Anda di halaman 1dari 9

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkap kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
mengurniakan saya petunjuk dan motivasi untuk menyelesaikan kerja kursus yang diberi
dengan sempurna dan menyeluruh.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kelas kami, iaitu Tuan Haji
Hamdan Yaakub yang telah banyak memberi bimbingan serta penerangan tentang cara
melakukan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan
sokongan dari segi mental dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini.
Selain itu, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu
kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya harap bahawa segala tugasan tersebut dapat menambah ilmu
pengetahuan semua disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang.
TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI II (30%)
Anda telah dipertanggungjawab unutk menjayakan satu majlis rasmi sempena
penganugerahan Tokoh Guru Inovatif peringkat negeri yang akan dilangsungkan tidak lama
lagi. Perincikan elemen-elemen penting pengurusan majlis dan atur cara untuk memastikan
majlis tersebut berjalan lancar. Anda juga dikehendaki menyediakan skrip pengacaraan
untuk majlis penganugerahan tersebut menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Amalan protocol dalam sesuatu majlis bertujuan untuk menetapkan penghormatan
yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, dan untuk
menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.
Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti,
kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut yang menganjurkan sesuatu majlis.

Berdasarkan Hamdan (2020), elemen adalah unsur-unsur yang perlu ada dalam
menguruskan atau mengendalikan sesuatu majlis agar berjalan lancar. Istilah protocol
berasal daripada bahasa Greek yang mencantumkan dua kata dasar, iaitu protos yang
bermaksud ‘yang pertama’ dan kolla yang bererti ‘pelekat’. Hal ini bermakna, protocol itu
pada asalnya membawa maksud ‘pelekat yang pertama’, iaitu suatu tanda taraf atau status
yang membuktikan kesahihan undang-undang pada zaman Greek.

Manakala berikut Larousse (1972), protocol dapat difahamkan sebagai suatu


susunan keutamaan dalam pengkat dan status dan juga prosedur yang betul dalam
pertukaran diplomatic dan dalam upacara negara.

Untuk menjayakan sesuatu majlis, amalan protocol amat peting bagi memastikan
kelancaran sesuatu majlis. Elemen-elemen penting protokol yang diperlukan untuk
menjayakan Anugerah Tokoh Guru adalah seperti berikut:

Jawatankuasa merupakan elemen yang boleh dikatakan paling penting bagi


memastikan kelancaran sesuatu majls. Mereka merupakan sekumpulan orang yang dilantik
untuk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu. Ringkasnya, jawatankuasa
mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap majlis yang dikendalikan.

Seterusnya, penentuan tempat majlis perlulah dibuat awal kerana tampat majlis ada
kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting
yang mesti diambilkira adalah jarak, tempat letak kereta yang mencukupi, ruang legar,
kemudahan asas dan kesesuaian tempat tersebut dengan majlis.

Langkah yang seterusnya merupakan membina Ringkasan Senarai yang merupakan


senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuan membuat ringkasan senarai adalah supaya
dapat identifikasikan kategori temamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.
Protokol bolehlah membahagikan kepada sub-kategori seperti berikut: Senarai Ringkas,
Senarai nama, Senarai keutamaan, Senarai kehadiran, dan Senarai jawapan.

Atur cara majlis juga merupakan elemen yang penting dalam kelancaran majlis.
Menurut Hamdan (2020), cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu
acaranya mengikut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu
akhir membawa ke waktu permulaan. Majlis bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis, Majlis
Siang (8am – 2.45 am), Majlis Pada Hari Jummat (Tamat sebelum 12.15 pm), dan Majlis
Malam (8pm – 11.30 pm) Jangka masa haruslah ditentukan sebelum majlis dijalankan.

