Anda di halaman 1dari 32

Pengajian Am Penggal 3

(ASEAN)
By Christine ak Tanaka @ Leo
Latar Belakang ASEAN

1. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi
Bangkok
2. Keahlian: Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia
& Thailand
3. Ahli lain: Brunei (1984), Vietnam (1995), Kemboja,
Laos & Myanmar (1999)
Matlamat

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan


sosial, sukan, pendidikan, pembanterasaan jenayah
& perkembangan kebudayaan
2. Membolehkan negara anggota menyertai
pembangunan serantau & mengecapi kemakmuran
secara bersama
3. Menggalakan kestabilan politik, keamanan &
keselamatan di rantau ini dengan mematuhi prinsip
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
4. Menyediakan bantuan kemudahan latihan &
penyelidikan kepada negara anggota
5. Meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama
perusahaan, pertanian & perdagangan
6. Mengadakan hubungan yang lebih erat &
menguntungkan dalam kalangan ahli
Struktur Organisasi

1. Sekretariat ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia


2. Sidang Kemuncak ASEAN dihadiri oleh ketua-ketua
karajaan ASEAN diadakan di:
a) Bali (1976 & 2003)
b) Kuala Lumpur (1977 & 2003)
c) Manila (1987)
d) Singapura 1992 & 2002)
e) Bangkok (1995)
f) Hanoi (1998)
g) Bandar Seri Begawan (2001)
h) Phnom Penh (2002)
i) Vientiane (2004)
j) Cebu, Filipina (2006)
k) Thailand (2009)
l) Vietnam (2010)
m) Indonesia (2011)
n) Kemboja (2012)
3. Persidangan ASEAN yang tetap termasuklah:
a) Forum serantau ASEAN (ARF)
b) Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN
(AMM) yang diadakan tahunan
c) Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN
(AEM) diadakan setiap tahun
d) Persidangan Jawatankuasa Tetap
e) Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-Pegawai
Ekonomi Kanan (SEOM)
f) Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM)
ASEAN & Kerjasama Politik

ZOPFAN (Zon yang Aman, Bebas, & Berkecuali)


1. Disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala
Lumpur pada tahun1971 & diistiharkan sebagai zon
yang aman, bebas, & berkecuali
2. Sebab-sebab ZOPFAN diistiharkan:
a) Vietnam Utara memakluki Vietnam Selatan &
Amerika Syarikat, Rusia serta China campur
tangan di Vietnam
b) Selepas Vietnam jatuh ke tangan komunis,
Vietnam manakluki Kemboja
c) Pergolakan di Kemboja mengancam kestabilan
politik Asia Tenggara
d) ASEAN tidak mahu terlibat dalam pertikaian
antara kuasa besar agar rantau Asia Tenggara
sentiasa menjadi rantau yang bebas, aman &
berkecuali
Konsep ZOPFAN & Pergarakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM)
ZOPFAN NAM
Menghormati hak asasi manusia (mencapai
persamaan ras/ menghapuskan diskriminasi
Kuasa asing tidak kaum)
boleh campur Kuasa asing tidak boleh campur tangan dalam
tangan di rantau hal ehwal dalaman sesebuah negara
Asia Tenggara Berbaik-baik dengan negara bukan anggota
seperti kuasa besar namun tidak bersepakat
dengan kuasa besar
Menghormati kedaulatan sesebuah negara
Sebarang persengketaan akan diselesaikan secara aman
Rakyat berhak menentukan nasib negaranya sendiri
SEANWFZ ( Zon Bebas Senjata Nuklear
Asia Tenggara)

1. Bertujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai


rantau yang bebas daripada senjata nuklear
2. Matlamat SEANWFZ adalah untuk:
a) Menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara
b) Mengelakkan kuasa besar campur tangan di rantau
ini
c) Mengelakkan kemungkinan perlumbaan senjata
nuklear di rantau Asia Tenggara
Pendirian Bersama Tentang Isu Politik
ASEAN

1. Kerjasama 2 hala dijalankan untuk membanteras


komunis di Malaysia-Thailand & Malaysia-
Indonesia
2. Pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dikutuk &
Vietnam mengundurkan tenteranya pada 1989
3. Krisis Kemboja (perang saudara) diselesaikan
secara rundingan
4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pastikan
pilihan raya Kemboja berjalan dengan lancar pada
1992 & kerajaan demokrasi pilihan rakyat dibentuk.
5. Malaysia menghantar tenteranya sebagai tentera
pengaman PBB untuk membantu PBB
memulihkan keamanan di Kemboja
6. Malaysia menjadi orang tengah dalam
perjanjian damai antara:
a) Kerajaan Filipina dengan Pembebasan Islam
Moro untuk menamatkan pemberontakan orang
Islam di Pulau Mindanao & selatan Filipina
b) Kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi
yang memperjuangkan pembebasan Islam di
selatan Thailand
Sidang Kemuncak ASEAN 2004 Di Laos –
Program Tindakan Vientiane (VAP)

1. Mencapai Wawasan ASEAN 2020


2. Mencapai kesepaduan di semua negara Asia
Tenggara
3. Mencapai keamanan, kestabilan & kemakmuran
bersama
4. Perkongsian pembangunan & masyarakat
penyayang dalam kalangan negara anggota
5. Mewujudkan Komuniti Ekonomi, Keselamatan &
Sosiobudaya ASEAN
6. Mewujudkan Konsortium Perniagaan untuk
mendapatkan projek antarabangsa
Komuniti Asia Timur

1. ASEAN berusaha meluaskan keanggotaannya


kepada semua negara Asia Timur & timbul
cadangan mewujudkan Komunti Asia Timur
2. ASEAN giat berusaha menganjurkan:
a) Sidang Kemuncak Asia Timur
b) Mengubal & mematuhi Piagam Masyarakat Asia
Timur
c) Berusaha mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas
Asia Timur
d) Perjanjian mata wang & kerjasama kewangan
Asia Timur
e) Zon persahabatan & kerjasama Asia Timur
f) Rantaian komunikasi & pengangkutan yang
berteknologi tinggi di Asia Timur
g) Deklarasi Asia Timur tentang hak asasi manusia
3. Masalah yang menghalang kewujudan Komuniti
Asia Timur:
a) Korea Utara tidak terlibat dalam komuniti
b) Pertindihan sempadan Laut China Selatan &
rebutan beberapa buah pulau masih
menimbulkan pertikaian politik
c) Keganasan yang berlaku di Indonesia, Filipina &
Thailand serta pergolakan politik negara
anggota
d) Masalah dalaman negara anggota
Kerjasama ASEAN

1. Piagam ASEAN dimeterai sempena ulang tahun ke-


40 tahun penubuhannya sejak 1967
2. Isi kandungan:
a) Berorientasikan rakyat
 Utamakan taraf hidup & kebajikan rakyat
b) Demokrasi, hak manusia & kebebasab asas
 Terikat dengan nilai demokrasi, menghormati hak
manusia, kebebasan asas, kedaulatan undang-undang
& keadilan pemerintah
c) Badan hak asasi manusia ASEAN
 Mempermosikan perlindungan hak asasi manusia
& kebebasan asas rakyat ASEAN
 Prinsip tambahan: komitmen bersama &
tanggungjawab secara kolektif untuk
meningkatkan keamanan, keselamatan &
kemakmuran serantau
 Meningkatkan perundingan & permuafakatan
terhadap isu-isu yang boleh menjejaskan
kepentingan bersama
3. Kerjasama pengesan & amaran bencana alam
4. Malaysia membantu kerajaan Thailand
menandatangani perjanjian damai dengan
kumpulan Pembebasan Islam Patani (Barisan
Revolusi Nasional)
5. Malaysia menjadi orang tengah dalam
perjanjian damai kerajaan Filipina dengan
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro yang
tinggi di selatan Filipina
ASEAN & Kerjasama Ekonomi

Forum Serantau ASEAN (ARF)


