Email: rasahati97@gmail.com
5. Cara menjawab
Teknik menganalisis :
Sudut
pandangan
Nilai Eksport (RM Juta)
Kelompok Negara Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014
Asia Barat 19 615 22 917 31 324
Asia Tenggara 119 814 128 080 241 512
Kesatuan Eropah 42 930 49 021 34 763
Amerika utara 44 207 39 616 26 278
Amerika Tengah 13 222 11 985 12 564
Afrika Utara 2 306 2 306 2 306
Jumlah 246 861 266 147 348 747
1. Jumlah Keseluruhan – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
2. Asia Barat – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
3. Asia Tenggara – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
4. Kesatuan Eropah – tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola tidak konsisten meningkat dan
menurun)
5. Amerika Utara– tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola menurun berterusan)
6. Amerika Tengah– tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola Tidak konsisten menurun dan
meningkat)
7. Afika Utara – tahun 2012 hingga tahun 2014 ( Pola konsisten/ stabil)
Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.
Negara 2004 (RM Juta) 2005 (RM Juta) 2006 * (RM Juta)
Nilai % Nilai % Nilai %
Brunei 1141 1.18 1205 1.25 1206 1.02
Filipina 5162 5.36 5469 5.69 7362 6.22
Indonesia 6804 7.06 8086 8.42 11677 9.86
Myanmar 909 0.94 568 0.59 533 0.45
Singapura 60534 62.80 62488 65.06 72176 60.94
Thailand 17505 18.16 15092 15.71 22954 19.38
Vietnam 4334 4.50 3138 3.27 2526 2.13
Jumlah 96389 100 96046 100 118431 100
* Anggaran
Nilai Nilai
Mutlak Peratusan
Ciri-Ciri Soalan
1. Kehendak Soalan
o Analisis data (AD) : 1) Perubahan eksport Malaysia
o Analisis Pengetahuan (AP) 2) Sebab berlaku perubahan
sedemikian
8. Jumlah Keseluruhan – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola tidak konsisten – menurun dan
meningkat semula)
9. Brunei – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
10. Filipina – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
11. Indonesia – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
12. Myanmar – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)
13. Singapura – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola Meningkat berterusan)
14. Thailand – tahun 2004 hingga tahun 2006 ( Pola tidak konsisten – menurun dan meningkat)
15. Vietnam – tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)
1. Meningkat berterusan
a. Brunei
b. Filipina
c. Indonesia
d. Singapura
2. Tidak konsisten – menurun dan meningkat semula
a. Jumlah Keseluruhan
b. Thailand
3. Menurun berterusan
a. Myanmar
b. Vietnam
Contoh Idea:
“Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga 2006
(anggaran) adalah meningkat berterusan”
BUKTI DATA:
Perbezaan antara tahun awal dan tahun akhir ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai
peratusan. Contoh Pengiraan seperti berikut:
Negara Brunei
Tahun 2004 RM1 141 juta - Tahun 2006 RM1206 juta = Meningkat sebanyak RM65 juta
Ingat:
Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh
diambil untuk mencari perbezaan peratusan. Hal Ini merupakan satu
kesalahan yang besar.
“Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun
kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan sebanyak RM 2413 juta atau 13.78%
kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada RM22 954 juta. Peningkatan ini
sebanyak RM7502 juta atau 49.70%.”
Nota: Untuk pola perubahan yang tidak konsisten, data perlu di tulis dari
tahun ke tahun mengikut turun naik data tersebut.
Perbezaan antara tahun ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai peratusan. Contoh
Pengiraan seperti berikut:
Negara Thailand:
i. Tahun 2004, RM17 505 juta – Tahun 2005, RM15 092 juta = Menurun sebanyak RM 2413
juta
Peratusan= Perbezaan jumlah bahagi tahun awal 2 413 Juta X 100 = menurun 13.74%
17 505 juta
Tahun 2005, RM15 092 juta – Tahun 2006, RM22 954 juta = Meningkat sebanyak RM7502
juta
Berikan alasan sebab @ kenapa berlaku perubahan dari tahun 2004 hingga tahun 2006 untuk negara-
negara tersebut.
