Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN B

Tatacara Sesi Taklimat Atas-Talian Monitoring Report Submission through


EMIS ST (Data Input Inquiries)

1. Semua peserta akan menggunakan Microsoft Teams untuk melihat dan mendengar
siaran langsung sesi taklimat atas-talian Monitoring Report Submission through EMIS
ST (Data Input Inquiries).
2. Hanya peserta yang telah mengesahkan kehadiran sahaja akan diberi kebenaran
untuk mengakses platform sesi taklimat atas-talian.
3. Semua peserta diminta membuka pautan yang telah dihantar 10 minit sebelum
taklimat bermula.
4. Taklimat ringkas selama 5 minit akan diberikan oleh organizer supaya sesi taklimat
dapat berjalan lancar dan kurang gangguan.
5. Semasa sesi dijalankan, diminta semua peserta menetapkan microphone ke mod
‘mute’ bagi membolehkan ucapan organizer dapat didengari dengan jelas dan tiada
gangguan.

6. Semasa sesi dijalankan, diminta semua peserta menetapkan video ‘off’ bagi
mengelakkan gangguan dan mengurangkan penggunaan data internet.

7. Sekiranya ada peserta yang lewat mengikuti sesi taklimat, diminta tidak menyapa
rakan yang lain di dalam sesi bagi mengelakkan gangguan semasa sesi.
8. Sesi soal jawab akan dijalankan di akhir sesi dan peserta yang ingin mengemukakan
soalan, sila gunakan butang conversation/ meeting chat.

1|Page
LAMPIRAN B

Paparan berikut akan keluar dan peserta boleh menghantar pertanyaan

9. Namun, sekiranya terdapat pertanyaan yang memerlukan peserta untuk


menggunakan microphone, maka diminta peserta terlebih dahulu memaklumkan di
dalam meeting chat agar dapat dikenalpasti oleh organizer dan membolehkan sesi
soal jawab dapat berjalan dengan lancar.

2|Page

Anda mungkin juga menyukai