Anda di halaman 1dari 3

Cerita Kanak-kanak : Sang

Kancil dan Sang Gajah


Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar
didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah
terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali
malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar
dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki
yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan
diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang
kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat
sini”

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan
untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam
itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu
pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang
tadi”.

Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat masa kecil
dulu, inilah cerita dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman
berzaman. Namun bila difikirkan kembali, apa yang cuba untuk disampaikan
melalui cerita ini?

Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?

Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?

“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”

Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik
tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan
jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.

Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang
sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita sang
kancil dan sang gajah itu sepatutnya begini.

“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk
keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk
keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!”
balas sang kancil

“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”

“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang
ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku Nampak ada dahan kayu”

Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan


menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang.

Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan,
memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai