Apabila dunia kita menyedari peningkatan globalisasi, pembelajaran abad ke-21 merujuk
kepada kemahiran dan teknologi yang akan menjadikan pelajar kita berjaya dalam dunia yang
ketekunan dan kurang bergantung pada pembelajaran fakta dan data. Pelajar mesti mendekati
pembelajaran sepanjang hayat dengan pemikiran yang fleksibel ketika mereka menangani
masalah abad ke-21. Mereka mesti belajar bekerja dan mendengar pelbagai sudut pandangan.
Pada masa kini kita melihat bahawa kita perlu bekerjasama secara global. Apabila generasi
muda mengambil alih, kita memerlukan lebih kerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, bilik
darjah semasa perlu diubah menjadi kelas global di mana pelbagai budaya diterokai dan
keadilan dan toleransi menjadi komponen penting. Guru perlu menunjukkan kesediaan
mereka untuk berubah, bersikap fleksibel. Pelajar perlulah bersedia mencuba perkara baru
dan gagal. Mereka perlu faham bahawa dari kegagalan datang kepujian. Pelajar mesti
didorong untuk mencuba sesuatu. Jika gagal mereka perlu belajar dan cuba dengan sokongan
Ibu bapa.
Semasa kita memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi pelajar sepanjang hayat, kita
harus fokus pada kolaborasi, pemikiran sistem, mengembangkan empati, kemudahan dalam
komunikasi dan penggunaan teknologi yang berfungsi untuk membantu kita menangani
Teknologi memainkan peranan besar dalam pembelajaran abad ke-21. Penggunaan podcast,
blog audio dan video dan pembelajaran dalam talian semuanya mempengaruhi bagaimana
dunia global.
kritis, Kreativiti dan Nilai murni dan etika. Kelima-lima standard asas ini perlu dicapai oleh
murid untuk menyediakan diri untuk masa depan. Sebagai permulaan, standard komunikasi
mempromosikan interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan
bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan
rakan-rakan.
Komunikasi yang berkesan tidak terhasil jika guru hanya meminta murid membentangkan
kerja mereka di hadapan kelas, membiarkan murid berinteraksi antara satu sama lain dalam
kumpulan dan meminta murid bertanya sahaja. Murid perlulah memerhati, mendengar dan
memberi maklum balas dengan orang lain. Murid sepatutnya dapat menyusun pemikiran
mereka secara logik dan menyatakannya secara jelas dan ringkas. Oleh itu, guru perlu tanya
soalan yang pelbagai yang bantu mereka berfikir. Murid juga perlu memahami cara
menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk menyampaikannya dan yakin berinteraksi
Dalam standard kolaboratif, perlulah ada kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan
murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan
antara murid. Murid perlulah bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kolaborasi
tidak akan Berjaya jika guru hanya meminta murid membuat tugasan secara individu dalam
kumpulan. Selain itu, guru tidak boleh membenarkan murid memaksa rakan menerima
pandangan dan membiarkan segelintir murid sahaja yang terlibat secara aktif dalam
kumpulan. Ini tidak akan membantu murid untuk berkolaborasi. Sepatutnya, murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling
bergantungan untuk berjaya. Mereka bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan
dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakanrakan yang lain. Setiap murid
perlu dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan
keupayaan mereka. Murid sepatutnya menerima dan menghormati pandangan orang lain
bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.
pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Pemikiran Kritis yang
berkesan tidak terhasil jika guru hanya menggunakan sumber yang terhad. Guru juga tidak
mengehadkan pandangan dan idea murid ataupun menerima pandangan murid tanpa
perbincangan. Guru sepatutnya membiarkan murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan
cara pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands-on untuk mendapat
mempertahankan keputusan dengan memberikan bukti. Murid juga perlu berfikiran terbuka,
Seterusnya ialah, kreativiti, Semasa mengajar guru perlu memastikan berlaku proses
penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik,
berguna dan berkualiti dalam kalangan murid. Murid tidak dapat berfikiran secara kreatif jika
mereka diminta menghasilkan produk. Guru juga tidak boleh hanya mengikut skema semasa
mengajar. Guru perlu berfikiran terbuka dan menerima jawapan di luar skema. Guru perlu
membenarkan murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea
dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza. Murid perlu digalakkan menghasilkan dan
menggunakan idea-idea baru dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif dan
berani mencuba dan diberikan galakan tanpa merasa bimbang dengan kritikan. Murid
perlulah mempunyai hala tuju yang jelas dan berimiginasi secara asli serta tidak mengikut
kelaziman.
Standard asas akhir ialah nilai murni dan etika. Guru perlu menerapan dan memupuk nilai
murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia. Penerapan
nilai murini tidak akan tercapai jika guru hanya menulis elemen nilai murni dalam RPH.
Murid perlu dijelaskan dan diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. Mereka perlu
menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru
boleh memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. Selain
itu, guru boleh mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai
murni.
Terdapat banyak aktiviti PAK21 di luar sana. Daripada BPSH dan KPM melalui KIT PAK21
telah menggariskan 5 aktiviti asas dan disarankan sebagai aktiviti PAK21. Lazimnya Aktiviti
PAK21 memenuhi kriteria 4K 1N iaitu komunikatif, kolaboratif, kritis, kreatif dan ada unsur
nilai. Pertamanya ialah, Think Pair Share. Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu
dan berkongsi dengan pasangan. Tujuannya ialah untuk, menyelesai masalah, menjana idea,
Aktiviti kedua ialah, Round table. Dalam aktiviti ini, murid mencatat satu idea secara bergilir
berdasarkan tajuk yang diberi. Tujuannya ialah untuk menjana idea, memberi pandangan dan
cadangan, perkongsian maklumat, menyemak kerja rakan dan menggalak pemikiran kreatif.
Aktiviti ketiga ialah, gallery walk. Murid akan menampal hasil kerja di dinding untuk
dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain. Ulasan/pandangan ditulis di atas "sticky note".
Tujuannya ilalah untuk perbincangan, penggalak pemikiran kritis dan menyuara dan
menghargai pandangan.
Seterusnya ialah, hot seat. Dalam aktiviti ini, seorang murid duduk di kerusi yang disediakan
dan menjadi "pakar" atau "watak" serta menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid
lain. Aktiviti ini bantu menjana idea, menyenarai kosa kata dan menyemak kerja rakan.
Aktiviti kelima ialah, Stay Stray. Ini ialah kaedah pembentangan dalam kumpulan kecil.
Seorang ahli kumpulan ditugas memberi penerangan, manakala, ahli lain bergerak untuk
melihat atau menyoal hasil kumpulan lain. Aktiviti ini menggalak pemikiran kritis dan
Dalam usaha menerapkan kemahiran abad ke-21 pada murid, guru menghadapi cabaran
kerana terdapat banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam tempoh
pengajaran dan pembelajaran yang singkat. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
mengambil inisiatif dalam mengekalkan minat dan motivasi murid dengan mengaplikasikan
pelbagai Teknik dan pendekatan yang bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk
Guru perlu menguasai pak-21 kerana hala tuju Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa
Pendidikan akan berteraskan nilai bermula tahun 2018. Selain itu, Pendidikan kita juga akan
bertambah kualiti. Merujuk kepada standard asas, pak-21 dapat membentuk murid dengan
nilai dan etika jika dilaksanakan dengan baik.apabila kita melihat pada kualiti Pendidikan,
kita dapat kaitkannya dengan standardasas pemikiran kritis. Hala tuju Pendidikan juga
menekankan autonomi dan kebertanggungjawaban. Ini dapat dicapai dengan standard nilai
dan kolaboratif. Jika kita melihat pada hala tuju Pendidikan, kita dapat mengatakan bahawa
terkandung dalam PPPM, pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam
sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa. Oleh itu,
Seterusnya ialah, guru perlu menyediakan murid dengan kemahiran alaf 21 iaitu enGauge
skills. Teknologi mengubah cara dunia berfungsi. seiring dengan perkembangan teknologi.
Oleh itu, pengguna teknologi juga perlu mengasah kemahiran mereka untuk gunakan
teknologi dengan tertib untuk terus berdaya saing. Pelajar hari ini perlu mengembangkan
memastikan bahawa generasi seterusnya memperoleh kemahiran berjaya untuk abad ke-21.
Guru dan murid menguasai empat komponen kemahiran alaf 21 iaitu kemahiran literasi
produktiviti tinggi. Apabila kita melihat bahawa masa depan memerlukan kemahiran pak-21,
guru hendaklah menerapkan murid dengan kemahiran ini. Sebelum menerapkan kemahiran
tersebut, sangat penting untuk guru menguasai kemahiran pak-21. Jika guru tidak
Penguasaan kemahiran pak-21 sangat penting kepada guru kerana ini akan menyediakan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid. Apabila guru mengamalkan pak-21, guru
akan menggunakan ciri-ciri bilik darjah seperti duduk dalam kumpulan, sudut OPEM dan
Kriteria Kejayaan di papan tulis, sudut Parking Lot, sudut hasil kerja murid, sudut maklumat
dan ruang santai. Ini akan mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran
kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna. Suasana bilik darjah dapat
merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran
kolaboratif.
Membentuk hubungan antara murid dan murid dan murid dan guru