Anda di halaman 1dari 14

1.

0: PENGENALAN

Profesion dapat diertikan sebagai satu keunggulan yang merujuk kepada individu
dan kumpulan dalam sesuatu pekerjaan yang mempunyai inspirasi untuk membezakan diri
mereka dari pekerja-pekerja yang lain. Menurut Awang Had Salleh, beliau menyatakan
bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara antara penggunaan istilah perguruan dan
keguruan. Perkataan ini digunakan untuk merujuk pada profesion itu sendiri iaitu profesion
keguruan. Istilah perguruan pula membawa erti proses penyediaan guru iaitu melalui
program-program penyediaan guru melalui anjuran universiti dan program Kursus Diploma
Leasan Ijazah (KPLI).

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan


pelajaran yang tinggi dan latihan yang khusus misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas
dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Maka dengan itu, golongan guru hendaklah
memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap
yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang
digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Manakala, Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk


peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi
kendiri.  Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan
yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang
diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil
tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif dalam
menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin
et al. 2001, Gelpi 1995). Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Berterusan
sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan
pembeajaran. Dengan demikian, dalam hal ini melalui elemen professional keguruan dan
pembelajaran sepanjang hayat, secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam
memberikan sumbangan kepada komuniti di samping menghadapi cabaran pendidikan
semasa.

Seterusnya, Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok
atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud sesuatu unsur atau
faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan susatu organisai (Kamus Dewan, 2007).
Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru secara khasnya dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM.

1
Maka sesungguhnya, semua pihak atau masyarakat mestilah bertanggungjawab
dalam memartabatkan profesion keguruan ini. Dengan itu, profesion keguruan sehingga kini
masih dimartabatkan dan disanjung oleh banyak pihak dan ada segelintir daripada pihak
mereka yang kurang meyakini oleh para pendidik itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian
kerana masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang disandang oleh mereka
sebagai satu profesion. Tema Hari Guru sejak kebelakangan ini telah menyentuh martabat
profesion keguruan. Tema yang berbunyi seperti Bersatu Memartabatkan Profesion
Keguruan (2000) dan Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama (2001)
jelas menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia
terhadap isu profesionalisme guru.

2
2.0: ELEMEN PROFESIONALISME KEGURUAN

Mementingkan mutu
perkhidmatan dan
dedikasi terhadap
kerja.

Perlu mendapat Mempunyai


latihan yang autonomi semasa
khusus. menjalankan
Elemen tugas.
Profesional

Tanggungjawab
Perkhidmatan terhadap semua
yang unik dan keputusan yang
penting. dibuat.

Pada zaman era kemodenan ini, persoalan penghayatan keguruan terhadap elemen-
elemen profesionalisme keguruan sangat penting untuk melahirkan guru yang berkarisma
dan berwibawa yang jitu. Guru perlu memainkan peranan yang penting kerana guru adalah
idola serta inspirasi utama kepada murid.

Sebagai satu profesion yang profesional, program peningkatan profesionalisme guru


perlu dilaksankan agar dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.
Melalui peningkatan profesionalisme guru juga, dapat melahirkan guru yang versatile, iaitu
guru yang sanggup melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan
tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran
terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.

Kita harus akui bahawa keguruan ialah satu profesion. Maka, fokus kita pada masa
kini dan pada masa akan datang ialah mempertingkatkan imej profesion keguruan melalui
proses yang unggul dalam memartabatkannya. Dengan itu, usaha kita ke arah profesion
keguruan ini perlu berterusan selagi profesion ini diperlukan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan. Ada beberapa perkara atau elemen profesionalisme keguruan yang perlu
diberi penghayatan untuk melahirkan guru yang produktif. Antaranya ialah:

