Anda di halaman 1dari 10

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi


1
Bab 3
LAMBANG BUNYI BAHASA DAN CARA TRANSKRIPSI
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. mengenal pasti jenis bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu
b. mengenal lambang-lambang fonetik bagi konsonan dan vokal
c. memahami maksud transkripsi fonetik dan prinsip asas membuat transkripsi fonetik
d. membuat latihan transkripsi fonetik yang mudah
RINGKASAN BAB
3.1. Pengenalan
3.2. Lambang Bunyi
3.3. Transkripsi Fonetik
3.4. Kegunaan Transkripsi Fonetik
3.5. Latihan Transkripsi Fonetik
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
2
Apabila bunyi bahasa dikaji, ada beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan. Antaranya,
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan bunyi, dan bagaimanakah bunyi dalam bahasa
Melayu dapat ditentukan? Bagaimanakah ujaran seperti “cap” dibahagikan kepada beberapa
bunyi yang tertentu? Ada beberapa bunyi dalam kata cap bahasa Melayu?
Apabila kita bercakap, sebenarnya kita menghasilkan satu aliran suara yang berterusan. Aliran
suara ini hanya diberhentikan untuk bernafas ataupun untuk menyusun buah fikiran untuk terus
bercakap.
Aliran suara ini dapat dibahagikan kepada unit-unit bunyi kecil yang disebut sebagai segmen,
iaitu bunyi vokal atau konsonan. Misalnya, kata cap dilafazkan bermula dengan segmen c, a, dan
p. Oleh hal yang demikian, kata “cap” terbentuk oleh tiga segmen, iaitu c, a dan p. Kata cap
terdiri daripada dua konsonan dan satu vokal, iaitu c dan p sebagai konsonan dan a sebagai
vokal. Demikian juga kata adik terdiri daripada empat segmen a, d, i, dan k, iaitu dua konsonan
(a dan i) dan dua vokal (d dan k). Setiap segmen ini tidak dapat berfungsi secara bersendirian,
tetapi perlulah bergabung untuk membentuk perkataan. Dalam kata adik, segmen a, d, i dan k
tidak mempunyai makna yang tersendiri dan hanya menjadi bermakna apabila digabungkan
untuk membentuk perkataan adik.
Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vokal, konsonan,
dan diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26
huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada tiga fonem diftong yang dilambangkan
oleh tiga pasang huruf vokal. Setiap bunyi vokal, konsonan dan diftong dilambangkan oleh satu
simbol atau lambang yang tertentu. Lihat contoh lambang bunyi yang terdapat dalam bahasa
Melayu seperti dalam Jadual 3.1. (nyatakan sumber)
3.1 . Pengenalan
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
3
Ada cara tertentu supaya bunyi tersebut dapat dinyatakan dalam bentuk yang lebih nyata. Salah
satu cara ujaran bahasa dapat diwakili disebut sebagai transkripsi fonetik, iaitu penggunaan
lambang (abjad) untuk mewakili bunyi bahasa. Cara ini lazim digunakan dalam kamus untuk
mewakili sebutan perkataan. Misalnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2011), perkataan
pelat dituliskan dalam lambang fonetik seperti [pélat]. Dalam Oxford Advanced Learner’s
Dictionary (2000) pula, kata Inggeris prison ditranskripsikan seperti [prɪzn].
Sebelum mengetahui cara membuat transkripsi fonetik, simbol atau lambang fonetik hendaklah
diketahui dan dipelajari cara menulisnya. Seperti yang dijelaskan dalam pada awal, terdapat tiga
jenis bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan, vokal dan diftong. Berikutnya diturunkan
lambang bunyi bagi setiap konsonan, vokal dan diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Jadual 3.1 Lambang fonem konsonan dan vokal dalam bahasa Melayu.
