Anda di halaman 1dari 7

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH PLATO


NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Pengenalan

Kelahiran dan salasilah tempat kelahiran Plato yang adalah tidak jelas menurut khabar
khabar angin Plato telah dilahirkan di Athens,dan ada pula yang mengatakan beliau telah
dilahirkan di pulau Aegina,bukan begitu sahaja ada yang mengatakan beliau lahir pada
tahun 428SM,malahan ada juga yang mengatakan beliau telah lahir pada tahun 427SM.

Namun yang menjadi kepastian ialah beliau telah dilahirkan dalam suatu keluarga
aristokrat Athens yang dimana salah satu keluarga yang turun temurun memiliki peranan
yang amat penting dalam kehidupan politik di Athens.Ayah beliau ialah Ariston yang
merupakan seorang bangsawan keturunan raja kodrus,iaitu raja terakhir di Athens yang
berkuasa sekitar tahun 1068SM yang sangat dikagumi oleh semua rakyatnya kerana
beliau terkenal dangan seorang yang mempunyai kecekapan dan juga seorang yang
bijaksana dalam pemerintahan di Athens.Ibu beliau berketurunan Solon yang bernama
Periktione.

Namun Plato telah awal dilahirkan berbanding dengan beliau iaitu seratus tahun lebih
awal daripada Periktio.Nama Plato yang sebenarnya ialah Aristokles.Gelaran Plato
diberikan disebabkan daya fizikal beliau kerana dahi dan bahunya yang amat lebar,beliau
telah di berikan gelaran tersebut dari seorang jurulatih senaman beliau.Dalam bahasa
yunani pula nama Plato berasal dari kata benda iaitu “platos”yang memberi makna
kelebaran atau dari kata asalnya lebar.Gelaran tersebut yang telah diberikan oleh jurulatih
senaman beliau telah menjadi popular dengan begitu cepat sekali hingga nama tersebut
telah menjadi kebiasaan dan merupakan nama panggilan sehari hari,bahkan menjadi
nama rasmi yang diabadikan melalui karya beliau juga.

Sewaktu Plato masih kecil lagi beliau telah kehilangan seorang bapa.Kemudian ibu
beliau telah memulakan hidup baharu dengan bernikah dengan bapa saudara Plato iaitu
Pyrilampes.Ayah tiri Plato merupakan salah seorang tokoh yang amat di segani di Athens
kerana beliau merupakan seorang ahli politik yang begitu rapat dengan Pericles yang
merupakan pemimpin negarawan yang terulung di Athens,beliau pula telah meninggal
pada 427SM.Plato telah dididik oleh Pyrilampes.Plato telah meninggal ketika berusia
lapan puluh tahun dan sewaktu hayat beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga.

1
TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH PLATO
NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Falsafah Plato

Plato mempunyai pelbagai falsafah sepanjang hayat hidupnya .Antara falsafah beliau
ialah berkaitan idealisme.Bagi fahaman saya berkaitan idealisme menurut kamus dewan
edisi ketiga halaman 476 bermaksud sifat iaitu sikap atau perbuatan untuk melihat dan
mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal.Selain itu idealisme juga bermaksud
hasrat atau cita-cita yang unggul tetapi tidak realistik iaitu sesuatu yang tidak
berkemungkinan untuk tercapai atau menjadi kenyataan.Serta konsep idealisme adalah
bertumpu kepada aliran yang bersifat kebanyakkan atau impian yang berlainan sama
sekali daripada kenyataan.

Ini dapat dilihat apabila aliran ini lebih memaparkan tentang kesungguhan ,
kesempurnaan , dan keindahan tentang falsafah yang dinyatakan oleh beliau.Keadaan ini
dapat dilihat apabila tumpuan ajaran beliau adalah lebih tertumpu berkenaan konsep idea.
Dapat saya tafsirkan idea merupakan buah fikiran atau gagasan pemikiran seseorang iaitu
Plato.Ini dapat dilihat bahawa Plato percaya bahawa idea merupakan realiti yang
sebenarnya daripada segala perkara yang lain dan ia dapat di kenal melalui pancaindera
yang berfungsi untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya .

Keadaan ini dapat dilihat apabila Plato mengambil contoh tentang bunga,pohon, manusia
dan haiwan yang pada pandangan beliau disifatkan akan mati dan berubah.Walaupun
begitu idea Plato berkenaan bunga ,pohon ,manusia dan haiwan tidak akan pernah
berubah.Dengan itu beliau turut mengatakan bahawa idea merupakan suatu realiti yang
sebenarnya yang lebih bertumpu seperti perkara yang dinyatakan ,tetapi bukan sekadar
gambaran tentang perkara itu yang hanya terkongkong di dalam pemikiran manusia.

Jadi bagi beliau idea bukanlah sesuatu yang subjektif iaitu perkara yang terbit daripada
pandangan atau perasaan orang lain yang melihat atau menilai dan tidak pada ciri-ciri
sebenar sesuatu yang dilihat dan dinilai .Jadi pada fahaman saya Plato memaksudkan
subjektif merupakan sesuatu yang tercipta oleh daya fikiran manusia dan kebenaran itu
adalah sesuatu perkara yang bergantung kepada daya fikir manusia .Oleh itu falsafah
idealisme yang dimaksudkan oleh Plato merupakan sesuatu idea yang tetap ,sempurna,
kekal dan tidak berubah-ubah.Ini dapat dilihat walaupun masa sentiasa bergerak dan
berubah tetapi perkara idea tetap sama daripada penciptaan yang mula-mula sekali
dilakukan oleh seseorang itu mengenai sesuatu perkara yang telah ditimbulkan.

2
TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH PLATO
NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Di samping itu Plato turut menyatakan tentang kenyataan alam indera.Saya dapat
memahami bahawa alam bermaksud dunia dan bumi iaitu mewakili segala yang ada di
langit dan di bumi seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, tenaga dan lain-lain.Manakala
indera mengikut kamus dimaksudkan betara iaitu dewa yang memerintah di
angkasa.Maksud ini adalah menurut kepercayaan Hindu.Walaupun begitu melalui
fahaman saya indera merupakan sesuatu yang mempunyai kuasa untuk menentukan
sesuatu hal ataupun keadaan.

Jadi menurut Plato beliau menyatakan bahawa konsep alam indera menunjukkan bahawa
keadaan yang mengalami perubahan iaitu tidak tetap,tidak sempurna,tidak kekal,banyak
dan beraneka ragam.Hal ini dapat difahami bahawa alam indera ini bukanlah alam yang
realiti tetapi ianya hanyalah sebuah bayangan ,khayalan ,dan gambaran yang tidak
lengkap dan tidak sempurna daripada dunia asal iaitu dunia hakiki yang didiami oleh
manusia dan kehidupan lain.Keadaan ini dapat ditafsirkan bahawa sesuatu yang berada
dalam alam ini sentiasa dalam khayalan.

Pada fahaman yang dapat saya wujudkan adalah dengan mengambil sebatang pen.Pen
bagi yang berada dalam alam idea adalah berfungsi untuk menulis.Tetapi bagi alam
indera pen dapat digambarkan mempunyai makna yang pelbagai yang digambarkan
sesuatu yang tidak lengkap dan tidak sempurna .Jadi melalui pemahaman saya pen yang
wujud dalam alam indera mempunyai bentuk yang pelbagai,mmpunyai banyak maksud
atau makna dan dapat difahami apabila pen itu dapat digabungkan secara yang sempurna.

Plato turut menyatakan bahawa alam indera berada dalam serba majmuk atau banyak dan
beraneka ragam.Tetapi yang pasti alam indera merupakan sesuatu yang tiruan yang wujud
daripada alam idea.Jadi menurut Plato alam idea dapat dikenali melalui pancaindera yang
dimiliki oleh manusia iaitu untuk mendengar ,melihat ,merasa dan menghidu tetapi alam
idea dapat dikenali melalui akal budi.

Konsep alam budi ini merupakan sesuatu yang ditafsirkan tentang idea yang dapat
dikenali melalui akal budi.Keadaan ini dapat saya tafsirkan apabila kita melihat idea
tentang sebuah rumah.Jika dilihat daripada pandangan pancaindera,manusia dapat
melihat rumah dapat dibentuk dengan keadaan yang pelbagai jenis seperti dalam bentuk
bulat,panjang ,bersegi empat,bertingkat dan pelbagai rupa yang lain.

