Anda di halaman 1dari 3

Free Web site hosting - Freeservers.

com

Di Mana Kasih?

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-
mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu
kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dengan berjaga
malam dan demam.
-Riwayat Bukhari (Sahih Bukhari no.5552) , Muslim dan Ahmad

Seorang ibu sanggup berjaga malam, semata-mata memastikan anak kecilnya tidur lena.
Seekor kucing sanggup berlapar membiarkan anak-anaknya menjamah rakus makanan.
Begitulah hebatnya kasih sayang. Semua itu bukan dibuat-buat, tapi ia adalah fitrah
kurniaan Allah kepada setiap hati kecil makhluk. Dalam apa jua keadaan pun, tiada
siapa yang berani menafikan hakikat ini. Rasa untuk menyayangi dan disayangi
memang wujud dalam hati kita.
Betapa agung pun kasih manusia, betapa hebat pun kasih kita, kasih sayang Allah
jauh lebih hebat. Kekadang mungkin kita tertanya sendirian, kalau Allah sayangkan
kita mengapa kita terpaksa mengikut kehendakNya? Mengapa Allah wajibkan kita tutup
aurat, pakai tudung, yang labuh pulak tu? Malah kita disuruh merendahkan pandangan
kita yakni menjaga mata dari melihat kepada lelaki yang halal nikah!
Tidakkkah itu bertentangan dengan jiwa kita...? Tidakkah itu mengongkong kita? Di
manakah kasih sayang Allah?

KASIH SAYANG ALLAH


Seorang ibu pasti tidak sanggup melihat anaknya bermain dengan pisau tajam. Bukan
tidak tersayat hati ibu sewaktu merampas pisau dari tangan anaknya, tapi lebih
menyayatkan hatinya bila melihat tangan kecil itu berlumuran darah.

Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambaNya. Setiap peraturan atau syariat yang
ditetapkan itu ada hikmah tersiratnya. Cuma kita yang tidak mengetahuinya. Allah
jua yang telah mengurniakan nikmat, rahmat dan kasih sayangNya kepada kita, lantas
menguji sama kita pandai berterima kasih kepadaNya atau tidak.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-
apa pun, DIA memberi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati agar kamu bersyukur.

-An Nahl: 78

Pembekal komputer biasanya memberikan buku panduan kepada pembeli untuk kemudahan
pembeli. Begitulah juga dengan Allah.DIA menciptakan manusia, lalu dia membekalkan
�buku panduan�Nya kepada kita iaitu syariatNya yang ada pada Al Quran dan As
Sunnah. Syariat Islam bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan. Berpakaian
bertelekung labuh dan baju kurung hakikatnya lebih selamat daripada memakai skirt.
Sekurang-kurangnya tiada orang yang mengganggu.

KASIH SAYANG SESAMA INSAN

Dunia tidak akan aman tanpa kasih sayang. Tanpa disedari kasih sayang sebenarnya
adalah kunci keamanan dunia. Keamanan hidup, ramai yang tidak mensyukurinya
lantaran kita tidak pernah kehilangannya. Namun, bagi rakyat Bosnia, Chechnya,
Afganistan, Palestin dan negara-negara lain, nikmat keamanan umpama bintang
dilangit yang hanya dengan mimpi sahaja mereka dapat mencapainya.

Oleh kerana kita tidak pernah merasai betapa tingginya nilai kemanan, maka ramai
antara kita yang tidak sedar bahawa kunci keamanan sejagat adalah kasih sayang.
Kalau tidak kerana kasih nescaya tidak ada puak yang berperang, jika tidak kerana
sayang tiada manusia yang sanggup membunuh, mencedarakan manusia lain.
KASIH SAYANG KELUARGA

Adakah anda hidup dalam keluarga yang bahagia? Kalau begitu, anda patut berterima
kasih kepada TUHAN yang telah mengurniakan rahmatNya. Bagaimana dengan rakan anda?
Mungkin ramai rakan kita yang hidup kurang bernasib baik. Hidup dalam keluarga yang
tandus daripada siraman kasih sayang. Tiada ibu yang sentiasa membelai manja, tiada
ayah untuk berkongsi kasih, tiada adik, tiada kakak, tiada abang... ah, memang anda
bertuah!

Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita. Berusahalah mencurahkan kasih kepada
ibu, pada ayah dan adik beradik.

HAKIKAT KASIH SAYANG


Kasih sayang adalah suatu yang amat ditekankan oleh agama kita, Islam. Ia
mempunyai kedudukan yang begitu tinggi. Daripada Abi Hurairah RA meriwayatkan,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman,
dan kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu jika aku
tunjukkan suatu perkara, jika kamu mengamalkannya kamu akan saling berkasih sayang?
Sebarkanlah salam antara kamu.

