Anda di halaman 1dari 4

Implikasi Teori Pembelajaran Behaviouris Terhadap Motivasi dan Pembelajaran Murid tahun 5.

1.0 Penulisan

Proses pembelajaran merupakan satu elemen penting dalam menentukan kejayaan seseorang
murid. Oleh itu, penglibatan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan
utama dalam mewujudkan suasana yang seronok dalam bilik darjah sekaligus mengekalkan
motivasi murid sepanjang pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa teori pembelajaran
yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Penulisan ini
akan memfokuskan kepada teori pembelajaran behaviouris terhadap motivasi dan
pembelajaran murid. Teori pembelajaran behaviouris diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku, dilakukan ke atas haiwan seperti tikus, kucing dan
burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’
dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkah laku.

Teori pembelajaran behaviouris adalah teori yang menekankan perubahan kepada


tingkah laku terhadap murid. Menurut Desmita (2009) teori pembelajaran behaviouris digunakan
untuk memahami corak perubahan tingkah laku manusia menggunakan beberapa pendekatan,
iaitu objektif, mekanistik, dan materialistik, sehingga berlaku perubahan tingkah laku pada
individu tersebut. Dengan kata lain, tingkah laku yang dilihat pada seseorang memerlukan
kepada peneguhan dengan melakukan ujian dan pemerhatian. Teori ini lebih mendorong untuk
membuat pemerhatian kerana pemerhatian dianggap mendesak atau segera untuk mengetahui
adakah perubahan tingkah laku manusia berlaku atau tidak (Tristaningrat, Made adi Nugraha
2019).

Oleh itu, dalam konteks ini pembelajaran adalah hasil interaksi antara rangsangan dan
gerak balas. Seorang individu dianggap telah belajar jika dia dapat menunjukkan perubahan
dalam tingkah lakunya. Sebagai contoh, murid yang pada asalnya tidak tahu membaca, namun
apabila dia sudah pandai membaca secara tidak langsung tingkah lakunya akan berubah dan
akan lahir motivasi dalam dirinya sekaligus menunjukkan sikap minat untuk belajar akan berlaku
tanpa disedarinya. Secara umumnya teori behaviouris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan dan tingkah laku murid sama ada baik
atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal.
Teori pembelajaran ini menganggap bahawa apa yang penting dalam proses
pembelajaran adalah input dalam bentuk rangsangan (stimulus) dan hasilnya dalam bentuk
tindak balas (respon). Stimulus adalah rangsangan yang dilakukan oleh guru sedangkan gerak
balas adalah tindak balas murid terhadap rangsangan yang telah diberikan oleh guru itu sendiri.
Oleh itu, rangsangan yang diberikan oleh guru dan tindak balas yang diterima oleh pelajar
dapat diukur dan diperhatikan menurut pandangan Putrayasa, (2013). Dapat difahami bahawa
dalam proses pembelajaran menggunakan teori pembelajaran behaviouris, manusia dipimpin
untuk lebih cenderung terhadap responsif rangsangan yang diberikan dan kemudian
menghasilkan tingkah laku yang baik. Dalam konteks ini teori pembelajaran behaviouris boleh
dikaitkan dengan motivasi dan pembelajaran murid kerana guru antara penyumbang utama di
sekolah dalam membentuk motivasi dan penentu kejayaan murid. Muhammad Fadhil & Majid
Suyadi(@2020)

Justeru itu, seorang guru tidak dapat tidak mesti memperhatikan perkara-perkara berikut
yang pertama guru harus memahami peranannya sebagai seorang guru, iaitu dengan memberi
rangsangan yang tepat kepada murid. Kedua, guru harus memahami tanggapan yang mungkin
timbul daripada murid untuk mengetahui tindak balas yang ditunjukkan oleh murid,. Seterusnya,
perlu ada penghargaan dari guru atas pencapaian pelajar yang cemerlang bagi meningkatkan
motivasi dan semangat untuk terus berjaya dalam pelajarannya.

Seterusnya, teori pembelajaran behaviouris juga mendorong motivasi murid kepada


perubahan tingkah laku akibat daripada aktiviti pengalaman dan persekitaran seseorang. Hal ini
sekaligus dapat memberikan motivasi dan pembelajaran kepada murid dalam bentuk 
ganjaraan atau dendaan luaran yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara
rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari (Novi 2016). Sebagai contoh
apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru
boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Seterusnya ialah kaitan
antara rangsangan dan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik
dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan - latihan yang mudah dan apabila mereka
beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras
pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang
sukar (https://www.essaysauce.com/education-essays/essay-learning-theory-behaviorism-teori-
pembelajaran-behaviorisme/ ). Hal inilah akan melahirkan motivasi dalam diri murid, motivasi
yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik, jika motivasi kurang baik, maka akan timbul
pelbagai masalah dalam diri murid itu. Oleh yang demikian,pentingnya motivasi dalam diri
seseorang khususnya kepada murid.

Menurut (Sudarwan 2004) menyatakan bahawa motivasi didefinisikan sebagai kekuatan,


dorongan, keperluan, semangat, tekanan, atau mekanisme psikologi yang mendorong
seseorang atau sekumpulan orang untuk mencapai pencapaian tertentu sesuai dengan apa
yang mereka mahukan. Antara ciri-ciri murid yang mempunyai motivasi tinggi dalam belajar
seperti rajin dalam menjalankan tugas, berdaya tahan dalam menghadapi kesukaran atau tidak
cepat putus asa, tidak memerlukan dorongan luaran untuk melakukan dengan sebaik mungkin,
lebih suka bekerja secara bebas, dan banyak lagi (Sitti Suprihatin 2015).

Oleh itu, beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam memotivasi
pembelajaran murid adalah dengan menjelaskan tujuan yang hendak dicapai, membangkitkan
motivasi murid, mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran (Wina
Sanjaya, 2009).

Selain itu, faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak
balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh
ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh
memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu
pembelajaran yang seterusnya murid tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam
kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya murid tersebut tidak dapat
menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing murid tersebut supaya mereka
tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran
pada ketika itu.

Oleh itu, dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diperhati, diukur
dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih
awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif
seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan
terhadap dirinya.
Kesimpulannya, implikasi teori pembelajaran terhadap motivasi murid dan pembelajaran
tahun lima yang pertama ialah guru hendaklah memastikan emosi yang positif dapat dibina
dalam diri murid. Kedua mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan
adil, kasih-sayang dan sebagainya. Ketiga, pembelajaran di dalam bilik darjah adalah seperti
mengamalkan  pemberian pengukuhan secara konsisten dan sesuatu tingkah laku positif yang
perlu diperhatikan. Murid diberi ganjaran seperti kata-kata pujian, perhatian, kasih-sayang, hak-
hak istimewa atau wang sekiranya mereka memperolehi pencapaian cemerlang dalam aktiviti
yang disertai. Keempat, apabila seseorang guru dapat menetapkan atau menyatakan matlamat
yang jelas sebelum mengajar maka objektif pembelajaran dapat dicapai dengan baik sekaligus
akan membuatkan murid terus seronok untuk belajar kerana guru itu mempunyai matlamat
yang jelas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, tanpa sedar sifat motivasi terbentuk dalam diri murid kerana guru telah
menunjukkan sikap yang baik kepada murid dari semua aspek kerana guru merupakan
ransangan manakala murid merupakan tindak balas. Selain itu, apabila murid mempunyai
emosi yang stabil, berdisiplin, suasana pembelajaran yang menyeronokkan secara tidak
langsung akan menaikkan semangat dan motivasi murid untuk mempelajari sesuatu mata
pelajaran dengan lebih baik. Pentingnya pembentukkan motivasi dalam diri seseorang murid .
Justeru itu, kita sebagai seorang guru diharapkan dapat mengaplikasikan teori pembelajaran
behaviouris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid yang bukan
sahaja cemerlang dalam mata pelajaran bahkan mempunyai daya motivasi yang tinggi dalam
kehidupan untuk berjaya pada masa akan datang.