3
TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH PLATO
NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Tetapi jika dilihat melalui idea akal budi kita tetap dapat menilai bahawa rumah itu
merupakan sesuatu yang mempunyai kesempurnaan ,tunggal dan kekal.
Hal ini bermaksud bahawa fungsi rumah itu adalah lengkap sebagai tempat tinggal
manusia untuk didiami iaitu dapat berlindung daripada hujan dan panas serta dapat
mengembangkan lagi kehidupan

Hal ini dapat saya fahami bahawa idea tentang rumah adlah berfungsi sebagai tempat
tinggal manusia.Walaupun saya dapat lihat dalam ala mini terdapat pelbagai jenis dan
bentuk rumah yang dibina oleh manusia.Tetapi fungsi utama rumah merupakan tempat
yang digunakan untuk perlindungan daripada keadaan cuaca dan binatang buas yang ada
di sekeliling.

Selain itu,Plato turut menyatakan bahawa pada alam idea ia tidak hanya tertumpu kepada
sesuatu yang banyak dan pelbagai dan tidak juga bertumpu hanya kpada sesuatu idea
sahaja.Tetapi pada alam idea pada fahaman saya telah pelbagai idea tetapi kita perlu
memfokuskan kepada satu-satu idea yang dibincangkan.Hal ini dapat dilihat dengan idea
tentang rupa,bentuk,keadaan samada tinggi,rendah,bulat,besar dan sebagainya.Walaupun
begitu setiap idea yang wujud ia akan bersatu bersama-sama dengan idea yang lain.

Ini dapat dilihat adanya perkaitan tentang sesuatu idea dengan idea yang lain.Sebagai
contoh yang dapat saya lakukan tentang perkaitan idea seekor lembu dan idea tentang
tumbuh-tumbuhan.Perkaitan kedua-duanya dapat dilihat apabila lembu akan memakan
tumbuh-tumbuhan yang merujuk kepada rumput.Jadi idea yang dikemukakan ini
merupakan sesuatu yang realiti tentang konsep kehidupan di bumi ini yang dapat dilihat
sebagai simbiosis iaitu saling memerlukan di antara satu sama lain.

4
TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH PLATO
NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Di samping idea juga menyatu dalam satu persekutuan idea.Ini merujuk kepada
persekutuan melalui keadan ini dapat dilihat dapat dilihat bahawa idea juga memiliki
susunan tingkat yang juga dikenali sebagai hierarki.Menurut Plato hierarki merupakan
tingkap yang menggambarkan adanya perkara yang utama sehingga perkara yang ke
bawah.

Idea yang berada di puncak merupakan idea yang paling baik yang apa menggambarkan
tentang kebaikan yang seluruhnya.Keadaan ini dapat difahami bahawa dalam hierarki
social masyarakat ,pada tingkat yang paling atas merupakan raja yang jelas bai kita
sebagai masyarakat bawahannya.Begitu juga dengan konep idea,jika idea itu berada di
atas maka idea itu adalah merupakan perkara utama yang paling penting.

Kesimpulan

Sebagai rumusannya dapat saya fahami falsafah idealisme Plato adala sesuatu yang lebih
membangun.Keadaan ini dapat dinilai bahawa idealisme beliau adalah sangat berbeza
dengan idealisme moden.Ini dapat dibuktikan bahawa idealisme beliau merupakan
perkara objektif manakala idealisme moden lebih bersikap subjektif.

5
TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH PLATO
NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH
NO.MATRIK:JEA 080160
PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

RUJUKAN

Falsafah Politik Plato karya adaptasi daripada buku Filasafat


Politik Plato
oleh J.H.Rapar dan diterbitkan oleh C.V.Rajawali , Jalan Pelepah
IV,TN1 No.14/15,Kelapa Gading Permai ,Jakarta 14240,Indonesia
Diubah suai ke bahasa melayu oleh Zainal Abidin Bakar

Kamus Dewan Edisi Ketiga

Plato:The Masters karangan R.M.Hare diterbit oleh Oxford


University
Press,Walton Street,Oxford ox2 6DP England

6
7