1. Ditubuhkan pada 1993
2. Objektif utama:
a) Menjalin dialog & rundingan konstruktif berkaitan
isu politik & keselamatan demi kepentingan
bersama
b) Memberi sumbangan signifikan terhadap usaha
untuk memupuk keyakinan & diplomasi di Asia
Pasifik
3. Menjadi forum yang efektif untuk mengalakkan
dialog terbuka tentang kerjasama politik,
keselamatan di Asia Tenggara
Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)
1. Mengalakkan perdagangan intra-ASEAN melalui
syarat perdagangan yang istimewa
Projek Perindustrian ASEAN
1. Projek Baja Urea ASEAN - Indonesia & Malaysia
2. Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN – Filipina
3. Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN – Singapura
4. Projek Garam Batuan Abu Soda ASEAN - Thailand
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
1. Dilaksanakan pada 2003 & terlaksana
sepenuhnya pada 2005
2. Semua barangan negara-negara ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota dengan
bebas tanpa sekatan tarif & barangan tersebut
hendaklah lebih 60% komponenya barangan
keluaran tempatan
3. Penubuhan AFTA dapat direalisasikan melalui
perjanjian Skim Keutamaan Tarif Sama Rata
Berkenaan (CEPT-1992)
4. Kesan kumunculan AFTA:
a) Timbul persaingan produk antara negara
anggota
b) Harga barangan Malaysia terpaksa direndahkan
akibat persaigan produk yang sama yang oleh
negara anggota
c) Barangan Malaysia dapat menembusi pasaran
ASEAN yang lebih luas
d) Malaysia mesti menaikkan daya saing &
kecekapan jika mahu bersaing dalam AFTA
Konsep Segi Tiga Pertubuhan ( Memorandum
Pesefahaman Pembangunan Serantau)
1. IMS-GT – Singapura, Batam, Indonesia &
Johor, Malaysia
2. IMT-GT – Selatan Thailand, Semenanjung Utara
Malaysia & Sumatera Utara, Indonesia
3. Kerjasama dalam bidang pelancongan,
perdagangan & kemudahan infrastuktur
ASEAN + 3
1. Rundingan China, Jepun & Korea Selatan
bersama ASEAN dalam hal perdagangan
2. Forum Serantau ASEAN:
a) 10 negara ASEAN
b) 10 rakan dialog (Australia, China, India, Jepun,
Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Korea Selatan,
New Zealand, Rusia, Amerika Syarikat, Papua
New Guinea & Mongolia)
Kejayaan ASEAN

1. Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan


Dadah & Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada PBB
yang berjaya diadakan di Vienna pada 1987 yang
dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir
2. Menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada 1955
bertujuan:
a) Mengembangkan bahasa Melayu
b) Meningkatkan semangat persaudaraan
c) Meningkatkan peranan bahasa Melayu dalam
penyelarasan istilah, ejaan & sebutan
4. Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN &
Forum Serantau ASEAN menyeru PBB
meninjau semula Dekerasi Hak Asasi Manusia
1948 kepada 1997
5. Kerjasama menbanteras keganasan
6. Pendirian bersama tentang kepulauan Spratly
(bersetuju mencari penyelesaian secara aman)
7. SEAMEO (Penubuhan Menteri-menteri
Pendidikan Asia Tenggara) mengadakan
kerjasama dalam bidang pendidikan
8. Mesyuarat Asia-Eropah:
a) Kerjasama ekonomi, politik & sosial
b) Membincangkan isu serantau & globalisasi
9. Deklarasi Hanoi 1998:
a) ASEAN berkerjasama untuk mengawal AIDS &
penggunaan mata wang ASEAN
Kelemahan ASEAN

1. Negara anggota bersaing sesama sendiri dalam


bidang ekonomi kerana mengutamakan kepentingan
domestik masing-masing
2. Singapura
a) Memihak kepada Amerika Syarikat & Israel
b) Pertikaian dengan Malaysia dalam isu:
 Bayaran bekalan air
 Menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan
perikanan Mlaysia
3. Thailand
a) Nelayan Thailand sering menceroboh kawasan
perairan Malaysia
b) Thailand menuduh Malaysia melindungi
kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand
4. Indonesia
a) Sering menahan nelayan Malaysia
b) Masalah lanun di Selat Melaka berpunca
daripada rakyat Indonesia
c) Masalah pendatang haram & pembantu rumah
warga Indonesia di Malaysia
5. Rebutan wilayah masih belum selesai:
a) Tuntutan terhadap Sabah, Pulau Terumbu
Peninjau & Pulau Terumbu Siput dengan
Filipina
b) Pengganas Sulu daripada selatan Filipina
menceroboh Sabah pada 2013

Anda mungkin juga menyukai