Konsonan
[b] seperti dalam baca
[č] seperti dalam cari
[d]seperti dalam dada
[f] seperti dalam fikir
[g] seperti dalam gigi
[h] seperti dalam hari
[ǰ] seperti dalam janji
[k] seperti dalam kamus
[l] seperti dalam lari
[m] seperti dalam mata
[n] seperti dalam nama
[p] seperti dalam pada
[r] seperti dalam rata
[s] seperti dalam singa
Vokal
/a/ seperti dalam ada
/ě/ dalam emas
[t] seperti dalam tolak
[v] seperti dalam van
[w] seperti dalam wap
[y] seperti dalam yuran
[z] seperti dalam zoo
[ŋ] seperti dalam ngaum
[ɳ] seperti dalam nyata
[ɣ] seperti dalam ghaib
[ž] seperti dalam zaman
[dz] seperti dalam hadzir
[x] seperti dalam khabar
[∫] seperti dalam syabas
[dʒ] seperti dalam darurat
[θ] seperti dalam sabit
Diftong
/ai/ seperti dalam petai
3.2 . Lambang Bunyi
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
4
/Ə/ seperti dalam enak
/i/ seperti dalam itik
/o/ seperti dalam olah
/u/ dalam ura
/au/ seperti dalam pulau
/oi/ seperti dalam sekoi
Kelihatan ketiga-tiga fonem konsonan, vokal dan diftong ini boleh wujud pada awal, tengah
dan akhir perkataan seperti yang dipaparkan dalam contoh dalam Jadual 3.1
Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan
konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu system symbol/lambing atau khat (script).
Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut
abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila
] iaitu /makan/,kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [mak
maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam
perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik.
a. Tiga bunyi dalam bahasa Melayu ialah ......................., ........................ dan
..........................
b. Berikan dua contoh penggunaan bagi vokal [a] dan [u].
c. Apakah dua lambang fonetik bagi huruf e?
d. Adakah perkataan yang berikut ini berdiftong?
damai, semai, auta, lauk, saur.
3.3 . Transkripsi fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
5
Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut
sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang
berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic dan transkripsi yang
berasaskan sistematik.
a) Transkripsi Tanggapan
Transkripsi tanggapan dihasilkan berdasarkan kategori bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
manusia secara umum. Ia seolah-olah sukar dilakukan. Transkripsi ini diperlukan dalam dua
keadaan iatu:
Apabila bahasa yang hendak ditankripsikan itu tidak diketahui asal usulnya. Bahasa itu tidak
mempunyai pola dan struktur yang sistematik. Katakan anda dikehendaki membuat kajian
terhadap bahasa X yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Anda terpaksa mentrankripsi apa sahaja
bunyi yang dihasilkan oleh informan (sumber maklumat) anda. Dari data yang anda perolehi
barulah boleh dicipta transkripsi yang lebih sistematik.
Seseorang yang terpaksa mentranskripsi bahasa kanak-kanak atau pesakit yang tidak pernah
dilihat sebelum ini atau seseorang yang tidak tahu apakah rumus yang harus
Transkripsi Fonetik
Transkripsi tanggapan
Transkripsi sistematik
Transkripsi fonetik luas
Transkripsi fonetik sempit
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
6
diaplikasikannya. Dalam keadaan sebegini symbol-simbol yang digunakan hanya menunjukkan
nilai fonetik bunyi-bunyi itu. Kesemua ujaran dari golongan ini terpaksa ditranskripsikan
berdasarkan transkripsi tanggapan.
b) Transkripsi sistematik
Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dibandingkan dengan transkripsi tanggapan.
Transkripsi sistematik mempunyai peranan yang penting terutama dalam mengajar penyebutan
kepada penutur asing atau mempelajari bahasa asing. Transkripsi sistematik digunakan dengan
meluas dalam pengkajian nahu secara deskriprif dan juga diperlukan dalam kamus. Dalam
transkripsi yang berasaskan sistematik inilah lahirnya dua jenis transkripsi iaitu transkripsi luas
dan transkripsi sempit.
i. Transkripsi fonetik sempit
] di atas sesuatu sesuatu simbol itu biasanya ia melambangkan bunyi itu disengaukan.], tetapi
dalam pengucapan sebenar, jika anda perhatikan, dalam kata ‘nyanyi’ selalunya bunyi vokal [a]
dan [i] akan dinasalkan kerana terpengaruh dengan bunyi nasal disebelahnya. Jadi, jika terdapat
tanda [  ]. Simbol ini menunjukkan bunyi ini dinasalkan, contohnya apabila sesuatu bunyi
khususnya bunyi vokal hadir selepas bunyi nasal, bunyi vokal itu akan menjadi nasal seperti
dalam kata ‘nyanyi’ yang diberi transkripsi sebagai [Transkripsi fonetik sempit menggunakan
simbol-simbol yang lebih lengkap bagi tiap-tiap segmen dan cirri bunyi. Transkripsi fonetik
sempit boleh digunakan bagi siri bunyi-bunyi ujaran yang sengaja dibentuk bagi latihan
pendengaran fonetik. Penyebutan serta pengenalan simbol bunyi termasuk simbol-simbol
diakritik. Simbol diakritik merujuk kepada penggunaan tanda kecil yang ditambah kepada simbol
untuk mengubah nilai bunyi simbol itu. Dengan kata lain, simbol diakritik digunakan untuk
menambah ketepatan bunyi. salah satu simbol diakritik yang paling lazim digunakan untuk
menjelaskan bahasa Melayu ialah tanda nasalisasi [
Apabila simbol-simbol digunakan untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat maka kita
menggunakan kurungan [ ] di setiap permulaan dan pengakhiran kurungan. Kurungan siku
bermaksud bunyi itu ditranskripsi sebagaimana yang disebut oleh
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
7
penutur sesuatu bahasa atau dialek itu. Manakala untuk simbol fonem, kita menggunakan
simbol / / .
ii. Transkripsi fonetik luas
Transkripsi fonetik luas biasanya menggunakan lambang dan tanda diakritik yang sedikit dan
mudah. Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak taksa dalam bentuk
penyebutan. Transkripsi fonetik luas boleh digunakan sebagai asas bagi semua bahasa. Dengan
kata lain, transkripsi fonetik luas bersamaan dengan transkripsi fonemik dan ada kalangan ahli
fonetik menggunakan istilah luas sebagai rujukan kepada fonemik. Walaubagaimanapun secara
prinsipnya adalah penting untuk membezakan transkripsi fonetik luas dan transkripsi fonemik.
Kedua-dua transkripsi ini merupakan entiti yang berbeza . [pen] merupakan transkripsi fonetik
luas yang menggambarkan artikulasi fizikal dan rangkaian bunyi yang nyata. Manakala /pen/
merupakan transkripsi fonemik yang menggambarkan rangkaian bunyi yang abstrak.
C) Abjad fonetik antarabangsa
abar].] untuk bunyi [kh] seperti dalam kata “khabar” yang disebut sebagai [ aeb] dan [ ]
pula untuk bunyi [gh] seperti dalam kata “ghaib” [arat], [ ip] atau kata dalam bahasa Melayu
“syarat” [ ] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris “ship” [ Dalam
sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang
tersendiri. Keseluruhan simbol fonetik dikenali sebagai ‘abjad fonetik’. Penggunaan abjad yang
paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic
Alphabet atau International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai
Abjad Fonetik Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam
sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan,
contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak simbol-simbol baru telah
dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak
menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem ejaan rumi. Misalnya [
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
8
Dengan menggunakan lambang-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan
lambanglambang
fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di
dalam apa jua bahasa.
Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set simbol-simbol yang
bersifat arbitrari atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyibunyi
yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara
artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang
standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangnya kajian
fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa
dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini
adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-bunyi yang tidak
biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi
pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan
(ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu bagi kita mencipta atau membentuk
IPA.
Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang
berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya maka, IPA turut mencadangkan
penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai
jenis yang dapat ditambah kepada simbol huruf. Tujuan penggunaan simbol tambahan ini
adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan
huruf-huruf sahaja.
a. Terangkan yang berikut:
Transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic
Transkripsi yang berasaskan sistematik.
b. Huraikan tentang Abjad Fonetik antarabangsa.
c. Berikan perbezaan antara transkripsi fonetik sempit dan transkripsi fonetik luas
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
9
Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang
penting dalam membuat analisis fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu, terdapat
beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa, khususnya dalam bidang fonetik dan
fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam
bahasa. Dengan demikian, sebutan perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan.
Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannya seperti
ditunjukkan dalam bentuk otografi.
Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru
untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan
semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan
menggunakan lambang fonetik, seperti [səmaʔ] dan [semaʔ]. Yang pertama ialah perkataan
semak yang membawa maksud ‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud ‘periksa’. Dengan
adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan
dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.
Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan.
Dengan mengetahui lambang-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan
dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau mendengar perkataan tersebut. Misalnya,
perkataan calet dan bufet merupakan dua kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kedua-dua
perkataan tersebut dapat dibunyikan dengan betul berdasarkan lambang fonetiknya, seperti
[čalet] dan [bufét].
Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang
terdapat dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan,
perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan
transkripsi fonetik dalam kajian mereka. Contohnya, untuk membandingkan perbezaan bunyi
antara perkataan setem (bm) dan stamp (b inggeris), keadah transkripsi fonetik dapat digunakan
untuk melihat perubahan bunyi, iaitu [setém] dan [stæmp]. Demikian juga perbezaan antara
variasi bahasa dalam satu-satu bahasa dapat ditunjukkan dengan
3.4 Kegunaan Transkripsi fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
10
menggunakan transkripsi fonetik. Contohnya, kata makan disebut [makɛ] dalam dialek Kelantan
dan [makaŋ] dalam dialek Terengganu.
Dalam transkripsi fonetik, ada kalanya tanda diakratik digunakan bagi fonem-fonem tertentu
untuk menunjukkan perbezaan bunyi fonem tersebut. Misalnya, dalam bahasa Melayu fonem /e/
yang dibezakan bunyi fonem /e/ antara perkataan [pěrang] dan [pƏrang] dapat ditunjukkan
dengan penggunaan tanda diakratik /ě/, seperti /pérang/ yang membawa maksud ‘warna
kemerah-merahan’. Dengan adanya tanda diakratik /é/, perbezaan sebutan antara kedua-dua
perkataan dapat ditentukan. Selain itu, makna kedua-dua perkataan juga dapat ditentukan. Dalam
bahasa Inggeris dan bahasa lain penggunaan tanda diakratik amat luas digunakan berbanding
dengan bahasa Melayu. Antara tanda diakratik digunakan dalam bahasa Inggeris termasuk tanda
dalam perkataan exposé öre, , pâté, dan résumé.Kebanyakan perkataan ini merupakan kata
pinjaman dalam bahasa Inggeris.
Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi
perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya ortografi dalam
bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya, perkataan bus dalam bahasa
Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus
dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus]. Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa
Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf
dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul
dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik.
Seperti yang dijelaskan pada awal, dalam transkripsi fonetik lambang khusus, iaitu abjad fonetik
antarabangsa (IPA) digunakan. Abjad tersebut berbeza daripada abjad yang biasa digunakan
dalam tulisan. Dengan demikian, IPA digunakan apabila membuat latihan transkripsi fonetik.
3.5 Latihan Transkripsi Fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
11
3.5.1. Transkripsi bunyi konsonan
Apabila fonem konsonan wujud sebelum vokal atau pada permulaan perkataan, ia dirujuk
sebagai konsonan awalan, apabila konsonan wujud ditengah kata, ia dirujuk sebagai konsonan
tengah dan apabila konsonan wujud di akhir kata, ia dirujuk sebagai konsonan akhir.
