Pendidikanbertarafdunia 130329135844 Phpapp02 PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

5.2.

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

• Sektor industri pendidikan negara mengalami perubahan dan pembaharuan


secara dinamis. Matlamat menjadikan Melaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan ( centre for academis excellence) di Rantau Asia dan juga di
peringkat antarabangsa pada abad 21 ini nanti memerlukan negara
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya bertaraf dunia
atau memperoleh status “World Class Education”.
• Pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang
Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

➢ Pembangunan tenaga manusia


➢ Kepesatan pertumbuhan ekonomi
➢ Pembaikan taraaf dan kualiti kebajikan sosial
➢ Pemodenan dan reformasi sosial masyarkat
➢ Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
➢ Pembangunan teknologi dan sains
➢ Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan
masyarakat.

• 'Pendidikan Bertaraf Dunia' merupakan satu komitmen dan usaha Kememterian


Pendidikan bagi memperbaik kualiti pendidikan negara- dapat ditingkatkan
kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang
lain.
• Pendidikan juga merupakan satu langkah yang penting bagi mengangkat
martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat
antarabangsa.

5.2.1 Cabaran Ke arah Menuju Pendidikan Bertaraf Dunia

• Penghijrahan Pensyarah ( brain drain)


- Keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan
swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.
- Pendidikan pensyarah ini menjadi ancaman kerana untuk menghasilkan
seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Sektor swasta
biasanya menawarkan skim gaji dan kemudahan yang lebih baik
berbanding institusi pengajian tinggi awam.

• Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan


- Trend yang berlaku ; profesyen perguruan kini dimonopoli oleh kaum
wanita pada masa ini.
- Kesan : membawa kepada perkembangan yang tidak sihat seperti
kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang
kian meningkat disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan
guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.
- Tambahan pula, beban kerja yang semakin meningkat dan masyarakat
akan menyalahkan pihak guru jika para pelajar gagal dalam pelajaran atau
berlakunya masalah sosial.

• Peperiksaan Mengikut Keupayaan


- Konsep baharu peperiksaan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
akan memeberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem
pelajaran di sekolah.

5.2.2 Langkah- langkah Menjadikan Pendidikan Bertaraf Dunia

 Pengkorporatan Universiti
-Semua pihak negara perlu meningkatkan komitmen supaya
sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti
pendidikan unutk kemajuan perubahan. Pendidikan yang
berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan
kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang
produktif di negara ini.
- motif : mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan
mengurangkan tangunggan kerajaan bagi membiayai
perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan menjadikan sektor
pendidikan negara ini lebih dinamis perkembangaannya.
-Kerenah birokrasi dan pelbagai 'red tape' yang mengekang
perjalanan universiti akan dapat diatasi. Dengan ini universiti akan
bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan
paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf
antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk
kepentingan korporat.
-Pasaran pendidikan tinggi akan diperluaskan melalui
pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik
pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti,
akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan bertaraf
dunia.

 Reformasi Pelbagai Aspek Organisasi Pendidikan


-Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi
mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan pada semua
peringkat sekolah.

 Perubahan Sistem Pendidikan


-Perubahan yang dibuat hendaklah sesuai dengan tuntutan masa.
-Sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan
supaya dapat memenuhi tuntutan Wawasan 2020 terutamanya
pembangunan sumber dari segi kuantitatif dan kualitatif.
-Perubahan yang dijalankan hendaklah menyeluruh, holistik,
bersepadu serta komprehensif.

 Penggredan Universiti
-Untuk menigkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan
wawasan pendidikan bertaraf dunia. Pihak universiti akan
mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status
pengajaran pensyarah dan professor masing- masing.

 Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta


-Mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri
pendidikan negara.
-Pelaksanaan program berkembar oleh institusi- institusi swasta
akan mewujudkan pembelajaran yang lebih tinggi dari segi
penawaran kursus- kursus pengajian hasil dari kewujudan
program berkembar dengan universiti- universiti luar negara.

 Melonggarkan Sistem Pendidikan


-Menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan
dalam masyarakat.
-Memberi peluang dan ruang kepada pelajar cemerlang untuk
meneruskan pelajaran mereka pada peringkat yang lebih tinggi
pada masa yang singkat.

 Menigkatkan Profesionalisme Perguruan


-Golongan pendidik hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi
dalam menghadapi cabaran- cabaran baharu di samping
meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan
pendidik.
-Budaya mengajar yang masih usang hendaklah dipinggirkan
dan digantikan dengan perubahan inovasi dan kreatif dari segi
teknologi untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran menarik
dan ditunggu- tunggu oleh pelajar.
-Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi
maklumat, profession perguruan ini perlu direformasikan
supaya benar-benar menjadi agen kepada budaya literasi
teknologi khususnya masyarakat yang celik komputer dan bersifat
terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
-Profession perguruan harus berkembang pantas dan progresif
bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat, dan
negara.

 Mengatasi Masalah Penghijrahan Pensyarah (Brain Drain)


-kebanyakan pensyarah memilih kerjaya ini adalah kerana
komited dengan tugas yang dilakukan seperti penyelidikan.
-Skim gaji dan kenaikan pangkat yang lebih menarik hendaklah
diberikan kepada golongan pensyarah yang mempunyai kepakaran
yang sama tidak kira pensyarah tempatan atau luar negara.
-Geran penyelidikan hendaklah diberikan kepada mereka yang
berminat membuat penyelidikan untuk menghasilkan inovasi
baharu kepada negara.

 Memperbaik Kualiti Sistem Peperiksaan


-Sistem peperiksaan bukan sahaja menguji kebolehan akademik
semata- mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti
serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
-Konsep peperiksaan berterusan perlu diambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat di samping
memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri.
-Kegiatan kokurikulum juga diambil kira untuk memasuki
universiti awam iaitu sebanyak 10 peratus.

Kesimpulan
• Dalam menuju ke arah pendidika dan pendidikan bertaraf dunia, setiap lapisa masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing- masing.
Kita perlu bekerjasama dan beganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan
negara demi untuk melahirkan insan yang berpengetahuan, inovatif, kreatif, bertanggungjawab
dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai