Anda di halaman 1dari 1

SIARAN MEDIA

26 JULAI 2020, 1:00 PETANG

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN 16 KAWASAN


DI WILAYAH GOMBAK

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan
bahawa satu kejadian paip pecah telah berlaku di Rumah Pam Melawati dan sistem rumah
pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi ini.

Sehingga jam 1.00 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan
paip pecah dan membaikpulih sistem rumah pam tersebut. Berikutan insiden ini, beberapa
kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai
kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Taman Melawati
2. Kemensah Residensi
3. Saujana Melawati
4. Sunway Kayangan
5. Sunway Melawati
6. Tiara Kemensah
7. Tropika Kemensah
8. Twin Palm Kemensah
9. Ukay Prima
10. Bukit Melawati
11. Nadayu Melawati
12. Amber Hill
13. Kampung Klang Gate
14. 203 Melawati
15. Zoo Negara
16. Kemensah Heights

Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat digerakkan bagi membantu
para pengguna yang terjejas.

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi
media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram,
Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

- TAMAT-

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai