Anda di halaman 1dari 1

Cerita Kanak-kanak : Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi
dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah
itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga
raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-
warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan
melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai
teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka
dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-
sama. 

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain


tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun
sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi,
belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat
lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada
makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.
Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun
dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat
rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang
jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang
sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang
yang terlantar di atas katil di rumah. 

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf
dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai