Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

BIL. 4/2018
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS

Tarikh : 19 November 2018 (Isnin)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sek. Keb. Seri Perlis

Kehadiran : 1. Semua Guru SK Seri Perlis

AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi (Guru Besar) mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua ahli
mesyuarat.
1.2. Guru-guru kelas dan billik-bilik khas hendaklah membuat aduan sebarang kerosakan alat-alat
elektrik untuk memudahkan pihak pengurusan aset memanjangkan aduan kepada unit
pembangunan JPN Perlis atau Jabatan Kerja Raya (JKR).
1.3. Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan Aset Alih Kerajaan terikat dengan arahan-arahan
dan peraturan-peraturan perbendaharaan. Oleh itu, aset perlu diuruskan oleh semua individu
/guru dengan rasa amanah dan tanggungjawab.

AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JKPAK BIL 3/2017

2.1. Minit dibentangkan oleh Encik Azlisyah Bin Baharom


2.2. Dicadang oleh En. Farizul Bin Abdul Fatah
3.3. Disokong oleh En Khairul Mizan Bin Romly

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4: KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH SK SERI PERLIS

4.1. Bancian perabot dan meja pelajar bagi pembukaan sesi persekolahan tahun 2018, telah dihantar
ke Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.

Tindakan: makluman

AGENDA 5: LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH

5.1 Pemeriksaan aset alih 2018 dijalankan oleh pegawai pemeriksa aset alih SKSP pada 14 dan 15 .
11.2018.
Tindakan: makluman
AGENDA 6: LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

6.1 Tiada laporan tindakan perlupusan aset tahun 2018.


Tindakan: makluman

AGENDA 7: LAPORAN KEHILANGAN ASET

Tiada laporan kehilangan aset diterima.


Tindakan: makluman
1
AGENDA 8: LAPORAN TINDAKAN SURCAJ/TATATERTIB

Tiada laporan tindakan surcaj / tatatertib diterima.


Tindakan: makluman

AGENDA 9: MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH

9.1 Pegawai aset memaklumkan bahawa sebanyak 18 unit alat penghawa dingin perlu diselenggara
atau diservis kerana tidak berfungsi dengan baik (kurang sejuk).

Tindakan: Pegawai Aset

AGENDA 10:HAL-HAL LAIN

10.1 Pengerusi mencadangkan agar semua guru saling bekerjasama agar sistem pengurusan aset
sekolah berjalan dengan lebih efektif dan sistematik.

Tindakan: Semua Guru

10.2 Pn Hasfiza memohon pihak pentadbiran menyelenggara atau membaiki sistem pembesar suara di
bangunan lama SKSP kerana beberapa pengumuman dan maklumat yang disampaikan sebelum ini tidak
jelas dan tidak diterima oleh guru-guru dan murid di kelas-kelas bangunan lama.

Tindakan: Pentadbiran
AGENDA 11: UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap Pengurusan Aset Alih Kerajaan
bagi Sekolah Kebangsaan Seri Perlis dapat diuruskan dengan baik mengikut pekeliling yang peraturan
yang ditetapkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(AZLISYAH BIN BAHAROM)


Pegawai Aset SK Seri Perlis

Anda mungkin juga menyukai