Anda di halaman 1dari 1

KUMPULAN KWANG & CATHERINE

1. Pada pendapat kumpulan kami, strategi penyelesaian konflik paling sesuai yang boleh
diguna oleh Ahmad bagi mengatasi masalah ini ialah strategi analisis nilai. Di sini,
Ahmad telah menghadapi dua nilai yang konflik iaitu nilai melindungi hak dan nilai hidup
bersama secara aman. Ahmad ingin membela anjing di rumahnya tetapi bunyi bising
yang dikeluarkan oleh anjing Ahmad akan mengganggu keamanan jiran-jirannya. Oleh
itu, Ahmad dikehendaki mencari alternatif yang sesuai untuk mengatasi masalah ini
supaya tidak mengganggu jirannya malahan juga dapat melindungi hak diri sendiri.
Sebagai contohnya, Ahmad perlu meminta maaf terlebih dahulu kepada jirannya
sebagai tanda penghormatan kepada jiran. Selain itu, Ahmad haruslah mengambil
langkah untuk melatih anjingnya supaya menjadi lebih jinak dan boleh mendengar
arahan daripada Ahmad. Dengan itu, keputusan yang dibuat oleh Ahmad ini akan dapat
meminimumkan gangguan oleh anjing terhadap jirannya. 

2. Contoh Situasi: Harraz dan isterinya dalam perjalanan ke KLIA kerana telah berjanji
dengan rakan mereka untuk menyambut kedatangannya dari luar negara. Ketika dalam
perjalanan, Harraz menerima panggilan menyatakan ibunya sedang tenat di hospital.
Apa keputusan Harraz?
Strategi Pencairan Masalah: Harraz telah menghadapi dua konflik iaitu konflik antara
tidak memungkiri janji dengan rakannya dan keadaan ibu yang memerlukan dia. Oleh
itu, dalam situasi ini Harraz perlu memilih adakah dia perlu menjalankan tanggungjawab
terhadap rakan ataupun terhadap ahli keluarganya.  Dengan memilih alternatif lain, 
Harraz boleh melawat ibunya yang sakit di hospital dan menempah teksi untuk
menyambut rakannya  di KLIA.

Anda mungkin juga menyukai