Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

OLEH :

PK Tadbir & Akademik

SK Putrajaya Presint 11(2)

SEMPENA :

HARI GRADUASI TAHUN 6


SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

PADA :

16 NOVEMBER 2016

BERTEMPAT DI :

MASJID PUTRA

1
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis.

Yang berusaha,

_____________________________

_________________________________________________________________________

YDP PIBG SKPP 11(2)

En Amiruddin Bin Musa

Penolong Kanan HEM

Puan Norihan Binti Ismail

Penolong Kanan Kokurikulum

En Mohd Iqbal Bin Kamuddin

Penyelaras Kecemerlangan UPSR

En Azrul Hafeez Bin Azizan

Barisan guru-guru SK Putrajaya Presint 11(2),

Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Graduasi tahun 2016,

dan pastinya putera puteri tersayang, para murid yang kita raikan sekalian. 

Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Majlis Graduasi SK Putrajaya Presint 11(2)
tahun 2015 b a g i p u t e r a d a n p u t e r i t a h u n 6 dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang
penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.  

Saya mewakili seluruh warga kerja SK Putrajaya Presint 11(2) mengalu- alukan dan
merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran warga pendidik ke majlis ini untuk
meraikan anak didik sekalian. Saya juga mengalu-alukan kedatangan putera dan puteri yang
kita raikan ke majlis ini . 

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pengelola Majlis Graduasi ini kerana telah berjaya
menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang.  

2
Hadirin yang dihormati sekalian, 

Kumpulan graduan yang ada di dalam dewan yang mulia ini,adalah terdiri putera
dan puteri Tahun Enam Rahman,Tahun Enam Abdul Razak, Tahun Enam Hussien
dan Tahun Enam Mahathir. Jumlah semuanya ialah 124 putera dan puteri. Mereka
akan menamatkan alam persekolahan dan pembelajaran formal di sekolah ini.  

Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada putera-
putera dan puteri-puteri Tahun Enam SK Putrajaya Presint 11(2) atas kesabaran mereka belajar
di sekolah ini. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan
dalam segala bidang yang bakal diceburi. Malah diharapkan ia mampu mengukir kenangan
manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan.

Kepada para graduan, diharapkan sentuhan majlis ini dapat membuatkan anakanda putera dan
puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik
mithali SK Putrajaya Presint 11(2). Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-
lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar. Kami berharap, anakanda putra dan puteri graduan
dapat meneruskan pembelajaran di mana jua selepas ini nanti dan seterusnya mencurahkan jasa
dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.

Sebenarnya Majlis Graduasi ini dan peperiksaan UPSR yang telah ditempuhi hanyalah titik
permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para graduan nanti, terbentang
pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan. Semangat
perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan
meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan
kesejahteraan anda semua.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu
pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah
yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini.
Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para
pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua guru yang telah melaksanakan tanggungjawab berat membimbing,
mendidik dan menyediakan para graduan dengan segala kudrat yang ada supaya dapat

3
menduduki peperiksaan UPSR dengan penuh yakin dan berjaya dengan cemerlang . Bagi pihak
mereka, saya dengan ini memberi restu dari hati tulus ikhlas dan menghalalkan segala ilmu
pengetahuan dan didikan yang dicurahkan kepada kamu. Kami maafkan jika ada kesalahan yang
telah dilakukan sepanjang berguru dengan guru-guru di sekolah ini. Mudah-mudahan dengan
keikhlasan kami ini akan mendapat kerahmatan Allah SWT dan mengurniakan kita semua
dengan kejayaan demi kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.
Hadirin hadirat sekalian,

Izinkan saya berpantun untuk yang hadir dalam dewan yang mulia ini, 

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik, 
Nan tak elok tinggallah di sini.  

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara, 
Jemari disusun maaf dipinta.  

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu, 
Binalah bangsa bangunkan Negara  

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua, 
Di lain masa bersua lagi.  

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara, 
Kemaafan jua kami pohonkan. 

Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SK Putrajaya Presint 11(2), k epada para
graduan, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh ibu bapa anda. Balaslah jasa mereka
dengan ‘juadah’ kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.Pengakhir
kalam, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan dan selamat maju jaya pada masa
hadapan.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.