3
Bil Elemen Profesional Pendidikan Sumbangan kepada Cabaran Pendidikan
Sepanjang Hayat Komuniti Semasa

1. Mementingkan mutu Memperbaharui ilmu Memperkenalkan Pengaruh yang tidak


perkhidmatan dan pengetahuan dan amalan koloborasi baik dalam
dedikasi terhadap kemahiran perkembangan
kerja. teknologi maklumat
serta komunikasi
2. Perlu mendapat Meningkatkan mutu Pengiktirafan guru - Kesuntukan masa
latihan yang khusus. atau dan sekolah sebagai dan hanya
mempelbagaikan pusat sosialisi dalam mempunyai masa
teknik penyampaian komuniti setempat yang terhad
ilmu - Sikap kurang
membaca
dikalangan rakyat
3. Mempunyai autonomi Menarik minat Membuka banyak Gejala sosial
semasa menjalankan mereka dengan pusat atau kursus
tugas membuat inovasi mahupun kelas
benda yang lama inovasi
kepada yang baru
4. Perkhidmatan yang Menggunakan Mengadakan kelas - Bagaimana untuk
unik dan penting aplikasi yang terkini teknik aplikasi yang membudayakan ilmu
yang tidak lapuk terkini di dalam komuniti
setempat
- sukar untuk
mendapat bahan
bacaan
5. Tanggungjawab Meneruskan Bertanggungjawab Kesedaran guru itu
terhadap semua kehidupan dengan menyediakan sendiri dalam
keputusan yang menambahkan dan sesebuah organisasi melaksankan tugas
dibuat memantapkan ilmu yang sistematik dan
mudah diikuti oleh
orang ramai

Rajah 3.0: Elemen Profesionalisme Keguruan

2.1: Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi terhadap kerja.

4
Para pendidik atau dikenali guru mestilah bertanggungjawab dalam
memastikan hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seterusnya disiplin
dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan. Para pendidik perlu terlibat
dengan pembacaan atau penulisan bahan-bahan ilmiah seperti jurnal atau dapatan-
dapatan kajian untuk melahirkan perkhidmatan dan pengetahuan yang bermutu
tinggi. Seorang guru yang profesional perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang
kandungan dan kaedah mengajar. Dengan itu, guru hendaklah melibatkan diri dalam
program pemajuan professional secara berterusan. Pada era ICT masa kini, ilmu
yang diperoleh oleh seseorang mudah menjadi ketinggalan zaman dengan pantas
dek kerana kecanggihan gajet-gajet yang ada. Sehubungan dengan itu, ahli
profesion keguruan juga patutlah menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu
sendiri. Bidang profesion keguruan memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap
dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana
mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting
dalam pekerjaan professional keguruan.

Dalam elemen mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi terhadap


kerja ini, ianya harus diterapkan juga sebagai pendidikan sepanjang hayat. Pihak
guru hendaklah memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka supaya mutu
perkhidmatan yang sedia ada tidak ketinggalan zaman oleh kerana kecanggihan
zaman globalisasi yang ada pada masa kini. Tujuannya ialah untuk memberi latihan
dan pendidikan kepada semua orang dengan bermatlamat untuk membangunkan
modal insan dengan sepanjang hayat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha guru
memberi latihan yang secukupnya adalah sebagai mutu perkhidmatan untuk
kegunaan sepanjang hayat.

Oleh hal demikian, sebagai sumbangan kepada komuniti, para pendidik boleh
memperkenalkan amalan koloborasi yang membawa kemenangan kepada komuniti
dan juga sekolah. Perkara ini banyak memberi manfaat kepada komuniti di luar sana
sebagai mutu perkhidmatan dan dedikasi terhadap kerja. Contohnya, gunasama
kemudahan seperti bilik darjah, padang dan peralatan sekolah. Kakitangan sekolah
serta boleh bersama-sama mengikuti program yang dianjurkan oleh komuniti.
Komuniti melalui agensi kerajaan yang lain juga bolehlah meletakkan peralatan-
peralatan di sekolah dan boleh digunasama oleh anak-anak mereka di sekolah.Hal
ini adalah untuk membuktikan bahawa guru sangat mementingkan mutu
perkhidmatan sebagai pendidik yang boleh bekerjasama dengan komuniti dan
gunasama dalam pelbagai hal atau perkara yang melibatkan sekolah, guru dan
murid.

5
Selain itu, sumbangan guru kepada komuniti sebagai mutu perkhidmatan dan
dedikasi terhadap kerja juga ialah gunasama kepakaran. Warga pendidik akan
membawa tenaga pengajar pakar dari luar, untuk mengajar kursus pendek dan
sepanjang hayat di sekolah semasa cuti atau disebelah malam dan pihak sekolah
bolehlah mengambil peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru. Ada kalanya
guru sekolah juga berpeluang mengajar seperti bahasa Inggeris dan kemahiran
hidup kepada suri rumah dan lain-lain golongan dalam komuniti setempat. Di sinilah
mereka berpeluang mendekati dan memahami dengan lebih dekat ahli-ahli dalam
komuniti secara tidak langsung membantu meningkatkan disiplin anak-anak mereka
termasuk kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini jelas sumbangan guru
kepada komuniti dari segi memberikan mutu perkhidmatan yang mantap tanpa
mengira penat dan lelah kepada komuniti.

Cabaran pendidikan semasa dalam isu ini ialah pengaruh yang tidak baik
dalam perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi. Oleh yang demikian, hal
ini boleh menjatuhkan mutu perkhidmatan dan dedikasi guru. Penyebaran maklumat
yang salah secara pantas melalui teknologi maklumat telah menurunkan mutu
perkhidmatan dan hasil kerja guru akibat percanggahan maklumat yang berlainan.
Kemudahan teknologi maklumat itu juga akan menjejaskan peluang kepada jaringan
antara para pendidik dan penyelidik serta perkongsian bahan akademik.

2.2: Perlu mendapat latihan yang khusus.

Sesuatu profesion memerlukan latihan kepakaran bagi bidang yang khusus.


Hal ini ditegaskan bahawa bidang kepakaran untuk sesuatu profesion perlu jelas.
Semua guru yang dilatih oleh institusi-institusi pendidikan yang menawarkan
program penyediaan guru sepatutnya berkebolehan untuk menjalankan tugas
mereka secara profesional. Program kursus-kursus perguruan yang diadakan di
maktab perguruan dan universiti tempatan mengambil masa yang agak panjang
untuk melatih dan mendidik pelatih-pelatih. Latihan yang diadakan termasuk kursus-
kursus teras seperti falsafah pendidikan, teknologi pendidikan, psikologi pendidikan,
sosiologi pendidikan, teknologi pendidikan, pengujian dan penilaian dan kokurikulum.
Komponen pedagogi yang mewajibkan untuk membolehkan mereka mengajar
dengan berkesan di sekolah. Antara latihan untuk kursus-kursus yang dimaksudkan
ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Perguruan Lepadan Diploma
(KPLD), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(DPM).

6
Calon yang ingin menjadi guru perlu menjalani proses pendidikan dan latihan
yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu sama ada mengikuti
program di maktab perguruan mahupun di universiti. Sebagai contoh, mereka yang
tidak mengikuti kursus profesional seperti graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera
daripada universiti tempatan atau luar negara dikehendaki menjalani kursus Diploma
Pendidikan selama hampir setahun sebelum mereka dapat dilantik sebagai guru
yang bertauliah di sekolah. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting
dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan
ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan
ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus
mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. 

Untuk menyampaikan pembelajaran sepanjang hayat ini, guru hendaklah


meningkatkan mutu atau mempelbagaikan teknik penyampaian ilmu berdasarkan
daripada apa yang telah dipelajari oleh guru itu dalam latihan yang khusus. Hal ini
kerana, bagi mengekalkan mutu pembelajaran itu, guru mestilah mempunyai latihan
yang khusus untuk menarik minat pelajar dengan menggunakan pelbagai teknik
pembelajaran dan seterusnya ia akan menjadikan pembelajarn sepanjang hayat
kepada guru dan juga murid. Sekolah dan guru juga dilihat mempunyai potensi yang
besar untuk memainkan peranan memberi latihan yang khusus dan menyuburkan
kursus-kursus pendek dan sepanjang hayat kepada komuniti setempat asalkan tidak
menggaggu kelangsungan pembelajaran formal yang sedia ada. Dengan itu, usaha
itu dapat memberi pembelajaran sepanjang hayat kepada murid-murid.

Seterusnya, sumbangan yang boleh diberi kepada komuniti melalui latihan


yang khusus yang terdapat pada guru ialah dengan memberikan pengiktirafan guru
dan juga sekolah sebagai pusat sosialisi dalam komuniti setempat. Sekolah bukan
sahaja diterima sebagai gudang melahirkan generasi muda yang berilmu
pengetahuan malah sebagai tempat berinteraksi dikalangan ibu bapa melalui
persatuan ibu bapa dan guru. Peranan PIBG banyak membantu dari segi idea,
kewangan dan kepimpinan telah membantu kecemerlangan murid-murid dalam
bidang akademik yang berpunca daripada kualiti guru yang telah mendapat latihan
yang khusus. Komuniti juga dilibatkan dalam aktiviti sukan sekolah dan majlis-majlis
seperti sambutan perayaan utama, kemerdekaan dan sebagainya.

Kesuntukan masa dan hanya mempunyai masa yang terhad adalah cabaran
besar kepada guru untuk mendapat latihan yang khusus. Kesuntukan guru dalam
menbahagikan masa dan tanggungjawab tehadap murid, sekolah mahupun

7
keluarga menjadi cabaran kepada mereka untuk mendapat latihan yang khusus
dan cabaran untuk mempertingkatkan ilmu. Selepas itu, cabaran lain ialah sikap
kurang membaca dikalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu
bahawa masyarakat hanya membaca purata setengah halaman dalam setahun.
Sufean Hussin (2004) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada
masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan pandai mengira tetapi
mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk meluaskan ilmu
pengetahuan dan pemikiran mereka. (Abd. Rahim, 2003).

2.3: Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

Autonomi atau bermaksud kuasa adalah salah satu elemen profesion yang
diketengahkan oleh tokoh Lieberman. Peringkt kuasa yang paling rendah akan
menurut perintah dan taat kepada arahan ketua atau yang berkuasa. Malahan,
tahap kuasa ini bukan merupakan ciri kepimpinan yang diharapkan daripada
seorang guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah akan diberi autonomi
untuk membuat keputusan dari segi kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan-
bahan pengajaran serta pembelajaran. Guru sebagai pelaksana utama memerlukan
autonomi sebagai peranan yang merpakan pendidik yang profesional.
Idea autonomi guru merujuk kepada kebebasan pendidik di sekolah, boleh
menyelesaikan dan menggunakan pengurusan pengajaran mereka sendiri. Ramai
pendidik, kesatuan atau organisasi profesional pendidikan berpandangan bahawa
mengehadkan autonomi guru di dalam bilik darjah melemahkan kedudukan dan
kebolehan pendidik. Sistem pembangunan kurikulum Malaysia adalah berpusat.
Oleh itu, autonomi profesional pendidik adalah terhad kerana dipantau oleh pihak
atasan.

Pengamal guru yang profesional memerlukan autonomi yang tinggi bagi


memastikan keputusan dapat dibuat untuk perkembangan individu tanpa banyak
melalui karenah birokrasi. Tan Sri Musa Muhamad (2003) menyatakan kuasa
autonomi ini mampu membebaskan pihak sekolah daripada terlalu terkongkong di
bawah mana-mana pihak. Hal ini memberi ruang yang besar kepada guru untuk
bergerak lebih bebas menggunakan kreativiti dalam mentadbir urusan masing-
masing. Contohnya pelajar dari sebuah sekolah ingin mempelajari mengenai
astronomi maka pakar dari luar sekolah samaada dalam atau luar negara dijemput
untuk memberi pendedahan mengenai perkara tersebut. Guru dan pakar terlibat
boleh saling bekerjasama dalam membina kaedah yang lain daripada biasa.

8
Oleh kerana guru mempunyai autonomi dalam kalangan masyarakat,
sepatutnya guru hendaklah manfaatkan autonomi itu untuk pembelajaran
sepanjang hayat. Contohnya guru boleh menarik minat murid-murid dengan
membuat inovasi benda yang lama kepada yang baru asalkan tidak melanggar isi
dan kaedah yang sebenar. Kedudukan guru paling hampir dihati masyarakat.
Masyarakat lebih hampir dengan guru atau sekolah jika dibandingkan dengan
orang lain selain ibu bapa mereka atau institusi lain kerana ia bersifat setempat
sedangkan institusi lain bersifat nasional. Kedudukan ini meletakkan guru dan
sekolah sebagai multifokus yang berkesan kepada masyarakat. Komuniti telah
lama menganggap sekolah adalah sebahagian daripada mereka. Keadaan ini
memudahkan pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan orang-orang
dewasa dalam komuniti setempat.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh membuka banyak pusat


atau kursus mahupun kelas inovasi sebagai satu sumbangan kepada komuniti oleh
kerana kuasa autonomi yang diberi kepada guru. Dengan adanya kelas inovasi
yang dikehendaki, secara tidak langsung masyarakat dapat mempelajari pelbagai
teknik inovasi yang sesuai dengan kehendak kerajaan di masa sekarang dan akan
datang yang mahukan pelbagai inovasi dalam sesuatu kerja.

Dalam hal ini, semestinya autonomi semasa menjalankan tugas mempunyai


cabaran dalam mendidik komuniti seperti cabaran gejala sosial. Walaupun guru
mempunyai autonomi (kuasa) dalam mendidik masyarakat, gejala sosial menjadi
penghalang antara mereka. Murid pada zaman kini sudah tidak takut dan tidak
menghormati orang tua termasuk guru mereka sendiri. Kegagalan menghadapi
masalah ini menjadikan masyarakat ketinggalan dalam banyak bidang ilmu.
Dengan pergaulan bebas antara mereka yang boleh menjatuhkan dan merosakkan
prinsip hidup mereka sendiri menyebabkan hal ini menjadi isu dan cabaran dalam
pendidikan. Maka, perkara ini menjadi cabaran kepada guru bagaimana untk
mengatasi cabaran ini walaupun telah mempunyai autonomi dalam menjalankan
tugas.

2.4: Perkhidmatan yang unik dan penting.

Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang


unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. Kecemerlangan atau
keunikan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika yang telah dirangka, guru

9
dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan. Secara tidak langsung dapat
membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Etika dan keunikan kerja
merupakan nilai-nilai yang penting bagi sesebuah organisasi. Pengamalan etika
memelihara kepercayaan yang diberi dalam m enjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).

Untuk menghasilkan pembelajaran sepanjang hayat, para guru boleh


menggunakan aplikasi yang terkini yang tidak lapuk dan nampak unik. Hal
membuatkan komuniti berasa ingin tahu dengan keunikan pembelajaran yang telah
disampaikan. Pembelajaran sepanjang hayat juga boleh memupuk minat dan
menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi pendidikan
sepanjang hayat sebegini, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi
perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

Dalam hal ini, sumbangan yang boleh diberikan kepada komuniti ialah
mengadakan kelas teknik aplikasi yang terkini sebagai satu keunikan dalam
pembelajaran. Contohnya, kelas penggunaan komputer dan internet kepada
komuniti. Hal ini kerana, sejagat dengan peredaran zaman, penggunaan komputer
dan internet menjadi perkara asas kepada masyarakat pada hari ini. Program ini
bukan sahaja diutamakan kepada golongan muda, malah golongan tua pun turut
sama kerana pengetahuan ini adalah pengetahuan asas dan sangat penting yang
diperlukan kepada masyarakat. Oleh itu, dengan memberikan perkhidmatan yang
unik dari segi kelas aplikasi itu akan menarik minat murid untuk mempelajarinya
dan secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada komuniti.

Dari segi cabaran pula ialah cabaran bagaimana untuk membudayakan ilmu
di dalam komuniti setempat untuk menampakkan perkhidmatan yang telah
disampaikan itu sangat unik dan penting. Membudayakn ilmu di sini membawa
maksud supaya menjadi amalan dalam hidup. Natijahnya, akan berlaku sesuatu
perubahan dalam kehidupan hasil dari pemerolehan dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Malah, masyarakat pada hari ini tidak mengambil endah dengan ilmu
yang hendak disampaikan. Mereka tidak berasa pentingnya ilmu aplikasi terkini
kepada diri mereka sendiri dan mereka tidak Nampak keunikan sesuatu ilmu
tersebut. Mempelajari sesuatu ilmu yang kelihatan unik seperti mempelajari ilmu
internet merupakan budaya yang kita mahukan hidup subur dan berkembang

10
seperti di negara maju. Mugkin juga cabarannya ialah masyarakat sukar untuk
mendapat bahan bacaan atau harganya sangat tinggi di negara Malaysia dan
bahan bacaan bukan dalam bahasa sendiri menyebabkan kita kurang berminat
untuk membaca kerana tidak faham dan menjadi tidak unik dan penting pada
mereka.

2.5: Tanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat.

Elemen yang sering disebut oleh kebanyakan sarjana sebagai salah satu
kriteria profesion ialah tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat. Contohnya
tanggungjawab terhadap tatasusila perkhidamatan atau kod etika. Guru di Malaysia
dipertanggungjawabkan dengan satu kod etika yang agak komprehensif. Kod etika
dijadikan panduan agar setiap guru akan menjalankan tugas mereka dengan penuh
tanggungjawab dan komited. Walaupun guru yang melanggar kod etika ini tidak
akan dikenakan tindakan tegas seperti yang termaktub dalam Perintah-perintah Am
Kerajaan dan Akta Pendidikan 1996, namun tanggunjawab moral mereka untuk
memartabatkan profesion keguruan merupakan kewajipan yang amat unggul.

Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk
meneruskan kehidupan dengan menambahkan dan memantapkan ilmu di dada
sebagai satu pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya, sebagai satu
tanggungjawab dan pembelajarn sepanjang hayat. Pembelajaran ini boleh berlaku
secara formal ataupun tidak formal. Setiap guru perlu bertanggungjawab
mengemaskinikan ilmu dan kemahiran dalam perkembangan dan peningkatan
profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan dan juga perlu
bertanggungajawb dalam mengetahui serta mengambil cakna cabaran yang
dihadapi dari satu masa ke satu masa supaya guru dapat menguasai ilmu dan
kemahiran yang seiring dengan peredaran zaman terkini. Hal ini akan membuatkan
guru tahu akan tanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat dan akan
menjadi pembelajaran sepanjang hayat.

