Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sejak mencapai kemerdekaan 62 tahun yang lalu, beberapa program pembangunan telah

dijalankan bagi mencapai status negara maju. Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia

telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara

membangun yang lain. Beberapa dasar utama pembangunan negara telah digubal yang

memperlihatkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar-dasar

seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar

Wawasan Negara (DWN) yang turut dikenali sebagai dasar 2020 merupakan dasar yang

dibuat untuk perancangan pembangunan negara yang mana bermula berbanding dengan

negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka

Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (RRJP 3). Rancangan pembangunan negara jangka panjang ini diperinci dan

diperhalusi pula melalui rancangan lima tahun yang mana bermula Rancangan Malaysia

pertama (RMK1) yang dibuat pada 1966 dan diteruskan sehingga kini yang mana

menyaksikan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang dibuat pada tahun 2016.

Anjakan struktur pendidikan negara bermula selepas pembentukan Malaysia pada

tahun 1963, di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem

pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. Stuktur pendidikan

negara diperkukuhkan lagi pada tahun 1970 melalui DEB setelah berlakunya peristiwa 13

Mei 1969. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Struktur

dan sistem negara turut dimasukkan dalam agenda utama kerajaan sebagai salah satu wadah

perpaduan kaun ketika itu selain menghapuskan sistem pendidikan lama peninggalan british

yang lebih bersifat dualisme.


Pengstrukturan semula sistem pendidikan negara ini yang melibatkan semua kaum

terutamanya dalam membangunkan masyarakat luar bandar yang dilihat telah jauh

ketinggalan dengan Kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet yang besar terhadap sektor

pendidikan sama ada dalam bajet tahunan dan Rancangan Malaysia. Sistem pendidikan

Malaysia ini telah memperlihatkan peningkatan dan kemajuan dalam setiap perancangan lima

tahun ini sejak negara merdeka pada 1957. Perbelanjaan dan pelaburan kerajaan dalam sistem

pendidikan ini telah mengakibatkan akses pendidikan Malaysia telah berkembang pesat dan

mendapat beberapa pengiktirafan global seperti pengiktirafan oleh Bank Dunia pada 2011

dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2005) yang telah

meletakkan kejayaan Malaysia mencapai pendidikan rendah sejagat. Malaysia secara umum

telah mencatatkan enrolmen 96% untuk pendidikan peringkat rendah dan berjaya

mengurangkan kadar keciciran daripada 3% (1989) kepada sekitar 0.2% (2011). Sementara

kadar enrolmen peringkat menengah rendah telah mencapai 91%. Bagi kadar enrolmen

pendidikan menengah atas telah mencapai hampir 2 kali ganda iaitu mencapai 81%

berbanding 45%.

LATAR BELAKANG ISU

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa limitasi yang dikenal pasti dalam kajian ini seperti saiz

sampel yang sedikit. Oleh itu, diharapkan kajian pada masa akan datang dapat menggunakan saiz

sampel yang lebih besar untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai tekanan dan

kekuatan yang dialami oleh keluarga berpendapatan rendah. Tambahan pula, kajian ini hanya

menggunakan sampel responden berbangsa Melayu sahaja, maka kajian ini tidak menggambarkan

keseluruhan populasi keluarga berpendapatan rendah (e.g., bangsa India dan Cina) di Malaysia.

Selain itu, kajian pada masa hadapan juga boleh mengenal pasti antara tema-tema tekanan dan

kekuatan selain dari hasil kajian ini yang boleh memberi impak kepada keluarga berpendapatan
rendah di masa akan datang seperti keagamaan, kesihatan, kejiranan yang selamat dan akses kepada

sistem pendidikan yang berkualiti

Anda mungkin juga menyukai