Anda di halaman 1dari 5

pet

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

1 🔴 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar
solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya.
Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal
waktu.

2 🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim


adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir
quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3 🔴 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari:


Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga
waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4 🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang


bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5 🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6 🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan


Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu -
penyayang dan pengasih.

7 🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah
benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan
tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu
punca malas.

8 🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu
berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap
bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita
masih jauh dari Allah.

9 🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya
Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu
adalah kerana kasih sayang Allah.

1
pet

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

10 🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia
menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang
rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan
sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran
yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam
keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda
akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

11 🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal,
Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua
atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat
tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau
sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut.
Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan
boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

12 🔴 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan


isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak,
sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam
rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu
tanda hati telah hitam.

13 🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan
rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan
jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa.
Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-

mata." 

2
pet

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA


14 🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-
anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu
bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur,
gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin
dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya
sendiri.

15 🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi
harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik
seluruh makhlukNya sayang pada kita.

16 🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan,


baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa
cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

17 🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan
dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati
dan mengeratkan hubungan.

18 🔴 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara


kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran
komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan
stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan
menjarakkan hubungan.

19 🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan
cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan
cara hidup bermula sekarang!

20 🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai


menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak
membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan

3
pet

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA


dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan
sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

21 🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang
tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat
nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

22 🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang
rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-
anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus.
Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan
Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari
azab api neraka.

23 🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan
tenang dan bahagia.

24 🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan


tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

25 🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

26 🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih


tajam daripada doa.

27 🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan


hidup akan mudah.

28 🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah

confirm ada  ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk


memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa.
Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan
syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

4
pet

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA


29 🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.

30 🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:


Surah Ibrahim, ayat 40.

31 🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita
taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

32 🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum
ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.

Anda mungkin juga menyukai