Jadual 3.1. Simbol fonetik untuk bunyi konsonan
Simbol
Contoh p [pasu] ‘pasu’ [api] ‘api [atap] ‘atap’
b
] ‘budak’[buda
] ‘abang’[aba
[adab] ‘adab’ t [tali] ‘tali’ [mata] ‘mata’ [sakit] ‘sakit’
d
[dagu] ‘dagu’
[cadar] ‘cadar’
[abad] ‘abad’ k [kasut] ‘kasut’ [pakat] ‘pakat’ [kritik] ‘kritik’
g
[gali] ‘gali’
[pegaŋ] ‘pegang’
[kotaʔ] ‘kotak’[beg] ‘beg’
m
[maǰu] ‘maju’
[lama] ‘lama’
[siram] ‘siram’ n [nasi] ‘nasi’ [kena] ‘kena’ [tahan] ‘tahan’
(ny)
[ɲaris] ‘nyaris’
[suɲi] ‘sunyi’
(ng) [ŋantuʔ] ‘ngantuk’ [suŋai] ‘sungai’ [tuaŋ] ‘tuang’-
s
[sabun] ‘sabun’
[bƏsar] ‘besar’
[čas] ‘cas’ h [haus] ‘haus’
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
12
[mahal] ‘mahal’ [tanah] ‘tanah’
f
[faham] ‘faham’
[wafat] ‘wafat’
[wakaf] ‘wakaf’ v [van] ‘van’ [novel] ‘novel’ -
(th)
(sy) [∫arat] ‘syarat’ [ma∫arakat] ‘masyarakat’ -[θalaθa] ‘thalatha’
(kh)
abar] ‘khabar’[
] ‘baligh’aeb] ‘ghaib’ [bale (gh) [as] ‘khas’ [
].*bunyi [k] hanya wujud di akhir kata untuk perkataan pinjaman sahaja. Bagi kata bahasa
Melayu asli. Fonem /k/ di akhir kata dibunyikan sebagai [
Rajah 3.1. Simbol Fonetik Antarabangsa bagi Konsonan
3.5.2. Transkripsi bunyi vokal
Bunyi vokal berbeza daripada bunyi konsonan dari segi cara ia dihasilkan. Setiap kali bunyi
vokal muncul dalam bahasa, ia akan membentuk sukukata.
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
13
a) Simbol fonetik untuk bunyi vokal primer
Simbol
[ikan] ‘ikan’ [piza] ‘piza’ [čuit] ‘cuit’ [suči] ‘suci’Contoh

[emak] ‘emak’
[petak] ‘petak’
[ada] ‘ada’ [pada] ‘pada’ [kuda] ‘kuda’[četek] ‘cetak’

[otak] ‘otak’
[bota] ‘bota’
[ura] ‘ura’ [sup] ‘sup’ [pasu] ‘pasu’[čendol] ‘cendol’

[ənak] ‘anak’
[pənat] ‘penat’
[səmak] ‘semak’
b) Simbol fonetik bunyi diftong
Simbol
Contoh au [aurat] ‘aurat’ [daulat] ‘daulat’ [kalau] ‘kalau’
oi
[boikot] ‘boikot’
[sekoi] ‘sekoi’ ai [aising] ‘aising’ [paip] ‘paip’ [pai] ‘pai’
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
14
Rajah 3.2. Vokal primer dan sekunder
Perhatian: Apabila simbol-simbol wujud berpasangan, salah satu sumber iaitu di bahagian kanan
menunjukkan vokal yang dibundarkan. Contohnya [u] dan [y] merupakan bunyi vokal bundar.
3.5.3. Tanda diakritik
] ini digunakan diatas bunyi vokal untuk menunjukkan proses penyengauan berlaku.begitu juga
dalam bahagian penanda suprasegmental, beberapa simbol seperti [ : ] selepas bunyi untuk
menunjukkan kepanjangan, simbol tekanan dan tona telah ditunjukkan untuk menunjukkan
perbezaan-perbezaan bunyi bahasa. Simbol-simbol inilah yang dikatakan sebagai lambang
diakritik iaitu penanda-penanda yang boleh digunakan untuk mengubahsuai simbol fonetik asas.
