Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM
MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

TARIKH
22 JULY 2020
( RABU )

TEMPAT
SJK (C) CHOONG HWA,
JALAN GURUN JAYA,
TAMAN GURUN JAYA,
08300 GURUN, KEDAH.

TEMA
EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA
1.0 Pengenalan

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang melibatkan
intervensi pihak sekolah sebagai persediaan kehadiran murid –murid selepas lama
bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan
kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Operasi Yang Standard yang telah
dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek
keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu
dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19. Konsep 3S sentiasa
diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster-
poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke
sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan
kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi
peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan
agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air
dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala
(wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Pihak sekolah
yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan
intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam
kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui
pembesar suara dan berbual santai dengan murid sewaktu rehat.  Aktiviti ini berguna
untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-
kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah
kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan
mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

2.0 Matlamat

Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental

3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat

Bermula 22 July 2020 mengikut tentatif program

4.0 Sasaran

Semua warga SJK (C) Choong Hwa


5.0 Objektif

5.1 Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala
awal yang memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang
berlaku.
5.2 Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan
intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh sejahterakan mental
dan emosi masing-masing.
5.3 Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri
masing-masing.
5.4 Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak,
sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
5.5 Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),
memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan
amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
1. Poster Minda Sihat di Laluan Dan Kelas 60
2. Dua Sepanduk Di Hadapan UBK 300
JUMLAH 360

7.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH

Pengerusi En. Loh Sin Seng (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi En. Ong Soo Wan (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi En. Tan Chee Yew (HEM)
Naib Pengerusi Pn. Lai Chiew Fui (Kokurikulum)
Penyelaras En. Yap Yong Wei
8.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab


Vandalism Poster Murid merosakkan Mengingatkan murid setiap Guru bertugas
poster yang ditampal hari oleh guru bertugas dan harian
guru disiplin
Pudding jeli tidak Murid tidak hadir Menyimpan di peti ais Guru kelas
dapat diedarkan koperasi sekolah
sepenuhnya

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang
diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ _____________________
(YAP YONG WEI) (ONG SOO WAN)
GURU PENYALARAS TS 25, TIMBALAN PENGERUSI TS 25,
SJK (C) CHOONG HWA. SJK (C) CHOONG HWA.

Dilulus oleh,

___________________
(LOH SIN SENG)
PENGERUSI TS 25,
SJK (C) CHOONG HWA.