Anda di halaman 1dari 22

SEKOLAH KEBANGSAAN

KAMPUNG SEBERANG,
98850 LAWAS
SARAWAK
TEL:

PROGRAM
PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2019

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ALIAS BIN HARUN

DI BAWAH KENDALIAN
UNIT KO-KURIKULUM
DAN SEMUA GURU SERTA AKP
SK KAMPUNG SEBERANG, LAWAS.

1
2
ISI KANDUNGAN M/S

PENDAHULUAN 3

OBJEKTIF PROGRAM 4

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 6

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM 11

LAMPIRAN 13

PENUTUP 20

3
Pendahuluan
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Kampung Seberang ini adalah
suatu program yang dirancang oleh Unit Ko-kurikulum untuk Tahun 2019 hasil dari
idea En. Mohamad Hasyim B. Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Kampung Seberang. Umum mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan amat sinonim
dengan kegiatan unit beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah
sehinggalah universiti.

Oleh sebab itu, Unit Ko-kurikulum berhasrat untuk melaksanakan program ini
dengan kerjasama semua warga SK Kampung Seberang sama ada pihak
pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa mahupun murid-murid itu sendiri. Program
ini dirasakan bertepatan sebagai langkah pertama pihak sekolah untuk
memantapkan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti
berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya di kalangan murid-
murid SK Kampung Seberang.

Memandangkan ini merupakan pertama kali program sebegini akan diadakan


di sekolah ini, mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki misalnya
dari segi pelaksanaan dan tahap keberkesanan program. Adalah menjadi harapan
supaya sebarang cadangan untuk penambahbaikan program ini dapat diutarakan
dari semasa ke semasa demi manfaaat kita bersama.

4
OBJEKTIF
PROGRAM

5
Objektif Program

 Memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit


beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan
sebagainya
 Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit beruniform sebagai aktiviti
tambahan selain pembelajaran di dalam kelas
 Meningkatkan tahap keyakinan murid-murid dalam aktiviti unit beruniform
 Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan ko-kurikulum
khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti

6
AHLI
JAWATANKUASA
PROGRAM

7
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2019
SK KAMPUNG SEBERANG, LAWAS.

Penasihat : En.Rahim B. Raman, Guru Besar


Pengerusi : En.Hasyim B. Abdullah, Penolong Kanan Ko-kurikulum
Naib Pengerusi 1 : En. Mat Jakir B. Hj Ludin , Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Aiyub B. Abdul Rashid, Penolong Kanan HEM
Setiausaha : En. Mohamad Alias B. Harun
Bendahari : En. Noor Syahir B. Ahmad Bakri

AJK Pelaksana:-

Kem Komandan : En. Noor Syahir B. Ahmad Bakri


Cenderamata : Pn. Norhana bt. Mohamat Kifli
Disiplin & Keselamatan : En. Roslie b. Mohamad
Juruteknik & Peralatan : En Ramlee b. Matasin
Kerohanian : En. Mohamad Alias B. Harun
Makanan : Pn. Norjanah bt. Awang
Persiapan Dewan : En Erni Nurzahfuddien b. Nordin
Penginapan : Cik Kelly Katty Jameson
Tugas-tugas Khas : En. Suhaidi B. Sulaiman
Urusetia dan Jemputan : Pn. Rosni bt. Osman
Dokumentasi : Cik Sent Sylvania ak Robert Mages
Penyelaras Aktiviti : En. Mohamad Alias B. Harun

8
BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Guru Besar sebagai Penasihat akan memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program ini
sama ada dari segi pelaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua yang dirasakan perlu

PENGERUSI : Penolong Kanan Ko-kurikulum sebagai Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program seperti
mesyuarat pra program, pemantauan dan lain-lain lagi

NAIB PENGERUSI : Naib Pengerusi yang terdiri dari Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM akan
membantu tugas Pengerusi

SETIAUSAHA : Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-maklumat program dan hal-hal lain
berkaitan kesetiausahaan

BENDAHARI : Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan program seperti kutipan yuran,
bayaran dan lain-lain

KEM KOMANDAN : Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit beruniform

TIMB. KEM KOMANDAN : Membantu Kem Komandan

9
CENDERAMATA : Menguruskan cenderamata untuk para tetamu jemputan serta hadiah untuk murid-murid

DISIPLIN & KESELAMATAN : Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak perkhemahan,
peraturan pakaian dan sebagainya di samping memastikan tahap disiplin para peserta
sentiasa terkawal

JURUTEKNIK & PERALATAN : Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk keperluan sepanjang program

KEROHANIAN : Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada para peserta sama ada
yang beragama Islam atau pun yang bukan beragama Islam

MAKANAN : Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan peserta program

PERSIAPAN DEWAN : Menyiapkan hiasan dewan bagi tujuan majlis perasmian program dan juga aktiviti-aktiviti
sepanjang program

PENGINAPAN : Menyediakan pelan tapak perkhemahan dan menguruskan peralatan khemah kepada
para peserta

TUGAS-TUGAS KHAS : Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan dan lain-lain lagi seperti
kemudahan ampaian dan tandas para peserta
URUSETIA DAN JEMPUTAN : Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan kepada para tetamu
jemputan program

DOKUMENTASI : Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan menyediakan satu laporan
aktiviti (bergambar) selepas program tamat

PENYELARAS AKTIVITI : Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program dan memastikan
perjalanan program berjalan lancar
CADANGAN
PELAKSANAAN
PROGRAM

12
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 17 – 18 Oktober 2019 (2 hari 1 malam)

Tempat : SK Kg Seberang, Lawas.

Kumpulan sasar : - 35 orang ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah


- 17 murid tahun 4 – 6 yang bukan ahli TKRS.
- Semua guru dan AKP SK Kg Seberang, Lawas

Anggaran : Rujuk Lampiran 1


Perbelanjaan

Sumber Kewangan : - Unit Ko-kurikulum sekolah


- Sumbangan luar (Ibu bapa, pembekal dan lain-
lain)
- Sumbangan semua guru dan AKP

Strategik : 1. Menyediakan kertas kerja dan pembentangan


kepada Guru Besar
2. Mengadakan mesyuarat gerak kerja semua ahli
jawatankuasa program
3. Mengadakan mesyuarat kemajuan gerak kerja
program
4. Pelaksanaan program
5. Mengadakan mesyuarat laporan post-mortem

Tentatif Program : Rujuk Lampiran 2

Pelan Perkhemahan : Rujuk Lampiran 3

Keperluan Peserta : Rujuk Lampiran 4 dan 5

Senarai Tugas AJK : Rujuk mukasurat 8 – 10


LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM) CATATAN

1. Alat Tulis -

2. T-shirt Belum
ditentukan

3. Makanan Belum
ditentukan

4.

5. -

JUMLAH
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2019


SK KG SEBERANG, LAWAS SARAWAK.

Masa/ 0700 -0800 0800 - 1000 – 1030– 1200 1200 – 1400 1400 – 1530 1530 – 1600 1600 – 1800 1800 - 2000 - 2200 2200 0100 -
1000 0300
Hari 1030 2000
Pendaftara Persedia Rehat/Mi Pengenalan Makan Ikatan dan Minum Trek Persembaha Tidur. Burun
n para an num Pagi kepada simpulan Petang/ n kumpulan g
17 Tengahari/ komando Mandi/
peserta/ tapak Ikhtiar Hidup Solat/
Oktober Taklimat /Memasa Solat/ Rehat
Makan hantu
Malam/
Program ng
2019 Solat/
khemah
Ceramah
Moral
Masa/ 0430 – 0730 - 1030 - 1130 - 1200
0730 1030 1130
Hari
18 Mandi/solat Persedia Makan Peramian
/Ceramah an/ tengah penutupan
Oktober
Agama pertandin hari/
2019 Riadah gan gotong -
Pagi/ masakan royong
Sarapan
Pagi

16
LAMPIRAN 3

CADANGAN PELAN TAPAK PERKHEMAHAN


PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010

AMPAIAN (L) KHEMAH MEMASAK/ PERALATAN/ AMPAIAN (P)


QUARTER MASTER

TANDAS TANDAS
GURU (L) GURU (P)

KHEMAH KHEMAH DEWAN AKTIVITI KHEMAH KHEMAH


PESERTA GURU (L) GURU (P) PESERTA
TANDAS (L) (P) TANDAS
PESERTA PESERTA
(L) (P)
LAMPIRAN 4

SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)


PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH

BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN

1. Pakaian Uniform lengkap

T-shirt berkolar

Pakaian sukan (baju berkolar,


seluar tracksuit panjang, stokin,
kasut sukan)

Pakaian solat (baju melayu, kain Untuk murid-murid islam


sarung, telekung dan lain-lain) sahaja

Pakaian tidur Sila bawa keperluan


untuk tidur seperti bantal,
selimut dan sebagainya

Pakaian basah Untuk mandi

2. Peralatan aktiviti Pen, pensel, buku log dan lain-lain

Tali, kain anduh, lampu suluh,


wisel dan sebagainya

3. Peralatan mandi Selipar, sabun mandi, sabun


basuh, berus baju

Berus gigi dan ubat gigi

4. Makanan Air minum, biskut, roti Jika perlu

5. Ubat-ubatan sendiri Jika ada

* Sila bawa peralatan yang dinyatakan secukupnya.


* Sekiranya para peserta ingin membawa peralatan-peralatan lain yang dirasakan
perlu, sila maklumkan kepada Kem Komandan

18
LAMPIRAN 5

SENARAI PERALATAN
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH

BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN

1. Peralatan aktiviti Walkie-talkie

PA System

Tali nylon, mancis

Kompas

2. Peralatan khemah Generator

Khemah

Dapur memasak

3. Makanan Rujuk Lampiran 1

4. Ubat-ubatan Peti kecemasan


PENUTUP
PENUTUP

Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Unit Ko-
kurikulum SK Kg Seberang pada tahun ini, tetapi objektif utamanya ialah untuk
meningkatkan lagi minat murid-murid terhadap kegiatan ko-kurikulum seperti unit
beruniform dan pelbagai lagi. Mudah-mudahan program ini dapat berjalan dengan
lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada para peserta program ini.
Justeru itu, diharap semua warga SK Kg Seberang dapat bersama-sama berganding
bahu dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2019 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .............................................
(En. Mohamad Alias B Harun) (En. Mohd Hasyim B Abdullah)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan KOKU,
Program Perkhemahan UB 2019, SK Kg Seberang, Lawas,
SK Kg Seberang, Lawas

Disahkan oleh,

.............................................
(En Rahim B Raman)
Guru Besar,
SK Kg Seberang, Lawas

Anda mungkin juga menyukai