Elemen yang penting juga merupakan pembuatan kad Jemputan untuk Majlis
Anugerah Tokoh Guru Inovatif yang memerlukan butiran-butiran yang berikut: Nama majlis,
Penganjur yang menjemput, Logo Institut Pendidikan Guru, Tempat majlis: IPG Kampus
Ipoh, Ruang Nama Jemputan: Dewan Seri Tanjung, Tarikh majlis diadakan: 1 April 2020,
dan terakhirnya masa majlis bermula dan masa majlis berakhir : 8.00 pagi – 11.30 pagi.
Seterusnya, jawatankuasa majlis tersebut haruslah menyediakan jamuan ringan. Jamuan
ringan akan diadakan di penghujung majlis. Menu yang disediakan tidak berat dan mengikut
cara jamuan buffet duduk.

Lantaran itu, aturcara pentadbiran juga merupakan aturcare majlis yang ditulis secara
terperinci dengan tujuan memastikan majlis berjalan dengan lancar dan mengikuti lunas-
lunas protocol yang diterima. Di samping itu, elemen yang penting untuk memastikan
kelancaran majlis pada hari tersebut adalah untuk menjalankan raptai, supaya mereka yang
terlibat tahu akan tugas da tanggungjawab. Akhir sekali, post-mortem adalah elemen yang
penting dalam pengacaraan majlis, kerana sesi inilah jawatankuasa majlis dapat menilai
kelancaran perjalanan majlis, kelemahan yang didapati dan cara mengatasi kelemahan yang
dikatakan, dan juga membincang tentang panduan yang akan datang.
ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH TOKOH GURU INOVATIF
PERNGKAT NEGERI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH TAHUN 2020.
TARIKH: 1 APRIL 2020
TEMPAT: DEWAN SERI TANJUNG
ATUR CARA

Tokoh-tokoh guru inovatif / pensyarah akan tiba di Dewan Seri Tanjung.


Saya mengumumkan ketibaan tetamu VIP.
Memgumumkan ketibaan Yang Berhormat Dr. Yahya Bin Osman, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Selepas itu, pengumum akan minta para tetamu menyanyi
Lagu ‘Negaraku’, Lagu Perak, dan Lagu ‘Malaysia Bersih’

Selepas penyanyian lagu tersebut, saya akan menjemput Tuan Haji Zulkifli bin Hassan,
untuk melafazkan Ikrar. Seterusnya, pengumum akan menyampaikan ucapan aluan untuk
menunjukkan kesyukuran kepada kehadiran para tetamu.

Saya akan menyampaikan ucapan aluan dan selepas itu menjemput Ustaz Mohd Mursyid
bin Jalil untuk bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Majlis Anugerah
dan Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dr. Yahya Bin Isman, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Saya akan mengumumkan Persembahan Tayangan
Multimedia sempena Tokoh Guru Inovatif Peringkat Negeri. Selapas tayangan
multimedia, penyampaian Anugerah Tokoh Guru Inovatif akan berlangsung.

Seterusnya, saya akan minta para tetamu menyanyi lagu IPGM dan lagu Guru Malaysia.
Para tetamu akan diminta untuk tunggu di atas pentas untuk sesi fotografi.

Majlis ditamatkan dengan Jamuan yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan majlis.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PENGANUGERAHAN TOKOH
GURU INOVATIF PERINGKAT NEGERI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TAHUN 2020
TARIKH : 1 APRIL 2020
TEMPAT : DEWAN SERI TANJUNG

Mengumumkan ketibaan: Yang berbahagia Dr. Yahya Bin Osman, Pengarah IPG Kampus
Ipoh,serta diiringi Dhif-Dhif kehormat masuk ke dalam Dewan. Marilah kita menyanyi lagu
NEGARAKU, lagu negeri Perak dan lagu Malaysia Bersih. Hadirin dipersilakan duduk.
Seterusnya, majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Haji Zulkifli bin Hassan, Ketua
Jabatan PJK untuk mengetuai lafaz Ikrar. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis Kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera. Yang Berusaha Dr. Yahya Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Yang
Berusaha …., Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Yang Berusaha Encik Badrul
Hisham Bin Jaafar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua
Unit, Para Pensyarah/ Staf Sokongan/ Para Tetamu. Alhamdulillah Bersyukur Kita Ke
Hadrat Allah SWT Kerana Dengan Izin Dan Limpah Kurnia-Nya, Kita Diberikan Kesihatan
Dan Kesempatan Untuk Bersama-Sama Menjayakan Majlis Anugerah Tokoh Guru
Inovatif.

