Anda di halaman 1dari 2

MESYUARAT PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA

Tarikh : 1 September 2016


Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn Halizah binti Said
Kehadiran : Seperti lampiran

1. KATA-KATA ALUAN
Pn Halizah memulakan mesyuarat dengan bacaan al-fatihah. Pn Halizah mengucapkan
terima kasih kepada guru yang hadir pada kali pertama mesyuarat persediaan buka sebut
harga..
Tindakan: semua guru

2. TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH


2.1 Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk
mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh mulai dari 1 Januari 2017 hingga 30
Disember 2018.
2.2 Borang sebut harga boleh diperolehi di pejabat sekolah pada waktu pejabat dan diberi
percuma.
2.3 Sebut harga kantin sekolah dibuka kepada orang ramai. Notis sebut harga perlu
disebarkan dengan menampal notis di tempat-tempat awam yang sesuai.
2.4 Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda ”SEBUT
HARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-
dokumen lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau
sebelum 30 September 2016 jam 12.01 tengahari.
2.5 Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM100.00 (Ringgit Malaysia: satu Ratus sahaja) dalam bentuk kiriman wang / wang
pos/ draf bank atas nama, guru besar Pn Nor’ani binti Sarbini. Permohonan tanpa
wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan
dikembalikan semula kepada pemohon-pemohonyang tidak berjaya.
2.6 Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat
sekolah dari 9 September 2016 hingga 30 September 2016 pada wakt pejabat.
2.7 Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak
akan dilayan.

Tindakan: ajk sebut harga & Pembantu Tadbir

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Pn Haliza mengharapkan urusan sebut harga tahun ini dijalankan secara telus dan
integriti. Beliau juga akan menyebarkan maklumat ini di ppd dan kawasan-kawasan
awam.
7.2 Pn Nor’ani mengucapkan tahniah atas perlantikan jawatan kuasa sebut harga ini dan
mengharapkan tahun ini banyak tander yang masuk agar pemilihan lebih meluas
mengikut citarasa guru-guru dan yang terpilih biarlah benar-benar layak.
Tindakan: ajk sebut harga

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak Oleh:

................................................... .................................................
(HAMISAH BINTI MOHD NOH) (HALIZAH BINTI SAID)
SETIAUSAHA HEM GPK HEM
SK TAMAN KOTA KULAI 2

Anda mungkin juga menyukai