Anda di halaman 1dari 5

Terlebih dahulu mohon maaf sekiranya ulasan ini tidak begitu sempurna dan terbaik kerana saya

sekadar mencuba demi memberikan sokongan kepada pihak ITBM yang menganjurkan pertandingan
ini. Terima kasih kerana membuka ruang untuk kami belajar dan mencuba.

Buku ini merupakan sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki. Ia adalah karya
terjemahan daripada sebuah buku yang telah diterbitkan oleh The Others Press Sdn. Bhd. dengan
judul asalnya ‘IBN KHALDUN’: His Life and Works.

Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Mohd Puzhi Usop dan juga Nik Haslina
Nik Ibrahim. Menurut penerbit buku ini, Ibnu Khaldun adalah seorang ahli historiografi dan
sejarawan Arab pada abad ke-14. Beliau dianggap sebagai pengasas sejarah, sosiologi dan ekonomi
moden. Ibnu Khaldun dikatakan hidup pada zaman berlakunya pergolakan dalam sejarah, dan
melalui pengalamannya, beliau telah “memikirkan dan menggagaskan falsafah sejarah yang diyakini
paling hebat pernah dihasilkan oleh seorang yang bijak dan pintar...”.

Mengikut prakata dalam buku ini juga, warisan Intelektual Ibnu Khaldun begitu unik dalam kalangan
karya pemikiran Islam. Meskipun telah berabad-abad berlalu, namun ia tetap memelihara nilai
semangat dan kemodenan serta menduduki suatu tempat yang tinggi dalam monumen pemikiran
dunia. Beliau merupakan seorang ahli fikir yang terunggul dalam kalangan ahli fikir Islam.
Keunggulannya terserlah dalam bidang sejarah. Selain itu, beliau juga seorang ahli falsafah yang
sangat agung dan amat dikagumi oleh negara Barat sehinggakan pelbagai buku dan kajian kritis
beliau tentang manusia telah dikaji dan begitu dihargai di Barat.

Di dalam bab satu buku ini, penulis ada menceritakan serba sedikit tentang kehidupan awal tokoh
agung ini iaitu Ibnu Khaldun. Ia bermula pada tahun 1932 di mana beliau menjadi inspirasi kepada
suatu kenangan yang abadi dalam pemikiran Islam. Dimaklumkan pada tahun ini juga iaitu tahun
1932, ia adalah merupakan ulang tahun yang ke-600 kelahiran Ibnu Khaldun sebagai seorang ahli
sejarah, ahli politik dan ahli falsafah sosial.

Walaupun Ibnu Khaldun dikatakan seorang yang sangat masyhur, namun kehidupan mahupun
karyanya yang sangat berharga dan asli itu tidak begitu mendapat perhatian dan penilaian yang
sewajarnya daripada pemikiran kontemporari kita khususnya di Timur sendiri berbanding di Barat.

Namun demikian, Ibnu Khaldun telah meninggalkan kepada kita semua Biografi dirinya di mana
beliau sendiri telah merakamkannya dengan titisan mata penanya setiap peristiwa yang ditempuhi
dalam hidupnya bermula sejak zaman kanak-kanak sehinggalah ke penghujung hayatnya.

Ibnu Khaldun dikatakan berasal daripada keluarga Andalusia yang terkenal dan berpengaruh dalam
era penaklukan. Beliau lahir daripada keturunan yang masyhur dan terpelajar. Ibnu Khaldun telah
dididik oleh bapanya sendiri yang merupakan guru pertama kepadanya. Beliau turut membaca al-
Quran dan menghafalnya serta mengkaji bentuk qiraat yang berbeza terjemahannya serta hadis dan
sistem perundangan. Beliau juga telah di ajar tentang nahu dan retorik oleh pujangga Tunisia yang
amat terkenal.

Untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan hidup tokoh Islam yang unggul ini, anda boleh
mendapatkan buku ini secara online atau belian secara terus daripada ITBN. Cetakan pertama buku
ini adalah pada tahun 2012 manakala cetakan keduanya pula ialah pada tahun 2014. Buku ini
mengandungi 140 muka surat termasuk ‘Bibliografi’ dan juga ‘Indeks.’ Isi Kandungan dalam buku ini
juga telah dibahagikan kepada Tiga Belas Bab serta turut dilmpirkan dengan ulasan Bibliografi
tentang ‘Karya Sejarah Ibnu Khaldun Kitab al-‘Ibar.

Sebenarnya, selain daripada Kitab al-‘Ibar, di antara karya-karya lain Ibnu Khaldun adalah wa Diwan
al-Mubtada’ wal al-khabar, Fi ayyam al-Arab wa Al-Ajam wa Al-Barbar, wa man Asarahum min dhawi
al-Sultan Al-Akbar. Beliau telah membahagikan kepada tiga buku besar seperti berikut:

1. Masyarakat dan fenomena yang wujud di dalamnya, seperti kedaulatan, kuasa, mata pencarian
seseorang, perniagaan, ilmu, dan punca serta sebab berkait dengannya. Inilah buku yang bertajuk
Prolegomena.

2. Sejarah orang Arab, generasi dan dinasti mereka, daripada permulaan ciptaan hinggalah ke zaman
penulis, mengandungi catatan sejarah tentang beberapa negara kontemporari dan orang yang hebat
dan dinasti mereka, seperti orang Pontian, Syria, Parsi, Yahudi, Copt, Yunani, Rom, Turki dan Frank.

3. Sejarah kaum Berber dan puak yang berkaitan mereka, seperti Zanata, Asal usul dan generasi
mereka, kerajaan dan dinasti mereka di Afrika Utara.

Dimaklumkan bahawa Karya Ibnu Khaldun mengisi tujuh jilid yang besar dan beliau dikatakan
mengakhiri karyanya dengan bercakap tentang dirinya dalam beberapa bab yang panjang.

Demikianlah Ibnu Khaldun yang merupakan seorang tokoh pemikiran Islam yang begitu diakui
keistimewaan dan kehebatannya oleh guru-guru yang mengajar beliau.

Semoga dengan ulasan ringkas yang saya berikan di sini, kita semua akan mendapat manafaat dalam
hidup kita.
...
Assalamualaikum ...
First of all, I apologize if this comment is not as perfect
and as best as expected.Thank you for providing us the
opportunity for us to learn and try.

This book is a very interesting book to read and own. It


is a translation work from a book that has been
published by The Others Press Sdn. Bhd. with the
original title ‘IBN KHALDUN’: His Life and Works.

According to the publisher of this book, Ibn Khaldun was


an Arab historiographer and historian of the 14th
century. He is considered the founder of modern history,
sociology and economics. Ibn Khaldun is said to have
lived in a time of turmoil in history, and through his
experience, he has "thought and conceived a philosophy
of history that is believed to be the greatest ever
produced by a wise and intelligent person ...".

According to the preface in this book as well, Ibn


Khaldun's Intellectual Heritage is so unique among
Islamic thought works. Although centuries have passed,
it still preserves the values of spirit and modernity and
occupies a high place in the monuments of world
thought. He was a leading thinker among Islamic
thinkers. His excellence is evident in the field of history.
In addition, he was also a very great philosopher and so
admired through out the western work that his various
books and critical studies on human beings have been
studied and so appreciated in the West.

In chapter one of this book, the author provides a


glimpse into the early life of this great figure, Ibn
Khaldun. It began in 1932 where he became the
inspiration for a lasting memory in Islamic thought.
Informed that this year also in 1932, it is the 600th
anniversary of the birth of Ibn Khaldun as a historian,
politician and social philosopher.

Although Ibn Khaldun is said to be a very famous


person, his life and his very valuable and original work
did not get much attention and evaluation from our
contemporary thinking, especially so in the East itself
compared to the West.
However, Ibn Khaldun has left us all his Biography in
which he himself recorded it with the eye drops of the
questioner every event that happened in his life from his
childhood to the end of his life.

Ibn Khaldun is said to have come from a well-known and


influential Andalusian family in the era of conquest. He
was born of a famous and educated lineage. Ibn
Khaldun was educated by his own father who was his
first teacher. He also read the Quran and memorized it
and studied the different forms of qiraat in translation as
well as hadith and legal system. He was also taught
grammar and rhetoric by a very famous Tunisian poet.

In fact, apart from Kitab al-'Ibar, among the other works


of Ibn Khaldun are wa Diwan al-Mubtada 'wal al-khabar,
Fi ayyam al-Arab wa Al-Ajam wa Al-Barbar, wa man
Asarahum min dhawi al -Sultan Al-Akbar. He has
divided it into three large books as follows:

1. Society and the phenomena that exist in it, such as


sovereignty, power, a person's livelihood, business,
knowledge, and the causes and causes associated with
it. This is a book entitled Prolegomena.

2. The history of the Arabs, their generations and


dynasties, from the beginning of creation until the time of
the writer, contains historical records of some
contemporary countries and great people and their
dynasties, such as the Pontians, Syrians, Persians,
Jews, Copts, Greeks, Romans, Turkey and Frank.

3. The history of the Berbers and their related tribes,


such as the Zanata, their origins and generations, their
kingdoms and dynasties in North Africa.

It is informed that Ibn Khaldun's work fills seven large


volumes and he is said to end his work by telling about
himself in several long chapters.

Such was Ibn Khaldun who was a figure of Islamic


thought so recognized for his privilege and greatness by
the teachers who taught him.

Hopefully with the brief review I give here, we are all


having good life ever.

Anda mungkin juga menyukai