Anda di halaman 1dari 1

Bagaimanakah teori Piaget dan teori Kohlberg mempengaruhi

kaedah,strategi dan teknik guru dalam kelas Pendidikan Moral?

Teori Piaget dan teori Kohlberg merupakan teori-teori yang agak sesuai
digunakan sebagai panduan pengajaran guru dalam Pendidikan Moral. Hal ini
demikian kerana kedua-dua teori ini adalah menekankan tentang perkembangan
moral kognitif, iaitu memberikan penekanan kepada penakulan moral, teori
psikoanalisi yang tertumpu kepada perasaan dan emosi. Secara keseluruhan,
pengabungan kedua-dua teori ini mengandungi tiga domain moral iaitu penaakulan
moral, perasaan moral, dan tingkah laku moral. Dengan berpadukan kedua-dua teori
ini, guru dapat menghubungkaitkan konsep-konsep teori pengajaran dengan
kaedah, strategi dan teknik yang sesuai digunakan untuk meningkatkan
keberkesanan proses PdP di kelas Pendidikan Moral.

Semasa guru menggunakan pendekatan pengabungan kedua-dua teori


ini, guru hendaklah menggunakan bahan pengajaran yang sesuai mengikut
peringkat-peringkat umur murid-murid. Bahan pengajaran yang sesuai adalah
penting untuk meningkatkan perkembangan kuasa penaakulan moral murid
berdasarkan perkembangan kognitif manusia. Sebagai contohnya, murid-murid yang
berperingkat rendah perlu memberikan peneguhan posiitif dan peneguhan negatif
supaya mereka dapat mengamalkan nilai moral dengan berkesan. Dengan ini,
murid-murid baru dapat mempelajari dari tahap mematuhi peraturan moral sehingga
berautonomi. Maka, murid-murid akan mula berfikir secara rasional dan
menunjukkan perasaan sebenar sebelum melaksanakan sesuatu keputusan.

Di samping itu, guru juga boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang


dapat merangsangkan pemikiran murid seperti tayangan video yang berkaitan nilai-
nilai moral. Selepas menonton video tersebut, murid-murid digalakkan membuat
refleksi kendiri dan seterusnya saling berkongsi pendapat dalam kumpulan. Secara
keseluruhannya, tindakan ini dapat membantu murid membuat penilaian pemikiran
sendiri ke arah tahap penaakulan moral yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai