Anda di halaman 1dari 4

Sajak Salam Kemerdekaan

Negaraku tetap merdeka

Walau ada yang cuba menderhaka

Walau ada yang cuba mengkhianati negara

Walau ada sekongkol musuh durjana

Negaraku tetap merdeka

Walau bila zamannya

Walau bagaimana pemimpinnya

Walau di mana duduk rakyatnya

Negaraku tetap merdeka

Kerana ada anak Malaysia

Berbangga dengan negaranya

Berjuang hingga ke akhir nafasnya


SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka

Bangkit dari persada luka

Berdiri megah di pentas wira

Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka

Terjaga dari ranjang kecewa

Berpaksi gagah di panggung perkasa

Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka

Harapan nusa dan bangsa

Akan kutentang petualang negara

Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka

Di hati semangat waja

Di dada penuh satria

Ini Tuah akan membela

Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir

Wangsa Maju
Pantun Kemerdekaan Malaysia Prihatin

MALAYSIA PRIHATIN tema rasmi,

Untuk sambutan Hari Kebangsaan,

Pemimpin negara kita sanjungi,

Membentuk negara menuju wawasan.

Bersatu padulah rakyat Malaysia,

Elakkan diri dari pergaduhan,

63 tahun negara merdeka,

Negara makmur terus berwawasan.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,

Tak kira agama dan juga warna,

Semoga kita akan berjaya,

Bersatu hati melawan corona.

Jalur Gemilang megah berkibar,

Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Covid-19 memberi iktibar,

Kebersihan diri dijaga sentiasa.

Tahun ini penuh cabaran,


Frontliner negara banyak berkorban,

Marilah semua tingkatkan keazaman,

Doa juga jangan dilupakan.

Sekian, terima kasih.