Anda di halaman 1dari 2

Taj al-salatin mengandungi 24 fasal yang menyentuh pelbagai hal tentang kehidupan

manusia di dunia ini terutamanya moral. Fasal 1 adalah mengenai bagaimana manusia

mengenal dirinya supaya dia mengetahui asal dia wujud. Manusia terjadi daripada 4 unsur ini

iaitu tanah, air, api dan angin. Sifat yang terkandung dalam diri manusia bertentangan tetapi

berkumpul dalam diri seorang manusia. Tuhan menjadikan manusia mempunyai lima

pancaindera.

Fasal 2 pula menyatakan peri mengenal Tuhan. Fasal 3 menyatakan tentang cara

manusia dan kehidupan di dunia. Manusia diumpamakan sebagai orang dalam perantauan dan

dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara, dalam menuju tempat abadi iaitu akhirat.

Kepada manusia diperingkatkan lima tempat baginya. Pertama dia berada di dalam tulang

sulbi (tulang pinggang) bapanya, kemudian beransur ke pangkuan ibunya lalu lahir ke dunia

dan masuk ke dalam kubur. Tempat yang akhir sekali ialah Padang Mahsyar iaitu tempat

berkumpulnya segala manusia sebelum dihisab dosa dan pahalanya.

Fasal 4 menyatakan peri kesudahan segala kehidupan di dunia. Dilukiskan bagaimana

pahit-getirnya melepaskan nafas yang penghabisan sewaktu manusia berhadapan dengan

maut. Manusia harus ingat bahawa mereka tidak akan terlepas daripada bahaya sakratulmaut.

Tuhan telah memesankan Kullu nafsin dzaiqatul maut iaitu tiap-tiap orang pasti akan mati.

Tidak ada kecualinya biarpun dia seorang raja atau pembesar, mulia-hina-akan melalui jalan

yang sama. Fasal 5 menerangkan bagaimana kebesaran dan kemuliaan seorang raja,

kekuasaan dan kedaulatan kerajaannya. Fasal 6 pula menerangkan cara menjalankan

keadilan. Tuhan menyuruh manusia berbuat baik dan menjalankan keadilan yang merupakan

pangkal kedamaian dan keselamatan dunia.

Manakala fasal 7 menyatakan pekerti raja-raja yang adil. Raja harus banyak bergaul

dengan alim ulama yang soleh. Raja harus bersifat bijaksana dan harus selalu menjaga supaya
rakyatnya tidak ditindas oleh pembesar yang zalim. Kerana kebijaksanaan itulah Harun al-

Rasyid dan yang sedarjat dengannya menjadi raja kenamaan. Khalifah Umar b. Khattab tidak

mempercayakan keadaan rakyatnya kepada pegawai sahaja tetapi dia sendiri keluar melihat

kesengsaraan rakyatnya. Pada zaman dahulu raja-raja itu membahagikan waktu iaitu waktu

untuk melakukan kewajipan agama, waktu kewajipan pemerintahan, waktu untuk makan dan

tidur dan juga waktu untuk beristirahat.

Fasal 8 menyatakan tentang raja yang kafir tetapi adil. Antaranya adalah Raja

Nusyirwan. Fasal 9 menyatakan raja-raja yang zalim. Fasal 10 menyatakan pekerjaan segala

menteri atau penasihat raja. Fasal 11 menyatakan pekerjaan seorang penulis. Dalam zaman

kemajuan pemerintahan Islam, jasa penulis sangat dihargai. Khalifah sangat memuliakan

kaum penulis. Iskandar Zulkarnain pula menyatakan bahawa pena dan pedang itu sama

tajamnya dan sama-sama menjadi perhiasan dunia.

Fasal 12 mengenai pekerjaan seorang utusan. Fasal 13 tentang sifat pegawai

pemerintah. Fasal 14 menyatakan tentang cara mendidik anak. Fasal 15 menyatakan hemat

yang besar. Fasal 16 menyatakan budi. Fasal 17 menyatakan syarat-syarat sebuah kerajaan.

Fasal 18 menyatakan tentang qiafah dan firasat. Fasal 19 mengenai tanda qiafah dan firasat

itu. Fasal 20 mengenai hubungan antara rakyat beragama islam dengan rajanya. Fasal 21

menyatakan tentang segala rakyat kafir dan raja dalam kerajaan itu. Fasal 22 mengenai

kedermawanan dan kemurahan hati. Fasal 23 menyatakan wafa’ dan ‘ahd. Fasal 24 yang

merupakan penutup adalah menyatakan kesudahan kitab ini.

Anda mungkin juga menyukai