Sila pilih contoh satu negara sahaja bagi setiap 3 pola di atas:
Jawapan: “Berlakunya peningkatan ini adalah disebabkan oleh negara Brunei yang kecil dan tidak
mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka
pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu dilakukan”. (Isi + Huraian)
Contoh 2: Untuk Tidak Konsisten – menurun dan meningkat semula: Negara Thailand.
Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Thailand tidak konsisten iaitu menurun dan meningkat
semula?
Jawapan: “Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara Thailand
sehingga menjejaskan perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa
pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan
perdagangan mereka buat sementara waktu tetapi meningkat sedikit pada tahun berikutnya”. (Isi +
Huraian)
Format Format
Bergabung ATAU Berasingan
??
Untuk kedua-dua soalan dibawah, formatnya adalah Format Bergabung.
Contoh Soalan 1:
Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.
Contoh Soalan 2:
Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perkembangan eksport Malaysia ke negara-negara Asean
terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006.
# Oleh kerana format penulisan jawapan jenis bergabung. Bermakna Analisis Data + Bukti + Alasan
sebab perlu di tulis dalam satu perenggan yang sama.
Jadual menunjukkan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga
anggaran tahun 2006. Bukti data dari jadual
Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara Asean terpilih dari tahun 2004 hingga tahun
IDEA
2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, jumlah eksport sebanyak
Sebab
RM96 389 juta meningkat kepada RM118 431 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah berlaku
Perbezaan prubahan
sebanyak RM22 042 juta atau 22.86%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh berlakunya sedemikia
perkembangan perdagangan antarabangsaa antara negara Asean. Kerjasama yang wujud ini n
(I + H)
menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang.
Perlu tulis
SEMUA
Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga
Negara yg 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke
mengalami
peningkatan negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran).
Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta atau 5.69%. Berlaku peningkatan ini adalah disebabkan
negara Brunei yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi
menampung keperluan ini, maka pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu
dilakukan.
1
Eksport Malaysia ke Myanmar dan Vietnam dari tahun 2004 hingga tahun 2006 (anggaran)
Markah adalah semakin menurun berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Vietnam
sebanyak RM4 334 juta menurun kepada RM2 526 juta pada tahun 2006 (anggaran). Penurunan ini 1 Markah
adalah sebanyak RM 1 808 juta atau 41.71%. Berlakunya penurunan ini adalah disebabkan negara
1 Vietnam masih lagi menghadapi masalah keamanan dalam negara. Peniaga dari Malaysia masih belum
Markah yakin dengan sambutan peniaga di negara berkenaan. Keadaan ini menyebabkan nilai eksport semakin
berkurangan tahun demi tahun.
Eksport Malaysia ke Thailand dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah tidak konsisten
iaitu menurun dan meningkat semula. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand
adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan
sebanyak RM 2413 juta atau 13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada
RM22 954 juta. Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%. Keadaan ini disebabkan oleh
berlakunya ketidaksatabilan politik dalam negara Thailand sehingga menjejaskan perdagangan
antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005
menyebabkan pedagang Malaysia membekukan perdagangan mereka buat sementara waktu.
Peningkatan secara keseluruhan nilai eksport Malaysia memberi lebih perkembangan ekonomi
dan seterusnya kesejahteraan rakyatnya.
Nota:
Data peratus dalam jadual boleh diabaikan (untuk pola perubahan je)
Pastikan “anggaran” ditulis bagi data 2006. Kecuaian akan
menyebabkan idea tidak diterima.
Idea 2,3 perlu menyatakan SEMUA sektor terlibat dan memandai
hanya mengambil SATU sektor dalam bukti
Pemarkahan:
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-
negara Asean terpilih antara tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlaku
berubahan sedemikian?