-Riwayat Muslim (Sahih Muslim No. 81)


Itulah kedudukan kasih sayang. Ia melambangkan taraf iman seseorang yang mana iman
itulah yang menentukan tempat kita di akhirat sama ada di syurga atau di neraka.
CARA MENYUBUR KASIH SAYANG
Kasih sayang hakikatnya telah wujud semula jadi dalam hati kita. Walau
bagaimanapun ia mesti disuburkan selalu dan dibajai dengan iman dan ketaqwaan
kepada Allah. Mungkin kita telah banyak menemui kaedah untuk berkasih sayang yang
dicanangkan dalam buku-buku lain. Tapi pada dasarnya, seorang yang pengasih dan
penyayang adalah kerana imannya kepada Allah dan rasa kehambaan yang tinggi
kepadaNya. Seorang yang memupunyai rasa kehambaan yang tinggi tidak akan
menyombongkan diri walau setinggi mana pangkat yang dimilikinya. Sama ada dia
seorang presiden, perdana menteri, menteri besar, atau korporat dunia, dia tetap
hamba pada Allah. Semua manusia adalah hamba Allah dan mempunyai hak untuk
dikasihi.
Rasa kehambaan kepada Allah ialah keadaan seseorang itu sentiasa merasa berdosa
dengan Allah, merasa kerdil dengan keagungan Allah, merasa misikin dengan kekayaan
Allah, merasa jahil dengan kebijaksanaan Allah, merasa semua yang ada padanya
adalah milik Allah. Bukan mudah untuk menyuburkan rasa kehambaan ini. Kita perlu
sentiasa bermujahadah yakni melawan nafsu dan syaitan.

Apabila kita merasa diri kita hamba Allah, maka secara automatik sifat mahmudah
akan lahir, sifat mazmumah akan hilang. Kita tidak akan menyombong diri, tidak
mudah marah, tidak hasad dengki bahkan merendahkan hati, mengasihi manusia lain,
pemurah dan penyayang. Itulah hakikat berkasih sayang yang lahir dari hati yang
bersih dan harum dengan mahmudah.

MENGASIHI MANUSIA
Orang yang benar-benar penyayang bukan sahaja menonjolkan kasihnya terhadap
perkara lahiriah, bahkan terhadap perkara yang bersifat maknawi. Kita sering
melihat seorang kaya memberi makanan kepada fakir, itu contoh kasih sayang
lahiriah. Akan tetapi kasih sayang yang bersifat maknawiah pula dapat dilihat
apabila seorang ayah memarahi anaknya yang tidak menutup aurat, seorang ibu yang
melarang anaknya menonton wayang dan pelbagai keadaan lagi.

Seorang kawan yang sentiasa menasihati kawannya juga adalah contoh kasih sayang
maknawi yang boleh kita ikuti. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. bahawa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda:
�Tiga perkara, jika ia terdapat di dalam diri seseorang maka ia memperolehi
kamnisan Iman; hendaklah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada segala-
galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, melihat dia kembali kepada
kekafiran (derhaka kepada Allah), sebagaimana dia tidak suka dirinya dicampakkan ke
dalam neraka.

-Riwayat Bukhari dan Muslim


Agama Islam mengingatkan kita bahawa kehidupan bukan terhenti setakat hidup dunia
sahaja bahkan kita akan menghadapi kehidupan yang abadi di akhirat nanti. Di
sanalah hakikat kehidupan kita, sama ada bahagia atau derita, akhirat tetap abadi.
Tegasnya, kehidupan akhirat adalah lebih penting daripada kehidupan dunia. Dengan
itu, berkasih sayang dengan saling memberi peringatan terhadap hari akhirat,
nasihat-menasihati, mencurahkan ilmu agama adalah lebih penting daripada kasih
sayang lahiriah yang hanya bersifat sementara. Kawan yang membiarkan kawannya
melakukan dosa kepada Allah adalah seorang yang tidak penyayang. Ibu atau bapa yang
membiarkan anak gadisnya membuka rambut tidak sedar mereka mendera anak mereka.

MENUJU KEAMANAN SEJAGAT


Sudah begitu lama kita disogok dengan berita-berita peperangan, penderaan,
pembuangan bayi, rusuhan, kekacauan, penzaliman dan yang sewaktu dengannya. Rasanya
sudah sampai detik kita sama-sama membina satu umat yang saling berkasih sayang dan
saling cinta-mencintai dengan berteraskan cinta Allah. Biarlah kita yang
memulakannya dengan membersihkan hati kita. Suburkan hati dengan rasa kehambaan
kepada Allah. Dengan itu sifat mahmudah akan berbunga dan harum dengan haruman
kasih dan sayang kepada semua manusia.

Buanglah sifat membenci orang lain. Janganlah kita bermusuhan sesama Islam hanya
dengan sedikit perbezaan ideologi politik, fahaman mazhab atau aliran pemikiran.
Bahkan Islam menganjurkan agar kita berkasih sayang dengan semua manusia. Biarlah
peristiwa kejam itu berlalu sambil dunia yang lebih aman tampil dengan haruman
kasih dan sayang. Biarlah manusia yang sedang mencari di mana kasih menjumpainya
pada kita. Binalah kasih sesama insan� demi kasih sayang TUHAN.

**********************************
Sabda rasul:
�Wanita itu ialah tinggal di rumah dan tidak keluar kecuali urusan yang mustahak.
Wanita apabila keluar rumah akan dipersonakan iblis. Perempuan itu aurat, maka
apabila dia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia.�

-Riwayat At-Termezi

Anda mungkin juga menyukai