Bagi memberkati majlis kita pada mala mini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Mursyid
bin Jalil untuk membacakan doa. Dipersilakan

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
dan berada dalam Majlis Penganugerahan Tokoh Guru Inovatif peringkat negeri di IPG
Kampus Ipoh.
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,


Jadikanlah pendidik-pendidik yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pendidik-pendidik yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi
katalis dan sumber inspirasi kepada para pendidik supaya mereka sama-sama mengerah
keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan
nama institut ini.

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Mursyid bin Jalil atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin warga dewan yang dikasihi, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Hamdan Bin Yaakub,
Pengerusi Majlis Anugerah Tokoh Guru Inovatif 2020 menyampaikan ucapan.
Dipersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, kini tibalah masanya yang kita tunggu dan
nantikan, iaitu ucapan Perasmian Majlis Anugerah Tokoh Guru Inovatif peringkat negeri
2020. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Yahya bin
Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan penuh takzim dipersilakan. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Pengarah sebentar tadi.
Seterusnya sama-sama kita saksikan pula Tayangan Multimedia sempena Tokoh Guru
Inovatif peringkat negeri 2020. Demikianlah Tayangan Multimedia yang menarik sebentar
tadi.

Hadirin sekalian yang Dihormati, Majlis Anugerah Tokoh Guru Inovatif kita pada hari ini
diteruskan lagi dengan agenda yang seterusnya. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu
acara Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Inovatif kepada para pendidik yang memberi
sumbangan inovatif kepada fakulti. Untuk penyempurnaan acara, dijemput Yang Berusaha
Dr. Yahya Bin Osman mengiringi Yang Berusaha Encik Badrul Hisham Bin Jaafar.
Dipersilakan Saudari Liew Sze Min, saudari Anis Amirah Abdul Aziz untuk menerima Sijil
Tokoh Guru Inovatif peringkat negeri 2020. Seterusnya dijemput Saudari Nancy Koh untuk
menerima anugerah Tokoh Guru Inovatif. Dipersilakan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Yahya Bin
Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh atas penyempurnaan acara itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput dif-dif kehormat untuk mengambil tempat bagi upacara
fotografi. Majlis dipersilakan. Majlis juga menjemput para pensyarah yang hadir turut
mengambil tempat bagi sesi bergambar bersama dif-dif jemputan.

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah majlis penganugerahan Tokoh
Guru Inovatif peringkat negeri pada malam ini. Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada dif-dif kehormat serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian
untuk bersama- sama menjayakan program malam ini.

Majlis Telah pun Sampai Ke Penghujungnya,


Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta,

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian program


pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan
ampun dan maaf . Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang
buruk itu datangnya dari kami. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillahiltaufiq
walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi mengakiri Majlis
Anugerah Tokoh Guru Inovatif pada pagi ini marilah sama-sama kita menyanyi lagu ‘IPGM’
dan Lagu ‘Kami Guru Malaysia’. Seterusnya dijemput semua warga IPG Kampus Ipoh
untuk sama menjamu selera sempena Majlis Hari raya peringkat IPG Kampus Ipoh.
Sekian, Terima Kasih.

(999 patah perkataan)


Rujukan
Hamdan, H.Y. (2020). Bahasa Melayu Konteksual. Hulu Kinta: PUTRACETAK

Haji Mohd Razak Bin Mohd Nordin. (2019).PANDUAN PENGACARA MAJLIS DAN
PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Batu Caves: Sri Saujana Marketing.

Isa, W. (2015). Aturcara majlis. Daripada: https://www.slideshare.net/WatyIsa/aturcara-


majlis

N.N. (2010). Koleksi Pantun Pelbagai Acara Untuk Pengacara Majlis. Daripada:
http://www.cikgushare.com/2016/10/koleksi-pantun-pelbagai-acara-untuk.html

Norham, N. (2014). Teks pengacara majlis formal. Daripada:


https://www.slideshare.net/imahirfan/teks-pengacara-majlis-formal

Anda mungkin juga menyukai