwa terhadap nilai-nilai abadi dalam kehidupan seperti
ilmu agama dan akhlak.

Ilmu-ilmu agama dan akhlak adalah contoh ilmu yang mengajar kita mengenai sifat-sifat
keutamaan (fadha’il) yang bakal membina jiwa keinsanan dengan lebih kuat. Contohnya
sifat-sifat mahmudah seperti mujahadah, ikhtiyar, sabar, redha, tawakkal, syukur dan lain-
lain.

Pastinya dengan mengetahui dan berusaha menanamkan sifat-sifat ini ke dalam diri, ia
akan membantu kita menghadapi cabaran wabak ini dengan lebih kuat.

Pastinya sifat-sifat ini harus difahami dengan seimbang terutama antara aspek ikhtiyar dan
kesungguhan dalam menghadapi dan menjauhi penyakit dengan aspek penerimaan dan
keredhaan kita dalam menghadapi ketentuan Allah.

Ternyata ketiga-tiga perkara di atas merupakan perkara yang tidak begitu sukar untuk
dilakukan semasa pergerakan terbatas ini. Ini kerana ia adalah perkara dalaman yang
bersifat ruhaniyah dan akliyah dan tidak memerlukan banyak pergerakan.

Untuk mereka yang telah sedia kuat pegangan akidah dan mantap nilai-nilai akhlakiyah,
perkara-perkara yang disebutkan di atas adalah sebagai satu ingatan yang perlu diulang
dalam diri melalui tazkirah dan muhasabah diri.

DR. MOHD. FARID MOHD. SHAHRAN


Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, (Syarak)
Institut Kefahaman Islam Malaysia

TAGS COVID-19 DUGAAN

Suka 0

 Share  Facebook  Twitter  Telegram

Previous article Next article

Laksanakan ibadah lain secara istiqamah Pelanggan terkejut banyak produk berkualiti
di Malakat Mall

Editor

RELATED ARTICLES MORE FROM AUTHOR

Mengapa sukar Kes pemandu mabuk bak Budaya politik murni bukan
mengungkapkan maaf pembunuhan bersiri! idealisme tapi tanggungjawab

Arak yang rosak dari segala Perdagangan mata wang Ambil iktibar, sudah-sudahlah
sudut asing dalam talian menghentam

 

LEAVE A REPLY

Comment:

Name:*

Email:*

Website:

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Post Comment

POPULAR POSTS POPULAR CATEGORY

Laman web ini menyediakan laporan berita harian dan


turut diselangi dengan analisis isu semasa dan laporan
Keputusan jaga negara hak Berita Semasa 3119
kerajaan, bukan Amnesty
berkaitan gerakan menyokong kempen Buy Muslim First Dalam Negeri 689
May 3, 2020
(BMF). Selaras dengan itu, kami telah memastikan
Luar Negara 375
segala maklumat, berita dan pendapat yang dikongsikan
adalah tepat sewaktu ia ditulis. Kesemua pendapat dan Jururawat kongsi pengalaman Berita 223
maklumat yang dikongsi adalah pandangan peribadi ‘pelik’ jaga jemaah tabligh 65
Pendapat
pihak sumber dan bukan pandangan kami, dan kami Mar 26, 2020
tidak bertanggung jawab jika pihak sumber mengubah Bisnes 58
pendiriannya pada masa akan datang. Pautan kepada 58
Penerima BPN diminta kemaskini Jenayah
kandungan dari tapak lain bukanlah tanggung jawab
maklumat akaun bank Sukan 37
kami.
Apr 13, 2020
Kolumnis 35
Contact us: malakat.tribune@gmail.com

   

© All Right Reserved. Designed and Developed by Malakat Tribune 2019

Anda mungkin juga menyukai