Antara sumbangan yang boleh diberikan kepada komuniti termasuklah


bertanggungjawab menyediakan sesebuah organisasi yang sistematik dan mudah
diikuti oleh orang ramai. Pelaksanaan program pembelajaran atau sesebuah
organisasi sepanjang hayat bukanlah terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan
sekolah, tetapi ia berperanan sebagai sebahagian daripada anggota komuniti untuk
memberi idea intelek yang boleh menggerakkan aktiviti tersebut. Guru perlu
menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang hayat (B.H Rabu, 16

11
Mei 2007). Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti guru
dan sekolah dalam komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi
peluang sama-sama membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini
kepimpinan guru haruslah berperanan memikul tanggungjawab tersebut.

Seterusnya, cabaran tanggungjawab dalam pendidikan ialah kesedaran guru


itu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab yang dibuat. Ramai guru yang
membuat kerja secara terpaksa, seperti kata pepatah melayu mengatakan “bagai
melepaskan batuk di tangga” dan tidak ikhlas dalam membuat tugas menjadikan
hasil kerja mereka tidak berkualiti. Guru perlu bertanggungjawab ke atas semua
tugasan yang dipertanggungjawabkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas.
Seterusnya, guru mestilah menjaga imej profesion keguruan dengan melaksnakan
kerja dengan penuh dedikasi bukan kerana gaji semata-mata. Dalam melaksanakan
tugas, guru mestilah cekap, berinisiatif, jujur, amanah, dedikasi, dan tekun. Dan akhir
sekali, guru mestilah menerima tugasan dan melaksanakannya dengan
kesungguhan. Perkara ini menjadikan cabaran kepada pendidikan masa kini.

12
RUMUSAN

Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa penghayatan guru terhadap elemen


professional keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat sangat penting kepada semua
yang bergelar pendidik untk melahirkan modal insan yang berguna pada masa akan datang.
Elemen–elemen profesional ini bukan sahaja penting kepada yang bergelar guru, malah
berguna untuk semua insan kerana terdapat input-input yang boleh menguntungkan diri
sendiri. Sekiranya semua masyarakat Malaysia menerapkan nilai profesion dalam
kehidupan, maka akan lahirlah negara yang aman dapai dan bermasyarakat majmuk.

Seperti yang telah dibincangkan pada pengisian di atas, sangat jelas bahawa elemen
profesional amat penting. Pihak tertentu hendaklah memainkan peranan penting bagi
menerapkan budaya guru yang berprofesional dalam masyarakat setempat contohnya
peranan kerajaan untuk memberi kemudahan atau melancarkan apa-apa program supaya
pengamalan guru yang professional menjadi perkara kemestian dalam negara Malaysia. Hal
ini bersesuaian dengan pepatah melayu yang mengatakan, “alang-alang menyeluk
perkasam biar sampai ke pangkal lengan”.

Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti guru dan sekolah
dalam komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama
membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini, kepimpinan sekolah seperti
guru-guru haruslah berperanan memikul tanggungjawab tersebut dan mengamalakn elemen
sebenar professional perguruan. Bagi tujuan itu mereka perlulah menempatkan diri mereka
dalam kepimpinan guru profesional dalam komuniti setempat. Melalui cara ini mereka
berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan modal insan yang baik dan
sepanjang hayat.

Mengenai isu semasa cabaran pendidikan, pihak kerajaan iaitu Kementerian


Pelajaran Malaysia dan juga pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai usaha untuk
menangani cabaran-cabaran semasa agar generasi muda kita dapat menikmati pendidikan
berkualiti di samping hidup dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu. Guru adalah
sebagai pemimpin, pembentuk sahsiah dan agen perubahan merupakan pemangkin untuk
mencapai hasrat membina negara bangsa yang kukuh.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berusaha menerapkan nilai murni ini
seperti peribahasa berbunyi “bersatu kita teguh, berceri kita roboh” untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang beretika dan profesional tidak kira dalam apa jua kerjaya
sekalipun. Sesungguhnya, negara Malaysia akan sentiasa dalam keadaan harmoni,

13
toleransi dan berjiwa penyayang jika kita terus menerapkan nilai profesional ini dalam diri
kita.

14

Anda mungkin juga menyukai