Beberapa tanda diakritik yang boleh digunakan untuk memberi ketepatan bagi bunyi bahasa
sebenar yang dihasilkan adalah seperti berikut.Dalam bahagian ko-artikulasi, kita telah
diperkenalkan dengan artikulasi sekunder penyengauan yang mana simbol [
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
15
] tanda bersuara[
] ] tanda pergigian seperti dalam kata bahasa Inggeris [ eit[
kan] ] tanda penyengauan seperti dalam bahasa Melayu [ma[
] tanda tekanan seperti dalam bahasa Inggeris[
ntrakt][k
] geluncuran diftong seperti dalam kata bahasa Melayu[
u][pula
[ # ] jeda menandakan ujaran yang disempadani kesenyapana
Untuk memahami lebih lanjut tentang transkripsi fonetik, lihat beberapa contoh transkripsi
fonetik lain bagi perkataan, ayat dan petikan ringkas seperti yang berikut:
a. adik /adiʔ/ buluh /buluh/ camca /čamča/
b. Mereka datang pagi tadi.
[mərəka dataŋ pagi tadi]
c. Logan tinggal di Melaka. Dia bertugas sebagai seorang jaga di sebuah kilang perabot. Sudah
lama, dia bekerja di kilang tersebut. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak
perempuan.
[logan tiŋgal di məlaka dia bərtugas səbagai səoraŋ ĵaga di səbuah kilaŋ pərabot sudah lama dia
bekerja di kilaŋ ini dia sudah bərumahtaŋga dan məmpuɲai dua orang anaʔ pərəmpuan]
Seperti yang ditunjukkan dalam contoh a, b dan c, terdapat beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi apabila membuat transkripsi fonetik. Pertama, semua perkataan atau ayat hendaklah
ditulis dalam lingkungan kurungan [ ], iaitu kurungan segi empat, seperti [bəsar] atau [mulut].
Tidak ada huruf besar yang digunakan walaupun terdapat kata nama khas. Selain itu, tanda
bacaan seperti titik, koma, koma bertitik, dan lain-lain tidak digunakan semasa memindahkan
perkataan atau ayat menjadi transkripsi fonetik. Demikian juga perkataan, ayat dan petikan yang
dipindahkan menjadi transkripsi fonetik hendaklah bermula dari kurungan dan berakhir dengan
kurungan, seperti dalam contoh di atas.
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
16
Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa
dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah
pentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik,
khususnya dalam bidang fonetik.
a. Apakah maksud transkripsi fonetik?
b. Apakah kegunaan transkripsi fonetik?
c. Tuliskan transkripsi fonetik bagi perkataan yang berikut:
abang, cuci, dodol, fakir, garam, setuju, warung, hari jadi
d. Pindahkan ayat yang berikut menjadi transkripsi fonetik:
i. Semua pelajar diwajibkan hadir.
ii. Mereka belum menyiapkan kerja rumah itu.
iii. “Saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur,” kata Shameena kepada
adiknya Naveen.
e. Cuba tukarkan petikan berita di bawah menjadi sebuah transkripsi fonetik yang
lengkap.
Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama di
kawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadi
contoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.
Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata,
kemajuan ke arah yang betul itu mewujudkan prospek ekonomi yang baik
dan memperlihatkan kemasukan pelabur dalam dan luar negara ke wilayah
pembangunan tersebut.
(dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121205/ek_02/Iskandar-
Malaysia-perlu-jadi-contoh#ixzz2E9ct1rFW
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
17
Ujaran merupakan aliran suara secara berterusan dan terdiri daripada segmen-segmen
bunyi konsonan dan vokal.
Bunyi bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan dan diftong.
Bentuk ujaran dapat dinyatakan dalam bentuk transkripsi fonetik, iaitu penggunaan
lambang untuk mewakili bunyi bahasa.
Set lambang yang terbaik ialah abjad yang digunakan oleh International Phonetic
Alphabet (IPA).
Ada cara tertentu untuk menukarkan ejaan perkataan, ayat atau petikan ke dalam
transkripsi fonetik.
Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource
book for students. New York: Routedge
Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.
Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn & Bacon

Anda mungkin juga menyukai