Anda di halaman 1dari 1

Teks Berita.

Jerubu melanda beberapa negeri seluruh negara telah menjejaskan sesi persekolahan.

Walaubagaimanapun inisiatif yang diambil Persatuan Ibu Bapa dan Guru bersama

pengurusan Sekolah Taman Melawati Kuala Lumpur patut dicontohi. Proses

pengajaran dan pembelajaran (p&p) sekolah berkenaan dapat berjalan seperti biasa

menerusi sistem siaran radio internet dengan pelajar dan guru dapat berinteraksi

secara lansung menerusi atas talian. Sistem (p&p) atas talian ini dibuat menggunakan

siaran yang dikenali sebagai SKTM2FM ini bukan sahaja membolehkan pelajar

berinteraksi secara lansung dengan guru malah pelajar tidak perlu hadir ke sekolah

ketika cuaca berjerubu. Setakat ini sistem SKTM2FM dikhususkan kepada pelajar yang

bakal menduduki peperiksaan UPSR September depan dan ia boleh diakses pelajar

sekolah lain yang berminat menyertai program ini. Inisiatif ini mendapat sambutan baik

pelajar di sekolah berkenaan. Bagi mereka sistem p&p secara atas talian ini sedikit

sebanyak dapat menghilangkan kerisauan berikutan cuti akibat jerubu.