Anda di halaman 1dari 5

SK TAMAN CAHAYA MASAI

PERSIARAN CAHAYA MASAI,


81700 PASIR GUDANG, JOHOR
EMAIL : jba1131_sktamancahayamasai@yahoo.com

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
MATEMATIK
2014
ANJURAN:
UNIT KECEMERLANGAN TAHUN 6

KERJASAMA:
MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
GURU-GURU SKTCM

PADA:

4 JULAI 2014
1. PENGENALAN
Program Bengkel Teknik Menjawab ini dirancang khusus untuk Menjana
Kecemerlangan akademik murid SK Taman Cahaya Masai. Program ini bertujuan
mengukuhkan, memantapkan dan menyerlahkan kemampuan diri sikap pelajar
khususnya dalam aspek akademik dan sahsiah sebagai persediaan untuk
menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tinggal
beberapa hari lagi.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang berfokus kepada penguasaan dan pengurusan diri
yang positif, pemantapan minda, penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran
menjawab soalan-soalan UPSR. Di samping itu, menjelaskan matlamat hidupnya
dan matlamat belajar semuanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dari
Allah SWT.

2. MATLAMAT
Matlamat program ini supaya SK Taman Cahaya Masai akan menjadi Sekolah
terhebat di daerah Pasir Gudang menjelang tahun 2020.

3. TUJUAN
Program Bengkel Teknik Menjawab Matematik ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran menjawab soalan Sains UPSR dengan menekankan cara-cara yang betul
dan berkesan.

4. RASIONAL
Menyediakan ruang dan peluang untuk murid dan guru berkenaan teknik menjawab
yang betul bagi kertas peperiksaan Sains UPSR
Setiap pelajar mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan dan kecemerlangan
sebelum ini perlu di pertingkatkan, diperkukuhkan dengan bantuan dan bimbingan.

5. OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan dan pemantapan dari segi teknik menjawan yang betul
bagi kertas matematik terutama Kertas 2.

5.2 Membimbing pelajar dalam menghadapi kertas peperiksaan.


5.3 Membimbing murid cara untuk mengenalpasti kata kunci dalam soalan
Matematik.
5.4 Membimbing murid untuk mengesan dan mengenalpasti maklumat penting
dalam soalan dan pilihan jawapan dalam kertas Matematik.
5.5 Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran
dalam UPSR.

6. SASARAN
6.1 Murid
6.2 Guru Matematik Tahun 6 2014

7. TARIKH PELAKSANAAN

7.1 Tarikh : 4 Julai 2014


7.2 Masa : 8.00pagi – 12.00 pagi
7.3 Tempat : Dewan STaCMa ( Al Firdausi, AlFarabi, Al Bukhari)
Pusat Sumber Sekolah (AlGhazali, AlMasudi,AlBathoni)
7.4 Penceramah : 7.4.1 En Saufi Hatta bin Mohd Taip

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI KOS (RM)

1. - Bayaran Penceramah RM300 x 1 orang penceramah RM300.00


- Sijil/Cenderahati RM30.00 x 1 orang penceramah RM30.00

2. Jumlah 330.00

9. SUMBER KEWANGAN
Dana Tahun 6 (Majlis Permuafakatan)
10. JAWATANKUASA PROGRAM

Ex-officio : Pn. Hjh. Zainon Binti Omar (Guru Besar SKTCM)


: Pn. Mohaini Binti Arifin (GPK Kurikulum)
: En. Nor Afazi Bin Hj. Ja’afar (GPK HEM)
: En. Abd Rashid Bin Amat (GPK Kouikulum)
Pengerusi : En. Andek Mohd Yasin Bin Ibrahim (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : En. Fadhilah Bin Partiman (NYDP PIBG)
Penyelaras : Pn. Zanaton Binti Jaafar (Penyelaras
Tahun 6)
Setiausaha 1 : Pn. Noor Ain’ Binti Md Taha (Bimbingan&
Kaunseling)
2 : Cik Noraini Binti Ahmad (Bimbingan&
Kaunseling)
Pen. Setiausaha : Pn. Aslinda Binti Arshad
Bendahari : Pn Siti Norhasikin Binti Mohamed Salleh
Pengacara Majlis : Pn Aslinda binti Arshad
Persiapan tempat : 1. En Mohd Aswadi bin Wahab
2. En Ahmad Imran bin Mat Isa
PA Sistem : En Mohd Faeizul bin Abidin
Jurugambar : Pn Siti Norhasikin binti Salleh
Kawalan disiplin : Semua guru Matematik tahun 6
Pendaftaran : Pn Inah binti Jaafar

Dokumentasi : Cik Nur ‘Izzati binti Abd Rahman


Sijil/Cenderahati : 1. Pn Noor Ain binti Mohd Taha
2. Cik Noraini binti Ahmad

11. TENTATIF PROGRAM


7.45 pagi – Murid mengambil tempat
8.00 pagi-9.45 pagi – Bengkel slot 1
Pusat Sumber Sekolah (AlGhazali,
AlMasudi,AlBathoni)

9.45 – 10.15 pagi _ REHAT


10.15 pagi-12.00 tgh hari _ Bengkel slot 2
Dewan STaCMa ( Al Firdausi, AlFarabi, Al
Bukhari)

12. PENILAIAN PROGRAM


Kehadiran murid dan penglibatan murid sepanjang program dijalankan.
.
13. PENUTUP
Adalah diharapkan dengan program ini akan dapat meningkatkan tahap kemahiran
murid dalam menjawab kertas soalan Matematik terutama Kertas 2.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………. …………………………
(ASLINDA BINTI ARSHAD) (ZANATON JAAFAR)
Setiausaha Tahun 6 Penyelaras Tahun 6

Anda mungkin juga menyukai