Anda di halaman 1dari 1

Bacaan yasin sepanjang tahun

Bacaan Yasin berselang-seli dengan bacaan ma’thurat secara berjamaah


merupakan rutin mingguan setiap khamis di SMKDH 1. Seluruh warga sekolah yang
terdiri daripada para guru serta semua pelajar termasuk murid-murid istimewa dari
kelas PPKI akan berhimpun bersama-sama di dataran perhimpunan untuk mengalunkan
ayat-ayat suci al-quran dari surah tersebut. Majlis yang diketuai oleh seorang khalifah
pilihan akan bermula seawal jam 7.30 pagi sebaik sahaja pelajar-pelajar sampai dan
mengambil tempat mengikut barisan kelas masing-masing. Khalifah pula terdiri
daripada para pelajar sendiri yang akan bergilir-gilir mengetuai bacaan mewakili kelas
,asing-masing mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam.
Semua kelas tidak akan terkecuali sama ada menengah rendah mahupun menengah
atas. Barisan khalifah merangkap imam muda sekolah terlebih dahulu akan dipilih dan
dilatih oleh para ustaz serta ustazah bagi memastikan bacaan mereka baik, lancar dan
fasih.
Alhamdulillah, hasil dari didikan program mulia ini, ramai bakat baru yang
terpendam dapat diketengahkan dan mampu menjadi contoh ikutan terbaik untuk
rakan-rakan yang lain. Disamping itu, program ini juga dapat menyuburkan perasaan
mahabbah antara satu sama lain selain menzahirkan rasa kehambaan serta
penggantungan harapan kepada Yang Maha Esa. Tidak dinafikan, aura kerohanian yang
terpancar dari program ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pembentukan
sahsiah mulia para pelajar serta membendung gejala negatif yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai