Anda di halaman 1dari 2

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan


masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-
berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.
Ada beberapa faktor nama wau mula-mula dikenali, mengikut cerita dahulu wau
dimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat dari daun yang tertentu diikat dengan
tali pada tetulang belakang daun dan dinaikkan di tempat berangin, pada suatu
ketika wau itu putus.

Antara faktor lain pula, wau wujud dari semangat padi, mengikut lagendanya
sepasang suami isteri tidak menpunyai anak telah menjumpai seorang kanak-
kanak di sawah. Mereka memelihara kanak-kanak itu dengan penuh kasih
sayang, lebih-lebih lagi si suaminya. Perkara ini telah menimbulkan curiga si
isteri lalu menyiksa anak itu sehingga ia terus melarikan diri. Setelah pemergian
budak itu, tanaman mereka telah diserang penyakit, lalu berjumpalah mereka
dengan nujum yang meramalkan bahawa kejadian itu berlaku akibat tindakan si
isteri tadi maka semangat padi mereka telah ditimpa bencana. Untuk memohon
maaf nujum tersebut menyatakan supaya petani dan isterinya membuat sesuatu
yang berbentuk wau, dan dilayangkan ke udara selepas musim menuai.

Di antara dua cerita di atas tentang asal usul wau, perkara ini masih belum
menemui jawapan walaupun timbul pelbagai pertanyaan. Penelitian dan
pengkajian mendalam harus diperkemaskan lagi. Bagi para pengkaji wau pula
berpendapat wau adalah satu sumber dalam mengenali tradisi budaya Melayu.
Dalam pembikinannya pula rekabentuk dan ukuran wau adalah melambangkan
identiti sesebuah negeri itu sendiri, umpamanya negeri Kedah Darulaman yang
terkenal dengan wau jalabudinya, tetapi hampir keseluruhan wau yang dicipta
adalah berbentuk haiwan seperti burung, kucing, ikan dan sebagainya.

Definisi Layang-Layang
Apakah yang dimaksudkan dengan layang-layang? Layang-layang diertikan sebagai layangan
iaitu rangka kayu yang dibaluti dengan kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan
dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu.
Istilah Layang-layang DI Malaysia
Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan
Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan
catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain
wau.
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai


barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat
pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau
juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya
diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukurannya