Anda di halaman 1dari 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 1 Tahun 1

KUIZ 2
KDC PDPP 2020

KAMPUS : IpgkTawau (HUSNI MUBARAQ BIN NOOR)

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 0 5 2 4 0 0 0 4 8

KOD KURSUS : EDUP 2072


FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
KURSUS :
MALAYSIA
MASA : 1 JAM
JUMLAH MARKAH : 15
TARIKH : 09/10/2020

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 5 soalan struktur (10 markah)
Bahagian B : 1 soalan Respon Terhad (05 markah)
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK

© KUIZ EDUP2013 PDPP KDC 2020


SULIT KUIZ EDU 2072

BAHAGIAN A
( 10 markah )

Jawab semua soalan.

1. Falsafah Pendidikan Barat secara umumnya mempunyai beberapa tujuan dalam


membentuk masyarakat manusia berilmu pengetahuan. Berikan dua tujuan utama
Falsafah Pendidikan Barat.
a Mengfokuskan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan
peranan murid.

b Pembinaan insan yang berketerampilan dari pelbagai sudut, akhlak,nilai,


etika dan sebagainya.
[ 2 markah]

2. Falsafah Pendidikan Islam menekan beberapa prinsip bagi melahirkan insan yang
mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Nyatakan tumpuan
utama dari segi bersifat universal dan kehidupan manusia.
a Bersifat universal:
Pembinaan nilai hidup manusia yang berteraskan ilmu pengetahuan, dan
pengalaman kemanusiaan.
b Kehidupan manusia:
Untuk melahirkan manusia yang mampu menjalani kewajipan sebagai
seorang Muslim,dan bijak menguruskan hak sesama manusia, Tuhan dan
alam.
[ 2 markah]

3. Falsafah Pendidikan Timur menyatakan pendidikan adalah elemen penting tentang


kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Nyatakan dua ahli Falsafah Timur dari
China dan India
a Lau Tze
b Rabindranath Tagore
[ 2 markah]

4. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan
Tradisional dan Moden. Senaraikan dua asas Falsafah Pendidikan Tradisional Barat.
a Perenialisme
B Esentialisme
[ 2 markah]

5. Pendidikan Islam merupakan proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan
yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk
manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam. (Abd Halim Mat Diah, 1989).
Berikan dua implikasi pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah murid yang
berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
A Murid mampu membimbing diri, keluarga dan masyarkat ke arah cara hidup
yang baik

2 SULIT
© KUIZ EDUP2072 PDPP KDC 2020
SULIT KUIZ EDU 2072

b Mampu melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim


[2 markah]

BAHAGIAN B
( 5 markah )

Jawab soalan ini

1. Falsafah Pendidikan Moden Barat terdiri daripada tiga mazhab iaitu progrevisme,
rekonstruktivisme dan eksistensialisme dan mempunyai konsep, matlamat
pendidikan serta tumpuan.
Huraikan matlamat pendidikan progresivisme dari sudut pendidikan.
[5 markah]

Matlamat Pendidikan yang di usulkan oleh golongan progresivisme ialah


menekankan kepada perubahan untuk menghadapi realiti kehidupan, Pendidikan adalah
sebuah proses pembelajaran/perUbahan yang bersifat realiti. Pelajar seharusnya
dipersiapkan diri merekan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Para pelajar
berhak untuk menentukan aliran dan pembelajaran yang di ingini oleh mereka tanpa ada
sebarang unsur paksaan. Mereka mengcadangkan juga sistem Pendidikan yang
berteraskan tumpuan terarah dalam membentuk manusia yang sempurna dengan memberi
perhatian kepada minat kanak-kanak.
Dari aspek perguruan, para guru dilatih untuk mencapai tahap profesinalisma yang
tinggi, usaha ini adalah untuk mencapai tahap pimpinan progresif bertujuan merancang
suatu corak pendidikan yang akan menuju ke arah melahirkan masyarakat ideal dan
memenuhi kemahuan manusia. Peranan guru dilihat sebagai pembimbing yang akan
merangsang minat murid murid, dan membekalkan kepada mereka penguasaan ilmu dan
maklumat.
Pendekatan dari sudut peyampaian ilmu ini mereka mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Kaedah ini
membekalkan suatu situasi di mana setiap individu digalakkan untuk mengambil perhatian
dalam aktiviti kumpulan Ia selaras dengan matlamat mereka bahawa setiap pelajar akan
dibekalkan kemahiran/ilmu untuk menghadapi realiti.
Kesimpulannya, semua pendekatan Pendidikan tersebut merupakan usaha
membentuk manusia yang sempurna dengan memberi perhatian kepada minat kanak-
kanak, mengurus dan mendidik mereka sesuai dengan idealogi dalam melahirkan insan
yang berdaya saing.

3 SULIT
© KUIZ EDUP2072 PDPP KDC 2020
SULIT KUIZ EDU 2072

KERTAS SOALAN TAMAT

4 SULIT
© KUIZ EDUP2072 PDPP KDC 2020

Anda mungkin juga menyukai