Anda di halaman 1dari 2

ULASAN VIDEO

PEDP (HNH3182)
SEM 2, 2019/2020 (A192)

NAMA: Muhamad Hilmi bin Husin


NO. MATRIK: D20191087001
KUMPULAN KULIAH: D
NO. TELEFON: 013-6884611

Inti Pati Isu

Inti pati isu yang dapat diperoleh dari video tersebut adalah, warga OKU yang sanggup
berjalan menggunakan kerusi roda untuk membeli keperluan asasnya iaitu makanan. Sayu hati
apabila dilihat begitu tanpa ada ahli keluarga yang tidak menolong. Hanya bertemankan haiwan
peliharaannya di rumah iaitu kucing, warga OKU itu tiada pilihan lain selain dari membeli
keperluan asas dengan hanya membawa kerusi roda, tidak ada orang yang membantunya lebih-
lebih lagi pada musim PKP di mana barangan keperluan asas diperlukan. Tidak dinafikan
bahawa orang sekeliling yang tidak mengambil peduli pada warga OKU itu. Kita bernasib baik
kerana orang awam faham akan keadaan beliau yang tidak mempunyai keluarga serta memberi
mask kepadanya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa etika dalam tolong menolong antara satu sama lain
sangat penting bagi kita semua tidak kira seseorang itu warga emas, OKU atau normal kita perlu
bersama dalam tolong menolong antara satu sama lain. Dengan adanya kerjasama semua, kita
dapat permudahkan semua kerja seharian kita, kita jaga kita itulah konsep yang perlu diajaga
bagi membentuk negara yang aman dan harmoni. Seperti yang ditunjukkan dalam video itu di
mana tentera membantu seoarang OKU dengan memberi mask dan memberi kata-kata semangat
kepada warga OKU tersebut. Tentera itu juga memberi laluan kepada warga OKU itu walaupun
mempunyai SOP yang ketat kerana memahami keadaan warga OKU tersebut. Contoh ini lah
yang harus kita ikut bagi memastikan semua pihak diberi kemudahan yang sama dan tidka
mempunyai sebarang kekurangan dalam keperluan. Nilai murni ini memainkan peranan yang
sangat besar dalam menjaga keamanan negara ini.Kita seharusnya mempunyai sifat hormat
menghormati satu sama lain tidak kira latar belakang kita sendiri kerana perbezaan latar
belakang tidak menghalang kita daripada menolong antara satu sama lain.
Perkaitan Isu Dengan Realiti Semasa

Apabila dibandingkan dengan isu itu dengan realiti semasa, sudah terang lagi bersuluh
bahawa masyarakat kita memandang rendah dengan warga yang tidak berkemampuan kerana
menganggap mereka menyusahkan walhal warga ini lah yang sudah berbakti pelbagai kepada
negara kita pada masa mereka sihat. Sedangkan keluarga sendiri sanggup membuang ahli
keluarga yang tidak berupaya inikan dibandingkan dengan luar dari keluarga. Tidak kira di mana
kita berada, sentiasa mendengar berita bahawa warga ini ditindas oleh keluarga itu sendiri. Ini
dapat dibuktikan dengan warga emas dan OKU yang berada di Pusat Penjagaan Orang Tua.
Mereka sangat gembira apabila pihak yang menolong dating membantu mereka. Mentaliti tidak
mempedulikan warga ini seharusnya tidak wujud di negara kita. Kita seharusnya menolong
mereka dalam pelbagai cara.

Cadangan

Cadangan yang dapat saya beri adalah kita seharusnya berkerjasama dalam membantu
warga-warga ini kerana warga ini bukanlah warga asing di negara kita, kita harus menghormati
mereka kerana tanpa mereka generasi sekarang tidak akan wujud. Menolong mereka semasa
dalam kesusahan seharusnya diamalkan bagi memudahkan perjalanan mereka. Tidak dilupakan
juga bahawa kita semua akan menjadi warga emas pada masa hadapan, perkara ini harus dipupuk
dari generasi sekarang juga demi membentuk masa depan yang saling hormat menghormati dan
tolong menolong antara satu sama lain.

Pihak berkuasa juga mestilah memainkan peranan dalam mejaga warga emas dan OKU
dalam memberi bantuan yang dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan tidak kira
dalam bentuk barangan atau kewangan kerana besar nilainya bagi mereka. Ini dapat memupuk
semangat tolong menolong antara satu sama lain. Negara yang maju adalah negara yang
mempunyai masyarakat yang bersatu padu antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai